Thursday, 12 March 2020

Pentingnya Beli Dari Pengedar Forever Yang Sah

Bismillah..

Assalamualaikum..

Tengahari Jumaat ni tengah relax-relax, teringat masa restock barang semalam..




Cik Anie ralit tengok depa scan kat botoi kuning ngan putih tu.. Cik Anie tanya kenapa kena scan..?

Jawab depa, sebagai langkah berjaga-jaga. Katanya lagi, banyak yang beli kat sopee and lazatdah.



Tapi dah tak fresh. Botoi pecah. Leaking. QR code tu di toreh, tiruan dan etc. Kemudian berasa tak puas hati, datang tanya di branch mintak refund.. Aiyoo! Tak boleh buat apa lorr. Kena tanya kat seller dalam sopee or lazatdah la.

Banyak kali dah jadi kata depa. Orang mau beli murah sampai tak mahu cari pengedar yang sah. Punya nak murah. Tapi jadi apa-apa, pi serbu kat Forever suruh bertanggungjawab 😅😅 kalau beli dari pengedar yang sah, ada jaminan wang di kembalikan dalam tempoh 30 hari. Pihak syarikat akan ambil full responsibility kalau jadi apa-apa pada pelanggan.. Aiyoo...

🤦🏻‍♀️

Cik Anie memang tak paham bab ni.

Serius.

Benda untuk kesihatan ni beli lah dari pengedar sah. Dari FBO yang berdaftar. Sohih terang dan nyata. Bila-bila masa boleh tanya pendapat. Boleh datang minta consult. Tu memang tugas kita.

Tapi kalau beli kat tempat lain datang tanya kita, kita pun tak reti nak bagi solusi. Sebab bukan barang kita. Kita pun tak tahu barang tu simpan macamana, dah rosak ka dah expired kaa ambik kat mana. Zaman bila punya stock.

Macamana kita nak consult?

Bila datang ngadu itu ini. Minta pandangan. Sedangkan bukan barang kita jual. Walaupun produk sama. Tapi tak serupa kita tak tahu seller tu handle stock macamana.

Kita tak leh nak simply bagi consult benda yang bukan dari kita.

Entah-entah produk dah expired. Takkan kita nak consult. Encik teruskan makan nanti dia okay.

Haa buat nya jadi apa2 kat customer tu kita pulak yang salah sebab duk bagi consult benda bukan tanggungjawab kita.

Allah, benda makan ka supplement ka beli la dari saluran yang sah.

Kami FBO bedaftar. Kami jaga etika kerja. Ikut SOP syarikat jual harga sekian2. Yang main harga tu biasala. Lumrah niaga. Customer memang untung tapi kalau nasib tak baik. Nak Yang murah, padah yang dapat.

Pleaseeeee, beli dari FBO sah.

Produk pulak tengok ada dak sticker original apa semua. Kalau seller kata kena buang sticker tu sebab company tak bagi jual dekat sopee ke lazatdah ke.. Haa.. Boleh pikiaq sendiri la seller tu jenis macamana. Meniaga tak dak etika. Tak amanah. Tapiii, kome tetap support. Tetap beli. Bersubahat laa sama-sama dapat dosa.

Produk HALAL tapi kalau cara HARAM, hasil dia jadi HARAM jugak tau..

Sebab  tu Allah kata dalam berniaga ni mudah dapat pahala. Mudah jugak dapat dosa..

Kena faham etika dan hukum berjual beli.

Yang beli kalau tak tau takpa. Tapi, kalau terang-terang nampak seller salah tak amanah dengan syarikat. Pembeli tahu tapi beli juga.

Ya, kira subahat.

Kita hidup atas dunia ni ada mahkamah. Bukan harini, tunggu mahkamah Allah.

Akhir kalam, nak jadi pembeli jadi pembeli bijak.

Nak harga murah mai join jadi ahli kita kasi harga murah.

Beli sebotol AVG dah boleh register jadi ahli dah..

Benda mudah jangan buat susah kome oii..


🦅
Cik Anie
013-5818283

No comments:

Post a Comment