Friday, 8 February 2013

Teknik Power Pumping Yang Betul

Assalamualaikum wbt..

Pagi jumaat yang damai ni, saya nak share tentang Power Pumping. Sebenarnya dah lama saya nak wat entry psl ni. Gara2 seorang kwn yang jauhhhhh di mata tapi dekat di hati bertanya kan pd aku tentang penyusuan susu ibu.. Beliau yang jelita adalah ibu muda.. Duduk jauh dr keluarga, berpantang seorang diri di sana, menangani masalah susu kurang n etc etc etc.. So, rini saya wat entry psl Power Pumping(PP) ni..moga ianya bermanfaat buat anda dan saya juga...


Apa itu PP?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang memerlukan PP?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang perhasilan susu
  • Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.


Macam mana nak buat PP?

Saya Pakai ini je pon.. Dah dua anak saya menggunakan khidmat dia.. sangat syok!
Untuk Simgle Pump - 
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

Idaman saya... Hihi..

Untuk Double Pump - 
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Waktu yang sesuai untuk buat PP?

Waktu yang paling sesuai untuk PP adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur... ini kerana hormon prolaktin pd waktu itu adalah sangat tinggi. Tapi ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan diri sendiri nak berPP waktu bila pun. Yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal..
 
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Ok, harus ingat bukannya sekali buat terus susu jadi byk tau. PP memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...

Setiap jumlah perahan  antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah.. Bila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...


Satu lagi, sepanjang proses PP ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah..haru pulak nnti kalu rosak)...


So, kalian2 semua, manage jadual pengepaman sebaiknya... Masukkan sekali satu waktu dalam jadual pengepaman seharian itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping... Insya allah, hasilnya sangat berbaloi2.. Disamping itu boleh cuba amik set breastfeeding 3M Shaklee untuk membantu.. TAPI, harus diingat,
Teruskan perjuangan and JANGAN GIVE UP!! Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!


Hanni

Thursday, 7 February 2013

Ting Tong..

Assalamualaikum wbt..

Petang smlm saya ambil anak2 di rumah pengasuh.. Pengasuh dengan muka yang sgt risau dan takut2 bg tahu, kakak x mahu minum susu botol.. sebab sakit mulut barangkali.. Dia main lambung2 bola, kemudian terlompat2..ntah tersilap kot mana, jatuh.. Lepas dari itu dia terus x mahu minum susu melalui botol mahupun straw.. Buas sikit anak sulung saya ni..Saya x salahkan mak pengasuh sbb saya kenal anak saya tu..

Malam tu CM kerja. Jd saya sendirian dengan anak2.. episod mimpi ngeri bermula, dia mula menangis sbb sakit nak isap susu dr botoi..bg melalui cawan dia mahu lah tp bila nak tidur tu habitnya akan isap botoi susu tu wpon isi angin(kosong) je pon.. Ni x boleh pulak.. Tecik Zahra lak nak tidur tp terganggu bila kakak nangis n mula meragam juga..

Mak sungguh tensi dan menangis sama sebab x tahu nak buat mcmne.. Dari koi 8 lebih sehingga lah koi 11 lebih gitu baru dia diam n lena sebab dah letih menangis... Saya setelkan packing barang kastemer n etc, 12 lebih juga saya tido..

Koi 4.30 pagi dia bgn lak nangis lagi...bancuh susu dia x mau minum botoi..dh la tu request nak tengok tibi pepagi... nak lak ibu teman..haish..layan la..

Kesannya...

Gini le saya rini..


Hari ni saya tintong d tempat keja sbb tido x cukup dan terganggu2 tido saya tu.. Ada lak perhimpunan bersama pengarah di Teluk Air Tawar.. Terasa anytime nak terbalik sbb terlampau ngantuk.. On the way balik, Dila yang bawak kete.. keta lak super banyak kat atas jalan... Tapi saya lak x sedar apa langsung.. Tidur sampai tiba di pejabat...

Sekian hari saya...

Hanni

Wednesday, 6 February 2013

Info tentang Clog Duct

Ok, Rini saya nak share info tentang clog duct or saluran susu tersumbat.. Thnx to pakcik gugel.. Moga memberi manfaat buat saya dan org lain juga..

Apakah itu?

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati anda!)

