Friday, 31 May 2013

Perbezaan Vitamin SEMULAJADI vs Vitamin Sintetik & Organik

Assalamualaikum,

Ramai juga orang tanya saya, apa perbezaan Vitamin Semulajadi, Vitamin Sintetik dan Vitamin Organik ni? Rasa semuanya sama je kot ek..? Masuk mulut hadam keluar.. heheh.. Tapi sebenarnya terlampau banyak beza vitamin semulajadi, vitamin sintetik dan vitamin organik ni. Benda ni kita x boleh ambil mudah. Kena tahu juga apa yang hendak masuk dalam tubuh kita. Selamatkah? Beracunkah? Memudaratkan kah? Beri kesan positifkah? Semua ni kita kena tahu supaya kita tidak mendedahkan tubuh kita kepada bahaya..

Ok, jom baca apa itu vitamin sintetik, organik dan yang terbaik vitamin semulajadi.

Dulu saya tak pernah dengar pun vitamin sintetik .. kalau makanan organik tu tau laa .. rupanya vitamin pun ada yang semulajadi, organik dan sintetik .. huhu ...
Makanan tambahan (food supplement) merupakan keperluan harian kita. Walaupun kita ambil makanan secukupnya kadang kala kita hanya cukup makan iaitu sekadar memenuhi rasa lapar dan makan apa sahaja. Sepatutnya makanan yang kita ambil bukan sekadar menghilangkan lapar, tetapi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Atas kesedaraan bahawa makanan yang kita makan ini kurang berkhasiat, tidak dimasak dengan haba yang sepatutnya, sumber bahan mentah yang dimasak mungkin tercemar dan sebagainya; maka kita mengambil food supplement atau juga disebut vitamin.

Takukah anda bahawa ada 3 kategori vitamin? Ok, kalau belum tahu saya nak bagitau anda sekarang. Ada 3 kategori vitamin iaitu vitamin sintetik, organik dan semulajadi.

Analogi mudah untuk membezakan ketiga-tiga jenis vitamin ini adalah seperti berikut:


(1) Vitamin Semulajadi merupakan buah sebenar dengan rasa, tekstur buah



(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek

   

(3) Vitamin Sintetik umpama kordial berperisa buah



Nampak kan bezanya? 

Vitamin sintetik ni ibarat kordial yang berperisa buah, contohnya kordial oren yang menggunakan perisa oren yang diekstrak dari buah oren, hanya sedikit sahaja jus oren asli. Selebihnya hanyalah pewarna dan perisa tambahan. 

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses yang boleh menyebabkan enzim buah termusnah dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je… 

Tahukah anda bahawa proses pengekstrakan jus tadi telah menyebabkan enzim buah musnah, lagipun jus yang telah diperah tadi perlu diminum dalam masa kurang daripada satu jam supaya jus tidak teroksida. Jadi apa yang kita minum sebenarnya? Hanya jus yang mempunyai rasa buah tanpa zat khasiat buah tersebut. Lagi pula, terfikirkah anda bahawa jus yang dipek dalam kotak tadi boleh bertahan lama lebih setahun; sudah semestinya jus tadi ditambah pengawet!

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Kita bukan sahaja ingin menikmati rasa dan tekstur buah. Apa yang lebih penting adalah khasiat buah tersebut lebih utama.

Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Selagi mampu, pilihlah yang semulajadi. Tanpa mudarat dan tanpa kesan sampingan!

kredit to dapuraulad.com



Hanni


Thursday, 30 May 2013

Interview Session with PHD Student

Assalamualaikum..

Last year saya ada join survey untuk seorang PHD student. Survey tu di isi melalui internet.. Time tu saja lah tolong bantu dia sebab on9 je pun kan.. Lagi pun tajuk survey tu memang menarik - Division of Household Labour.. X sangka pulak PHD student ni (sweet chinese lady) call saya after 1 year untuk buat satu interview session - tajuk yang sama juga.. Terkejut jugak.. 

