Friday, 7 February 2020

Rumah Peranginan Persekutuan Tanjung Tuan

Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry ni adalah sejenis throwback.. hihi.. sepatutnya di update pada hari kejadian tapi atas beberapa faktor, Cik Anie baru berkesempatan untuk update sekarang..

Actually, kami sekeluarga baru berjinak² dengan Rumah Peranginan Persekutuan ni.. Itu pun atas usaha kakak yang sulung dan abang ipar yang gigih booking kan.

Ramai yang tanya pada Cik Anie. Macam mana nak booking. Yang pertamanya, korang mestilah pekerja kerajaan. Kalau swasta, Cik Anie tak berapa pasti bagaimana..

Yang kedua, korang kena ada account lah dengan Bahagian Pengurusan Hartanah <---- kalau tak ada account lagi, boleh klik di pautan yang Cik Anie beri ni ya..

Once da sign up, dia akan auto detect terus gred, gaji, tempat bertugas etc sebab dia link dengan hrmis ya.. so akan auto appear bilik/rumah yang korang boleh booking dengan gred korang.. Sukacita di maklumkan, bilik/rumah penginapan adalah mengikut gred ya.. Kalau gred sokongan nak booking untuk gred Jusa, MUNGKIN (read : tak pasti) boleh. Apa pun kena ringan tangan dan mulut untuk contact BPH untuk tanya ya.. refer gambar Cik Anie attach di bawah.





Macam kami 1 family ni, guna gred kakak sulung, DG48. Jadi dapat lah rumah apartment 3 bilik dan 2 bilik air. Tersangatlah selesa kome weh.. Boleh masak yang pentingnya dan peralatan memasak serta pinggan mangkuk semua lengkap. Tapi kami bawak juga extra sebab rakyat ramai kan. Towel dan peralatan mandi tak disedia ye.. Tapi small matter sebab Cik Anie memang amalkan bawak towel dan peralatan mandi sendiri kalau ke mana²..

Rumah nya tepi pantai betul². Tme mandi pool ke pantai ke, boleh nampak kapal terbang baru nak naik dan turun.. Setiap minit ada. Adik Cik Anie siap tengok jadual laluan kapal terbang lagi nak tau kapal terbang apa lintas dan dari mana perjalanannya.. hihi

Jom layan gambar²..



Sampai² tengok laut.. Allah.. Damainya dalam hati.. Nak pulak masa tu baru start cuti panjang. So umpama Cik Anie berehat mengosongkan otak dari perkara² negatif.. Nak start fresh di tempat kerja baru..


Ni bangunan hotel di sebelah kanan kalau mengadap laut. RP ni sebelah kiri..


Buah hati sulung. Anak jantan di belakang tu dah tak sabar nak terjun laut..


Bila dapat pool, apa lagi.. Mak bapak anak semua pakat terjun..




Kakak sulung yang di sayangi.. Anak² kata muka ibu macam mak long. Suara ibu macam mak long. Ibu suka bising macam mak long..










Kapal terbang dok lalu lalang atas tu.. Puas la tunjuk kat anak² kapal terbang.. Ni pakej bercuti unik. Layan pool, layan laut, layan kapal terbang.. haha


Pak sedara ngan anak sedara pakat dok jakun.. haha.. Tapi syok juga.. Ingat kecik² dulu bila nampak kapal terbang kat atas, siap lambai² tangan. Macam la orang atas tu nampak kita kat bawah kan...


Apartment nya di sebelah kiri kalau kita mengadap laut. Tingkat 2 kalau tak silap..


Layan sunset dari balkoni apartment. Best nya..


Ni kisahnya layan sunrise sesudah subuh..


Bergambar kenangan anak² sebelum balik. Masing² udah hitam legam. Entah anak siapa la ni..


Sebelum berangkat pulang.. gigih la layan hajat maklong nak tengok Rumah Api Tanjung Tuan. Layankan saja.. Cik Anie tak ikut naik. Teman mama di kafe berhampiran entrance Rumah Api tu..