Apakah puncanya?

Apa yang diketahui ialah mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu" yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar. Selalunya ini ialah sebab bayi anda tidak mampu mengosongkan buah dada anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi anda kurang tahu bagaimana untuk melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah pembengkakan buah dada yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual atau trauma kepada buah dada, yang mana akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis.

Mastitis yang berasalkan infeksi mungkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman; tetapi, bagaimana infeksi boleh melarat ke buah dada adalah kurang difahami. Sesetengah wanita yang pernah menghidapi mastitis juga mempunyai puting yang merekah dan infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur puting dan terus ke sistem limfa buah dada. Ada pula pakar yang berpendapat bahawa mastitis dan puting merekah adalah simptom yang disebabkan teknik melekap yang kurang baik, jadi kedua-dua perkara ini boleh dikatakan berkait juga.

Anda mungkin akan dijangkiti mastitis jika anda menjadi ibu buat pertama kali tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar tentang penyusuan.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Jangan berhenti menyusu – ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan menasihatkan anda supaya berjumpa dengan kaunselor penyusuan atau dia akan memberikan anda antibiotik atau kedua-duanya, bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. (Tanya doktor anda sama ada ubat yang dipreskripsikan kepada anda boleh menjejaskan bayi anda, tapi maklumlah bahawa antibiotik yang biasa diberikan untuk mastitis adalah selamat untuk bayi). Dia juga akan menasihatkan anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat menahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada berlakunya infeksi.

Jika anda menghadapi masalah yang mana bayi anda kurang cekap melekap dan menyusu dengan baik, antibiotik tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengelakkan daripada mastitis, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Baca dengan lebih lanjut panduan terperinci untuk penyusuan bagi menentukan sama ada bayi anda sudah boleh melekap pada buah dada anda dengan betul.

Anda boleh meminta doktor anda merujukkan anda kepada kaunselor penyusuan atau anda boleh meneliti senarai organisasi penyusuan sebagai sumber tambahan untuk mendapat nasihat. Bacalah artikel kami mengenai duktus tersumbat untuk tip-tip bagaimana boleh mencegah mastitis daripada berlaku berkali-kali dari awal lagi.

Ada juga ibu yang enggan menggunakan antibiotik sehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada. Mungkin anda mahu mencuba penyelesaian sendiri, tapi dalam pada itu, pastikan juga antibiotik ada dalam kabinet bilik mandi sekiranya diperlukan nanti. Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.

Sama ada anda bertindak untuk mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut:

• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.

• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.

• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.

• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.

• Rehatlah sebanyak mungkin.

• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas dituam di bahagian sakit atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan. Ada pula yang menggunakan uncang teh. Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.

• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Panadol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.


Rawatan Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.

Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.

2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.

3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.

Berapa lamakah ini akan berterusan?

Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda.

Perlukan saya berhenti menyusu jika saya menghidapi mastitis?

Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada buah dada untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan – ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan.

Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol.

Adakah ia menjejaskan bayi saya?

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.

Sumber : www.babycenter.com



Hanni

Tuesday, 5 February 2013

Ya Allah!! Sakitnya susu tersumbat..

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Hari ni hari kedua saya menahan sakit sebab susu tersumbat.. Asalnya hari ahad baru ni ada program Beautiful Malaysia ke apa tah kat Teluk Bahang.. Patu mencari port memerah susu tu x de.. Dah tengahari baru la boleh perah susu dalam bas.. tu pon x selesa sebab bas goyang2, so x perah betul2 kosong la time tu.. Sampai umah perah lg tp dah start rasa sakit sikit,cume saya pk hilang sendiri kot nanti.. Selalunya camtu.. Plus Zahra menyusu lagi..

Malam tu saya bersemangat masak ikan panggang.. Nak merasmikan pemanggang ajaib Avon yang baru di beli.. Hahaha.. So, mlm tu pulun makan banyak.. Sebab mkn banyak,telan la OmegaGuard, Lecithin dengan Alfalfa.. Oh ye, saya selalu nya x amik alfalfa bila nak tidur.. Ni sebab mkn banyak, Saya pon telan la 4 bijik..

