Sekarang ni, boleh kata semua orang buat income dengan berniaga. Tak kisah lah secara sampingan ataupun sepenuh masa berniaga. Ada juga anak buah MD yang PM tanya tips bagaimana nak kekal bersemangat dalam business. Bagaimana nak kekal positif? Bagaimana nak jadikan business ni berkembang maju..?
Sana sini orang jual Shaklee katanya. Bukak FB tu, penuh di newsfeed seller Shaklee. Sampai naik nyampah pulak kata nya.. Haha.. Macam mana nak jual kalau dah semua orang jual Shaklee?
Eh.. eh.. Betul ke semua orang dah jual Shaklee?
Hihi... Relax.. Tarik nafas, hembusssss....
MD pun insan biasa. Kadang-kadang ada pasang surutnya. Merajuk dengan CM, dah down tak mau buat apa-apa.. Itu MD lah, lain orang lain masalah penyebab down tu kan..
Meh sini, MD nak bagi tips sikit macam mana nak stay bersemangat nak buat Shaklee. MD pun bukan pakar. Tapi, ni adalah antara apa yang MD amalkan dalam business bila down.
1 - Positif
Fikir positif, cakap yang positif, terima segala cabaran dengan positif.. Maka yang positif juga akan datang kepada korang.
Ingat, apa yang kita kata adalah satu doa. Apa yang kita fikir adalah apa yang kita 'arah'kan kepada minda bawah sedar kita untuk buat.. Kalau asyik cakap yang bukan-bukan, fikir yang bukan-bukan, macam mana la yang bukan-bukan juga hadir pada kita.
2 - Jangan beri alasan
So, stop making excuses.. Start cari solusi. Cari jalan. Susun strategi. Tak tahu jugak nak mula dari mana? Cari mentor korang. Dalam Shaklee, ada 6 keturunan atas korang yang korang boleh 'ganggu'. Sebab Shaklee bayar diorang ni untuk anak cucu 'ganggu'. Jangan pi 'ganggu' sideline, downline atau segala yang tak berkenaan.
By the way, MD memang suka nak berkomunikasi dengan upline-upline atas MD. Bina bonding bersama mereka. Sebab nya mereka dah berjaya. Mereka dah kaya-raya. Nak jadi JUTAWAN, kena follow JUTAWAN. Haa.. gittew..
Kurangkan beralasan dan cipta peluang dari alasan tersebut. Boleh?
3 - Duduk di kelompok positif.
Dalam business, apa sahaja business lah, ukhuwwah sangat penting.
Perniagaan adalah ukhuwwah. Jaga hubungan sesama insan. Jauhi orang-orang yang negatif. Sebab kita akan turut menjadi negatif sama.
Macam tu jugak kita, jadi orang yang positif, dan sebarkan caj-caj positif tu ke sekeliling kita.
4 - Hadiri Kelas/perjumpaan ilmu
Part ni paling MD suka. Agak-agak macam lemau, macam down, MD akan cari peluang untuk hadiri kelas-kelas yang upline aturkan samada secara offline atau online. MD akan korek-korek balik kata-kata 'hikmat' pencetus semangat yang upline kongsikan.
Memang kadang-kadang upline tu cakap benda yang sama je kan.. Tapi, kita ni manusia biasa. Cepat lupa, mudan jemu. Jadi kena ada satu pencetus semangat untuk stay on track. =)
5 - Baiki hubungan
Maka, periksa semula hubungan kita sesama insan, sesama makhluk, dan yang paling penting dengan Allah SWT.
Allah ni penyayang. Tegurannya lembut. Mungkin kita alpa, kita lupa. Leka. Lalai. Kita rasa dah duduk comfort zon, so kita abaikan amalan-amalan magic yang biasa kita buat. Cukup yang wajib saja sudah kata nya..
Jangan begitu, kita nak macam-macam. Tapi, kita lupa nak mintak, kita tak jaga hubungan dengan Allah. Macam mana dia nak bagi kan? Betul tak?
MD kongsikan video klip ni.. Cara muhasabah diri agar kekal positif.
Kalau tak berkesan jugak??! Hmm.. MD rasa, baik sediakan kain kapan je lah..
Buat Duit Raya Dengan Mentor Business Shaklee Anda.
No comments:
Post a Comment