Wednesday, 7 February 2018

CEO Shaklee jadi tikus makmal?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Korang buat apa tu..? Cik Anie baru la dapat rehat-rehat sat.. Buah hati tolong jaga kan anak-anak sementara Cik Anie update blog.. hihi.. TQ darling by the way.. 😘


Cik Anie saja nak kongsi dengan korang sama gambar ni.. Lelaki dalam gambar tu adalah CEO Shaklee iaitu Mr Roger Barnett.

Hat botol banyak-banyak kat rak tu pulak adalah di ambil di rumah beliau. 

Encik Roger ni sendiri tau dah mencuba baaaanyak produk skincare yang terkenal dan sangat gah di pasaran sebelum beliau menghasilkan rangkaian skincare Shaklee yang terbaru ni iaitu - YOUTH.

“It's could be GOOD but i want it BETTER for my Shaklee Family” - Roger Barnett

So, bila Youth ni di hasilkan, beliau mencuba satu per satu produk Youth sehinggalah beliau berpuas hati dengan result yang beliau perolehi hasil meng'guinea pig' diri sendiri.. Eh ape daa ayat Cik Anie.. haha.. Tapi betui la, dia sendiri mengambil risiko mencuba setiap satu produk Youth tu sampai puas hati dengan penghasilan Youth ni.

Disebabkan kecerewetan dan mahukan hanya yang TERBAIK untuk pengguna Shaklee, maka produk Youth ni memakan masa sehingga 8 tahun untuk dihasilkan. Kena melalui semua ujian klinikal dulu sebelum di pasarkan kepada kita.

Lama kan?!

Yup. 8 tahun ok. Bukan 8 bulan atau 8 hari. Tapi 8 tahun.

Memang tersangat la lama dan banyak duit telah dilaburkan sebelum terhasilnya premium skincare produk ni.

Keselamatan pengguna memang tiada kompromi bagi Shaklee. Hanya yang terbaik. Kesan yang terbaik. 

Memang Shaklee jamin yang set premium skincare ni bebas dari 1500 jenis bahan kimia yang sangat berbahaya pada manusia. Dan kepuasan hati pengguna Shaklee memang menjadi keutamaan.

Cik Anie pun rasa sangat WOW! 8 tahun weh. Entah berapa puluh juta la duit yang dilaburkan untuk kajian sehingga terhasilnya kejadian Youth ni kan. Lepas tu CEO Shaklee tu sendiri cuba try test kat diri sendiri sebelum bagi orang lain guna.

Agak-agaknya berapa ramai la CEO or founder local or international product yang benar-benar menggunakan product yang mereka hasilkan sendiri? Sesuatu untuk di fikirkan...

Ish.. 

Cik Anie makin excited sangat dengan Youth ni tau.. Dah tak sabar nak guna. 

Uolls pulak macam mana? Dah ready?

MD

Tuesday, 6 February 2018

Youth Skincare ~ Yang Terbaru Dari Shaklee

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasanya kalau sebut pasal Youth Skincare, mesti ramai yang dah dengar kan..? Semua SID seantero Malaysia dok sebut-sebut kan.. Tapi, bagi yang belum tahu, Youth Skincare ini adalah 'buah tangan' yang terbaru dari Shaklee.

Semalam ada roadshow pasal Youth Skincare ni dekat The Light Hotel, Penang. Alhamdulillah, walaupun agak terkejar-kejar, sempat jugak la Cik Anie masuk duduk dan dengar pasal Youth ni.



Set penjagaan kecantikan Youth ni dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia tau! Indeks Usia Kulit mengukur penampilan tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Maknanya bukan main hentam keromo je di hasilkan. Sebab Shaklee memang nak beri yang terbaik pada kita semua.

Produk Youth ni memang Shaklee janjikan bahawanya ianya :-

  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Non-Comedogenic
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi
Haa.. best kan?

Follow blog Cik Anie k. Tunggu Cik Anie update lagi pasal Youth Skincare ni.

By the way, Cik Anie nak buka Kutu RM100 x 10 orang. Boleh ambik barang kemas atau pun produk Shaklee. Kalau nak beli Set Premium Youth Skincare pun boleh tau..

Whatsapp Cik Anie laju-laju tau.. 013-5818283

MD

Sunday, 4 February 2018

Diary Cik Anie ~ MANA DUIT BANTUAN SAYA?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi, Cik Anie decide nak kembali berleteren di dunia maya. Haha.. Berleteran gittew.. Ada yang rindu Cik Anie tak? Hihi..

So untuk permulaan, Cik Anie nak bercerita pasal kerja Cik Anie. 

Semua orang tahu kot Cik Anie kerja apa kan.. So Cik Anie tak mahu cerita yang tu.. 

Yang Cik Anie nak cerita adalah tentang duit bantuan kewangan kebajikan. Rasanya sejak dari hujung Januari, sampai ke la ni klien bertanya kan duit bantuan yang tak muncul-muncul dalam akaun masing-masing. 

Cik Anie tak mau sebut bila masuk sebab Cik Anie pun tak tahu duit FEBRUARI tu masuk bila.

Tapi, nak cerita soalan biasa klien tanya.. 

