Sunday, 25 March 2018

DiaryCikAnie ~ Allah Lebih Mengetahui

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Cuti sekolah dah pun habis. Tapi, bagi kami anak beranak yang tinggal di Kedah, Ahad dah pun start kerja. Anak-anak pun dah mula sekolah. So habis lah cerita seminggu yang aman tanpa mendengar suara Cik Anie pagi-pagi hari.. hihi..

Ada banyak benda yang Cik Anie nak catatkan di sini. Namun, atas beberapa faktor, Cik Anie tak dapat nak tulis macam biasa.

Seminggu dua ni kami sekeluarga di uji dengan macam² ujian.


Gambar adalah sekadar hiasan. Tak payah dok cari muka Cik Anie kat situ. Memang tak dak.. Tengah menyembang dengan K. Nora ISM masa tu.. hihi..

Mula² Cik Anie dapat tahu kena pergi kursus. Memang lah kursus tu Cik Anie yang pilih. Tarikh cuti sekolah. Sebab fikir, anak³ lebih mudah di uruskan. Dah plan nak hantar ke Ipoh supaya mereka boleh spend time dengan opah dan sepupu sepapat depa.

Tapi tidak lah Cik Anie tahu punya lah azab nak tunggu gaji bulan Mac weh.. Terasa menyesal pilih tarikh kursus tu.. haha.. So plan balik Ipoh, cancel. Kita hantar transit di taska je lah. Kak Ayu juga sudah di maklumkan.

Tapi, Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dia tahu Cik Anie bersusah hati macam-macam sebelum nak pergi kursus. Jadi Dia bantu dengan menghadirkan insan² yang dapat bantu mudah kan Cik Anie.


  • Mak mertua offer nak datang Kulim, nak bantu tolong jaga 3AA. Terima kasih mak.



  • Dapat rezeki duit poket ke kursus. Thanx Luv.



  • Dapat rezeki, naik kenderaan dari Ibu Pejabat JKM Kedah. Save lagi duit. Terima kasih Tuan Pengarah.



  • Rezeki boleh berehat tanpa perlu dengar anak-anak menjerit. Menangis. Walaupun rindu sangat, dan risaukan kesihatan anak-anak, risau boleh ke Akram tidur tanpa ibu, dan segala macam risau yang lain, tapi Cik Anie letak tepi dulu. Fokus untuk relaxkan diri dan minda dan kumpul energy (untuk menaga?).


Alhamdulillah, walaupun di uji dengan kesihatan seisi rumah, dengan kewangan, dan sebagainya, tapi Allah mudahkan urusan Cik Anie dari sudut lain. Jadi tetap ucap syukur Alhamdulillah. Kita pandang dari sudut positif, maka positif juga yang kita akan dapat.

MD

Saturday, 24 March 2018

DiaryCikAnie ~ Bukit Bendera 2018

Bismillah..

Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah hampir nak melabuhkan tirai. Tapi Family Cik Anie baru nak start cuti-cuti Malaysia. Hihi.. Destinasi kali ini Abang Azmel pilih ke Pulau Pinang. So, Cik Anie dah super duper excited sangat nak berjumpa dengan family.


Diorang semua bertolak dari Ipoh lepas solat Jumaat. Tapi since Cik Anie duduk Kulim, dekat je kan dengan Penang, maka Cik Anie gerak slow-slow lah menuju ke destinasi. Tapi sebelum masuk pulau tu, wajib singgah ke Shaklee Seberang Jaya untuk beli barang yang customer pesan.

Sudah setel di Shaklee, baru lah pecut terus sampai sana. Masa Cik Anie sampai tu sedang elok Abang Azmel sekeluarga dan Salman sekeluarga nak pegi mandi pool kat bawah tu. Apa lagi, terus Cik Anie kirimkan 3AA tu kat diorang suruh pegi rendamkan sekali dalam air.. Hihi..

Aktiviti malam hari Jumaat adalah santai. Sementara tunggu Abang Azmel, Kak Wati dan Mama balik dari beli makan kat Padang Kota, kami layan la cerita hantu Turki yang tengah viral kat FB tu. Dari kecik sampai besar semua menganga depan tv tengok. Hihi.. Seronok, bukan sebab cerita tu, tapi sebab dah lama tidak berkumpul bersama tengok tv.

Aktiviti pertama hari Sabtu adalah naik Bukit Bendera. Ni la first time Cik Anie naik atas tu walaupun duduk di Kulim dah 6 tahun.

So jom layan gambar.


