Saturday, 2 August 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan nak melakar cerita pasal Raya 2014. Orang lain dah nak basi dah ek? Tak pe la, selingan.. kalau asik baca pasal Shaklee je kang bosan pulak.

MD start cuti hari Sabtu 26hb. Jumaat masih kerja tapi mood memang ke laut sungguh. Tak ada rasa nak buaat kerja.. pada hal lagi 1 bulan lebih nak cuti bersalin.. adeh.. 

So Sabtu tu operasi mengemas umah, kemas dapur, kemas kain baju nak balik kampung.. MasyaAllah.. dugaan sungguh nak mengemas dengan keadaan diri sarat, anak-anak dara lak makin ligat.. MD bertukar jadi mak singa pada hari itu.. kesian budak-budak 2 orang nih.. haha.. maapkan ibu ye nak..

Lepas berbuka, kami satu family gerak balik ke Kg Sungai Siputeh, Selama. Ada kak Ya sekeluarga je.. Yang lain belum balik lagi..

Ahad 27hb, sahur yang terakhir di bulan Ramadhan. Hampir je tak terjaga sebab hujan turun dengan sangat lebat malam tu.. memang heaven tarik selimut masing-masing nya. Anak-anak dara 2 orang ni pun ikut bangun sahur.

Tengahari tu kami siap-siap nak balik Ipoh pulak. Raya di Ipoh tahun ni.. Sebenarnya, kami tidak lah menggunakan konsep giliran sangat. Mula kawen dulu ya. Tapi bila masuk tahun ke2 dan seterusnya, tak kisah lah raya haji ke raya posa ke, MD amalkan ikut kesesuaian masing-masing. Contoh nya, kalau tahun tu, rumah mertua x de sape balik, kita balik lah.. kalau tahun tu CM kerja waktu raya, kita balik lah Selama. Tapi rasa macam dah 2-3 tahun kot raya Selama dulu. Macam tahun ni, kami decide balik Ipoh dulu sebab CM kerja lepas raya, dan family MD lak nak pegi holiday family gathering di Langkawi lepas raya, maka kita balik la Ipoh dulu.

MD x ikut ke Langkawi sebab dah sarat. CM risau MD terberanak kat sana, satu pasal lak nak bawak ke darat semula.. haha.. Plus, anak-anak dara ni ligat sangat, mana lak nak angkut beg, nak control depa lgi, harus terjerit-jerit je nanti..

Kami sampai je Ipoh, kami singgah Mydin Meru. Cari seluar CM. Kemudian nak cari kasut raya budak-budak ni. Tapi x jumpa yang berkenan di hati. So kami ke Jusco Ipoh. Masuk kedai Bata, Kakak Nasywa dah ada taste sendiri. Nak macam kakak Aqis punya shoes. Pening ibu ayah nak melayan. Ayah kata kasut dia nak tu berat. Ibu kata, x mau, nanti pakai sekali ja patu dok belasah selipar.. Tau2 tibe2 dah x muat.. sayang je.. so beli selipar baru je..


www.suplemenmakdara.com

Isnin 28hb, hari raya.. Selamat hari raya uolls.. Raya pertama ni, x sempat nak bermaafan dengan semua sebab ramai yang x de. Kebetulan pulak pagi tu pekerja-pekerja Arab Yemen kat restoran tu datang beraya. Mana lagi diorang nak pegi kan, Rumah mama baba la pun depa terjah.. Setel diorang balik, kami buat mesyuarat dengan adik beradik mana ada, rumah sape nak pegi. 

So setel semua rumah pak sedara ngan mak sedara masa raya pertama. 


www.suplemenmakdara.com

Gambar selfie dengan anak dara sulung.. 
Tarik muka sebab merajuk apa x tau..
Mata nya kena sakit mata.. kesian, 3-4 hari bengkak..

www.suplemenmakdara.com

Gambar raya dengan Atok dengan Opah..
Opah nya tengah dalam proses pulih dari denggi..
MD bekalkan vivix pada opah.. Bagi sel2 dalam tubuh recover cepat..

www.suplemenmakdara.com

Gambar berempat tahun ni.. tahun depan, gambar berlima.
Rasa macam kejap je masa berlalu, anak sulung pun dah masuk 4 tahun..
Lepas ni rehat kejap. bagi laluan kat ibu nak all out capai apa ibu nak capai!!

Raya kedua, selasa 29hb, kami tak kemana. Cadang nak ke Manjoi. Tapi x jadi. So MD dengan Mak Lang ngan Opah, ke rumah kakak Muaz (business partner Atok). So kami merasa makan makanan tradisi Arab Yemen. Macam roti gitu.. tapi bukan roti.. cicah dengan madu.. Sedap jugak!


Alhamdulillah, kami gerak balik ke Selama semula dalam pukul 3 lebih. Jalan x jam. Tapi banyak juga kereta.. Selamat tiba, lebih kurang jam 6 petang gitu..

Nanti MD sambung cerita raya di Selama pulak dalam entry lain..

MD

No comments:

Post a Comment