Monday, 10 September 2018

Piknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai.. korang pernah dengar kampung orang Asli Pendeq? Haa.. mesti tak pernah kan..? Selalu yang glamer adalah Kuala Mu.. So entry ni Cik Anie nak kongsi pengalaman berpiknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq. Waterfall dia dah ala mini Niagara tau.

Actually, Cik Anie pun sebenar nya tak tahu juga wujud tempat ni. Tapi Kakcik Suraya (kakak no 3) memang adventure orang nya.. Dia la yang beria call hari Jumaat ajak joint sekali. Iols kesian, ye kan je lah.. keh³.. kate die Orang Asli yang jadi perantara tu tak reply message. Line telefon tak de di situ. Jadi die redah ke sana Jumaat petang untuk booking tempat.

So Isnin yang sepoi² bahasa, kami bergerak. Kakcik dan keluarga satu kereta. Abangcik dan keluarga serta Salman sekeluarga naik satu kereta. Cik Anie pula naik satu kereta dengan anak³ dan mama.


Muka lapar semua orang.

Ibu abadikan gambar Akram yang cranky sepanjang cuti

Janji bergerak jumpa di Petronas Meru jam 8.30, berhenti makan pagi sekejap, dan dari situ kami bergerak menghala ke Chemor, sampai la hala nak ke Sungai Siput-Tanjung Rambutan. Sepanjang perjalanan yang amat jauh (udah macam balik ke Kulim), kami di sajikan dengan perkampungan orang Asli. Lalu la Kg Perlop la apa la.. And selepas 2 jam, kami sampai di tempat kejadian.

Semua orang sangat happy. Diorang tak tahu lagi azab yang menunggu kat depan tu.. hihi..



Barang yang di bawak pulak aduhai laa.. Berat ya amatttt.. Dah macam nak pindah duduk di sana je.


Cik Anie share harga parking kereta, harga pondok dan harga pangkin yang di sediakan.. Tunggu, jangan seronok lagi..




Azabnya start di sini ya kawan².. Terpaksa jungle trekking and mini hiking, dengan tanah licin berselut, trek pulak tepi tebing tinggi, silap kau tergelincir, bergolek² la masuk sungai bawah tu... Dah la barang super berat. Bawak pulak kanak² yang hyper. Aduhai laa.. Mencabar uols. Jarak perjalanan ada laa dalam 20-30 minit lebih kurang..

Tapi.. bila sampai, view dia sangat berbaloi dengan segala penat lelah semput nak boleh kan sampai..

Enjoy gambar² yang Cik Anie dan family sempat tangkap.






Ni pondok orang asli. Serius, sejuk sangat².


Muka control. Pada hal rasa macam dah ujung nyawa ni haa..




Gambar² air terjun..


Yeay!! Opah berjaya sampai..




Ada satu visitor tu bawak baby monkey.. Apa lagi, kejakunan la kanak² dapat tengok live siap pegang² lagi.

























Budak² enjoy sangat.




Gambar sebelum balik petang tu.. Kitorang turun dalam pukul 6, lebih kurang 6.30 petang baru bertolak.

Serius, sangat best. Sangat enjoy. Lupa sekejap masalah yang banyak dalam kepala. No network coverage. No electricity. Back to nature. Semua orang menggunakan masa yang ada dengan sangat bermanfaat. 

Plan asal macam nak tidur situ. Tapi fikirkan orang KL nak balik hari Selasa, mungkin jalan jam atas hiway, jadi kitorang decide untuk balik hari saja.. Cuma tinggal family Kakcik sahaja bermalam. 

Alhamdulillah 'ala kulli haal..

MD

No comments:

Post a Comment