Dis sweet lady ni memula request untuk interview saya, OK lah.. Lepas tu dia tanya boleh x interview CM sama.. Saya macam...emmm... susah kot nak interview CM ni. Benda2 yang remeh cenggini saya x expect dia akan berminat untuk di interview2.. So saya tolak siap2. Tapi lepas few days dia call lagi untuk tetapkan tempat untuk berjumpa.. Dan masih bertanya boleh x nak interview CM sekali.. Dat time dia call depan CM so CM bertanya lah siapa? kenapa? n etc2.. Saya pun cerita lah serba sedikit.. N suprisingly, he agreed to join!! Macam x percaya je.. Hehehe

So saya pun decide jumpa di Mc Donald je lah. Sebab situ ada playground untuk bdk2 main. Jadi x mengganggu sangat lah.

Participant Information Statement & Consent Form.
Memula dia interview saya dulu - soalan dia yang saya rasa sangat menarik.. "Puan hendak berhenti kerja ke?" Jawapan saya - Dah tentu lah. Memang dah jadi impian saya untuk menjadi surirumah. Tapi bukan surirumah yang ligat menguruskan rumah tangga tapi hujung2 tu letih sendiri dan mengeluh, Ni surirumah yang berkerjaya. Yang ada income dan dalam masa yang sama menguruskan rumahtangga dan melihat anak membesar di depan mata..

Bukan saya memperlekehkan pekerjaan sebagai surirumah. Eh, Surirumah pun satu pekerjaan yang mulia tau! Impian saya sendiri pun nak jadi surirumah. Kenapa? Sebab saya nak urus kan sendiri rumahtangga saya. Saya nak tengok anak2 membesar depan mata saya. Saya rasa impian setiap ibu macam tu kot..

Bukan x suka makan gaji, tapi saya rasa letih. Ya, jadi surirumah juga letih sebenarnya tapi ada kepuasan yang tak terungkap. Kalau bekerja di luar, makan gaji, masa saya dengan keluarga limited. Anak2 lebih dengan pengasuh. Tu yang saya x nak. Saya sangat cemburu. Cemburu dengan anak2 saya.

Banyak lagi soalan yang ditanya, dan saya jawab seikhlas hati saya. Berdasarkan pengalaman berumahtangga saya yang setahun jagung ni. Hehehe.. Mata yang memerhati pun banyak. Pelik kot tengok ape hal tetibe ade sorang minah ni hulur voice recorder pada Mak Dara Jelita..hahaha... Perasan retis la Mak Dara sekejap..

Bila tibe sesi CM, saya beri peluang untuk dia di interview. Ikut kan hati saya mahu dengar. Saya nak tahu juga dari persepsi mata CM. Ye la, CM jarang mahu bercerita memuji2 saya. Tapi dia selalu 'mengusik' saya dengan kritikan yang tidak membina seperti 'Ibu juai ubat kuruih, tp dia sendiri pun gemuk!' Hahaha.. kalau jenis cepat sentap, mungkin saya dah anorexia kut agaknya. Obses sangat nak kurus pd hal diri sdr dah memang kurus.. Tapi disebabkan saya nak bagi privasi pada dia, supaya dia selesa so saya dok la meneman anak2 main.

Kat bawah ni gambar2 2 beradik ni.. Suka pasal x yah kena paksa tidoq awal..Tengok lah gelagat depa.. Kualiti gambar mungkin kurang sebab tangkap dengan ipad. Henpon habis bateri..

Gumbira la si Kakak sebab boleh tidur lambat
Dia wat tempat mainan tu cam dia punya
Adik pon x mau kalah nak main jugak.
Interview tu habis dalam 11.30 mlm.. Kami dapat la voucher diskaun RM20 sebagai saguhati di atas kesudian kami meluangkan masa.. Well saya lebih mengkagumi kesudian CM untuk meluangkan masa.. Im proud of him.. Bukan selalu leh dapat peluang keemasan seperti tu.. =)

Wednesday, 29 May 2013

Testimoni VIVIX : Penyelesaian Masalah Kesihatan Yang Mengkagumkan!

Assalamualaikum..

