Sunday, 20 October 2013

Rumah korang bersepah tak?


Assalamualaikum..

Petang Ahad yang nyaman.. Cuaca pun redup je.. Semalam pun hujan sampai malam. Heaven je bumi Kulim sehari dua ni.. Korang buat apa hujung minggu ni..? Mesti syok kan..?

Aktiviti hujung minggu MD..

Sabtu, plan nak bangun lambat sikit.. Sementara ada can nak golek-golek lama sebelum anak-anak bangun. Tapi kepala dok pk kain baju, kerja opis n bla bla bla... Bangkit jugak la MD ni.. Setel jalankan kain dalam mesin, kemas rumah serba sikit kemudian bukak laptop untuk siapkan kerja pejabat..

Tapi sat ja.. Baru nak aman buat keje, tak sampai 10 minit bangun la dayang-dayang MD.. Ape lagi, sorang panjat duduk atas meja, sorang bdiri atas kerusi. Tujuan yang sama ---> jahanam kan netbook ibu. T.T

Malam dinner di KFC Tesco Kulim. Dah alang-alang beli barang kat situ kan.. Tapi sedihnya, balik tu Nasywa muntah selambak-lambak. habis apa di makan tadi. Suhu badan dia panas tetiba..
Hanni

Tuesday, 15 October 2013

Cerita Orang Tak Balik Beraya

Assalamualaikum..

Pagi ni bangun awal sungguh. Rasa sedih tak dapat balik Ipoh tak habis-habis lagi dari semalam. Gosok baju budak-budak ni jap, patu tunggu CM balik kerja dan terus mulakan perjalanan balik ke Selama. Diiringi hujan lebat... Sob sob sob.. (gedik!) Alhamdulillah kampung CM dekat je, 40 minit je dah sampai..

Sampai masa orang tengah baca khutbah. Masuk rumah nampak si comel Tasnim (anak kak Na). Terus dukung. Tak ingat dah anak sendiri yang jeles tarik-tarik baju ibu.. Hahaha...

CM lak dah siap kemas sarang dia nak megholoh kata orang Perak..

Di Selama ada K. Ya satu family dan K. Na satu family. Itu je yang balik termasuk kami sebab yang lain semua dah beraya di Selama masa Raya Puasa hari tu.

Mak buat rendang tok, rendang ayam, lemang, ketupat dengan nasi impit. Oleh sebab masakan mak super sedap, maka MD dengan x malu dan x bersalahnya 10x ulang dok meja makan sambil makan nasi impit dan rendang tok.. haha...

Pukul 10 lebih mak kalut-kalut bersiap nak ke rumah Mak Teh Pah sebab rumah depa ada buat korban. Mak ingat kan raya kedua baru nak buat tapi tetiba dapat call buat raya pertama, memang kelam kabut la dia bersiap takut Mak Teh Pah marah. Mak Teh Pah adalah kakak arwah ayah.

Last-last semua pegi tinggal MD sorang-sorang tunggu Zahra tido. Si Nasywa dah di bawak oleh sepupu-sepupunya ke rumah Mak Teh Pah. MD memang x risau sangat Nasywa tu sebab dia memng sangat independent.. Cuma risau dia terlampau lasak sampai jatuh or luka ke.. Nasywa lasak orang nya. Mungkin terbawa-bawa masa MD mengandung dulu gi rentas bukit belakang ISM, gi jungle tracking kat mane tah area Selangor, berjauhan dari CM (kami PJJ sehinggalah melahirkan Nasywa baru dapat tukar). Berbeza dengan Zahra yang agak manja & sensitif. Masa mengandung Zahra, saya cepat sensitif, mudah tersinggung & merajuk.. Lagi-lagi dengan CM.. Haha...

Pukul 1 mak balik sebab pening, x makan lagi ubat darah tinggi.. So dia makan, siap-siap semayang & pi balik rumah Mak Teh Pah sama-sama.. Tsunami makanan lagi.. Banyak nye la lauk pauk yang ada.. Ohoooiiii.. Heaven sungguh.. Memang makan tanpa rasa bersalah lagiiiii....

Pukul 6 ptg, bersiap-siap pulak la balik ke Kulim, Sampai maghrib. Zahra dah tunjuk tand-tanda x sihat. Meragam je..

8 lebih CM gi keje, Zahra dok ragam-ragam.. Kahak banyak. Sekali muntah brlambak-lambak atas baju sampai ke lantai.. =.='

Pukul 9 lebih dah siap bersih muntah, bancuh susu n etc, bawak budak2 ni tidur. Mak macam biasa tidor jugak.

Pukul 11 bangun sebab teringat x minum collagen, n amik Vit E, GLA Complex dan Ostematrix. Terus mengarang entry ini..

** Tapi kenapa di post esok nya ye? **


Hanni

Monday, 14 October 2013

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..

Dah lama rasa nya MD x update blog.. Lately ni sangat-sangat sibuk. Fail di pejabat tak habis-habis (memang tak akan habis).. Balik rumah anak-anak menuntut perhatian. Sangat letih.