Ada lagi destinasi selepas tu.. Makan² di satu restoran kambing bakar yang sangat sedap di Port Dickson. Terlupa pula nak ambil gambar. Terkenang² Cik Anie pada Nasi Kambing Bakar dan Mango float nya.. Tersandar kekenyangan lepas tu weh..

So till then, tunggu Cik Anie update cuti² Bagan Datoh, Cuti² RPP Cameron Highland, dan cuti² RPP Pangkor pulak ya..

Take care gaiss. Boost immune system  dengan mengambil Aloe Vera Gel, Arctic Sea dan Vitain C ya..

XoXo,
Cik Anie
013-5818283

Monday, 3 February 2020

Hai.. I'm back!!

Bismillah..

Assalamualaikum korang..

Lama Cik Anie tak menulis di blog kesayangan Cik Anie.. Berhabuk, bersawang teruk dah ni.. Well, 2019 bukan lah tahun yang mengujakan untuk Cik Anie. Jadi Cik Anie masuk gua, bertapa lama..

Ceritanya begini. Hujung 2018, Cik Anie dapat berita gembira. Ditawarkan kenaikan pangkat. Seolah seperti menjawab persoalan dalam diri Cik Anie untuk peningkatan kerjaya yang lebih baik. Bosan duduk di takuk yang sama selama almost 11 tahun pada waktu itu.

Tapi tempat yang ditawarkan adalah Hospital Orang Asli Gombak, Selangor. Hati berbelah bahagi. Untuk terima atau tolak saja. Tapi setelah istikharah, dan berbincang dengan keluarga, Cik Anie terima. Sebab Cik Anie tahu, peluang seperti ini tak mungkin akan ada kali kedua.

Lapor diri 2 Januari 2019. Maka bermula perjalanan PJJ Cik Anie dan anak² serta ayahnya. Ia nya tak mudah. Most of the time rasa nak rebah, sebab sangat tak kuat. Menguruskan anak² seorag diri, life, manage kewangan sorang².. Sangat tak mudah..

Politik di tempat kerja juga sangat hebat. Bukan cerita biasa². Allahh.. Sangat lelah rasanya tempoh 1 tahun tu.

Alhamdulillah, 2020 nampak ada sinar yang terang menyinari perjalanan Cik Anie. Rezeki dan doa anak² tiada hijab. Allah kabulkan. Permohonan pertukaran Cik Anie untuk balik duduk dengan keluarga telah diluluskan.

Maka, im back!! Cik Anie dah ready untuk kembali aktif. Challenge diri untuk fasa yang lebih baik..

And now, im proud to tell you yang Cik Anie adalah Forever Business Owner yang sah. Lepas ni akan lebih bayak sharing tentang Forever Living product and business ya..

Till then, take care gaiss..
MD

Monday, 29 April 2019

Pegawai Farmasi Pun Pilih Shaklee?!

Bismillah..


Throwback masa pergi NC baru² ni.. Ada banyak sharing yang best² dari impact speaker.
.
Tapi Cik Anie tertarik dengan sharing dari seorang Pegawai Farmasi ni.. Dalam banyak² suplemen yang halal mahu pun haram, beliau pilih Suplemen Shaklee dan beliau pilih untuk serius berbisnes Shaklee. Sebab apa..?
.
1) SHAKLEE SANGAT PATUH KKM
2) SHAKLEE ADA LEBIH DARI 50 ORANG SAINTIS YANG BERTAULIAH
3) SHAKLEE ADA PEER REVIEW JURNAL
4) TIDAK ADA seorang pun kawan² farmasi beliau yang kondem Shaklee.
.
Dari 2012 Cik Anie start berShaklee, ape je yang orang tak cakap, tak kata pasal Shaklee. Cik Anie tak pernah nak ambil serius sangat apa kata netizen, sebab PRODUK YANG BAGUS MEMANG ORANG AKAN KATA 😁😁 so nak buat apa semak² kepala? Kannn...?
.
Shaklee memang bagi jaminan pun yang semua produk dia tidak akan merosakkan even 1 pun sel dalam badan.
.
Jangan beli suplemen Shaklee korang dari Kak Jada, atau pun Abg Cupi, atau pun yang seangkatan dengannya sebab kita tak tahu, produk tu ori ke tiruan ke, nak expired dah ke.. Esok² bila tak dapat Shaklee effect, korang salahkan Shaklee pulak. Pada hal, korang yang makan tanpa consultation yang betul.
.
Setiap SID yang sah, kami sentiasa di bekalkan dengan ilmu² yang up to date. Sentiasa di train untuk consultation yang betul. Bukan sekadar jual saja. Kalau apa² tak kena, boleh terus direct complain pada pihak Shaklee untuk mereka siasat.
.
Eh.. panjang pulak bebel pagi ni.. Apa pun, Cik Anie harap, anda buat pilihan yang tepat dan bijak. Beli dari SID yang sah sahaja tau 😘
.
Cik Anie adalah SID Shaklee yang sah sejak 2012 lagi. Cik Anie boleh cover area Gombak, Kulim dan Ipoh. Jangan segan² nak whatsapp Cik Anie ya --> 013-5818283
MD