Harga tiket nak naik Bukit Bendera. Dan kena bagi ic di kaunter. Macam Mykid budak-budak ni tertinggal di rumah, so diorang suruh tulis di buku.


kerja depa masa orang tengah beratur beli tiket.




Muka-muka excited nak naik Bukit Bendera.



Kami sampai je, terus di sapa oleh clown yang bawak belon. Ingat kan free kan. Clown tu pun tak cakap apa. Tapi dok dua-sua belon pada budak-budak suruh ambik. Diorang ni pun excited la ambil sorang satu. Bila nak blah baru clown tu kabo kena bayo RM5 untuk satu belon! Pfftt...


Nyawa niii...



Family potret








Jangan tanya Azzahra mana. Dia dok merajuk apa pun tak tau.



Ni sebelum berangkat turun. Mama dah penat. Plus anak-anak Cik Anie dan Salman dah extra penat. Masing-masing cranky sudah.. 

Sila fokus pada gambar di bawah. Ya Allah, sedap sangatttt!! Boleh repeat naik lagi untuk makan ABC buah ni. Memang terbaik!




Turun je bawah, kami berpecah. Abang dengan Kakcik meronda sampai Taman Negara Teluk Bahang, lepas tu tempat penyu, rumah api la, mana la.. Cik Anie, Salman, Mama dan anak-anak yang masih tak faham keseronokan berjalan ni, balik semula ke hotel untuk berehat.

Berat rasa hati nak gerak balik ke Kulim. Tapi apakan daya, esoknya dah kerja.
MD

Thursday, 22 March 2018

Kenapa Kena Beli Youth?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat korangs.

Promo Youth ni berbaki lebih kurang seminggu nak habis.



Jangan pulak korangs tunggu sampai dah tamat baru korangs menangis tepi bucu katil kan..



Berbaloi² sangat promo Youth ni. Free mcam². Paling ohsem adalah radiance C + E yang berharga RM400++ kalau di beli asing. Ini dapat FREE. FREEEEE.. Sape mau kasik wehh..



Satu skincare yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur.

Kenapa tunggu? Contact me now. 013.581.82.83.
MD

Sunday, 18 March 2018

Makan Vitamin Bukan Maknanya Kau Kebal Dan Tak Dapat Penyakit

Bismillah..

Assalamualaikum..


Gambar ni adalah keputusan dalam Landmark Study Shaklee - kesan suplemen Shaklee vs suplemen lain vs tak makan suplemen langsung.

Gaya hidup peserta yang terlibat dalam kajian langsung tak diubah.

Cuma bezanya adakah mereka makan suplemen Shaklee atau vitamin jenama lain atau tak makan vitamin langsung.

Dalam study ni, pengamal Shaklee menunjukkan risiko yang sangat rendah untuk dapat penyakit walaupun dalam lingkungan usia yang lebih tua.

Maknanya, bukan lah langsung tak dapat penyakit pape. Tapi, risiko dapat tu kurang. Atau pun, cepat untuk recover dari penyakit tersebut.

Tapiiii, ia tetap juga bergantung kepada gaya hidup individu tersebut. Kalau pun individu tu makan suplemen Shaklee tetapi TIDAK MENGAMALKAN gaya hidup sihat, makan junk food, merokok tidak bersenam dan sebagainya, korang rasa macam mana?

Kita kena tahu, suplemen ni hanyalah untuk melengkapkan lompong2 nutrisi yang kita tak dapat daripada makanan.

Tapi jangan di bandingkan dengan orang dulu-dulu. Orang dulu, memang tak makan suplemen. Memang kebanyakan nya umur panjang dan Alhamdulillah sihat walafiat.

Tapi, dulu tak ada racun untuk tanaman. Tak ada lagi teknologi untuk mengubah genetik tanaman dan sebagai nya. Pencemaran juga tak ada. Everything fresh. Kehidupan juga tidak begitu stress.

Cuba bandingkan dengan keadaan sekarang. Celik bijik mata je udah bertimpa-timpa stress nya. Bernafas pun asap kereta, asap rokok.. Bersenam tak berapa rajin.

So, kita sendiri fikir. Apa yang kita nak?

Kehidupan yang sihat. Dah tua masih lagi kuat untuk beribadah.

Atau..

Menderita akibat pelbagai penyakit..?

Sama² kita ingat, penyakit kronik ni tak terjadi dalam 1 hari saja..

MD

DiaryCikAnie ~ Kembali Ke ISM

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai korang.. Ada yang rindu tak? Haha.. Cik Anie bersiaran dari Institut Sosial Malaysia (ISM) ni. Berkursus di sini 4 hari..

