Monday, 10 September 2018

Piknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai.. korang pernah dengar kampung orang Asli Pendeq? Haa.. mesti tak pernah kan..? Selalu yang glamer adalah Kuala Mu.. So entry ni Cik Anie nak kongsi pengalaman berpiknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq. Waterfall dia dah ala mini Niagara tau.

Actually, Cik Anie pun sebenar nya tak tahu juga wujud tempat ni. Tapi Kakcik Suraya (kakak no 3) memang adventure orang nya.. Dia la yang beria call hari Jumaat ajak joint sekali. Iols kesian, ye kan je lah.. keh³.. kate die Orang Asli yang jadi perantara tu tak reply message. Line telefon tak de di situ. Jadi die redah ke sana Jumaat petang untuk booking tempat.

So Isnin yang sepoi² bahasa, kami bergerak. Kakcik dan keluarga satu kereta. Abangcik dan keluarga serta Salman sekeluarga naik satu kereta. Cik Anie pula naik satu kereta dengan anak³ dan mama.


Muka lapar semua orang.

Ibu abadikan gambar Akram yang cranky sepanjang cuti

Janji bergerak jumpa di Petronas Meru jam 8.30, berhenti makan pagi sekejap, dan dari situ kami bergerak menghala ke Chemor, sampai la hala nak ke Sungai Siput-Tanjung Rambutan. Sepanjang perjalanan yang amat jauh (udah macam balik ke Kulim), kami di sajikan dengan perkampungan orang Asli. Lalu la Kg Perlop la apa la.. And selepas 2 jam, kami sampai di tempat kejadian.

Semua orang sangat happy. Diorang tak tahu lagi azab yang menunggu kat depan tu.. hihi..



Barang yang di bawak pulak aduhai laa.. Berat ya amatttt.. Dah macam nak pindah duduk di sana je.


Cik Anie share harga parking kereta, harga pondok dan harga pangkin yang di sediakan.. Tunggu, jangan seronok lagi..




Azabnya start di sini ya kawan².. Terpaksa jungle trekking and mini hiking, dengan tanah licin berselut, trek pulak tepi tebing tinggi, silap kau tergelincir, bergolek² la masuk sungai bawah tu... Dah la barang super berat. Bawak pulak kanak² yang hyper. Aduhai laa.. Mencabar uols. Jarak perjalanan ada laa dalam 20-30 minit lebih kurang..

Tapi.. bila sampai, view dia sangat berbaloi dengan segala penat lelah semput nak boleh kan sampai..

Enjoy gambar² yang Cik Anie dan family sempat tangkap.






Ni pondok orang asli. Serius, sejuk sangat².


Muka control. Pada hal rasa macam dah ujung nyawa ni haa..




Gambar² air terjun..


Yeay!! Opah berjaya sampai..




Ada satu visitor tu bawak baby monkey.. Apa lagi, kejakunan la kanak² dapat tengok live siap pegang² lagi.

























Budak² enjoy sangat.




Gambar sebelum balik petang tu.. Kitorang turun dalam pukul 6, lebih kurang 6.30 petang baru bertolak.

Serius, sangat best. Sangat enjoy. Lupa sekejap masalah yang banyak dalam kepala. No network coverage. No electricity. Back to nature. Semua orang menggunakan masa yang ada dengan sangat bermanfaat. 

Plan asal macam nak tidur situ. Tapi fikirkan orang KL nak balik hari Selasa, mungkin jalan jam atas hiway, jadi kitorang decide untuk balik hari saja.. Cuma tinggal family Kakcik sahaja bermalam. 

Alhamdulillah 'ala kulli haal..

MD

Sunday, 9 September 2018

Siapa Suka Asam Boi?

Bismillah..

Assalamualaikum..


Tengahari tadi, Cik Anie scroll FB, ternampak FB Shaklee update gambar ni.. Senyum sorang² Cik Anie..

Korang suka tak makan asam boi tak?

Tengok gambo pon boleh menitik air liur weh..
Cik Anie memang suka dengan Asam Boi ni..

Teringat masa mengandungkan Nasywa dan Zahra dulu.. Nak hilang kan rasa loya, cari Asam boi.. Nak² pulak yang garam banyak tu (Cik Anie kuat masin), lagi la gemor. Tapi control juga la sebab fikir kesian baby.

Tapi bila teringat tak elok, tukar makan kuaci. Tapi makan kuaci pun tak elok jugak 😂😂😂

Masa Akram, Cik Anie dah start standby Vitamin C Chewable Shaklee dalam beg tangan. Bawak ke mana saja. Rasa macam meloya, isap la vitamin C Chew tu.. Lepas tu lama Vitamin C Chew out of stock kat Malaysia..

Sekarang, Alhamdulillah vitamin C chew dah kembali setelah lama menghilang..


Memang kena spare dalam handbag, kat office... Supaya bila² mulut rasa nak kunyah, ambil vitamin C chew ni sahaja.

Lebih baik.

Lebih sihat.

Lebih selamat.

Anak² pun boleh tumpang sekaki.

Ada 90 biji dalam sebotol. Harga cuma RM51.00 sahaja.

Mahal? Tak lah, bila sakit, lebih mahal harga nya 😉

Okay siapa yang nak Vitamin C Chewable boleh wassap Cik Anie ya..

www.wasap.my/60135818283

P/s : Doa kan Cik Anie istiqomah tau update blog lepas ni. Hihi..
MD

Tuesday, 22 May 2018

DiaryCikAnie ~ Update Ramadhan Ke6

Bismillah..

Assalamualaikum..




Update for today.. hihi.. Ibu extremely happy today.. Yeay, anak³ makan bertambah²


Konsep ibu, satu @ dua lauk sahaja bila masak. Supaya x ada leftover. Semak peti ais nak simpan. Bila simpan tu pulak belum tentu makan. Hujung² ke tong sampah. Membazir je.


So hari ni ibu masak sup ayam + cendawan + ubi + carrot + celery. Haa.. nampak tak tahap malas di situ. Kita boh semua sekali. Senang. Makan dengan sambal kicap + perahan limau nipis.


Si Kakak tukang potong sayuran dan bawang. Ni yang buat Cik Anie semangat nak masak. Sebab nak ajar dia pelan² buat kerja rumah. Ibu dia bukan pandai masak pun. Simple² boleh la. Suruh ibu masak rendang kaluu, ibu beli kat kedai je la.. haha..


Anyway, ibu rasa penat memasak dan mengemas dapur (penat di tempat kerja juga) berbaloi bila anak³ makan sampai hirup kuah perabis. *Sobs* 


So itu sahaja update for today. Till then, tace care..
MD