Tuesday, 30 April 2013

Promosi April 2013


Dapatkan Dari Saya :-

894262
 Shaklee Independent Distributor No 894262
Fb: Hanni Kamilla Hanafi
Fanpage: https://www.facebook.com/My-Bestfriend-Shop
Email: hanni.kamilla@yahoo.com
No. Hp: 013-5818283
Kawasan COD: Kulim - Seberang Perai Selatan - Parit Buntar
Hanni

Tuesday, 23 April 2013

Bengkel Nutrisi Shaklee 2013

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, 20 April 2013 saya berpeluang mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee. Dulu Master Cery ada buat kelas/bengkel di Puncak Mutiara, Kg Pelet tapi saya x berkesempatan nak join sebab terlewat.. Frust yang amat sangat.. So Bengkel yang ini saya tak mahu terlepas peluang lagi untuk menimba ilmu.

Event ni bertempat di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya. Tempat adalah sangat terhad. Yang mai pada hari kejadian tu sangat ramai.. Dalam 100++.. Saya bangun awal gila untuk bersiap sampai CM perli saya.. hahaha.. Semangat!! Nak pulak hari kejadian tu penamaan calon. Jalan tutup sana-sini, but Alhamdulillah saya antara orang yang terawal yang sampai.. Hehehe.. Ramai juga muka-muka yang saya baru jumpa, yang selama ini saya tengok dari jauh-hanya dalam FB tapi kini depan mata. Biar pun mereka belum lagi bergelar Master tapi mereka leader yang hebat. Terserlah auranya.. Cuma agak sedih sebab idola x dapat mai..

Mula-mula talk tu ada seorang Master Cina x ingat nama apa tah, share something yang buat aku teruja sangat2.. Income Master yang limitless! Income Master Norita, Master Cery dan lain-lain lagi.. 6 angka beb! Sangat teruja.. Kita dengar 100k++ pun dah teruja, ni almost 300k++?!!! Terus saya SMS CM cakap - cepat ke lambat saya tetap nak jadi one of the leader dengan income 6 angka seperti itu.. Alhamdulillah CM support impian saya.. Mungkin angan-angan mat jenin sekarang ni tapi akan datang jadi realiti.. Oh ya, depan saya ada sorang amoi cina rambut panjang.. Pakaian pun cam budak2 baru lepas sekolah je. Rupanya Master ok. Sangat lah muda.. Fuhh.. Tercabar acik!


Nutritionist Shaklee-Celine
Nutritionist Shaklee juga - Sarah
Bengkel ni disampaikan oleh Nutritionist Shaklee sendiri iaitu Celine dan Sarah. Sangat best sebab kita di ajar tentang produk2 Shaklee. Bukan sekadar duduk dengar je tapi ada juga aktiviti lain seperti LDK dan presentation. Sangat fun dan kreatif!

Oh ya, jangan ingat kami hanya diajar bagaimana nak JUAL produk sebaliknya kami diajar untuk SHARE kebaikan-kebaikan produk Shaklee. Kenapa Shaklee ni special berbanding dari produk lain yang banyak terdapat di pasaran. Sebab tu lah after sales service tu penting. Supaya sekiranya berlaku apa-apa hal, kita boleh berikan solution yang terbaik kepada pengguna.






Haa.. Cuba cari mana saya..? Makcik yang tekun dengar talk yang diberi.. Tapi seriously memang best sebab x mengantuk langsung.. Saya ni spesis cepat mengantuk kalau dengar ceramah2 ni.. Hehehe..

Satu lagi saya rasa sangat teruja sebab ada ibu2 dan ayah2 hebat mai bawak anak sama menimba ilmu.. Teringat kat anak2 dara saya yang ditinggalkan kat rumah pengasuh. Yang saya nampak kat sini, sangat berbeza dari biz lain. X de perjumpaan larut malam. X de head hunting. X de ketepikan pasangan dan anak2. Coaching berterusan melalui online, Whatsapp, Group, SMS dan sebagainya. 24-7 boleh coaching anak2 dan dan adik-beradik.. Tengah2 malam pun boleh 'ketuk' pintu mak/nenek mintak tunjuk ajar. Tanpa perlu keluar rumah pun..


