Sunday, 16 December 2012

INFO PRODUK : Alfalfa Complex

Assalamualaikum..

Hari ni MD nak kongsi info produk iaitu Alfalfa Complex. Kenapa Alfalfa Complex ini sangat hot dan menjadi kegemaran ramai.


Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Tidak semua alfalfa adalah sama. Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Khasiat Alfalfa boleh di gunapakai untuk simptom berikut:Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.
Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.


Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid,   menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
Namun, tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.


Alfalfa Shaklee mempunyai dua saiz yang sangat berbaloi untuk di miliki:

** Small - 330 biji - RM53.75
** Large - 700 biji - RM97.50

MD

Friday, 14 December 2012

~ Adik Menikah ~


Agaknya ramai yang sedia maklum atau x berapa nak maklum.. x pe, saya maklumkan lagi sekali.. Adik bongsu saya ada sorang aje.. Lelaki plak tu.. Baru ni dah selamat dah pon kawin dengan pilihan hatinya... X leh dah la nak ngorat dah..

Entry ni khas untuk dia sempena majlis akad nikah dia yang berlangsung pada 12-12-2012 yang lepas.. Lambat beno ek update blog nyer... Nak wat camne.. Mak Dara sibuk ok.. hahaha..

Moh le nengok gambo2 yang di amik oleh Cik Note Mak Dara tu...

www.hanihanafi.blogspot.com
Budak nebes nak menikah.

www.hanihanafi.blogspot.com
Haa.. Sesi batal ayor semayang kunun nya

www.hanihanafi.blogspot.com
Ni dok renyih apa pon x tau..

www.hanihanafi.blogspot.com
Bagi mas kawen - dalam bentuk 1 dinar emas.

www.hanihanafi.blogspot.com
Gelang pulok..

www.hanihanafi.blogspot.com
Salam.. Jangan gado2 k..

www.hanihanafi.blogspot.com
Ladies in the family.. Dari kiri Kak Cik, Cho, Pengantin, Mama, Kak Suria (ipar), Kak Wati (ipar).. Depan tu opkoz la Mak Dara yang jelita..hahahaha

www.hanihanafi.blogspot.com
Makanan yang sedap

www.hanihanafi.blogspot.com
Cik Wa nyibuk..


www.hanihanafi.blogspot.com
Cik Zara dengan Mak Andak nya..

Ni ler sikit gambo Mak Dara amik. Dengan hp je pon.. Dah anak dua ni kadang nak kua henpon pun x dan..

Apa pun, Kak teh harap Man dengan Fara bahagia sampai syurga.. Jangan gaduh2. Kawen ni nampak senang tapi susah sebenarnya.

p/s : =')  adik bongsu dah menikah..hmm..... sedih tapi hepi. dalam masa yang sama, risau....
Hanni

Thursday, 13 December 2012

SMILE PHOTO CONTEST

SMILE PHOTO CONTEST 2012

Selamat datang ke My Bestfriend Shop kami ucapkan buat pelanggan tersayang..

Kami akan mengadakan "SMILE" PHOTO CONTEST.

Masa pertandingan:

Hantar Gambar : 8 Disember 2012 - 8 Januari 2013
Masa Undian : 9 Disember 2012 - 8 Februari 2013
Pengumuman Pemenang : 10 Februari 2013


Siapa yang boleh menyertai?

* Pertandingan ini terbuka kepada semua babies dan kanak-kanak yang berumur antara 0 - 4 tahun.
* Warganegara Malaysia

Bagaimana nak menyertai?

Hanya (1) gambar yang dibenarkan utk seorang anak.
E-mail gambar anak anda yang paling cute and cheeky (jpg or gif format only) to hanni.kamilla@yahoo.com bersama dengan maklumat berikut :
Nama anak:
Tarikh lahir anak:
Jantina anak:
Nama ibu/bapa:
Contact no: (akan dirahsiakan)
Alamat surat menyurat: (akan dirahsiakan)

Bagaimana untuk menang?

