Wednesday, 21 November 2012

Ayam Penyet

Semalam lepas balik keja, perasaan macam nak makan Ayam Penyet je.. Kes nya x pernah makan kan... Harus la teringin lebih nak try test... Jenuh la mokcik ni berdoa supaya CM nak p makan kat situ.. Alhamdulillah dia mau..

So after Maghrib, kami pun gerak la menuju ke Giant Kulim.. Sekali tengok dah tutup.. Bungkus dah kot.. CM tanya kat mana lagi AP ni ada? Saya jawab Perda.. Dalam hati terasa hampa jugak la pasal berasa mesti CM x nak gi.. Dah la hujan lebat gila time tu.. Tapi CM setuju nak gi.. Uiii... Seronok x kira la kannn... Hahahaha... Bukan senang tau.. Selalunya CM akan akhiri dengan ayat p bungkuih makan dekat2 sini sudah laa... Lagi teruk --> "Abang pi sorang je lah"... T.T

Gigih la kami redah hujan semata nak makan AP.. Sekali bila makanan sampai... Saya tengok CM, CM tengok saya.. Depa bagi la dua pinggan nasik kosong.. patu dua pinggan lain isi kacang panjang rebuih, tauhu goreng seketoi kecik & 2 ketoi kecik tempe, sambal yang pedas lagi x sedap, ayam goreng kecik dgn seradak penuh atasnya.. Saya masih bersangka baik, mungkin rasa dia sedap kut wpun penyediaan nya simple sangat.. (gambo x de pasal saya dah terlampau lapo!)

Sekali bile makan....hmmm.....kami pandang sesama sendiri.. CM spontan cakap ini keja bodoh namanya! Meredah kemain jauh semata nak makan sumthg x sedap! Terus ketawa sebab sumpah x sedap! Adoi.. Camna le boleh bertahan lagi kedai ni... siyes.. Dah la sup x de. Pada saya mmg la no problem. Tapi utk manusia yang bersulam sup cam CM ni harus la x sedap kan..apekehe nya makan nasik togel kering je.. kan? Hahahaha... Sumpah x pegi dah! Makan Chicken Rice Shop ok lagi kut.. Terbantut nafsu makan.. (Tapi habis jugak sbb lapo!)

Huh! Wat stress saya jek.. Dah la kakak pon cam ragam2 sikit x mau dok dalam carseat nya.. So berimpit la kami kat depan..especially saya..dengan pegang Zara, kakaknya pon nak baring atas riba jugak..adoiii...

Haish..sekian le keja bodo kami semalam..

pst :- korang tok sah pegi le AP tu.. x sedap!

Hanni

Thursday, 15 November 2012

Jalan-jalan Queensbay Mall

Hari ni cuti Awal Muharam..

So saya bangun seawal pagi..sebab Nasywa bangun awal..haha.. Nasywa x kasi can utk ibu bergolek2 selepas subuh..

Oleh kerana cuti, aktivitinya hanya bersantai di rumah..baru berangan nak ajak CM jalan2 kat Jusco Perda.. Oleh kerana nak berjalan, maka saya setelkan mendobi baju.. Mandikan anak2 awal siap pakai baju elok.. Saya pun siap mandi sekali... CM masih bergolek2 atas katil lagi.. Agaknya dia tengok saya sibuk siapkan anak2 maka dia pun bertanya le nak ke mana bininya ni hari ni.. Saya wat muka ala2 kiut cakap nak ajak gi Perda.. Sekali CM ajak pegi Queensbay Mall!! Lepas tu nak pegi Bukit Bendera nak bawak Nasywa jalan!!!! Ok, mak kena pengsan 80x... Hahaha... Bukan senang CM nak ajak gi berjalan.. Alangkan nak gi kedai mamak kat taman bawah tu pon maleh, ni kan pulok sampai QB Mall..

Saya pon ape lagi.. Makin laju la bersiapnya..hehehe.... Moh nengok picture yang saya sempat tangkap....





* haa...nak mkn ape ek..? *

* Kemain lagi kamu ek ayah bawak jalan.. *

* Ok nak order set ni... *

* Ayah tengah mikir camne nak ngayat ibu blanja makan *

* Budak kicik syok dalam kendong ibu *


* Mak Dara nak jugek tangkap gambo senirik tempek sini *
 Selain itu, saya dengan tergedik nya nak beli Levis utk menggantikan seluar yang di curik orang itu..Huh! Melayang duit...

Patu kami keluar dari QB Mall utk teruskan destinasi ke Bukit Bendera.. Sekali tengok hujan maha lebat! Ok, x yah la kot kata saya.. Tapi CM kata try test pegi tengok.. Sekali keluar atas sikit je x de pon ujan.. Drive punya jauh nak sampai ke situ sekali sampai, tengok orang berator sampai luar pagar..! Oii..ampon..x kuasa nak bersesak dengan orang ramai2 bawak lak budak2 kecik.. Satgi kalu saya x meroyan, CM yang ngamuk.. Baik je la balik umah...