Di akhir event, kami diberikan sijil. Bukan hanya sijil biasa. Ianya menandakan kami adalah SID yang berkualiti dan berilmu.. Bukan sekadar menjual sahaja.. Bak kata Nutritionist Shaklee, yang dah join bengkel ni dah 30% Nutritionist dah.. Separa Nutritionist gitu.. Haa.. Best kan..? Jadi jangan ragu-ragu membeli dari saya ya.. InsyaAllah servis yang terbaik untuk anda.. =)


InsyaAllah kalau ada bengkel lagi saya memang x akan lepaskan peluang nak pegi.


Hanni


Sunday, 14 April 2013

Kisah Malam Jumaat.

Assalamualaikum.


Tajuk cam hampeh aje ye kome? Haa.. Jangan koner2 ek.. Entry ni adalah minggu lepas punya kejadian tapi dok dalam draft sebab mencari waktu dan peluang tu sangat lah susah.. Kena ada feel sikit.. Hihi..


Haa.. Gini ceritanya.. Hari selasa lepas, time nak mandi tu tergerak hati nak buka cincin 2 bentuk letak atas almari solek. Bila keluar bilik air tu nampak la Nasywa dok pegang main dengan cincin saya. Anak perempuan kan.. Mana tak tumpah kuah kalau bukan kat nasik kannn... Ok, saya suruh dia simpan balik.. Nampak la dia bubuh kat mana saya letak mula2..


Tengah2 nak sikat rambut baru perasan.. Ada 1 bentuk je tinggal. Eh.. Mana lagi satu? Panik ok cincin kawen hilang! Jenuh saya tunggeng terbalik mencari.. Cari merata dalam bilik. Terutamanya bawah katil.. Tapi x jumpa.. Panik sangat.. Sampai ke sudah tak jumpa. Tension sungguh malam tu.. Rasa nak marah Nasywa sebab hilangkan.. Bila tanya dia jawab dengan relax je cincin ibu dah ilang.. Aaarrrggghhhhhh!!!! Tapi what do u expect? Budak2 memang camtu lah kan.. Suka nak explore..


Hari Rabu tu balik kerja saya cari lagi.. Tempat yang sama jugak.. Tapi masih lagi x jumpa.. Saya dah berputus asa.. Nak menangis semua ada.. ok, masih cuba bertenang & buat x tau..


Hari Khamis, balik kerja saya call K. Ilah.. Dia ni petugas di PDK.. Saya pun tak tau apasal call dia.. Just nak mintak dia tolong tengok kan saja.. Kata dia, dia nampak cincin tu jatuh. Tapi jatuh kat area katil. Lepas tu dia x nampak.. Kata dia lagi cincin aku tu ada benda yang berkenan.. Hah?! Sape? Alaa.. Bunian pun hidup same kite jugak.. Dia berkenan dengan cincin mike kate kak Ilah tu.. Huh! Naik bulu roma aku. Dah la time nak maghrib K. Ilah cakap.. K. Ilah kata malam ni malam jumaat.. Baca yasin. Mohon dengan Allah, jika rezeki cincin tu saya punya, jumpa lah.. Kalau x, redha saja lah.. So itu yang saya buat.. Tapi bukan niat itu semata.. Saya sedekah kan pada keluarga saya sama.. So malam tu saya bagi tempoh bertenang pada diri saya.. Bukan lah nak percaya sangat benda2 mistik ni tapi sekadar ikhtiar.. Selebihnya saya berserah pada Allah..


Pagi2 esok nya saya cari secara sambil2 bersiap nak gi kerja. X jumpa di kabinet semua.. Saya try jenguk bawah katil.. Hah!! Ada!!!!! Alhamdulillah!! Tapi yang hairannya, saya dah jenguk tempat yang sama cincin tu duduk berpuluh kali tapi x jumpa..