'Bila duit bulan Januari nak masuk ni? JKM tak wat keja ka?!'

Slow² Cik Anie tarik nafas dan lepaskan. Kemudian bertanya, 'bulan 12 hari tu keluar duit berapa?'
'RM400.'
'Sebelum ni keluar duit berapa?'
'RM350'

Lalu, dengan senyum simpul, Cik Anie menjawab di dalam hati.. 'HAMBOII, LEBIH RM50 TU HANG TAK TANYA PULAK MAI MANA?!! Yang lebih, ambik wat senyap. Tang lambat, hmpa kata macam²'.... Tapi tersekat dalam hati je laa... Kih.. Kih.. Kih..

Gini tuan dan puan, ni Cik Anie cerita bagi Daerah Kulim saja lah. Untuk bayaran bulan Januari, semua dah selesai di bayar pada pertengahan bulan Disember. Yang masih belum di bayar adalah bantuan Am sahaja. Itu pun dalam proses untuk pembayaran.

Yang tidak masuk lagi adalah bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar, Bantuan OKU Bekerja, dan juga Bantuan Orang Tua. Kami di fahamkan bukan Daerah Kulim sahaja tetapi satu Malaysia.

Tetapi, JANGAN RISAU. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyegerakan bayaran tuan puan semua.. Harap bersabar lah ya.

Dan mohon jangan tanya bila tarikh masuk. Cik Anie tak berani nak bagi tarikh. Nanti kalau bagi tarikh, tetiba duit tak masuk jugak, jenuh pulak Cik Anie nanti.

So, harap dapat membantu. Dan kami mohon maaf atas segala kesulitan yang tuan puan hadapi.

Eh, tapi ade ke klien yang baca blog Cik Anie? Ahhh.. Tak kisah la. 

Much Love,
Cik Anie.

Sunday, 30 July 2017

Haiii !~

Assalamualaikum..


Lama Cik Anie tak menulis di blog kesayangan ni.. Last bulan 5 dulu Cik Anie update. Huhu.. Apakan daya ku.. hihi..


Semua gara-gara pasal link suplemenmakdara.com expired dan Cik Anie tak berjaya contact syarikat tersebut untuk renew. Dah buat payment, dah e-mail tapi masih tak nampak hasil. So dalam pada tu, readers tak boleh bukak link yang lama, dan Cik Anie pun macam geram dan agak give up time tu.


Tak apa lah, la ni Cik Anie pun malas nak pening-pening fikir. Alang dah berjaya godek dan guna link asal pun kira syukur Alhamdulillah.. ye dokk? So sila follow www.hanihanafi.blogspot.com tau lepas ni.. hihi.. 😘




Apa update terkini Cik Anie? 
👉🏽 Cik Anie tengah 'demam' mekap
👉🏽 Cik Anie ubah angin, pakai contact lens pulak..
👉🏽 Cik Anie dah berjinak-jinak pakai shawl


Yang tu yang terkini.. Yang dok buat sedia nya..?
✌🏽 Still jual Shaklee dengan aktif
✌🏽 Still jual emas dan buat kutu emas


Korang kalau nak beli Shaklee ke emas ke, contact Cik Anie tau.. Masih guna no yang sama +6013-5818283


Tunggu Cik Anie update lagi naa.. Jangan nakal-nakal. 


Sayang Selalu 😘
Cik Anie

Tuesday, 2 May 2017

List Harga Baru Shaklee

Assalamualaikum..

Lama Cik Anie tak bersiaran. 2-3 bulan kebelakangan ni memang terasa sesak jiwa raga. Banyak program sangat. Tak sempat nak memblogging.. Maafkan Cik Anie..

So untuk permulaan Mei ni, Cik Anie nak beritahu, terdapat perubahan harga pada produk Shaklee. Hanya beberapa item sahaja yang masih kekal harga lama.

Kenapa naik harga? Hari tu kan dah naik? Yang sebenarnya, kenaikan hari tu adalah kerana GST. Tetapi kenaikan yang sekarang adalah pelarasan harga kesemua produk.

Bermula Mei 2017, maka kami (Shaklee Distributor) akan guna pakai harga yang telah pihak Shaklee tetapkan. Boleh tengok list di bawah ya untuk rujukan..




Kalau mahu harga murah, Cik Anie syorkan supaya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Hanya RM69 sahaja dan layak membeli Shaklee dengan harga ahli serta mendapat bimbingan dan konsultasi berterusan dari Cik Anie.

So, jangan teragak-agak nak call or whatsapp Cik Anie ya untuk sebarang pertanyaan.. 013-5818283 . 

Till then, take care.



Wednesday, 1 March 2017

8 Sebab Kenapa WAJIB Beli Lecithin


Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.. Cik Anie harap semua reader blog kesayangan Cik Anie sihat-sihat lah selalu hendaknya..
Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni, jangan lupa amalkan minum air yang mencukupi.. 

So hari ni, topik nya pasal Lecithin. Tengah promosi kan, kena lah cerita lebih sikit pasal Lecithin ni.