Pemenang akan dipilih berdasarkan paling banyak "LIKE" anak anda terima melalui photo yang akan disiarkan dalam fanpage My Bestfriend Shop.

So ajak family dan kawan2 untuk "LIKE" anak anda. Lebih banyak "LIKE" lebih tinggi peluang untuk anda memenangi pertandingan ini.

PERINGATAN: Sila LIKE page MBS dahulu sebelum LIKE gambar tersebut. Jika tidak, ianya tidak dikira.

Mesti nak tahu hadiahkan?

Hadiah Pertama : Barangan bernilai RM200

Hadiah Kedua : Barangan bernilai RM150

Hadiah Ketiga : Barangan bernilai RM100

Terma dan Syarat:

* Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
* Hadiah akan dihantar kepada ke alamat yang diberikan semasa pertandingan ini.
* Semua keputusan dari MBS adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat / e-mail / PM / SMS tidak akan dilayan.


Hanni

Monday, 10 December 2012

Kursus

Pada masa entry ini di tulis, saya dgn Cik Puan Dila sedang berkursus di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang.. tajuk kursus nya adalah Kursus Perkhidmatan Pelanggan & Kaunter Cemerlang.. pendek nya kursus kaunter jek.. haha.. beria boh panjang lebo..

Apa saya nak cerita?hehe..bila datang kursus ni rasa mcm syukurnya aku ada keja..org lain langsung x de keje..

Dulu saya pernah rasa nak lompat ke jabatan lain.. saya apply SPA lain.. masa tu saya dah kerja dengab kebajikan dah.. tapi saya x suka sangat dengan kerja ni.. nak2 pulak masa mula kerja dulu posting kat Pusat Pemulihan Akhlak di Batu Gajah..sangat stress.. sebab sy rasa mcm tekanan tengok perangai budak2 zaman la ni.. bukan minat saya keja cenggini.. bosan..x de cabaran.. haha..blagak gila kau! Saya nak keje pejabat.. saya suka yang beruniform.. nampak segak.. saya dapat interview dengan imegresen..tapi...saya x pegi..sebab?! Bapak saya kata, bersyukur dengan kerja kita,x kira lekeh mana pon kerja kita tu..sebab ramai lagi orang yang mengimpikan duduk di tempat kita..

Hari ni saya sangat hepi dengan kerja saya..mmg kdg2 level kerja saya ada naik dan ada turun, tapi hepi sebab saya lebih menghargai apa yang saya ada..wpon kadang bersungut juga, bila nak dapat pindah daerah kulim ni..tp sy syukur sbb saya masih dapat duduk bersama suami.ada orang yg terpaksa PJJ bertahun2.. setahun bpuluh kali submit borang tukar tp rezeki masih belum berpihak pd mereka.. jadi, bersyukur!

Saya bersyukur dapat bos yang baik hati..sangat memahami anak buah..yg x pernah dok depan punch card check anak buah mai koi bape n etc..but..bukan lesen utk kau mai ikut suka ati je..sungguh pon dia sporting umpama keramat hidup (bak kata 2nd boss saya..haha) tp keja kena siap la kan..

So, bersyukur.. bekerja dengan ikhlas hati.. Alhamdulillah..saya bangga kerja dengan kebajikan..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 7 December 2012

Rumah

Saya sebenarnya menanti2 jawapan kepada housing loan saya..sudah lama sangat rasa nya dihantar..apekehei nye lame beno nak tau kan jawapan loan..hantar dokumen bulan 10..patu 2 minggu lepas tu semua dokumen di return semula.kata x lengkap..saya lengkapkan dan call dulu sebelum hantar..tapi kena herdik bila di tanya dokumen apa lagi yang kurang selain dari yang ditulis dalam surat..kata dia saya x reti baca ke?apa yang ditulis saje lah! Astaghfirullah... sabar je lah.. cakap lah elok2..


Seminggu dua lepas tu dapat pulak surat. Kali ni nak salinan surat nikah dengan surat insurans x betul isi..hmmm...kan...sabar je lah...