Terdiam saya sekejap.. Lama saya pandang cincin yang duduk bawah katil tu.. Saya yakin sangat, dah banyak kali tengok tempat yang sama tapi x jumpa.. Mistik sungguh la pagi tu.. Meremang2 bulu roma d buat nya..


Anda pernah kena macam saya?


Published with Blogger-droid v2.0.10

21 Tips Diet Yang Berkesan

Assalamualaikum..

Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.


Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak. 

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.


Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.




Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh. 

Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.


Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.


Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.






Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja. 
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini. 

Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:


  • Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. 
  • Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.  
  • Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. 
  • Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.

Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan. 

Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.     

Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan  secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.




Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda  mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.





Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.


Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan. 

Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh  tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian. 

Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari. 





Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan. 

Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.



Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik  diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.




Credit info by eBook Rahsia Diet

Friday, 12 April 2013

Tips Pengiraan Kalori Makanan


Assalamualaikum..
Bagi mengurangkan berat badan, penting untuk kita kawal kalori dalam badan. Bila kalori berlebihan, maka ia akan tersimpan sebagai lemak. Jadi, sambil ambil supplemen sebagai membantu, jangan lupa untuk kawal pengambilan kalori juga ya..

  Kaedah pengiraan kalori makanan
Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg.  Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg – 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
minuman kotak 250g – 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
mentega 2 sudu teh – 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal
sumber : http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/155-tips-pengiraan-kalori-makanan-.html
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanni.kamilla@yahoo.com atau SMS ke 013-5818283 (Hanni) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Hanni

Eksperimen Vita Lea Shaklee – Multivitamin yang cepat larut di dalam air

Asalamualaikum.. 

Jom kita tengok Eksperimen Vita-Lea Shaklee nih.. Memang best lah!




Penerangan mengenai eksperimen

  •  Tindak balas Vita Lea bermula seawal 30 saat melalui gelembung udara yang terhasil
  •  Selepas 1 minit tindak balas semakin ketara dan Vita Lea semakin terurai.
  •  Selepas 3 minit Vita Lea telah terurai sepenuhnya.
  •  Dengan menggunakan sudu anda dapat saksikan bagaimana kelarutan Vita Lea di dalam air.

Fakta mengenai ujian ini

  • Menggunakan air mineral yang berada pada suhu bilik (tidak panas, tidak suam dan tidak sejuk)
  • Vita Lea yang larut dengan cepat di dalam air menunjukkan bagaimana tubuh badan kita dapat menyerap dengan cepat nutrisi yang terdapat di dalam sebiji Vita Lea.
  • Tiada pewarna tiruan. Warna hijau pada tablet Vita Lea ialah coating spirulina. Di akhir eksperimen tadi, adakah air telah bertukar berwarna hijau? Tidak kan? Ini menunjukkan bahawa tiada pewarna tiruan yang digunakan.
  • Vita Lea yang larut sepenuhnya tidak akan memberi kesan sampingan kepada buah pinggang kita. Jadi dapat melindungi organ kita.
  • Bukti menunjukkan multivitamin yang paling pantas larut di dalam air dan tubuh badan.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan, anda boleh hubungi saya :
PM FB : Hanni Kamilla Hanafi
SMS/Whatsapp : 013-5818283
Hanni

Wednesday, 10 April 2013

Doa Pengasih

Assalamualaikum..

Ecewah.. Tajuk bukan main lagi ek.. Ehehe.. Saya dok blogwalking dan terjumpa tentang benda ni.. Bagus actually.. Terutamanya utk suami isteri dan anak2.. Dekat kan yang jauh. Rapatkan yang renggang Dah x perlu nak pegi jumpe Tok Moh utuk buat ayat pengasih ke, nasik kangkang ke, ape ke.. Mintak pada Allah.. Itu lebih baik..

Marilah kita amalkan ayat pengasih ni, surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah... teruskan.. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai.

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39
"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Caranya
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik


Terima kasih http://www.cetot.com atas perkongsian ilmu ni.. Lepas ni boleh lah di amalkan supaya hubungan suami isteri bertambah erat, anak2 sayang kat ibu ayah dan sebagainya..

