Monday, 2 March 2020

Berbaloikah Membeli Di Shopee

Bismillah..

Assalamualaikum..

Last week ada customer whatsapp Cik Anie. Bertanya kenapa harga Aloe Vera Gel di Shopee murah? Cik Anie jual mahal sangat kata dia. Adududu...

Cik Anie pun bukak lah apps Shopee tu nak tengok. Murah sangat ke..? Eh.. betul lah. Memang murah. Tapiii.... Kenapa seller warning siap-siap tak ada KKM Code or QR Code? Tapi kata original Forever punya products... 🤔

Maka Cik Anie tengok pulak review customer beliau..

Hmm..

Aiyoo.. Ni lagi scary bila dapat yang tiruan..

Botol AVG ada scratches. Mungkin seller toreh untuk buang QR Code or something.. Tapi macam dalam sangat je torehannya tu..

Ni pun 1 hal jugak 😖😖

Dia begini ya kawan² semua.. Isu ni bukan setakat Forever saja. Company lain pun sama jugak.. Tak terkecuali local product yang ada dropship/agent ni.. Sama je masalahnya 😪

Pada Cik Anie, orang² yang sejenis berniaga buang harga ni, zalim sangat. Tak berkat hasil perniagaan nya tu. Orang² begini cuma nak kejar sales saja. After sales service nya bagaimana? 

Kesian pada distributor Forever yang lain, yang memang ikhlas berniaga. Ikhlas nak tolong korang dapatkan kesihatan yang lebih baik. Cari gali ilmu untuk berikan consultation yang terbaik untuk korang..

Korang..

Beli dari distributor yang sah. Yang 'hidup'. Maksud hidup di sini adalah seller tu wujud dalam dunia nyata. Yang korang boleh dapatkan consultation terbaik. Yang setia membantu korang jika ada apa² masalah. Yang boleh jawab soalan² korang. Bukan nya dia membisu bila ada masalah.

Lagi pun, dah memang confirm lah semua diatributor Forever ambil stok direct dari Forever Living branch yang sah. Tak ada isu product fake ke, dah nak expired ke ape ke.. Kalau jadi apa² pada ketika korang ambil produk Forever, adakah seller Shopee tu akan bantu korang untuk bawak masalah korang ke pengetahuan syarikat..? 😏😏

Forever pun memang ambil serius perkara begini. Dah ramai yang kena terminate sebab tidak berniaga secara beretika. 

Kita pun kena la jadi pembeli yang bijak. Supaya tidak tertipu dengan helah harga murah. Kita sendiri pun boleh dapat harga murah la.. Diskaun 15% lagi tau.. Eh, kalau nak 35% pun boleh aihh..

Bagaimana..?

Roger Cik Anie ya.. Cik Anie akan beritahu bagaimana caranya.. 😘

Till then, take care gaiss.. Jadi pengguna yang bijak tau.

♥️, Cik Anie.
013-5818283

No comments:

Post a Comment