Assalamualaikum..
Seperti yang MD janjikan semalam, MD nak cerita bunga apa MD beli untuk koleksi hiasan laman rumah. (** entry ni MD peram sebab hari Selasa lepas berlaku sesuatu yang tak terduga. Ujian untuk MD. Mungkin 'teguran' lembut dari Allah akan kealpaan MD. MD akan share di entry lain..)
Hari ahad lepas, masa lunch time, MD saja buat singgah nursery di Kelang Lama, Kulim. Sebelum ni selalu dok gi nurseri Sungai Ular. Tapi kat situ macam tak syok sangat je MD rasa.. Lagi pun saja nak cari port baru pulak..
Untuk kali ni MD cadang nak cari pokok hiasan gantung, untuk menggantikan Petunia dan Vinca yang diserang bena. Sob sob sob.. Habis mati semua. Ros Jepun pun banyak yang dah arwah di kerjakan dek bena ni. Huh! Memang tinggal kenangan je. Nasib baik ada simpan gambar nye.. Hihi
So berikut adalah perbualan MD dengan auntie Cina tokey nursery ... Gila skema ayat.. hahah
MD : Auntie, mau cari pokok gantung-gantung. Lasak punya tahan panas.
AC : Ada.. ada.. lai lai wa tunjuk.. (sambil ambil satu pokok yang dia gantung)
AC : Haa.. amoi... ini cantikk.. Lasak punya. Bunga merah-merah kicik.
MD : Ni nama apa pokok ni?
AC : aiyah.. Wa tak pandai Melayu.. Apa aa..? Bunga dia aa... Racun..
MD : Haa? Ape auntie?
AC : Ni bunga Racun. (konfiden)
MD : Hah?!! Bunga ni beracun ka?
AC : Ehhh.. Tadakkk.. ini bunga macam tahun baru cina, itu bakar bunyi pop pop pop...
MD : Ohhh.. Mercun la auntie. Racun pulak dah!
So ini lah pokok 'racun' auntie tu.. hahah.. Tak pasal je bunga racun di kata nya.
Ni dari gambar dekat sikit.. Nampak la macam mercun tu. MD google, ada yang bunga dia tengah galak merimbun tu, lagi nampak real macam mercun.. Omputih kata Firecracker atau pun fountain plant pasai bila dia merimbun, nampak macam air terjun.. Kalau ikut pembacaan, pokok ni mahu cahaya matahari yang banyak.
Pokok kedua yang MD beli adalah pokok 'Lipstick'. Bila auntie tu cakap pokok lipstick, MD macam tak ambil pusing sangat je. Sebab rasa macam, tah pape la perumpamaan auntie ni bagi.. Bila balik pejabat rupanya memang betul, ada rupanya pokok Lipstick ni..
MD tak sabar nak tunggu merimbun-rimbun ke bawah.. Macam cantik je..
Macam lipstick kan? Ni sebelum dia kembang.
Ni bila bunga dah kembang.. Cantik sangat. Kalau ikut pembacaan, pokok ni tak mahu cahaya matahari yang banyak sangat. Auntie tu cakap kalau panas direct dari pagi sampai petang, pokok ni tak mau. Tapi kalau separuh hari tak pe. So kita tengok dulu macam mana, kalau nampak daun lecur, kita ubah tempat dia, boh tempat yang terlindung sikit ke nanti.
Nanti MD cerita lagi..
No comments:
Post a Comment