Wednesday, 7 March 2018

DiaryCikAnie ~ Kembara Kebajikan 1 Malaysia 2018

Bismillah..

Assalamualaikum..

Merujuk kepada perkara di atas, ewahh.. macam nak tulis surat rasmi pulak ye. Hihi.. Sebenarnya hari ni ada program iaitu Kembara Kebajikan 1 Malaysia 2018.

So, bermula dari semalam, aktiviti memang sangat padat untuk seluruh warga kerja JKM Kulim.

Semalam saja, ada 3 program yang berasingan. Yang pertama, ziarah kasih bersama YB Adun Kulim. Yang kedua, ziarah kasih bersama Majlis Keselamatan negara. Yang ketiga, gotong-royong bagi persiapan tempat program yang akan berlangsung hari ni.

Bayangkan, memang sangat busy semua orang. Untuk semalam, Cik Anie tak terlibat sebab berada di pejabat untuk bertugas.


Tapi untuk program hari ni, Cik Anie di tugaskan untuk mengambil gambar sepanjang program. Gambar bawah ni selfie sorang² pasal pasrah,tak dak sapa nak tolong tangkap gambar Cik Anie. Haha.. Kasi can la Cik Anie selfie kan..


Penat. Tambah dengan emosi yang tidak begitu stabil sehari dua ni (pliz salahkan hormon.. haha), buat kan rasa penat tu ganda 3. Hahah.. Melebih-lebih pulak dia punya cerita kan..


Anyway, malam ni Cik Anie tido awal. Sebelum tido, wajib telan 4 biji Ostematrix. Malam.ni buka botol baru.. Yeay!

Best tau Ostematrix ni. Sebab esok korang bangun, badan tak rasa letih dan lesu pun. Memang tido pun sangat lena. Korang yang tak pernah cuba tu,wajib cuba. Roger Cik Anie tau.

Till then, jumpa lagi esok. Nite and take care.
MD

No comments:

Post a Comment