Hari ni ofis sangat lah sunyi. Ada berapa kerat je yang datang.. Yang lain dah selamat sambut raya agaknya. =D MD tahun ni tak balik raya di Ipoh. Sepatutnya turn beraya di Ipoh.


Nak cerita apa pun tak tahu.. Sedih tak tahu nak kata sebab tak boleh balik kampung.. Ececeh.. Padahal bukan ada siapa pun Raya Haji kat Ipoh.. Rumah Ipoh tu kalau raya haji selalu nya tak ada siapa sebab papa sembelih lembu. Kalau ikut tahun lepas-lepas tu kalau anak menantu lelaki ada semuanya kena kerah pi lapah lembu sama ada 1st or 2nd raya tu.. Tahun ni Ahmad Salman sorang je..

Raya kedua lak mama nak ke Guilin, China. Dia sejak pencen ni memang keje bjalan saje pegi merata-rata. Double sedih sebab tak boleh nak hantar.. huk huk huk..

Kenapa raya haji jatuh hari Selasa? And kenapa Penang cuti raya haji sehari jeee? Kenapa? Kenapa?
Hanni

Monday, 30 September 2013

PROMOSI SEPTEMBER 2013



Untuk pertanyaan & pesanan :


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hanni Kamilla Hanafi
♥ SMS/WhatsApp: 013-5818283
♥ Fb: Hanni Kamilla Hanafi / My Bestfriend Shop sila klik LIKE utk info terkini

Hanni

Tuesday, 17 September 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu Secara Semulajadi


Assalamualaikum..

Rasa nak share lak tips banyakkan susu ibu secara semulajadi. Susu ibu kurang or tak ada memang menjadi perkara yang amat lah di risaukan oleh ibu-ibu.. Target nak menyusukan anak sehingga 2 tahun, abih kalau dah kurang tu caner nak buat..? Ok, MD share sikit beberapa tips petua orang-orang tua dan pengalaman MD sendiri..




Bunga Melur dan Daun Pucuk Manis.
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling breast pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan breast sebelum menyusukan bayi.
*x pernah lagi cuba*





Kacang tanah.
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, B-Compleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino nya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacng tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
*Makan la kacang Ngan Yin tu sama x? Hihi*




Longan Kering.
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Dan minum airnya.
*Pernah buat. Sedap juga! Hasilnya pun boleh tahan*




Daun sirih.
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada breast. Lakukan setiap hari sehingga susu ibu menjadi banyak.
*x pernah cuba*





Halba dan Jintan Hitam.
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
*MD makan dalam bentuk kapsul yang dipanggil fenugreek. Susu memang banyak tapi x tahan badan jadi berbau*





Susu.
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3-4 hidangan sehari.
*Feberet MD susu ni..*





Lobak Putih.
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam.
*Makan tapi x ada beza apa*

Nasi Panas, halia muda dan air asam.
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
*Err.. Nasi panas, ikan bakar dengan air asam sedap lagi kut..*





Daun Betik Muda.
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
*Yang ni pun x pernah cuba. Sebab MD ni ada fobia sikit nak makan takut pahit*


Tapi yang paling syok dan senang, semudah ABC adalah Set Menyusu Shaklee.. Memang syok gila.




Kenapa MD kata syok? Sebab Set Menyusu ni sangat lengkap dengan Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Menjadikan tubuh badan kita cergas, bertenaga, kulit kita juga cantik. Malah kita juga boleh menurunkan berat badan dengan diet yang sihat. Kita juga dapat membekalkan vitamin untuk anak kita melalui susu Ibu..

Dalam satu set ni mengandungi :


  • Multivitamin
  • B-complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • kalsium
  • ESP 



Jika anda rasa entri ini bermanfaat, silakan klik butang Share supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Ketahui rahsia kurus dengan cepat selepas bersalin!





    Sunday, 15 September 2013

    Merasmikan meja kerja baruuuu...


    Assalamualaikum....

    Poyo je ek? Hahaha.. kisah apa? Saja syok nak update blog dari meja kerja baru.. sambil melayan kakak dara tengok youtube kat netbook kecik sebelah ni... Dua beranak merasmikan meja kerja baru.. Adik Dara lak layan iPad sambil makan roti..


    Syok gila rasa.. lagi syok sebab MD beli dengan duit bonus Shaklee.. Alhamdulillah.. Slowly nak SOHO MD.. nak letak vision board supaya impian MD jelas depan mata, dan nak letak cermin juga supaya boleh ber-RCA setiap hari sambil belek muke jelita hari2..

    Alhamdulillah.. satu kepuasan sebab guna duit sendiri.. Hasil titik peluh sendiri..

    Next target adalah :

    1 - Renovate rumah KTC.
    2 - Setel hutang2 kecik.
    3 - Set bilik tidur baru untuk rumah baru.. kalau CM tau harga kompem pengsan!

    So, kena work hard!

    Apa pulak target korang?
    Hanni