Semalam saja saya bukak laman web BPP tu..klik ke bahagian check permohonan online..masukkan ic dannnnn.....ALHAMDULILLAH!! Rasa x percaya sehingga mengulang baca berkali2..baris demi baris..betulkah? Alhamdulillah... syukur ya Allah..


Siap printscreen hokeh..haha...maklum laa..orang x pernah nak ada rumah sebelum ni.. ini rumah pertama saya..hasil titik peluh kami suami isteri..insyaAllah akan jadi syurga kami... =)


Sebelum ni kami mencari2 rumah..rumah ini sebetulnya bukan lah rumah impian kami. Kami mahu rumah semi-d atau pun rumah tepi.. kami nak kawasan yang luas. Supaya anak2 ada tempat bermain.. supaya saya boleh sambung lagi tepi dan belakang rumah.. kami jumpa, dan hampir jadi milik kami tapi mungkin bukan rezeki..Allah x lorongkan rumah tu untuk kami.. saya mencari dan cari..


Suatu hari tergerak nak cari dalam mudah.my, iklan rumah ini tanpa gambar. Saya tawakal menghubungi tuan rumah, tetapkan temujanji. Dan, saya jatuh cinta pandang pertama..ia hanyalah rumah teres 2 tingkat biasa.. TAPI ada surau di depan rumah tersebut. Dan juga padang permainan.. hati saya dah terpaut... saya juga tertarik dengan kesungguhan tuan rumah tersebut, membawa dokumen lengkap.


Saya balik ke rumah.. berfikir dan berfikir.. saya hubungi mak, mama dan papa.. CM tidak begitu teruja.. Alhamdulillah, saya berterima kasih pada Mak.. kerana meracun CM! Hehehe...


Alhamdulillah.. benar,rezeki setiap anak itu berbeza.. kelahiran nasywa, saya dapat pindah dekat dengan CM.. walaupun bukan daerah Kulim, tapi masih boleh saya berulang alik dari Kulim ke tempat kerja, saya dapat beli kereta baru.. kelahiran Zahra pula, saya kenal dengan  bisnes Shaklee (saya kenal Shaklee dah lama, bisnesnya je yang baru kenal..)dan saya dapat membeli rumah.


Alhamdulillah.. syukur padaMu ya Allah..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 4 December 2012

Kerja Salah

Ofis kami selama ni hanya guna line internet negeri..kalu lembss maka lemau la kami ni.. x de youtube x de FB x de mudah.my...hahaha..

Kemudian kami menumpang kasih dengan ofis pejabat TEKUN kat atas yang pakai Wifi.setahun lebih jugak la kami bersuka ria menggunakan internet..bukan wat keje sangat pon.. FB je banyak.. Asal bos lalu cepat2 click bukak SPBK..wakaka..aku le tu..hahahaha....

Tapi semenjak dua menjak ni wifi tekun dah x berapa nak menunjukkan kasih sayang lak...huhuhu..nk menumpang kasih pejabat lain, dah tentu la x leh..masing2 pakai pw..ko nak?! meh share bayau! boley? uhuhu....pilu rasa nya hati..harapkan Cik Note II tapi Incik Celcom murka dengan kawasan Jawi ni gamaknya..memanjang je line internet E.. setahun tunggu loading x abis2.. Camno nih..? Dari sehari ke sehari menunggu nak berkasih sayang dengan TEKUN atas tapi deme x mo nak wat ganer?

So bape hari lepas saya terbaca dlm FB, ada alat curik wifi! wahhh... macam menarik je kan bunyi nya.. Walaupun la info tentang alat tu berbunyi tazkirah iaitu MENCURI ITU BERDOSA, tapi saya cam ala2 x berapa nak nampak lak..kihkihkih...