Esoknya bangun, bengkak susu.. Penangan alfalfa.. Bengkak susu tu siap dengan pakej susu tersumbat ye..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY2DwLyfGQ3IP8OCm6BPH-SoHqStPgQavh_G-IMnswiGlBDeICCfFnFiENT9yafdPz3cGv7Z_kpzbRWBNbjpB7xw60J_gSX17wNIVxOMR8b_Bmy_DNTTwtyM5bsmm1hwdunGjp1dn4cM9n/s1600/condition_blocked_milk_duct.gif

Ya Allah, sakitnya Tuhan saje yang tahu.. Sampai pejabat tu dah start seram sejuk, x tau nak cakap cmne.. Pi tidoq sat dalam bilik server yang panas tu, pon boleh gigil2.. apekah?! Makanya saya pon msg la CM, mengadu nasib..CM offer nak amik balik umah.. Terus siap beg segala.. Sampai umah, saya telan Nutriferon. Kemudian tido lg.. Bangun tengahari semayang, perah susu, tuam..masih lg x surut.. Sempat la 2x muntah.. x de selera langsung nak mkn ape pon. T.T

Malamnya Zahra nyusu kerap juga..saya bagi belah yang sakit je..tp still sakit sangat2.. memang x boleh tido..selimut 2 lapis, bapak ny peluk lg nk bagi kan berpeluh.. Tapi x jalan.. Menggigil2.. Bisa sungguh 1 badan.. kritikal cm nak mati dah rasa nya.. hahaha.. biasa la..bila saya sakit memang poyo sikit.. Drama lebih..

Pagi ni bangun mandi, urut2 la sikit kwsn bengkak tu kan.. baru terperasan ada 1 liang tu kuar cecair yg likat cam nanah tu.. warna kuning pekat.. Ohh... Mak panik ok! Maybe semalam masa perah tu x perasan.. Terus siap hanta budak2 ni kat umah mak caq nya n str8 ke Klinik Kulim.. So doktor pon check breast..sebelah kiri ok, yg kanan tu ada ketul2 dua tempat.. Saya tanya pasal nanah tu.. Katanya itu bukan nanah. Itu cm susu lama. Yang x kua.. Lama2 nnti dia akan jd cm bentuk yogurt gitu.. Bentuk yogurt? hmm... So dia advice balik nanti tuam dgn tuala panas n urut ke bawah.. Wat banyak2 kali..Dah buang sikit tu boleh la bg bby nyusu.. Doktor bg la ubat ponstan ngan antibiotik..serta MC utk hari ni. Kata doktor tu lagi, kalu saya biar lama sikit, mungkin dia terpaksa operate utk buang part yang bengkak tu.. hah?!! Operate?

Sampai je umah terus jerang air, tuam patu urut ke bawah..hahaha..
Hanni

Saturday, 2 February 2013

Jom berkenalan dengan OmegaGuard Shaklee

Salam Februari kalian..

Kali ni mak dara nak cerita pasal OmegaGuard Shaklee yang super best nih.. Jom kita berkenalan dengan OmegaGuard Shaklee ni dulu..


OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega lain di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. TAPI kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan OmegaGuard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat utama:

  • Asid lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomgaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dlm kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyait saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyait jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larutdalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.  

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2x seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.  

Kenapa ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui rahsia iaitu :- 
Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di  Greeland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tepuyang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sunday, 27 January 2013

Makanan Untuk Otak



1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.



Hanni

Friday, 25 January 2013

InfoProduk : Vita-Lea Iron Formula


Assalamualaikum..
Multivitamin pertama pada 1915



Vita-Lea adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dulu ianya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada sebutan "vita-min".. Haa..nama vitamin yang dok ada la ni asalnya dari Shaklee... 



Seiring dengan peningkatan teknologi, dari bentuk cecair (90 tahun dulu) kepada bentuk tablet sekarang yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.


Ini lah rupa nya..


Fakta Nutrisi

Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai " Explo-tab". Jadi ianya merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di duni terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.




Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Manfaat Utama :-

  • Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral enting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  •  Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, erta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

 Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu :

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.

•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh

•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Vita-Lea juga mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.


Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.


Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.


Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut...kerana :-


* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki produk utama SHAKLEE ini.....


Retail price adalah RM94.08 dan mempunyai 120 biji tablet dalam setiap botol. Untuk penjimatan berganda, boleh la call / sms / whatsapp saya 013-5818283.