Friday, 9 March 2018

Testimoni Youth Skincare

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai.. Cik Anie nak share sikit testimoni Youth Skincare ni..


Adik manis ni Cik Anie kenal dah lama. Sejak dari awal² Cik Anie buat Shaklee. Masa tu beliau masih anak dara lagi.. Kini beliau ibu anak 1.

Mungkin atas faktor pertambahan usia, dan kepenatan menguruskan rumahtangga, menyebabkan kulit beliau nampak kusam. Tak bermaya. Tona warna tak sekata. Kann..?

So bila Youth Skincare ni keluar, beliau menyahut cabaran untuk menjadi yang terawal mencuba kehebatan Youth.

Dan produk yang baik itu telah bercakap dengan sendiri nya. Tanpa perlu empunya diri bercakap banyak². MasyaAllah. Superb. Amazing. Fantastic.

Kulit nampak lebih bermaya. Anjal. Cerah. Tona warna lebih sekata. Dan nampak lebih berseri-seri kan biar pun tanpa mekap.

Ish.. Cik Anie sampai kehilangan kata-kata. Amazing sangat.

Gaiss.. Offer produk Youth adalah sepanjang bulan Mac ini saja. Jadi, jangan lepaskan peluang ni tau untuk dapatkan Set Youth anda sekarang.
MD

Thursday, 8 March 2018

Berapa Harga Youth?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Ok gaiss.. Quick update sebenar nya ni. Sebab busy dengan program kerja hakiki.

So, Cik Anie update harga untuk setiap produk Youth - Starter Set, Intensive & Repair Treatment Set dan juga loose item.

Please note that all loose item akan mula di jual mulai MEI 2018 tau.










Macam biasa, if ada sebarang pertanyaan boleh la direct terus SMS, Whatsapp mahu pun telegram Cik Anie ya. Please jangan call sebab kadang-kadang tak sempat nak angkat.

Till then, take care gaisssss....
MD

Wednesday, 7 March 2018

DiaryCikAnie ~ Kembara Kebajikan 1 Malaysia 2018

Bismillah..

Assalamualaikum..

Merujuk kepada perkara di atas, ewahh.. macam nak tulis surat rasmi pulak ye. Hihi.. Sebenarnya hari ni ada program iaitu Kembara Kebajikan 1 Malaysia 2018.

So, bermula dari semalam, aktiviti memang sangat padat untuk seluruh warga kerja JKM Kulim.

Semalam saja, ada 3 program yang berasingan. Yang pertama, ziarah kasih bersama YB Adun Kulim. Yang kedua, ziarah kasih bersama Majlis Keselamatan negara. Yang ketiga, gotong-royong bagi persiapan tempat program yang akan berlangsung hari ni.

Bayangkan, memang sangat busy semua orang. Untuk semalam, Cik Anie tak terlibat sebab berada di pejabat untuk bertugas.


Tapi untuk program hari ni, Cik Anie di tugaskan untuk mengambil gambar sepanjang program. Gambar bawah ni selfie sorang² pasal pasrah,tak dak sapa nak tolong tangkap gambar Cik Anie. Haha.. Kasi can la Cik Anie selfie kan..


Penat. Tambah dengan emosi yang tidak begitu stabil sehari dua ni (pliz salahkan hormon.. haha), buat kan rasa penat tu ganda 3. Hahah.. Melebih-lebih pulak dia punya cerita kan..


Anyway, malam ni Cik Anie tido awal. Sebelum tido, wajib telan 4 biji Ostematrix. Malam.ni buka botol baru.. Yeay!

Best tau Ostematrix ni. Sebab esok korang bangun, badan tak rasa letih dan lesu pun. Memang tido pun sangat lena. Korang yang tak pernah cuba tu,wajib cuba. Roger Cik Anie tau.

Till then, jumpa lagi esok. Nite and take care.
MD

Monday, 5 March 2018

DiaryCik Anie - Mari Berkenalan Dengan Comot

Bismillah..

Assalamualaikum..


Hai.. Selamat berkenalan.. Nama aye Comot. Sebab masa saye kecik-kecik dulu, rupe aye comot sangat..

Aye ni asal belakang rumah ibu. Masa tu ibu bersedih hati abang Zorro mati, dan kakak Labu hilang. Ada la beberapa bulan yang lepas (2017).

Ibu bukak pintu dapur nak bagi makan pada geng-geng aye yang kat belakang. Geng-geng aye semua takut-takut, pada hal masing-masing lapo.

Tapi aye buat tak heran je. Aye sondol-sondol kaki ibu.. Ibu pun sebab nak ubat hati, ibu ambik aye, letak dalam sangkar depan. Hari-hari ibu bagi makan dan minum. Cukup seminggu ibu bagi mandi. Tapi rupa aye memang comot.. So lekat la nama aye Comot.

Hari ni, aye la jadi manja kesayangan ibu, kakak, angah dan adik.

Aye harap biar la jodoh aye dengan ibu panjang. Sebab aye pun sayang ibu sangat..
MD

Sunday, 4 March 2018

DiaryCikAnie ~ Mengeluh

Bismillah..

Assalamualaikum..




