Sunday, 4 February 2018

Diary Cik Anie ~ MANA DUIT BANTUAN SAYA?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi, Cik Anie decide nak kembali berleteren di dunia maya. Haha.. Berleteran gittew.. Ada yang rindu Cik Anie tak? Hihi..

So untuk permulaan, Cik Anie nak bercerita pasal kerja Cik Anie. 

Semua orang tahu kot Cik Anie kerja apa kan.. So Cik Anie tak mahu cerita yang tu.. 

Yang Cik Anie nak cerita adalah tentang duit bantuan kewangan kebajikan. Rasanya sejak dari hujung Januari, sampai ke la ni klien bertanya kan duit bantuan yang tak muncul-muncul dalam akaun masing-masing. 

Cik Anie tak mau sebut bila masuk sebab Cik Anie pun tak tahu duit FEBRUARI tu masuk bila.

Tapi, nak cerita soalan biasa klien tanya.. 

'Bila duit bulan Januari nak masuk ni? JKM tak wat keja ka?!'

Slow² Cik Anie tarik nafas dan lepaskan. Kemudian bertanya, 'bulan 12 hari tu keluar duit berapa?'
'RM400.'
'Sebelum ni keluar duit berapa?'
'RM350'

Lalu, dengan senyum simpul, Cik Anie menjawab di dalam hati.. 'HAMBOII, LEBIH RM50 TU HANG TAK TANYA PULAK MAI MANA?!! Yang lebih, ambik wat senyap. Tang lambat, hmpa kata macam²'.... Tapi tersekat dalam hati je laa... Kih.. Kih.. Kih..

Gini tuan dan puan, ni Cik Anie cerita bagi Daerah Kulim saja lah. Untuk bayaran bulan Januari, semua dah selesai di bayar pada pertengahan bulan Disember. Yang masih belum di bayar adalah bantuan Am sahaja. Itu pun dalam proses untuk pembayaran.

Yang tidak masuk lagi adalah bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar, Bantuan OKU Bekerja, dan juga Bantuan Orang Tua. Kami di fahamkan bukan Daerah Kulim sahaja tetapi satu Malaysia.

Tetapi, JANGAN RISAU. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyegerakan bayaran tuan puan semua.. Harap bersabar lah ya.

Dan mohon jangan tanya bila tarikh masuk. Cik Anie tak berani nak bagi tarikh. Nanti kalau bagi tarikh, tetiba duit tak masuk jugak, jenuh pulak Cik Anie nanti.

So, harap dapat membantu. Dan kami mohon maaf atas segala kesulitan yang tuan puan hadapi.

Eh, tapi ade ke klien yang baca blog Cik Anie? Ahhh.. Tak kisah la. 

Much Love,
Cik Anie.

No comments:

Post a Comment