Ada 6 sebab kenapa korang kena grab Lecithin buy 1 Free 1 ni. Apa yang Cik Anie kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan kastemer Cik Anie.. Jom.. Kita tengok satu-satu..






Semua orang tahu, kalau nak cantik kulit, minum lah soya. Kenapa? Sebab soya ada protien. Protien di perlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel badan yang sihat. Jadi, kalau dalaman kita sihat, luaran tak kan lah kusam pulak kan..? 

Lecithin juga di hasilkan daripada soya yang berkualiti tinggi. Soya yang tidak di ubah secara genetik. Sebab itu, mana-mana customer Cik Anie yang amalkan set Diet Shaklee ni, bonusnya kulit depa cantik 😍😍


Lecithin juga menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat. Jadi lancar perjalanan darah kita. Sebab Lecithin bertindak dengan mengemulsi atau mengikat lemak-lemak dalam saluran darah.


Jika kita amalkan Lecithin secara konsisten, kita akan perasan, simptom PMS tu tiada. Tahu-tahu lancar je darah keluar. 



Bengkak susu adalah satu perkara yang palingggggg tak best. Huhu..

Cik Anie dah merasa dengan 3 anak. Anak pertama tak kenal lagi Shaklee. Rasa nak meroyan bila Cik Mat kena balik Kulim kerja, kita pulak dengan breast sebesar tembikai. Panas. Berat. Sakit. Demam lagi. Anak pulak nangis-nangis sebab tak puas menyusu. Mereput la sorang-sorang tak tahu nak buat macam mana.

Tapi anak kedua dah mula kenal Shaklee. Pernah juga bengkak susu so relax je makan Lecithin double dos bagi lancar balik apa yang tersumbat tu..

Anak ketiga, tak kena langsung bengkak susu sebab dah ready dari awal ambil Lecithin. So ibu-ibu yang nak bersalin, sila prepare Lecithin anda dalam beg siap-siap.


Yang ini khusus untuk yang mahu diet. Lecithin membantu membakar lemak dengan cepat sekiranya di ambil dengan cara yang betul dan diikuti senaman yang bersesuaian.

Ni tak.. Bersenam malas, makan tak jaga, lepas tu bising pulak berat naik sampai jarum timbang tak tahu nak tunjuk angka berapa.. 😆😆😆 Cik Anie le tu. Bukan korang.. hihi


Ingat tak, Cik Anie ada cakap Lecithin ni sangat bagus sebab dia mengemulsi atau mengikat lemak-lemak dari menempel di merata-rata bahagian badan.

Jadi, bukan setakat dalam salur darah je dia bertindak, tapi dekat seluruh badan kita..



Orang yang jenis sembelit, Cik Anie memang sarankan ambil Lecithin. Sebab Lecithin berfungsi untuk melembutkan najis. 

Cik Anie faham rasa sembelit tu. Seksa nak meneran untuk keluarkan najis. 

Lebih baik jika di Ambil bersama Alfalfa sebab Alfalfa ni membuang toksin dalam badan. Oh ya, jangan lupa Ostematrix sama. 😊



Individu yang menghidap kolestrol tinggi, sangat WAJIB ambil Lecithin ni. 

Laku kan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Untuk check kandungan gula, kolestrol dan sebagainya. Jangan ingat kalau kita kurus, kita tak ada masalah kolestrol tau.. Haa.. better check.


Untuk bulan ini sahaja, Lecithin ini korang boleh dapat dengan harga RM52.50. Boleh share dengan kawan-kawan. Sila add on RM10 untuk postage jika anda duduk jauh dari kawasan Kulim.

Jangan malu jangan segan, terus whatsapp Cik Anie ya.. Just klik link yang Cik Anie berikan 👉🏽 www.wasap.my/60135818283

Take care 😘




10 Tahun Penantian, Kini Isteri Hamil Semula..

Assalamualaikum..

Petang-petang mendung kat Kulim ni.. Sambil dok layan anak-anak, Cik Anie ambil kesempatan ni untuk share sesuatu yang menarik dengan reader blog kesayangan Cik Anie ni.. 

Bila dah kahwin, perkara yang orang paling kerap tanya ialah, bila nak ada anak? Dari setahun ke setahun ke setahun.. Cekalkan hati, fikir positif sahaja, orang yang bertanya tu ambil berat pada kita. Ye dok? Sambil tu kita berusaha lah sama..

Jom baca testimoni seorang suami bilamana mereka menunggu selama 10 tahun sebelum di kurniakan anak kedua. Ikuti perkongsian Encik Daud ini. 

Cik Anie tidak ubah walau satu ayat pun yang di kongsikan oleh beliau..


"Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya."


😍😍 Best kan? Cik Anie baca pun sampai menitik air mata. Gembira bagi pihak beliau.. Sangat manis penantian 10 tahun tu..

Jika ada antara reader yang sedang TTC, boleh lah usaha untuk hamil dengan mengamalkan Vivix. Sangat banyak khasiatnya yang kita boleh dapat dalam 1 botol Vivix tu. 

Boleh Whatsapp Cik Anie direct terus di talian 013-5818283 ya untuk mendapatkan Vivix ni.. Cik Anie boleh COD sekitar kawasan Kulim.