Saya ajak Cik Puan Dila p kedai stationary Super best kat Tmn Pekaka tu.. Kenapa best? Kalu saya masuk dalam tu memang jahanam la poket saya.. terlampau banyak benda kiut miut dan yang penting morraaaahhhhh!!!!! =D tapi bertolak2 deng CPD ni nak tanya bendalah tu kat budak yang jaga bahagian IT tu... Benda salah kan..harus lah takut...tapi nak buat jugak.. (*pang mau?) pastu dalam dok mikior nak tanya camna ni, saya dapat peluang tokey kedai tgh bersendirian...hehe..

Saya : Tokey..(dalam nada paling sopan dan takut2)..
Tokey : ya miss..(awww...anak dua hokay!)
Saya : Err..u ada juai x ala benda yang leh tarik wifi tu..yang boleh detect pw wifi org tu...
Tokey : Ooo..itu..saya tau.. Tapi itu salah worr.. x bleh juai maa.. nnti orang mai tangkap saya..
Saya : Aiya..jgn la itu macam..juai la pada saya..berapa duit u juai?
Tokey : 80 saje.. bukan x mau juai maa.. saya pon tada stok maa.. ramai orang mai sini nak beli...
Saya : Ya ka?
Tokey : Saya order 2 kontena.. sudah sampai tapi kastam mau duit maa..saya x dak duit..
Saya : Pulok..
Tokey : U mai nanti 20hb.. jangan lambat.. nanti habis lama pulak u tunggu. ok?
Saya : ..........

Maka, setelah kua dari tempat puaka itu (nak tanya alat tu je tp habis duit sampai RM50!) saya rasa mcm dapat hidayah pulak.. Memang mencuri itu dosa. Saya berniaga on9.. nak bagi keluarga senang. nak bagi anak2 makan.. x kan saya nak suap dari hasil yang x baik.. Alhamdulillah Allah beri 'kesukaran' untuk saya membeli benda tu supaya saya boleh pk yang saya nak rezki dari sumber yang halal..

Makanya lagi, saya pon trus mengajak CPD ke Maxis centre utk sign up broadband..habis cerita.....

Astaghfirullah.. Ampunkan dosa ku....
Hanni

Sijil Halal Shaklee


Ramai yang PM / SMS saya tanya tentang sijil Halal Shaklee. Saya maklumkan produk Shaklee semuanya dijamin Halal.
 
Ini saya copykan sijil halal bagi poduk-produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.
 

 
Untuk pengetahuan pengguna, sijil halal yang dikeluarkan oleh Islamic Servive of America telah diiktiraf oleh JAKIM.
 
Jadi, sila jangan ragu-ragu lagi!

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi HQ Shaklee ditalian 603 - 5622 3188 atau layari laman web Shaklee Malaysia di www.shaklee.com.my

Hanni

Sunday, 2 December 2012

Musibah

Kisah seram sejuk saya bermula hari Jumaat lepas.. Hahaha.. Macam cerita hantu pulak ek..

Pagi tu saya agak kekalutan sikit sebab menghantar mak ke Stesen Bas Kulim.. Mak nak balik ke Selama dengan Sufea.. Oleh kerana CM keja, kereta kami pulak ada satu je, so mak cakap nak ikut saya keluar pagi tu.. Eh, macam belit2 pulak ayat aku nih... aahh..abaikan..

So nak jadi cerita, oleh kerana x dan nak perah susu pagi tu, so saya perah agak lewat, dalam pukul 8 gitu, itu pun dalam kereta. Nasib baik Cik Dila jadi driver boleh juge la saya bertenang memerah susu.. Dah la tangan saya sakit gara2 terlampau banyak main sabun, lutut kanan lak sakit.. X tau la melasak teruk sangat kut saya ni.. Nak sujud pun rasa macam azab sungguh...

Sampai ofis lewat, depa wat makan nasik lemak pulak.. Makan dulu.. Perasaan saya time tu sangat x selesa. Haish.. Lepas makan, saya perah susu lagi..tapi masih sakit.. T.T

Tengahari lunch time tu saya ke Shaklee Seberang Jaya untuk membeli order customer kesayangan saya. Masa tu dah mula rasa seram sejuk. Badan terasa macam di tumbuk2 orang, kepala mula pening, mata terasa nak tersembul bila tunduk. Sangat x selesa..