Monday, 17 September 2018

Shaklee Youth Cleanser - Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Bismillah..

Assalamualaikum..


Korang pernah dengar tentang Shaklee Youth Cleanser tak? Cleanser yang sangat best sebab sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira lah jika korang mempunyai masalah kulit kering, atau berminyak, atau kombinasi atau pun sensitif.


Kenapa Cik Anie kata Youth Cleanser ni sangat best? Ok, jom kita tengok kenapa :-

1) Formulasi Bahan Dan Kajian

shaklee youth cleanser
 Penyebab utama sudah tentulah formulasi bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Youth.

Kesemua produk Youth telah dihasilkan selepas bertahun-tahun kajian dijalankan.

Maksudnya di sini, ianya bukanlah di buat di kilang-yang-tak-tahu-di mana, kemudian edarkan, dan buat survey terhadap pengguna samada sesuai atau pun tidak dengan kulit. Tetapi sebaliknya, kajian terhadap Youth telah dilakukan di dalam makmal oleh pakar-pakar dermatologi.


2) Pencuci Muka Yang Berasaskan Gel


shaklee youth cleanser

Untuk pengetahuan semua, pencuci muka yang terbaik dan sangat sesuai dengan semua jenis masalah kulit adalah yang berasaskan gel.

Ini adalah kerana, pencuci muka yang berasaskan gel ni bertindak dengan sangat lembut pada kulit jika dibandingkan dengan pencuci muka jenis buih.

  • Kulit sensitif memang memerlukan pencuci muka yang bertindak dengan lembut.
  • Kulit berminyak pula, memang memerlukan pencuci yang dapat mengurangkan minyak dan bukannya buang minyak tu terus. Nanti kulit jadi kering pulak kan.
  • Kulit kering pulak memang NO NO NO kepada pencuci muka jenis buih. Nanti kulit akan menjadi semakin kering.
  • Kulit Kombinasi pula selalunya adalah kombinasi antara kering dan berminyak. Jadi, pencuci muka jenis gel memang yang paling sesuai.


Youth Cleanser, Bukan Sekadar Mencuci Sahaja

shaklee youth cleanser
Apa yang buatkan Cik Anie sangat suka dengan Youth Cleanser Shaklee adalah sebab ianya bukan sekadar mencuci muka sahaja seperti kebanyakan yang lain.
Youth Cleanser juga membekalkan nutrisi kepada kulit kita. Ini adalah kerana ianya di hasilkan daripada gabungan Vital Repair Complex, Anggur Muscadine, Alga Hijau dan juga teknologi terkini. 
Jadi, Youth Cleanser bukan sahaja bertindak dengan melindungi dan membaiki sel kulit kita tetapi juga memberikan nutrien kepada kulit dan menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Tak hairanlah bila lepas cuci muka sahaja muka kita akan rasa lembap dan lembut je. Ingat tau, bukan sekadar mencuci muka kita daripada habuk dan sel kulit mati je tau tapi, membekalkan nutrisi juga kepada kulit. Ini lah rahsia yang menjadikan kulit kita 10 tahun lebih muda, flawless dan glowing!
Siapa yang tak nak nampak muda 10 tahun kan?
Boleh Whatsapp Cik Anie di talian 013-5818283 untuk pertanyaan dan pembelian mengenai Youth Cleanser ini atau pun mana-mana rangkaian produk Youth yang lain ya..
Next entry, Cik Anie akan kongsikan pula pasal Youth Skin Toner.
MD

