Tuesday, 16 June 2015

Beza Anak Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum..

MD baru sudah mengepam susu.. Alhamdulillah, rezeki Adik masih banyak.. =')

Selalu bila mengepam susu ni la MD cari ilham. Haha.. Tapi tadi MD teringat pulak bersembang dengan sideline Shaklee MD, Asilah Azmi, pengasas firasvita.com masa dia hantar Tote Bag dan Payung eksklusif yang hanya di jual semasa NC tempoh hari.. Eh.. panjang nya ayat MD. Haha..

Cantik kan tote bag eksklusif ni.. Ambil dari FB Asilah.. Hihi.. 
Tak dan nak tangkap gambor yang sendiri punya..


Asilah baru bersalin dalam tiga bulan lebih macam tu. Baby girl. Comel je dia.. Mata ikut Mak Long Chrysalis Nurul, upline MD. Nasib baik kenan dengan Mak Long dia. Kalau kenan mata MD, haru! =D

Kami sempat sembang sekejap tentang beza anak lelaki dan perempuan.. Buat MD tersenyum teringat gelagat anak-anak MD.

Anak MD ada 3. Yang sulung dan no 2, perempuan. No. 3 ni lelaki. Setelah dapat anak lelaki, MD boleh akui, memang sangat berbeza anak lelaki dan perempuan. Antara yang paling ketara lah..

Tidur


Anak perempuan memang tidur lama. Memang suka tidur. Maka maknya memang boleh berjemaah tidur bersama. Haha.. Kalau malam, MD terpaksa bangun perah susu sebab budak-budak ni tak bangun-bangun nak menyusu. Nak pulak time kena jaundis masa baby dulu.. Alahai.. Geram je.

Tapi, anak lelaki ni tidur tak lama macam perempuan. Tiap 2 jam sekali dia akan bangun merengek nak susu. Adik ni lagi la.. Dah la 2 jam sekali bangun nak susu.. Pukul 5 pagi, dia ikut bangun segar bugar. Lepas tu jangan harap la ibu boleh mandi dengan aman, or sembahyang dengan khusyuk. Sebab ada budak melalak-lalak nak masuk bilik air sama or tarik-tarik kain telekung suruh dukung.. Aduhai anak sayang...

Menyusu




Bab menyusu, anak lelaki memang champion. Dia punya tahap kekerapan menyusu tu, sampaikan ibu memang tak ada can la nak buat stok kalau Cheeky Boy ni ada dengan ibu.. Di Taska pun, kata cikgu, dia kuat menyusu juga. Tapi makan main-main. Hat berkenan, dia kemam-kemam. Hat tak mau, dia tuii kan je keluar.. Hish.. Anak bertuah.

Anak perempuan, menyusu tak kuat mana. Ibu masih ingat, time Nasywa dulu, susu memang penuh freezer. Sampai buang-buang sebab expired. Nak bagi pada anak susuan, CM agak tak bersetuju dengan idea nak ada anak susuan tu. Time Zahra pun sama. Susu melimpah ruah. Tapi, time adik, freezer ibu dah jadi simpan ikan, ayam, daging pulak.. Ada pun untuk waktu-waktu terdesak sangat.

Kecergasan




Anak perempuan sangat lemah-lembut. Sangat sopan. Dok diam-diam je. Time baby la. Mai besaq sikittt, karam rumah di kerjakan depa 2 beradik.. T.T Kalau balik Sungai Siputih, memang ibu la stress tengok depa ni munggah rumah.. Tok depa, sayang depa.. Sebab tu la depa lagi bermaharajalela.. Balik Ipoh pun sama, cuma balik Ipoh, sepupu nya ramai yang baya-baya lebih kurang beza 2-3-4 tahun je.. So deme la banyak melarang. Itu pun, boleh togel juga bunga opah.




Anak lelaki ni, cergas. Adik sangat cepat perkembangan nya. Adakah sebab faktor baby Shaklee? Hihi.. Tapi, berbanding dengan yang seusia dengan nya, Adik sangat cepat. Gigi tumbuh seawal 4 bulan. Sekarang dah boleh memanjat berdiri. Belum pandai meniti tepi kerusi lagi. Tapi paling dia suka berpaut dengan walker dan tolak sambil bertatih berjalan.. =) Alhamdulillah.. Asalkan perkembangan nya positif, ibu happy sangat. Penangan suplemen Shaklee yang ibu amalkan agak nya dari sebelum mengandungkan dia sehingga bersalin..

Kalau cerita pasal anak-anak, rasa berkajang-kajang tak habis. Banyak nak cerita.. Anak-anak adalah antara perkara terbaik yang berlaku dalam hidup kita kan?

Anak-anak korang macam mana pulak? Meh kongsi dengan MD. Seronok nak baca pasal kisah anak-anak ni..
MD

No comments:

Post a Comment