Hanni

Monday, 8 April 2013

Menantu VS Mertua

Saya tertarik nak bercerita pasal menantu-mertua nih.. Biasa lah bila dah kahwin ni mesti ada isu menantu-mertua ni.. Eh.. Bukan saya.. Alhamdulillah hubungan saya dengan mak mertua baik. Dia sudah umpama mama saya juga. Senang berbicara, meluahkan rasa hati dan sebagainya.. Saya upkan dalam entry ini sebagai panduan kita bersama.. Petikan ni saya amik dari satu website..

 

Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan

Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.

Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam

Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).

Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.

Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.

Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan

Menantu Lelaki
  • Allah Subhannahu Wata'ala
  • Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
  • Ibu/Ibu Mertua
  • Bapa/Bapa Mertua
  • Isteri
  • Anak-anak
  • Lain-lain
Menantu Perempuan
  • Allah Subhannahu Wata'ala
  • Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
  • Suami
  • Anak-anak
  • Ibu/Ibu mertua
  • Bapa/bapa mertua
  • Lain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya.

Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, ada beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat

2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut

3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat

4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang

5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara

6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka

7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta

8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan

9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka

10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak

11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka

12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu

13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah

14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur

15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka

16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan

17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa

18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya

19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan

20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka

21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka

22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil

23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal

24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya

25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka

26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan

27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka

Kesimpulan

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.

Ok, ni pulak kesimpulan saya yang baru setahun jagung hidup berumahtangga...

Dalam dunia rumahtangga memang banyak yang tidak adil. Jangan lah kita pertikaikan kenapa suami/isteri aku berat sebelah, kira family dia saja.. Balik kampung family kita x dan panas punggung dah ajak balik.. Kita kena faham, bukan senang suami/isteri kita nak adapt dengan family kita. Dulu dia hanya hidup dengan keluarga dia sahaja.. Bila kawen, keluarga berkembang, jadi dia pun jadi susah nak masuk dengan keluarga baru. Berilah masa pada pasangan kita untuk menyesuaikan diri..

Dan memang ada yang dapat mertua mulut laser x de insurans. Menghiris kalbu bila berkata-kata.. Sabaq saja lah.. X rugi kalu kita sabaq, berbaik2 dengan mertua.. Esok-esok mana tahu Allah lembutkan hati mertua kita untuk berbaik-baik dengan kita. Pasangan kita pun sayang bila kita layan keluarga dia baik.. Lagi satu, jangan diungkit-ungkit pemberian kita pada mertua/family ipar kita. Takut jadi tak ikhlas pulak..

Dulu saya rasa macam susah jugak nak masuk dalam family suami, tapi mama saya banyak bagi nasihat yang membina. Supaya saya ubah mana yang x betul, buang mana yang negatif. Alhamdulillah setakat hari ni, hubungan saya dan family mertua sangat baik. Yang penting berbaik sangka dengan Allah, berbaik sangka dengan mertua, berbaik sangka dengan suami..

Sekian dulu.. Saya nak sambung wat claim pulak..hihi..

Credit Info : http://unitceramah.blogspot.com
Hanni

Vitamin penting untuk pelajar

Assalamualaikum..

Ape kabor semua pengunjung blog ini? Hari ini saya nak sharing mengenai vitamin untuk pelajar. Ramai yang tak tahu bahawa Shaklee juga ada vitamin untuk pelajar. Maknanya vitamin Shakle ini memang berfaedah untuk setiap peringkat umur dan bukan untuk golongan tertentu atau penggunaan tertentu sahaja.


Adik-adik pelajar kita mahu pun anak kita tidak terlepas untuk mendapatkan perhatian daripada Shaklee. Maklum sajalah generasi muda sekarang adalah tonggak kekuatan negara pada  masa depan.

Sebenarnya nak berjaya bukan bergantung kepada usaha belajar dan fokus kepada pelajaran semata. Banyak aspek lain yg boleh diambil kira contohnya cara pemakanan pelajar itu sendiri. Jangan pandang enteng dalam hal ini!