Pagi ni, Cik Anie ambil masa sekejap untuk scroll dalam secret group FB milik upline Cik Anie.. Tersentak sekejap bila terbaca topik mengenai MENGELUH ni. Jadi Cik Anie decide untuk catatkan di sini. Moga ianya boleh menjadi pedoman buat Cik Anie dan pembaca yang lain insyAllah.

Selalu kan kita mengeluh dalam kehidupan harian kita. Macam-macam keluhan, seperti tiada langsung rasa syukur dengan rezeki Allah yang lain yang Allah bagi pada kita.

😔 Ketika kita mengeluh: "ihhh , aku penat sangat."
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
"Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirahat" (An Naba' : 9)

😔 Ketika kita mengeluh: "Beratnya cobaan ini , tak sanggup rasanya aku."
ALLAH menjawab : (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

😔 Ketika kita mengeluh : “Galaunya aku."
ALLAH menjawab : (أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

😔 Ketika kita mengeluh: "Apa yg aku buat ni semua sia sia."
ALLAH menjawab : (فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya" (Al Zalzalah : 7)

😔 Ketika kita mengeluh: "Tak ada seorangpun yg mau menolong aku."
ALLAH menjawab: (وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

😔 Ketika kita mengeluh : "Aku sedih sangat."
ALLAH menjawab: (لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)


So untuk ingatan kita bersama, untuk kurangkan mengeluh.

Kadang-kadang memang kita akan down. Kita fikir yang teruk-teruk nasib kita ni. Tapi kita lupa banyak lagi nikmat dan rezeki yang Allah bagi pada kita.

Belajar untuk sabar. Dan bersyukur.

Allah tak akan uji benda yang kita tak mampu untuk handle.

Banyakkan ucap Alhamdulillah.

Banyakkan bersabar dan jangan banyak mengeluh.

Teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal. Semoga kita semua menjadi insan yang bertaqwa dan mampu hadapi dengan tenang setiap dugaan yang datang.



Set Vitamin Asas

Bismillah..

Assalamualaikum..


Dalam gambar di atas adalah merupakan Set Vitamin yang paling asas yang diperlukan oleh semua orang.

Tak kira lah orang tua ke, muda ke, ibu hamil ke, abang kacak lagi sado ke, kakak cantik gojes menawan ke.. Semua nya memerlukan set vitamin yang asas ni. Kenapa Cik Anie cakap macam tu? Ok, jom baca lagi..

Vita-Lea ~ ini adalah multivitamin dan mineral yang pertama yang dicipta di dunia. Dalam 1 tablet vitalea ni terkandung 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang tubuh badan kita sangat perlukan.

B-Complex ~ Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ni perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna

Vita-C ~ vitamin C Shaklee direka oleh saintis Shaklee supaya dapat di bebaskan setiap jam di dalam tubuh badan kita. Jadi, kita tak perlu risau sebab tubuh kita akan mempunyai vitamin C secukupnya setiap masa bagi melegakan inflamasi, menentang radikal bebas dan menentang infeksi bakteria.

Ostematrix ~ Ini adalah kalsium. Formulasinya sangat unik. Di buat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Semua ni perlu ada bersama-sama untuk tubuh serap dan menghalang endapan sesetengah mineral. Dannn, kajian telah membuktikan, suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan tau! Makna nya lambat la sikit risiko tulang tu nak reput.

Satu set ni boleh tahan antara 4-6 bulan dengan pengambilan sebiji setiap hari. Jimat kan? Tapi, ada masa tubuh kita perlukan lebih nutrisi, jadi kita perlu ambil lebih untuk lebih sihat. Yang ni Cik Anie akan cerita nanti..

Take care ye..

MD

Sunday, 25 February 2018

Kenapa Masih Setia Dengan Shaklee?

Bismillah..

Assalamualaikum..



Sebelum Cik Anie tutup mata malam ni, Cik Anie nak share, kenapa Cik Anie sangat setia dengan Shaklee dari mula kenal dulu tahun 2013 sampai lah sekarang.
Produk Shaklee ni di hasilkan oleh barisan saintis-saintis yang sentiasa menjalankan kajian untuk memastikan kualiti produk yang dihasilkan tu tip top dan beri kesan positif pada orang. Makna kata lain nya, pengguna semakin sihat la.

Kajian yang dilakukan bukan lekeh², sebab ada beratus jurnal² tentang kajian yang diorang buat. Shaklee laburkan berjuta² dolar untuk tujuan ini tau. Bukan nya syok sendiri la cerita nya.

Dan Cik Anie pulak, memang jenis perangai, kalau nak jual/promote apa pun, test pada diri sendiri dulu. Tak ok or tak bagus, memang x suggest kat orang. Pasal ape? Kang jadi tak elok kat korang, Cik Anie pun dapat saham dosa sama suggest benda yang mudarat. Risau jadi tak berkat lak nanti  duit yang dapat dari hasil keuntungan berniaga tu.

Tapi, dengan Shaklee, Cik Anie yakin sangat sebab Cik Anie amalkan sendiri. Dan kesan dia pada diri sendiri ni, Alhamdulillah sangat positif. So sebab tu Cik Anie happy nak share kebaikan Shaklee tu pada orang lain sama. Supaya orang lain pun dapat kesan positif tu.

Tak kenal, maka tak cinta 😘 so mari la kita berkenalan dengan Shaklee.


MD