Hampir seminggu Cik Anie tak blogging. Pasal pulun siap kan kajisemula dan kes² baru. So balik dari kursus tak kalut dah nak buat. Boleh fokus pada kerja lain dan program² yang akan datang..


Belanja selfie sekeping.. hahaha.. Ni kes tak boleh nak tido dalam kereta tadi. Mr Pilot bawak laju kemain. Speedtrap tu rasa nya habis semua dia langgar.. Seram mak nak tido nakk.. Jenuh kaki tekan brek kat belakang..

Baru beberapa jam tinggal kan anak², dah rindu yakmat. Ni ada lagi berapa hari nak hadap sebelum habis kursus.. Moga² Cik Anie bertabah lah ye.

Haihh.. nak cakap apa pun tak tahu la ni. Dalam kepala penuh dengan anak² je ni. Rindu nya..
MD

Sunday, 11 March 2018

Youth Experience Party

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari yang agak sibuk sebenarnya untuk Cik Anie.. Dari pagi kalut hantar anak sekolah, ke Klinik Gigi Taman Selasih, kemudian Mesyuarat PIBG anak², habis je terus ke Seberang  Jaya untuk menghadiri Youth Experience Party.


Cik Anie gigih la mai awai, sebab nak jadi antara 20 orang terawal register, dapat buat skin analysis. Tapi tak ada rejeki. Menjadi orang ke 22 sampai. Tak apa. InsyaAllah next time ada rezeki untuk buat skin analysis tu..


Masuk je hall dah rasa nebes. Maklum la, first time nak experience sendiri memakai premium skincare..


Dalam pack tu Shaklee bagi table cloth, headband, cermin, kapas muka, putik kapas, span cuci muka dan apron. Lengkap dah untuk Cik Anie buat demo skincare pada korang plak. Hihi..


Atas meja dah siap² ada Shaklee provide besen, dan opkos Intensive & Treatment Set. Maknanya full set lah.

Dalam kelas ni, kami bukan setakat di terangkan mengenai setiap satu produk Youth. Malah kami juga di ajar bagaimana nak mengenali kulit muka sendiri. Apa masalah kulit muka. Cara penggunaan produk yang betul supaya dapat result yang kebabom.


Masa ni la yang kami paling excited sekali. Maklum lah. Kita ni dah menghampiri zaman 2020, mana boleh kau terhegeh² lambat kan. Semua benda nak cepat. Jadi kita cut short every thing termasuk dalam penjagaan diri sendiri.

Cik Anie berani cakap la, hampa pun mesti macam Cik Anie jugak kan.. cuci muka ikut dan je tonyoh. Tak guna jari yang betul. Tak ikut step yang betul. Ujung² dah ada kedut², merungut pulak kan.. haha..

So Cik Anie selfie dulu sebelum cuci muka tu. Biasa laaa.. Orang perempuan kan. Haha. Yang sebenarnya, Cik Anie nak tengok, ada beza tak kulit selepas sekali pemakaian produk.

Di mulakan dengan mencuci muka. Pencuci muka Youth tak ada buih. So korang tak payah nak picit selagi mau, tonyoh kat muka bagi berbuih. Sebab memang tak akan berbuih. Actually, pencuci muka macam ni yang elok tau, sebab kulit kita tak akan kehilangan kelembapan. Jadi lambat la sikit nak dapat wrinkles etc.

Lepas cuci, guna toner, serum dan moisturizer yang ada SPF50. Weh, specially formulated untuk Asian skin. Malaysia kan panas. Sebab tu SPF50. To protect kulit kita daripada sinaran UV dan sebagainya. Oh ya, serum Youth ni sangat pekat. Sangat. Penggunaan pun sikit je. Tapi dah boleh cover seluruh wajah.

Eh.. lupa pulak. Semua produk Youth ni tak ada bau. Maksud nya tak ada la bau seperti di tambah pewangi di dalam nya. Hidung Cik Anie la. Dan Cik Anie pun pasti yang mana dah experience guna Youth akan bersetuju.

Last sekali, kami guna Night Moisturizer yang light. Kenapa light? Ok, kami di maklumkan, akan ada rich night moisturizer nanti. Khusus untuk individu yang ada aging skin. Rich night moisturizer ni akan beri lebih lembapan pada kulit. Light pula, sesuai for all skin type. Sejukkk je bila apply pada kulit.

Eh, Radiance C + E pun kami guna juga tadi. Radiance C + E ni memang untuk rawat kulit yang sangat bermasalah seperti bekas/parut jerawat, jeragat, large pores, wrinkles dan etc². Sangattttttt concentrated. Sangat powerful.