Sebagai contoh seorang pelajar yg lupa atau sengaja tidak breakfast akan mengalami kehilangan nutrien dan akan mengantuk di dalam kelas disebabkan tiada sumber tenaga yang dapat dicernakan. Fokus mula terganggu dan menjejaskan pembelajaran.

Makanan tambahan atau vitamin untuk pelajar memang penting dalam menyediakan para pelajar lebih sihat dari aspek menyeluruh iaitu luaran dan dalaman.

Okaylah, mari kita tengok apa yang Shaklee tawarkan kepada golongan pelajar ini.

Mealshake




  • Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
  • Ibu-ibu yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan boleh memberikan Mealshake kepada anak mereka menu sarapan pagi.

Omega Guard


  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.


B Complex


  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


Lecithin


  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Bagi mereka yang berminat, saya boleh menyediakan set di atas dalam bentuk Pek Mini jika anda mempunyai bajet terhad. Jika ingin dikongsikan untuk 2-3 orang anak, lebih baik anda membeli full pack kerana lebih jimat dan berbaloi..



Untuk info, OmegaGuard boleh diambil oleh si anak kecil seawal usia 1 tahun tapi perlu dapatkan konsultasi daripada saya untuk dos yang sesuai.



InsyaAllah, pengambilan vitamin yang konsisten akan membantu pelajar dan anak kita lebih  sihat tubuh badan sekaligus mencapai kecemerlangan akademik.


Credit Info : http://superbvitamin.blogspot.com




Sunday, 7 April 2013

Makanan Untuk Kulit Cantik

Cun sungguh kulit model ni..



Assalamualaikum..

Entry kali ni Mak Dara nak cerita pasal kulit cantik.. Wohoo.. Sape x mau kan. Lagi2 orang pompuan(saya la tu). Obses dengan kulit cantik, almaklum lah dah masuk 30 tahun kan.. Tapi pemalas amat nak pakai make-up. Kalau keluar tu memadai dengan pakai bedak baby Johnson dan lip balm. Cukup lah.. Dulu rajin beli make-up. Nak touch up mana2 part kulit yang x sekata, tapi sekarang barang make-up dah sedekah kat orang.. Bio le orang lain dapat manfaatnya.. Sejak kenal Shaklee ni memang life berubah 360.. Eh.. Dah melalut lak.. Ok, Balik pada tujuan asal.

Kalau anda jenis yang mementingkan kecantikan kulit dengan menggunakan krim-krim ataupun produk kecantikan kulit dari segi luaran sahaja, anda silap! Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim rawatan kulit yang anda gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya anda perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit. Jom kita tengok antara 5 makanan yang boleh membantu mencantikkan & menggebukan kulit seperti yang anda impikan….:-)

1. Salad
Sedap!

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato
Fevret Mak Dara gak ni..

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi



Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal
Sedap kan epal ni.

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Soya pun sedap

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe..

Namun begitu, saya amat menitikberatkan dalam pengambilan soya..Saya hanya memilih sumber kacang soya yang berkualiti dan sumber soya yang diproses dengan betul…Saya tidak mengamalkan susu soya yang berada si pasaran yang mengandungi banyak bahan pengawet dan kandungan gula yang tinggi..atupun air-air soya di pasar malam yang secara terang-terangan yang saya tahu cara penyediaannya yang menggunakan suhu yang panas, merosakkan khasiat soya itu sendiri…Sebaliknya, saya lebih gemar memilih sumber soya yang saya yakin dengan kualiti dan cara pemprosesannya..Dah tentulah Energizing Soy Protein….Soya yang digemari ramai…sebab tu ESP ni jadi hot seller untuk produk Shaklee….:-)
Hot Selling Item you...

Jika anda berminat nak cuba ESP yang sememamngnya best ni….boleh hubungi saya di :

Hanni Kamilla Hanafi
<3 br="" distributor="" independent="" shaklee=""><3 013-5818283="" :="" br="" contact="" no="" whatsapp=""><3 :="" br="" facebook="" hanafi="" hanni="" kamilla=""><3 :="" br="" emel="" hanni.kamilla="" yahoo.com=""><3 :="" br="" laman="" web="" www.hanihanafi.blogspot.com="">

Hanni