Amboi.. Bulan promo Vivix ni memang meriah la semua membeli nye ye? Semua nak cantik.. Nak kelihatan muda 25 tahun dari usia.. Itu bab yang nak cantik2 la.. Tak kurang jugak yang membeli untuk insan2 kesayangan sebagai ikhtiar untuk mengubati penyakit2 yang selama ni sukar untuk sembuh.. Kencing manis, darah tinggi, resdung, kanser dan sebagainya.. Kalau bukak Shaklee Golden Lounge tu meriah betul testimoni vivix.. Memang VIVIX ni penyelesaian kepada berbagai penyakit..

Ok,jom tengok a few testimoni yang saya ambil.. Yang sangat best!

Untuk resdung, dan vertigo pun berkesan!

Darah beku di kepala, serangan strok, darah tinggi, kencing manis, kolesterol, sakit jantung.
Perokok tegar pun berhenti!!!
Masalah Jantung dan darah tinggi!
  pengidap diebetes & operate kaki..luka lambat sembuh..lepas consume vivix 1 botol..alhamdulillah..hasilnya luka bertambah kering & tertutup ..alhamdulillah, dia pun happy & ceria 

Haaa.. Tu diaa.. Tunggu apa lagi..?

Meh PM saya segera.. Harga memang terbaik Yop Yong oii...

FB : Hanni Kamilla Hanafi
FB PAGE : My Bestfriend Shop
E-MAIL : hanni.kamilla@yahoo.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 013-5818283

Hanni

Tuesday, 28 May 2013

Tingkatkan Tahap Kesihatan Hati Anda Sekarang!

TAHUKAH ANDA !!!!

Ramai orang mengambil keputusan untuk melakukan detox hati untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mengurangkan berat badan mereka. Tugas organ Hati adalah membuang toksin-toksin daripada tubuh. Secara asasnya ia adalah seperti penuras.


Di dunia serba moden ini, hati kita mungkin bekerja secara berlebihan disebabkan oleh banyak faktor termasuklah hormon, pencemaran alam sekitar seperti racun perosak, kafein, alkohol, gula dan pemanis, lemak trans atau ubat-ubatan. 





Semua ni terpaksa diproses dan dikeluarkan dari badan kita, dan Hatilah salah satu organ yang menjalankan tugas ini. Apabila hati terlebih-lebih bekerja, terjadilah satu keadaan di mana organ penting ini akan berada dalam keadaan tertekan atau stress.... 

Dalam keadaan ini, hati tidak dapat memetabolismakan lemak dengan betul. Oleh kerana toksik tidak di proses dengan baik, ia juga boleh membawa kepada masalah jerawat, ketidakseimbangan hormon termasuk PMS, kesukaran mencerna lemak, kembung perut, berasa letih selepas memakan, tendon dan otot jadi lemah, cepat marah dan kemurungan.

3 Penyakit Berkenaan Dengan Hati adalah:-

  • Cirrhosis
  • Hati Berlemak (Fatty Liver)
  •  Hepatitis

Produk Shaklee yang memberi perlindungan untuk Hati anda.

Produk Shaklee yang memberi perlindungan kepada hati ialah DTX Compex,VIVIX & NUTRIFERON. 

Kebaikannya:-

• Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.

• Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati
• Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat





Vivix memberi impak kepada empat mekanisma utama pada tahap sel iaitu :-

1) KEROSAKAN DNA
Vivix membantu dalam melindungi dan memperbaiki sel DNA
2) PENGAWALAN GENETIK
Vivix memberi impak positife kepada pengawalan genetik
3) PENGELUARAN TENAGA OLEH SEL-SEL YANG KIAN MENURUN
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel juga turut menurun.Vivix menggalakkan pembentukkan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
4) PENIMBUNAN PROTIN AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular. Ini boleh menggangu keutuhan sel dan umur sel.

Vivix adalah 10X lebih kuat resveratrol untuk melambatkkan pembentukan protin AGE
Dengan pengambilan Nutriferon setiap hari, dapat meningkatkan inteferon dan ini menguatkan tindakbalas immune system tubuh kita.