Monday, 10 September 2018

Piknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai.. korang pernah dengar kampung orang Asli Pendeq? Haa.. mesti tak pernah kan..? Selalu yang glamer adalah Kuala Mu.. So entry ni Cik Anie nak kongsi pengalaman berpiknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq. Waterfall dia dah ala mini Niagara tau.

Actually, Cik Anie pun sebenar nya tak tahu juga wujud tempat ni. Tapi Kakcik Suraya (kakak no 3) memang adventure orang nya.. Dia la yang beria call hari Jumaat ajak joint sekali. Iols kesian, ye kan je lah.. keh³.. kate die Orang Asli yang jadi perantara tu tak reply message. Line telefon tak de di situ. Jadi die redah ke sana Jumaat petang untuk booking tempat.

So Isnin yang sepoi² bahasa, kami bergerak. Kakcik dan keluarga satu kereta. Abangcik dan keluarga serta Salman sekeluarga naik satu kereta. Cik Anie pula naik satu kereta dengan anak³ dan mama.


Muka lapar semua orang.

Ibu abadikan gambar Akram yang cranky sepanjang cuti

Janji bergerak jumpa di Petronas Meru jam 8.30, berhenti makan pagi sekejap, dan dari situ kami bergerak menghala ke Chemor, sampai la hala nak ke Sungai Siput-Tanjung Rambutan. Sepanjang perjalanan yang amat jauh (udah macam balik ke Kulim), kami di sajikan dengan perkampungan orang Asli. Lalu la Kg Perlop la apa la.. And selepas 2 jam, kami sampai di tempat kejadian.

Semua orang sangat happy. Diorang tak tahu lagi azab yang menunggu kat depan tu.. hihi..



Barang yang di bawak pulak aduhai laa.. Berat ya amatttt.. Dah macam nak pindah duduk di sana je.


Cik Anie share harga parking kereta, harga pondok dan harga pangkin yang di sediakan.. Tunggu, jangan seronok lagi..




Azabnya start di sini ya kawan².. Terpaksa jungle trekking and mini hiking, dengan tanah licin berselut, trek pulak tepi tebing tinggi, silap kau tergelincir, bergolek² la masuk sungai bawah tu... Dah la barang super berat. Bawak pulak kanak² yang hyper. Aduhai laa.. Mencabar uols. Jarak perjalanan ada laa dalam 20-30 minit lebih kurang..

Tapi.. bila sampai, view dia sangat berbaloi dengan segala penat lelah semput nak boleh kan sampai..

Enjoy gambar² yang Cik Anie dan family sempat tangkap.






Ni pondok orang asli. Serius, sejuk sangat².


Muka control. Pada hal rasa macam dah ujung nyawa ni haa..




Gambar² air terjun..


Yeay!! Opah berjaya sampai..




Ada satu visitor tu bawak baby monkey.. Apa lagi, kejakunan la kanak² dapat tengok live siap pegang² lagi.

























Budak² enjoy sangat.




Gambar sebelum balik petang tu.. Kitorang turun dalam pukul 6, lebih kurang 6.30 petang baru bertolak.

Serius, sangat best. Sangat enjoy. Lupa sekejap masalah yang banyak dalam kepala. No network coverage. No electricity. Back to nature. Semua orang menggunakan masa yang ada dengan sangat bermanfaat. 

Plan asal macam nak tidur situ. Tapi fikirkan orang KL nak balik hari Selasa, mungkin jalan jam atas hiway, jadi kitorang decide untuk balik hari saja.. Cuma tinggal family Kakcik sahaja bermalam. 

Alhamdulillah 'ala kulli haal..

MD