Saturday, 2 February 2013

Jom berkenalan dengan OmegaGuard Shaklee

Salam Februari kalian..

Kali ni mak dara nak cerita pasal OmegaGuard Shaklee yang super best nih.. Jom kita berkenalan dengan OmegaGuard Shaklee ni dulu..


OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega lain di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. TAPI kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan OmegaGuard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat utama:

  • Asid lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomgaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dlm kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyait saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyait jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larutdalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.  

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2x seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.  

Kenapa ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui rahsia iaitu :- 
Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di  Greeland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tepuyang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment