Showing posts with label Aloe Vera Gel. Show all posts
Showing posts with label Aloe Vera Gel. Show all posts

Thursday, 12 March 2020

Pentingnya Beli Dari Pengedar Forever Yang Sah

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tengahari Jumaat ni tengah relax-relax, teringat masa restock barang semalam..




Cik Anie ralit tengok depa scan kat botoi kuning ngan putih tu.. Cik Anie tanya kenapa kena scan..?

Jawab depa, sebagai langkah berjaga-jaga. Katanya lagi, banyak yang beli kat sopee and lazatdah.



Tapi dah tak fresh. Botoi pecah. Leaking. QR code tu di toreh, tiruan dan etc. Kemudian berasa tak puas hati, datang tanya di branch mintak refund.. Aiyoo! Tak boleh buat apa lorr. Kena tanya kat seller dalam sopee or lazatdah la.

Banyak kali dah jadi kata depa. Orang mau beli murah sampai tak mahu cari pengedar yang sah. Punya nak murah. Tapi jadi apa-apa, pi serbu kat Forever suruh bertanggungjawab 😅😅 kalau beli dari pengedar yang sah, ada jaminan wang di kembalikan dalam tempoh 30 hari. Pihak syarikat akan ambil full responsibility kalau jadi apa-apa pada pelanggan.. Aiyoo...

🤦🏻‍♀️

Cik Anie memang tak paham bab ni.

Serius.

Benda untuk kesihatan ni beli lah dari pengedar sah. Dari FBO yang berdaftar. Sohih terang dan nyata. Bila-bila masa boleh tanya pendapat. Boleh datang minta consult. Tu memang tugas kita.

Tapi kalau beli kat tempat lain datang tanya kita, kita pun tak reti nak bagi solusi. Sebab bukan barang kita. Kita pun tak tahu barang tu simpan macamana, dah rosak ka dah expired kaa ambik kat mana. Zaman bila punya stock.

Macamana kita nak consult?

Bila datang ngadu itu ini. Minta pandangan. Sedangkan bukan barang kita jual. Walaupun produk sama. Tapi tak serupa kita tak tahu seller tu handle stock macamana.

Kita tak leh nak simply bagi consult benda yang bukan dari kita.

Entah-entah produk dah expired. Takkan kita nak consult. Encik teruskan makan nanti dia okay.

Haa buat nya jadi apa2 kat customer tu kita pulak yang salah sebab duk bagi consult benda bukan tanggungjawab kita.

Allah, benda makan ka supplement ka beli la dari saluran yang sah.

Kami FBO bedaftar. Kami jaga etika kerja. Ikut SOP syarikat jual harga sekian2. Yang main harga tu biasala. Lumrah niaga. Customer memang untung tapi kalau nasib tak baik. Nak Yang murah, padah yang dapat.

Pleaseeeee, beli dari FBO sah.

Produk pulak tengok ada dak sticker original apa semua. Kalau seller kata kena buang sticker tu sebab company tak bagi jual dekat sopee ke lazatdah ke.. Haa.. Boleh pikiaq sendiri la seller tu jenis macamana. Meniaga tak dak etika. Tak amanah. Tapiii, kome tetap support. Tetap beli. Bersubahat laa sama-sama dapat dosa.

Produk HALAL tapi kalau cara HARAM, hasil dia jadi HARAM jugak tau..

Sebab  tu Allah kata dalam berniaga ni mudah dapat pahala. Mudah jugak dapat dosa..

Kena faham etika dan hukum berjual beli.

Yang beli kalau tak tau takpa. Tapi, kalau terang-terang nampak seller salah tak amanah dengan syarikat. Pembeli tahu tapi beli juga.

Ya, kira subahat.

Kita hidup atas dunia ni ada mahkamah. Bukan harini, tunggu mahkamah Allah.

Akhir kalam, nak jadi pembeli jadi pembeli bijak.

Nak harga murah mai join jadi ahli kita kasi harga murah.

Beli sebotol AVG dah boleh register jadi ahli dah..

Benda mudah jangan buat susah kome oii..


🦅
Cik Anie
013-5818283

Monday, 24 February 2020

Ciri Istimewa Aloe Vera Gel Forever Living

Bismillah..

Assalamualaikum.. Hai korang..

Meh Cik Anie nak cerita, apa ciri-ciri istimewa Aloe Vera Gel Forever Living ni jika nak di bandingkan dengan brand lain..? 


🌹 100% Aloe Barbadensis Miller, spesis aloe terkuat yang diketahui


🌹 100% perladangan secara organik - tiada baja kimia, racun herba atau racun perosak digunakan.

🌹 100% aloe vera ditanam sendiri - tidak bergantung kepada bekalan oleh pihak ketiga untuk memastikan bahawa

🌹 Aloe vera kami tumbuh dalam keadaan yang sempurna untuk menghasilkan aloe bermutu tinggi.

🌹 Dituai dengan tangan, hanya daun-daun matang ( berusia 3 - 5 tahun ) dipilih.

🌹 100% distabilkan menggunakan proses berpaten yang telah terbukti untuk mengekalkan keberkesanan unsur pemakanan dalam aloe vera.

🌹 Diperbuat di bawah peraturan kebersihan dan kesterilan yang paling ketat untuk menghapuskan pencemaran.

🌹 Hanya menggunakan gel tulen dalam daun. Sepah daun dibuang.

🌹 Aloe vera distabilkan sentiasa merupakan ramuan utama dalam produk FLP dan bukan hanya dicampurkan beberapa titik sahaja.

🌹 Minuman aloe FLP TIDAK ditapis atau dihomogenkan untuk memberikan faedah maksimum.

🌹 Aloe FLP tidak direbus - merebus memusnahkan ramuan aktif.

🌹 Proses penstabilan FLP menggunakan kaedah penyejukan nutuk memastikan aktiviti enzim lengkap dan supaya kemujarapan penuh dapat dikekalkan untuk tempoh yang panjang.

🌹 FLP menawarkan jaminan pulangan wang selama 30 hari ke atas produknya. Ini adalah tanda keyakinan FLP ke atas kualiti keluarannya.

🌹 Ujian keatas aloe vera FLP yang distabilkan telah menunjukkan bahawa ianya adalah sama seperti gel mentah secara mikrobiologi.

Terbaik kan...? 

Sebab tu Cik Anie suka sangat kalau kita sama² amalkan Aloe Vera Gel ni.. Banyak sangat khasiat. Lain dari yang lain. Rugi sangat kalau tak cuba. Lebih rugi bila dah cuba, tapi tak mahu amalkan.

Sebotol ni berharga RM99.00. Tapi, ada cara nya jika nak dapatkan secara PERCUMA tau. Siap ada diskaun 15% pada botol yang kedua. Anda mahu..? ☺️☺️

Untuk pertanyaan dan info lanjut, boleh whatsapp Cik Anie ya..

Till then, take care gaiss..

♥️, Cik Anie
013-5818283

Friday, 14 February 2020

Khasiat Aloe Vera Yang Kita Tidak Tahu

Bismillah..

Assalamualaikum..


Korang pernah dengar Aloe Vera? Mesti lah penah kan. Lebih di kenali dengan daun lidah buaya, memang confirm semua orang tahu. Betul tak?

Kalau Cik Anie, tahu setakat untuk buat masker muka je.. Dan campur dalam air buat minum.. hihi.. Tapi pernah tak kita ambil tahu apa khasiat Aloe Vera yang sebenar-benarnya?

Jom, Cik Anie kongsikan antara sifat-sifat Aloe vera.

❤ Lignin - Tinggi daya penembusan dengan membawa nutrisi-nutrisi di serap jauh ke dalam badan

❤ Saponin - Sejenis sabun semulajadi yang Allah telah cipta hanya ada dalam daun Aloe Vera yang bertindak sebagai mencuci toksin-toksin dalam usus kita.. sebab apa? Sebab 80% penyakit datang nya dari usus..

❤ Vitamin & mineral - Mengandungi 200 jenis Vitamin & mineral yang memberi tenaga kepada badan kita.. Sebab tu la bila kita minum, kita rasa bertenaga, tak lemau. Sebab apa? Sebab Aloe Vera ni full of vitamin & mineral.. Bukan gula je bg kita tenaga tau..

❤ Antrakuinon - Antibakteria, antikulat, antivirus. Bagus untuk keradangan dan boleh meredakan sakit..

❤ Asid amino - Membantu dalam pembentukan sel tisu baru.. So, dah tentu lah good untuk healing process..

Haa.. Teruja kan? Tak sangka rupanya banyak sangat khasiat Aloe Vera ni yang kita tak tahu..


So start hari ni kita tukar minuman pagi kita dengan Aloe Vera Gel. Mudah dan cepat. Tak perlu susah payah nak ambil daun Aloe Vera yang tanam dalam pasu depan rumah tu pagi-pagi.. hihi.. Syarikat Forever dah tolong buat untuk kita dah..

InsyaAllah, AVG ni akan bagi kita tenaga seharian dan menjauhkan tubuh badan kita daripada penyakit berbahaya.. Amalkan minum setiap pagi.

Korang nak tak AVG free..? Haa.. Cik Anie nak bagi ni.. Whatsapp Cik Anie ya untuk dapatkan info lanjut tentang bagaimana nak dapatkan Aloe Vera Gel secara percuma ni..

Eh, dah minum Aloe Vera Gel ke belum tu? 😉

Till then, take care.

- Cik Anie -