Saturday, 24 March 2018

DiaryCikAnie ~ Bukit Bendera 2018

Bismillah..

Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah hampir nak melabuhkan tirai. Tapi Family Cik Anie baru nak start cuti-cuti Malaysia. Hihi.. Destinasi kali ini Abang Azmel pilih ke Pulau Pinang. So, Cik Anie dah super duper excited sangat nak berjumpa dengan family.


Diorang semua bertolak dari Ipoh lepas solat Jumaat. Tapi since Cik Anie duduk Kulim, dekat je kan dengan Penang, maka Cik Anie gerak slow-slow lah menuju ke destinasi. Tapi sebelum masuk pulau tu, wajib singgah ke Shaklee Seberang Jaya untuk beli barang yang customer pesan.

Sudah setel di Shaklee, baru lah pecut terus sampai sana. Masa Cik Anie sampai tu sedang elok Abang Azmel sekeluarga dan Salman sekeluarga nak pegi mandi pool kat bawah tu. Apa lagi, terus Cik Anie kirimkan 3AA tu kat diorang suruh pegi rendamkan sekali dalam air.. Hihi..

Aktiviti malam hari Jumaat adalah santai. Sementara tunggu Abang Azmel, Kak Wati dan Mama balik dari beli makan kat Padang Kota, kami layan la cerita hantu Turki yang tengah viral kat FB tu. Dari kecik sampai besar semua menganga depan tv tengok. Hihi.. Seronok, bukan sebab cerita tu, tapi sebab dah lama tidak berkumpul bersama tengok tv.

Aktiviti pertama hari Sabtu adalah naik Bukit Bendera. Ni la first time Cik Anie naik atas tu walaupun duduk di Kulim dah 6 tahun.

So jom layan gambar.


Harga tiket nak naik Bukit Bendera. Dan kena bagi ic di kaunter. Macam Mykid budak-budak ni tertinggal di rumah, so diorang suruh tulis di buku.


kerja depa masa orang tengah beratur beli tiket.




Muka-muka excited nak naik Bukit Bendera.



Kami sampai je, terus di sapa oleh clown yang bawak belon. Ingat kan free kan. Clown tu pun tak cakap apa. Tapi dok dua-sua belon pada budak-budak suruh ambik. Diorang ni pun excited la ambil sorang satu. Bila nak blah baru clown tu kabo kena bayo RM5 untuk satu belon! Pfftt...


Nyawa niii...



Family potret








Jangan tanya Azzahra mana. Dia dok merajuk apa pun tak tau.



Ni sebelum berangkat turun. Mama dah penat. Plus anak-anak Cik Anie dan Salman dah extra penat. Masing-masing cranky sudah.. 

Sila fokus pada gambar di bawah. Ya Allah, sedap sangatttt!! Boleh repeat naik lagi untuk makan ABC buah ni. Memang terbaik!




Turun je bawah, kami berpecah. Abang dengan Kakcik meronda sampai Taman Negara Teluk Bahang, lepas tu tempat penyu, rumah api la, mana la.. Cik Anie, Salman, Mama dan anak-anak yang masih tak faham keseronokan berjalan ni, balik semula ke hotel untuk berehat.

Berat rasa hati nak gerak balik ke Kulim. Tapi apakan daya, esoknya dah kerja.
MD

No comments:

Post a Comment