NutriFeron (Produk exclusive Shaklee) adalah campuran yang dipatenkan dari ekstrak tumbuhan yang sekian lama terbukti dapat mengukuhkan sistem imun. Dengan pengambilan setiap hari, NutriFeron menguatkan tindak balas imun dengan meningkatkaninterferon semulajadi badan .


Kesemua ini menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan. Jom Sayangi Hati Anda agar Hati Berfungsi dengan sihat.

Kredit Info
" Ramai yang telah mencuba dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat. Anda boleh dapatkan sekarang dengan Harga Runtuh yang sangat Menjimatkan. Dengan pembelian anda di My Bestfriend Shop, anda akan diberikan jadual mkn & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di FB."


Perunding Vitamin Anda
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 894262]
Contact No : 013-5818283
Emel : hanni.kamilla@yahoo.com
♥ FB Page : My Bestfriens Shop


Hanni

Monday, 27 May 2013

Dream Car Saya



Assalamualaikum

Sihat ke kalian pagi ni? Saya harap semuanya hepi n sihat2 selalu..

Semalam saya sembang dengan CM. Saya cakap pada dia, 1 day saya nak beli dream car saya dengan duit Shaklee saya.. So CM tanya lah, ape dream car saya? So saya bagitahu dia, impian saya bukan lah nak beli Mercedes ke BMW ke.. Saya cuma nak kereta 'biasa2' yang di beli dengan keringat yang 'luar biasa'.

Yang pertama, saya suka sangat kereta ni..



CM kata ape yang best sangat dengan CRV nih? Saya pun x tahu. Tapi saya suka. Dari dulu saya suka. Senang untuk travel jauh2. Nampak besar n luas je untuk anak2 yang ramai.. eh?!! 

Pastu saya nak kereta ni pulak... Wat pi jalan2 dekat2.. Ape orang kate tu, keta pegi pasar? Amboih.. Kemain keta pegi pasar ngko Mak Dara!


Fuhh..memang comel lah.. Tapi CM kata x mau cmtu.. Nak camni..



Haa.. Yang ini la yang wat kan saya jatuh cinta dengan Civic..Memang sangat cun lah ini design.. X pe, tunggu sat...

Tapi CM kata, dream car saya tu memang dream je la.. Cuba realistik sikit.. Contoh macam nih..


Eh.. Dream car sape sebenarnya nih? Hahaha... Nak jugak nyelit dia punya... Kuikuikui...

X pe lah bang, InsyaAllah satu hari nanti dream will come true.. The Power Of Dream --> Macam tagline Honda jek... Hehehe..


Hanni

Cinch Shake Mix FAQ

Assalamualaikum..



Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.

Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

Jom kita tengok FAQ ini:


1. Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?

Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

2. Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?

Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

3. Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?

Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

4. Cara terbaik minum Cinch Shake

Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

5. Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?

Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

6. Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?

Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

7. Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?

Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.


Sumber INFO
 Hubungi saya – hanni.kamilla(@)yahoo.com013-5818283 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.


|| Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari My Bestfriend Shop ||
Hanni

Saturday, 25 May 2013

13 MANFAAT OMEGA GUARD YANG PERLU ANDA TAHU.

13 Manfaat Pengambilan Omega Guard



1.    Mudah lupa dan susah untuk mengingat adalah penyakit yang sering berlaku pada orang tua. Pengambilan Omega sangat penting untuk perkembangan membrane sel pada system Neurologi dari otak ke jalur signal.

2.    Mencegah penyakit jantung. Omega yang diambil meningkatkan elastisis arterial. Menurunkan risiko aritma (dengutan jantung tidak normal) dan tekanan darah tinggi.


3.    Menurunkan kadar kolestrol tinggi. Mengikut kajian, pengambilan Omega secara teratur terbukti meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah).

4.    Omega sangat baik untuk kesejahteraan mata dan penglihatan kerana omega merupakan komponen utama dalam retina.

5.    Membantu mengurangkan Depresi @ kemurungan. Amat  bermanfaat untuk mereka yang mengalami depresi ringan.

6.    Omega memiliki sifat anti-inflamasi dan bermanfaat untuk keadaan seperti asma dan radang sendi.


7.    Omega juga bermanfaat untuk anak-anak yang menderita disleksia,dyspraxia dan ADHD.

8.    Omega mampu mencegah penyakit Alzheimer (Nyanyuk).

9.    Bermanfaat untuk penghidap diabetes.

10.     Omega amat penting dalam meningkatkan penyerapan vitamin yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, E dan vitamin K. Vtamin ini diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan jangkitan penyakit, menjaga kesihatan mata, pengaliran darah dalam jantung, pembekuan darah, menjaga kesihatan kulit serta menguatkan tulang.