Bila balik semula ke opis, makin melarat2 rasa sakit.. jenuh saya pk ada salah makan apa rini. terasa sakit sungguh.. Melepek tido dalam bilik server je la yang mampu saya buat. Rasa x sabar sungguh nak balik rumah. Petang tu bila sampai umah, bentang toto depan tv, amik selimut, bancuh susu kakak, bukak Disney Junior, berbungkus la saya dalam selimut dengan Zahra. Alhamdulillah Nasywa x kacau adik, sampai lah CM balik kerja koi 8 lebih tengok saya mcm nak mati dah kot dia ajak pi klinik tp sebab terlampau x larat sangat saya x nak.. nak makan ape pun dah x lalu. Cuma telan Nutriferon dengan Vitamin C Shaklee sahaja.

Kemudian terlena sehingga pukul 3.30pagi saya terjaga dengan kepala terasa sakit sangat.. Alhamdulillah badan dah x panas. Lutut pun dah less sakit. Saya bangun lap badan pulak dengan Basic H kemudian sambung tido.

Hari Sabtu masih lagi sakit tapi dah banyak dah kurangnya..Saya amik lagi Nutriferon dan Vitamin C.

Hari ni, Alhamdulillah dah semakin baik. Dah boleh bangun buat kerja rumah, basuh baju, ampai, lipat, cuci dapoq, buang sampah dan sebagainya.. Alhamdulillah..

Kali ni saya tak lagi amik ubat klinik mahu pon panadol. Saya cuma mahukan yang natural sahaja. Tak ada bahan kimia. Alhamdulillah....

Kesimpulannya, bila breast tu dah penuh, jangan la dok tunggu2 nak perah. boleh demam la dibuatnya...

Hanni

Saturday, 1 December 2012

Collagen Powder Yang Sangat Hebat!

Assalamualaikum..

Entry kali ni, MD nak cerita tentang Collagen Powder yang sangat hebat! Berkebetulan pulak, Shaklee buat promo Collagen Powder!! 

Meh kite tengok ke'best'an Collagen Powder Shaklee ni...





Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. malah, ia menyumbang kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Sebab dan Kesan Kehilangan Kolagen

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembantukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti :

  • Kulit berkedut, kering dan melayut
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh
  • Rambut halus dan gugur

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangan ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan lebih mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

  • 7 bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.

  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Kesan-kesan dan Faedah-faedah Mengambil Kolagen


  • Anti Penuaan ~ Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Menghidratkan ~ MELEMBABKAN kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.
  • Mengembalikan Keanjalan Kulit ~ Meningkatkan KETEGANGAN KULITKEANJALAN dan KELEMBUTAN.
  • Melicinkan ~ Meningkatkan KELEMBUTAN dan KELICINAN kulit.
  • Menyubur ~ Menggalakkan kuku yang kuat, RAMBUT yang TEBAL dan BERSINAR.
  • Mencerah ~ Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Menegang ~ Membantu MENEGANG dan MENGANJALKAN PAYUDARA.


*** Faedah Tambahan : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.


Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilankan kedutan. Selepas menggunakan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh


  • Meningkatkan Kelembapan Kulit ~ 90%
  • Mengurangkan Kekasaran dan Kekeringan ~ 75%
  • Meningkat dalam Penampilan Keseluruhan ~ 71%
  • Meningkatkan Kelembutan dan Kelicinan ~ 69%
  • Meningkatkan Pemakaian Kekal Mekap ~ 60%
  • Meningkatkan Keanjalan, Ketegangan dan Elastisiti ~ 55%
  • Meningkatkan Ketebalan Rambut ~ 54%
  • Meningkatkan Keserian, Tona dan Warna Kulit ~ 50%
  • Mengurangkan Garis-garis Halus dan Kedut-Kedutan ~ 18%


Antara testimoni customer :

*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***

.










MD