Monday, 1 June 2015

Cubalah Untuk Bahagia

Assalamualaikum..

Malam ni tidak ada entry ilmiah mahu pun bebelan yang bahagia.. cuma rasa hati yang kecewa.. 😔

MD ada seorang kenalan baru..tidak rapat mana namun cuba untuk berukhuwwah.. Namun tanpa di duga, beliau mula membuka pekung di dada. Walau pun MD tahu tapi untuk apa MD masuk campur urusan orang.

Oleh kerana beliau sedang menghadapi waktu sukar, maka MD cuba untuk membantu memberikan nasihat, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Tapi, galak juga beliau bercerita mengenang kisah pilu. Walau acapkali sudah diingatkan, MD tak mahu tahu, tak mahu dengar apa sahaja yang lalu. Tiada kena mengena dengan kini. MD cuma mahu beliau fokus untuk bangkit semula untuk masa depannya.

Sehingga ke satu tahap, teguran tidak lagi di endahkan, beliau semakin galak. Semakin nampak warna yang disembunyi.

Bukan tidak bersimpati. Bukan tidak menyokong. Bukan tidak mahu membantu. Tapi empunya diri tidak sudi di bantu.

Mungkin dia tahu siapa diri dia..

Maaf lah, MD ambil keputusan, biar lah kita tidak mengenali. Tak mahu turut terheret dalam masalah orang. Tak mahu juga menyesakkan kepala sendiri.

Undur diri bukan bermakna menyokong pihak lawan, mahu pon membenci dirinya. Tapi sekadar mahu mengurangkan sesak di dada dan kepala.

Again, kalau beliau baca blog MD, cuma mahu ulang lagi.. Kalau anda 'lepas'kan anda akan lebih bahagia..

Sesak rasa hati bila terpaksa buat keputusan ini. Tapi untuk kebaikan bersama, maaf kan MD.

😐😐😐😐

No comments:

Post a Comment