11.  Omega-3 akan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan , menjadikan kita kurang makan dan sentiasa kenyang. 

12.  Bagi wanita, Omega Guard akan mengurangkan sakit semasa kedatangan haid @ sakit menstrual.

13. Bagi kanak-kanak, Omega Guard membantu mengurangkan selesema.







Friday, 24 May 2013

Kuasa Imaginasi?

Assalamualaikum..

Ape kabar kalian? Seronok ke cuti ujung minggu kalian? Saya bukak newsfeed FB tu bukan main lagi status masing2. Ada yang berfamily day.. Ada yang ke Legoland la.. Ada yang ke PD la.. Dan ada jugak yang duduk rumah.. hahaha.. Mak dara le tu.. Sebab Pak Dara keje. So kami 3 beranak je la di rumah..

Zahra demam. On dan Off.. mungkin nak naik gigi kot. Makin galak nampak nya dia isap jari, air liur pun meleleh2 extra.. Hm.... Kalau lah ibu boleh ganti tempat adik tu... Kesian sangat ibu tengok...

Eh.. Saya bukan nak cerita pasal tu.. Yang saya nak cerita ni pasal kuasa imaginasi.. Haa..? Ape dia? Pernah x kalian imagin untuk dapatkan sesuatu kemudian tetiba apa yang kalian imagin kan tu terjadi..? Saya sebelum ni x percaya. Sebab saya rasa cam mustahil je.. hehehe..



Tapi... baru2 ni CM nak pegi memancing kat laut dgn kawan2 nya.. Dalam hati saya ni kata, siap imagin, kalau lah CM dapat cencaru kan best.. Sebelum ni dia pi dapat ikan ape tah yang saya x berapa nak makan sangat..

N guess what? Petang tu dia Whatsapp saya bagitau kata dapat ikan cencaru! Wah..best giler.. Tapi saya x perasan lagi..

Kemudian kamis lepas adalah gaji bagi orang gomen.. So saya sebut dengan Dila, macam best je kalau dapat makan Domino's piza. Terbayang2 sedapnya piza tu.. Hehe... Tiba2 hari Jumaat CM sms saya suruh order Domino's.. Saya mcm eh? macam magik lak rasa.. Apa yang saya sebut, apa yang saya imagin kan jadi kenyataan... Sangat menarik!

Lepas ni boleh lah saya aplikasikan pulak dalam biz saya.. Saya imagin saya mahu jadi leader yang hebat. Saya imagin mahu pakai kereta idaman. Saya imagin by 2017 saya sudah selamat join ibu2 hebat yang bekerja dari rumah. Fuhh.. Kena work hard supaya apa yang saya imagin kan ini akan jadi kenyataan..

Anda macam mana? Jom bersama saya... Kita lakar kejayaan bersama..
Hanni

Wednesday, 22 May 2013

Kegunaan & Kepentingan GLA Complex

Assalamualaikum..

Ramai orang tanya pasal GLA complex ni pada saya.. apa kegunaan nya? Apa kepentingan nya? Siapa yang patut amik? Ape yang best sangat dengan ni? Ok, ni saya kongsikan lagi sekali tentang GLA Complex ni.. Sebelum ni saya pernah kongsikannya di sini.. Dia punya kegunaan dan kebaikannya sekali.. Semoga kalian mendapat manfaat daripada kebaikannya.
GLA Complex | 60 biji | RM91.20 (Semenanjung)  RM95 (S&S)


Asid lemak Omega-6 adalah dianggap sebagai asid lemak perlu (EFA), yang bererti bahawa mereka adalah penting untuk kesihatan. EFA tidak boleh dibuat di dalam badan dan oleh itu mesti diperolehi dari makanan yang kita makan atau suplemen. Asid gamma-linolenik (GLA) adalah asid lemak yang penting dalam keluarga Omega-6.

