Bismillah..
Assalamualaikum..
Hari yang agak sibuk sebenarnya untuk Cik Anie.. Dari pagi kalut hantar anak sekolah, ke Klinik Gigi Taman Selasih, kemudian Mesyuarat PIBG anak², habis je terus ke Seberang Jaya untuk menghadiri Youth Experience Party.
Cik Anie gigih la mai awai, sebab nak jadi antara 20 orang terawal register, dapat buat skin analysis. Tapi tak ada rejeki. Menjadi orang ke 22 sampai. Tak apa. InsyaAllah next time ada rezeki untuk buat skin analysis tu..
Masuk je hall dah rasa nebes. Maklum la, first time nak experience sendiri memakai premium skincare..
Dalam pack tu Shaklee bagi table cloth, headband, cermin, kapas muka, putik kapas, span cuci muka dan apron. Lengkap dah untuk Cik Anie buat demo skincare pada korang plak. Hihi..
Atas meja dah siap² ada Shaklee provide besen, dan opkos Intensive & Treatment Set. Maknanya full set lah.
Dalam kelas ni, kami bukan setakat di terangkan mengenai setiap satu produk Youth. Malah kami juga di ajar bagaimana nak mengenali kulit muka sendiri. Apa masalah kulit muka. Cara penggunaan produk yang betul supaya dapat result yang kebabom.
Masa ni la yang kami paling excited sekali. Maklum lah. Kita ni dah menghampiri zaman 2020, mana boleh kau terhegeh² lambat kan. Semua benda nak cepat. Jadi kita cut short every thing termasuk dalam penjagaan diri sendiri.
Cik Anie berani cakap la, hampa pun mesti macam Cik Anie jugak kan.. cuci muka ikut dan je tonyoh. Tak guna jari yang betul. Tak ikut step yang betul. Ujung² dah ada kedut², merungut pulak kan.. haha..
So Cik Anie selfie dulu sebelum cuci muka tu. Biasa laaa.. Orang perempuan kan. Haha. Yang sebenarnya, Cik Anie nak tengok, ada beza tak kulit selepas sekali pemakaian produk.
Di mulakan dengan mencuci muka. Pencuci muka Youth tak ada buih. So korang tak payah nak picit selagi mau, tonyoh kat muka bagi berbuih. Sebab memang tak akan berbuih. Actually, pencuci muka macam ni yang elok tau, sebab kulit kita tak akan kehilangan kelembapan. Jadi lambat la sikit nak dapat wrinkles etc.
Lepas cuci, guna toner, serum dan moisturizer yang ada SPF50. Weh, specially formulated untuk Asian skin. Malaysia kan panas. Sebab tu SPF50. To protect kulit kita daripada sinaran UV dan sebagainya. Oh ya, serum Youth ni sangat pekat. Sangat. Penggunaan pun sikit je. Tapi dah boleh cover seluruh wajah.
Eh.. lupa pulak. Semua produk Youth ni tak ada bau. Maksud nya tak ada la bau seperti di tambah pewangi di dalam nya. Hidung Cik Anie la. Dan Cik Anie pun pasti yang mana dah experience guna Youth akan bersetuju.
Last sekali, kami guna Night Moisturizer yang light. Kenapa light? Ok, kami di maklumkan, akan ada rich night moisturizer nanti. Khusus untuk individu yang ada aging skin. Rich night moisturizer ni akan beri lebih lembapan pada kulit. Light pula, sesuai for all skin type. Sejukkk je bila apply pada kulit.
Eh, Radiance C + E pun kami guna juga tadi. Radiance C + E ni memang untuk rawat kulit yang sangat bermasalah seperti bekas/parut jerawat, jeragat, large pores, wrinkles dan etc². Sangattttttt concentrated. Sangat powerful.
Haa.. ni muka puas hati selepas merasai sendiri menggunakan Youth Skincare. Cik Anie rasa muka lebih bersih. Kulit lebih moist.. Sampai kan asyik nak sentuh je kulit wajah. Hihi.. Tapi serius la, memang best. Tak tipu.
Hmm.. apa lagi ek Cik Anie tertinggal nak share ni.. Ada tak Cik Anie beritahu saiz penggunaan hanya sebesar kacang sahaja? Makna nya, sikittttt sangat penggunaan. Jimat. Gini gaya memang berbulan² boleh tahan. Macam Cik Anie pakai Nutriwhite dulu.
Sebelum Cik Anie tidur (muka tak mau cuci, sayang nak buang yang dah tempek siang tadi.. hahaha), Cik Anie velanja lagi 2 keping gambar..
Ni semua family Shaklee Cik Anie. Di bawah upline yang sama. Happy to be back in track again.
Till then, jaga diri korang, dan mimpikan Youth ya. Esok pagi celik bijik mata, boleh terus contact Cik Anie untuk pre-order Youth.
No comments:
Post a Comment