So, itu je la jalan-jalan buang masa kami hari ni..hehehe... X de le best cam orang lain punya outing, tapi hepi.. Tu yang penting..
Hanni

Wednesday, 7 November 2012

Penyelesaian kepada keguguran rambut selepas bersalin

Assalamualaikum..

Sebagai ibu yang baru lepas bersalin, bila baby mula menyembur-nyembur air liur, mula lah gugur rambut ibu.. Hihi.. Jangan salah kan baby pulak.. Tu sebenarnya hormon kita tau ibu-ibu.. Ni saya nak cerita pasal penyelesaian kepada rambut gugur selepas bersalin ni.. Sbb saya mengalami benda yang sama.. uhuhu....


Bg orang2 yang baru lepas bersalin cam saya ni, keguguran rambut yang sangat teruk memang sangat tension... tak larat nak sapu umah laa... Sapu kot ni, toleh tengok ada lagi yang baru gugur..atas katil la, toilet la.. Merata2 rambut saya je sampai CM bising..hehehe...

Ada mitos kata keguguran rambut bermula bila anak tu 'menyembur'. Tapi x tau la kan apa lak hubung kait nya rambut gugur dengan anak menyembur air liur.. Cume berkebetulan memang sekarang ni Zahra dok main nyembur air liur..

Ada orang yang rambut panjang terus potong pendek sbb tension tengok rambut bersepah gugur kan.. Macam saya ni sayang gila nak potong pendek..bukan senang nak tunggu panjang kan..

Time Nasywa dulu, ape je orang suggest semua saya try.. Tapi belum try Shaklee lagi time tu.. Tonik ginseng la pe la..bau busuk gila.. Dah la mahal lak tu.. tapi hasil camtu gaknya....

Ok, ni ada fakta tentang keguguran rambut yang saya amik di sini..Jom tengok ape kata dia..

1. Selepas bersalin, kehilangan banyak hormon ekstrogen mengakibatkan ibu-ibu keguguran rambut sehingga purata 500 helai rambut setiap hari berbanding keadaan normal 100 helai setiap hari!!!

2 Namun ibu-ibu jangan panik kerana keguguran rambut yang banyak ini adalah normal!!

3. Keguguran luar biasa ini disebabkan folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin.

Cara penyelesaian kepada masalah ni pulak...

1) PENTING: Ibu-ibu perlu mengambil makanan bekhasiat yang kaya dengan protein dan zat besi. Namun bagi ibu-ibu yang masih berpantang atau alergik dengan makanan seperti telur, ikan dan makanan lain jalan penyelesaiannya terbaik tentulah mengambil  vitamin. Jangan lupa vitamin pelengkap dan terbaik tentulah daripada Shaklee.

2) Jangan warnakan rambut atau melakukan aktiviti melurus, mengerinting sepanjang tempoh selepas bersalin dan tunggulah rambut kembali  normal ok!

3) Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

4) Pilih sikat yang lembut dan sesuai dengan struktur rambut anda.


Macam saya, saya pilih utk amalkan pengambilan suplemen ini..


1) Energizing Soy Protein (ESP)
2) Zinc

3) Vita-Lea (Multivitamin)

 4) ProSante (Revitalizing Shampoo)

So far, Alhamdulillah.. rambut yang gugur tu masih ada..tapi berkurangan sikit dari sebelumnya.. Kalau tak tu..... Stress mak..!!

 
Bagi yang berminat dan mahu tahu lebih lanjut tentang produk2 Shaklee yang super best ni, boleh lah menghubungi saya.. Add FB Hanni Kamilla Hanafi / Call or SMS or Whatsapp 013-5818283  / E-mail hanni.kamilla@yahoo.com . Saya berbesar hati sekiranya dapat membantu menyelesaikan masalah kalian..



Monday, 5 November 2012

Toksin.. Please Go Away..

Pernah tak kalian rasa sakit tapak kaki tetiba.. Tekan-tekan rasa sakit or rasa sakit cam mencucuk-cucuk.. Or rasa sengal-sengal badan.. Badan pun lenguh-lenguh & rasa malassss je...
 
Haa.. Ni nak kabo... Itu tandanya ada toksin dalam badan kita ni.. Memang toksin ni mudah nak masuk dalam badan kita.. Pemakanan kita pun macam mana kan.. Tak kata orang, saya la tu.. Hehehe... Kesan dari toksin banyak ni kan, badan pun jadi lenguh je.. x bermaya.. kencing x lawas.. buang air besar pun rasa x keluar habis... kepala pun pening.. dan macam-macam lagi kesan yang kita boleh dapat.