EFA yang diperlukan untuk:

  • fungsi otak
  • pertumbuhan
  • kesihatan tulang
  • merangsang pertumbuhan kulit dan rambut
  • metabolisme
  • proses pembiakan

Kekurangan dalam EFA boleh membawa kepada:

  • masalah pertumbuhan
  • ruam bersisik yang dikenali sebagai dermatitis
  • kemandulan
  • kekurangan keupayaan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan luka

Apakah Omega-6 dan Omega-3?

Kekurangan asid lemak omega-6 amat jarang didapati. Walau bagaimanapun, biasanya diet kita mengandungi omega-6 yang terlalu banyak berbanding dengan asid lemak omega-3. Nisbah omega-3 (EPA) omega-6 adalah kritikal. Omega-6 EFA bertindak sebagai blok binaan bagi prostaglandin, kumpulan bahan-bahan seperti hormon yang mengawal banyak fungsi yang sangat penting badan. Jika ketidakseimbangan ini berterusan sepanjang tempoh masa yang panjang, ia menyumbang kepada penyakit seperti:

  • penyakit jantung
  • kanser
  • asma
  • arthritis
  • kemurungan

Untuk kesihatan optimum dan mencegah penyakit, asid lemak omega-6 harus 1-4 kali lebih banyak asid lemak omega-3. Tapi dalam diet kita biasanya mengandungi 11 hingga 30 kali lebih banyak omega-6 berbanding omega-3!

Asid lemak Omega-6 adalah minyak utama yang terdapat dalam produk minyak murah dan ditambah kepada kebanyakan makanan yang diproses. Untuk membantu memulihkan nisbah yang sihat daripada omega-6 untuk omega-3 , kita harus cuba untuk mengelakkan minyak omega-6 dalam diet dan mengambil  GLA.

Bagaimana mencapai keseimbangan Omega-6 dan Omgea-3?

Diet Mediterranean adalah sangat bagus kerana ia mempunyai nisbah Omega-6 dan Omega-3 yang sangat baik . Diet Mediterranean termasuk:

  • bijirin penuh
  • buah-buahan segar dan sayur-sayuran
  • ikan
  • minyak zaitun
  • bawang putih
  • lean meat, yang tinggi dalam asid lemak omega-6

Terdapat beberapa jenis asid lemak omega-6. Kebanyakan asid lemak  omega-6 dalam makanan kita didapati dalam minyak sayuran sebagai asid linoleic (LA; berhati-hati untuk tidak terkelioru dengan asid alfa-linolenik [ALA] yang merupakan asid lemak omega-3). Asid linoleik ditukar kepada asid gamma-linolenik (GLA) di dalam badan dan kemudian terus dipecahkan kepada asid arakidonik (AA). AA juga boleh dimakan terus dari daging.

LA dan AA yang berlebihan adalah tidak bagus kerana mereka mencetuskan inflamasi yang membawa kepada penyakit yang diterangkan di atas. Walau bagaimanapun, GLA boleh mengurangkan keradangan ini. Kerana GLA yang diambil sebagai tambahan tidak ditukar kepada AA, tetapi sebaliknya kepada bahan yang dipanggil asid dihomogamma-linolenik (DGLA). DGLA bersaing dengan AA dan menghalang kesan-kesan negatif radang daripada AA. Di samping itu, DGLA juga adalah sebahagian dari prostaglandin yang mengurangkan keradangan.

Nutrien tertentu dalam badan (termasuk magnesium, zink, dan vitamin C, B3, dan B6) membantu mempromosikan penukaran GLA kepada DGLA dan tidak kepada AA. Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa semua nutrisi adalah penting.

Fungsi prostaglandin:

  • Pengeluaran steroid
  • Sintesis hormon
  • Keradangan, sakit dan bengkak
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mengawal keseimbangan cecair badan dengan membantu fungsi buah pinggang
  • Mengawal selia pengagregatan pembekuan darah dan platelet
  • Melawan alahan kepada alergen
  • Penghantaran signal ke sistem saraf

Sumber GLA

  • Minyak Primrose
  • Blackcurrent
  • Minyak Borage

Siapa Tidak Perlu Supplement GLA

  • GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.