Haa.. ni muka puas hati selepas merasai sendiri menggunakan Youth Skincare. Cik Anie rasa muka lebih bersih. Kulit lebih moist.. Sampai kan asyik nak sentuh je kulit wajah. Hihi.. Tapi serius la, memang best. Tak tipu.

Hmm.. apa lagi ek Cik Anie tertinggal nak share ni.. Ada tak Cik Anie beritahu saiz penggunaan hanya sebesar kacang sahaja? Makna nya, sikittttt sangat penggunaan. Jimat. Gini gaya memang berbulan² boleh tahan. Macam Cik Anie pakai Nutriwhite dulu.

Sebelum Cik Anie tidur (muka tak mau cuci, sayang nak buang yang dah tempek siang tadi.. hahaha), Cik Anie velanja lagi 2 keping gambar..



Ni semua family Shaklee Cik Anie. Di bawah upline yang sama. Happy to be back in track again.

Till then, jaga diri korang, dan mimpikan Youth ya. Esok pagi celik bijik mata, boleh terus contact Cik Anie untuk pre-order Youth.

MD

Saturday, 10 March 2018

Cantik Kulit Puan.

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hari ni Cik Anie ambil cuti. Saja la visit dentist.. Ape ke hal nye la kan gusi asyik bengkak surut bengkak surut je kan.

So after consultation dengan doktor, Cik Anie di minta tunggu kat luar untuk ambil slip ubat.


Tetiba misi yang assist doktor tu jengul keluar dari pintu sambil pegang slip ubat. Boleh pulak dia pegang tangan Cik Anie, bisik². "Nak tanya, kulit puan cantik. Pakai apa?"

Alala.. Cik Anie hari² pakai pondesen mahai bagai tadak sapa pun tegur kulit cantik. Rini pakai compact powder murah ja, ada pulak yang tegur 😂😂😂


Malu² alah Cik Anie nak jawab pakai kosmetik apa. Sebab selalu nya Cik Anie bersiap ikut dan saja. Bila sempat, banyak la sikit tempek nya. Tak dan kalu, memang paling simple saja, bedak compact Mabelline or baby powder je.


Tapi satu benda yang Cik Anie tak pernah miss. Mesti minum ESP, dan makan Vitamin C dan E untuk kulit. 

Cik Anie percaya, nak cantik kena start dari dalam. If dalam cantik, luar pun akan cantik juga. Nak lebih cantik luaran, kena ambil Youth Skincare pulak. Baru la ngam cantik luar dan dalam. Kann..

Tapi kalau luaran cantik, perangai dan budi bahasa tak ade, hati perut busuk berdengki dengan orang je keje, hilang semua cantik nya tu.. hihi.. Tak kata kat sape pun, ingatan pada diri sendiri.

So kita seimbangkan. Biar luaran cantik, dalaman cantik, jiwa dan budi bahasa kita pun cantik.

Nak beli produk Shaklee dari siapa? Dah tentu la Cik Anie.. 

By the way, TQ akak misi.. You make my day =D
MD

Friday, 9 March 2018

DiaryCikAnie ~ Kenapa Ibu Masukkan Kakak Dalam Kelas Arab?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, Cik Anie tengah gosok baju sekolah anak² sambil melayan diorang bersembang..


Tiba-tiba Akram menyanyi. Cik Anie diam mendengar, apa le yang anak bertuah ni nyanyi kan. Rupanya lagu alif asadun singa lion.. Baa battun itik duck.. taa tuffahun epal apple..

Terus Cik Anie ikut nyanyi sama. Kakak Nasywa pun dalam dok sembang terus terdiam dan dengar.

Tak semena-mena kakak tanya.. 'ibu, kenapa ibu masukkan akak dalam kelas Arab kat sekolah? Kawan² akak semua masuk kelas bahasa Cina.'

Alahai la anak.. Sedih pulak ibu dengar. Tapi ibu jawab jugak la, 'Bahasa Arab tu bahasa Quran. Kakak senang nak faham bila baca Quran nanti. Lagi pun, bahasa Arab ni semua boleh tolong ajar kakak. Ibu, ayah, tok, opah, semua pakcik makcik dan sepupu kakak tau Bahasa Arab. Kalau ambil bahasa Cina, siapa nak ajar kakak?'

Kakak yang cerdik diam dan fikir apa ibu cakap.

Hari ni, si cantik manis ni tuntut janji supaya ibu ajar bahasa arab. Hihi.. Alhamdulillah. Ulangkaji untuk ibu juga supaya tidak lupa apa yang belajar dulu.
MD