Saya pun rasa camtu jugaknya.. Nak2 saya ni bukan menjaga pemakanan sangat.. Banyak makan yang segera2 ni.. Mekdi ngan Piza tu mmg peberet la kan.. Air pulak kurang.. Memang fantastic la kan.. Hehehe...


Sekarang ni banyak dah jual produk untuk buang toksin.. contoh macam yang tampal kat kaki tu.. esok pagi bukak... MasyaAllah!! Busuk gila... Penah try dulu tapi sebab busuk, x mau pakai lagi dah.. hahaha.. pd hal sendiri punya toksin kan...


Selain tu kena la minum air dengan banyaaakkk... Bersenam..supaya peluh keluar.. buat refleksologi.. pembuangan toksin ni boleh melalui peluh, buang air kecil & besar.

Kalau nak yang senang sikit, boleh la amik suplemen yang boleh membuang toksin dalam badan kita ni.. Dalam produk Shaklee pun ada untuk detox.. Proses detox ni membantu dalam penyerapan vitamin atau mineral yang kita ambil dari pemakanan kita mcm sayur-sayuran & buah-buahan..atau pun suplemen kesihatan...hasilnya lebih tip top lah kan..


Saya suka nak suggest pada customer saya untuk cuba HERB-LAX daripada Shaklee. 





Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.



Satu lagi produk Shaklee untuk detox ialah ALFALFA COMPLEX..


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Kedua2 produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Kredit info di sini dan sini..


Harga kedua-dua produk ni pun x de lah mahal pun.. InsyaAllah mampu untuk dimiliki..

Saya juga selalu cadangkan set kurus & detox secara sihat kepada anda dari serendah RM 70 sahaja.

Jika berminat boleh hubungi saya di hanni.kamilla@gmail.com atau sms/whatsapp di 013-5818283.


Moh try test hari ini.. Kompem dapat rasa kesannya..
Hanni

Saturday, 3 November 2012

Moh cerita..

Hehe..nak cerita ape ntah..


Baru berpeluang nak update blog..sebab terlampau la sibuk..ececeh..mcm kan PM lak ek..sejak naik keja 22hb 10 lps, x sempat nak bkk blog..maklum le nak karang cerita duka lara mau pon gembira ria ni mmg la kena ada rasa tenang..hehe..supaya idea mencurah2..keh3.. *poyo la kau hani!*


Tapi siyes..keje sgt byk..bila masuk opis tengok fail bertimbun atas meja.apa je la org yg tanggung tugas saya tu wat ek..cm x wat pape pon..cm same je dgn hari last keje sebelum beranak..makan gaji buta ke? Huh!! Tp nak cakap byk pon x leh..kroni kot...antara dia dgn Allah la..


Skhamis sebelum raya haji balik ke Selama dlu..sebab x ada sape kat kampung..kesian jugak kat mak kn..walau pon la saya balik tu x banyak leh bantu sbb kisahkan anak2 dara ni tp sekurang2 nya meriah la sikit dr x de org langsung kan.. *tetiba tingat kat anak buah di Filipina..sian dia raya sorang...


Pagi raya haji tu mak ngan kak da wat korban..so sembelih la lembu..CM lk jd pom pom boy je kot..hahaha..saya cm biasa la bz dgn kenit dua org ni..saja wat2 sibuk je la pon..daging berlambak2 tp sbb kan nk balik ipoh lak ptg tu jd x leh nak amik..nnti next time balik br amik..


Petang raya lak balik ke Ipoh..dah lewat jgk la gerak..smpai mlm..singgah restoran paradise hadhramout dulu untuk mamam..lapo ok..mama dgn yg lelain sumer dah ada..punya lambat sampai kan salman basuh pinggan..abg azmel ngan kak wati lak dh jd waiter ngan waitress..hahaha...ekceli x cukup org.kastemer lak ramai malam tu..mmg cm huru hara sikit..mknn kami pon sampai dh sejam lepas tu..mujur juga ada abangcik sefamily baru tiba.boleh juga makan berjemaah..sesudah makan kami lak pakat tolong angkat pinggan cawan suma p dapo..haha..giler letih..


Raya kedua,kami amik bahagian utk akikah Zahra.so CM ke surau utk tolong papa..yg lelain kat rumah wat ketupat (bersembang)...terasa meriah..raya haji kali ni nampak lain..mcm dlu2 balik..seronok sgt... *tears*


Stok ESP dan lelain yg saya bwk balik licin!sampai x cukup..syok gila..teruja..semua ada..sbb saya ni pemalu..tetiba stok yg saya bawak balik dan x yakin leh habis akhirnya habis!best!!


Eh..dah koi 1.30tghari..kena siap skrg utk bwk Zahra cucuk 3 bulan..


Nanti sambung lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.9