Siapakah yang memerlukan GLA?

  • Kencing Manis
  1. Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis
  1. GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi.Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk artritis reumatoid.
  • Payudara fibrocystic

  • Osteoporosis
  1. Kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang, semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS
  1. Sesetengah wanita mendapati gejala-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit  payu dara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahim.
  • Alahan.
  1. Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA untuk GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD).

  • Ketagihan alkohol.
  1. GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser.

  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung.
  1. Kajian menunjukkan bahawa GLA, sama ada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak yang penting, EPA dan DHA kedua-dua yang ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser.

Dapatkan GLA Complex sekarang dengan harga istimewa! Hubungi saya sekarang. =D



Credit Info


Hanni

Tips Perbelanjaan Bijak

Assalamualaikum..



Semalam saya gi kursus SMARTbelanja di LPPKN, Bertam.. Sangat menarik.. Bagi saya lah.. Sebab kita di ajar untuk menguruskan kewangan kita.. Berbelanja secara bijak lah pendek kata nya.. Saya suka lah sebab kadang pengurusan kewangan saya agak tidak berapa nak bijak kadang2.. kui3... Biasa lah, perempuan. Nafsu nya ada 9. Keje dok on9 saje ni, iklan baju baby la, aksesori la, ape la.. Ade je agen pengabih duit.. hahaha...

Ok, serius..


Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji kita ni besar atau pun kecik. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja kita.

Ni saya amik tips dari sini.

LANGKAH 1 : MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA 

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Adakah anda merancang untuk

  • Membeli rumah?
  • Membeli kereta?
  • Memulakan keluarga? 
  • Menabung untuk pendidikan anak anda? 
  • Melancong? 
  • Menyediakan perbelanjaan perubatan? 
  • Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara? 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

LANGKAH 2 : MENJEJAKI KEMANA PERGINYA WANG ANDA 

Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda 
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan 
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

LANGKAH 3 : MENILAI TABIAT BELANJA ANDA 

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa 
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama 
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan 
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

LANGKAH 4 : MENULIS RANCANGAN PERBELNJAAN ANDA 

Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda  di belanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  •  Tentukan jumlah pendapat bulanan anda 
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain 
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain) 

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.


Zaman sekarang ni RM50 tu dah macam tak ada nilai dah. Barang2 terlampau mahal. Kalau saya bergantung dengan gaji semata-mata, sememangnya tidak mencukupi. Alhamdulillah, sejak join Shaklee, dapat jugak saya simpan sikit2. Dapat juga saya meringankan beban suami dalam perbelanjaan keluarga. Dapat jugak saya membeli keperluan diri saya tanpa perlu saya bebankan suami.. Syok kan..?

Apa yang menarik perhatian saya semalam ada dua.. Kata penceramah tu, jauhi kad kredit jika tak tahu nak uruskan kad kredit. Kedua, jika nampak peluang untuk buat duit, ambik. Jangan tunggu2. Namun, jangan terburu2 sampai x kaji. Ni saya maksudkan untuk skim Pak Man Telo. Esok duit hangus, nangis..

X ada benda mudah dan singkat untuk berjaya. Semuanya perlukan usaha yang berterusan. Nak yang singkat, singkat juga lah masa anda mengecap awan..

Saya nampak peluang saya untuk jana pendapatan sampingan dengan Shaklee. Cuma kena cekal kan hati untuk bersabar dan berusaha..

Till then.. Doa kan saya ya kawan2..
Hanni

Monday, 20 May 2013

Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Athma/asma Bagi Yang Menghidapinya?


Assalamualaikum..

Apa itu Athma/Asma?


Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.
Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.
Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.
“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.
Antara ubatan yg biasa dicdgkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak spt steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).
Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran
Jadi dapatkan sekarang! Berikan yg terbaik buat anda dan anak anda!

Credit Info

Hanni