Assalamualaikum..
Alkisahnya, dua tiga menjak ni MD termeroyan nak beli lipstick yang calit pagi tahan sampai petang.. Kih kih kih.. MD ni dah kenapa buang tebiat pulak kan?
Rata-rata yang kenal MD memang tahu, MD bukan jenis yang bermekap. Minat tu ada, tapi penyakit M tu besar sangat. Tambah pulak CM bukan suka sangat MD mekap. Mengada-ngada dia kata. Huh! Dulu zaman anak dara, memang make up jugak. Awal kawen pun masih lagi rajin. Tapi bila start preggy Nasywa, mula jadi malas nya nak mekap...
Lepas anak sorang, jadi anak dua, kemudian tiga.. MD memang tepek apa yang sempat saja. Pakai moisturizer NutriWhite, lepas tu kalau sempat bedak baby, maka bedak baby lah MD sapu. Haha.. Beli bedak compact tahan setahun kot gamaknya.. Haha.. Bini sape la hai..
Ni je la ha 3 benda yang MD usung selalu. Bedak Compact Maybelline, Lipstick Maybelline WaterShine tu dengan lipstick Ana Edar, yang ikut kaler darah tu. Tapi lepas bekpes pagi, MD dah nampak macam pompuan mati laki. Pucat tak berseri je rasa. Dua ketul Maybelline tu beli masa bulan 8 baru ni.. Sebab lipstick watershine yang lama dah habis. Bedak compact Loreal pun tah ke mana-mana anak-anak campak.
So, kebetulan semalam ke Tesco Kulim, maka MD pun menyinggah la ke booth FCC atau Farmasi Cosmetic ni. Kepunyaan Puan Adah Ramly. Dulu MD ingat dia ada bukak dekat Giant Kulim. Lepas tu tutup.
Hajat hati nak beli lipstick baru yang tahan lama. Dah la mulut tak seksi macam Angelina Jolie, sekurangnya, jangan lah sampai macam mati laki kannn.. Hihi..
So pilih punya pilih, MD ambil True Colour Lipstick. Kod 07. Harga RM27.00 camtu la. Warna nak ke oren gitu. Adik tu suruh ambil Rouge Lipstick. Tapi warna macam tak ada yang berkenan sangat. So pilih yang itu..
Lepas tu tengok-tengok lagi, amik pulak Lip Pencil.
Harganya dalam RM18.00 kut. Tak ingat sangat. Tapi belas-belas je.
Dah bayar dua ketul tu, sembang dengan Puan Adah Ramly tu. Sukanya tengok mekap nipis je tapi macam fresh sangat. Pekerja dia tu pun sama. Simple je mekap.. MD pun apa lagi, mula la mereka macam-macam dalam kepala ni..
Puan Adah pakai CC Cream tu je. Nampak simple. Pekerja dia pakai High Performance Foundation. Nampak menarik sangat. MD pun try test la CC Cream dia kat tangan.. Aduh laaa, lembut nya.. Wangi lak tu. Apa lagi, terrrbeli pulak... Jahanam duit aku..!! Harga RM47.00.
So pagi ni MD pun tepek la CC Cream ni kat muka. Walaweh!! Memang syiok oii.. Ringan je muka. Tak de rasa berminyak. Cepat meresap. Tak la rasa macam sekandaq dok atas muka... Memang syok gila lah.. Ish.. Tak tau nak cakap camna syok nya..
Eh.. Korang kena try sendiri lah.. hehe.. Memang syok. Dah hampir pukul 2.30 petang ni, tengok muka still masih nampak macam ada pakai bedak lagi.. Mulut pun dok merah lagi. Hihi.. Best. Gambar nanti MD tangkap lain. Tudung tak lawo pulak rini.. haha..
Nanti akan datang MD nak try High Performance Foundation FCC ni. Baca review macam best giler.. Tunggu bulan depan pulak lah. Semua nak beli bulan ni, kang CM kata makan je segala tok nek mekap tu..
Daaa...
Thursday, 29 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
Ini Bunga Racun!
Assalamualaikum..
Seperti yang MD janjikan semalam, MD nak cerita bunga apa MD beli untuk koleksi hiasan laman rumah. (** entry ni MD peram sebab hari Selasa lepas berlaku sesuatu yang tak terduga. Ujian untuk MD. Mungkin 'teguran' lembut dari Allah akan kealpaan MD. MD akan share di entry lain..)
Hari ahad lepas, masa lunch time, MD saja buat singgah nursery di Kelang Lama, Kulim. Sebelum ni selalu dok gi nurseri Sungai Ular. Tapi kat situ macam tak syok sangat je MD rasa.. Lagi pun saja nak cari port baru pulak..
Untuk kali ni MD cadang nak cari pokok hiasan gantung, untuk menggantikan Petunia dan Vinca yang diserang bena. Sob sob sob.. Habis mati semua. Ros Jepun pun banyak yang dah arwah di kerjakan dek bena ni. Huh! Memang tinggal kenangan je. Nasib baik ada simpan gambar nye.. Hihi
So berikut adalah perbualan MD dengan auntie Cina tokey nursery ... Gila skema ayat.. hahah
MD : Auntie, mau cari pokok gantung-gantung. Lasak punya tahan panas.
AC : Ada.. ada.. lai lai wa tunjuk.. (sambil ambil satu pokok yang dia gantung)
AC : Haa.. amoi... ini cantikk.. Lasak punya. Bunga merah-merah kicik.
MD : Ni nama apa pokok ni?
AC : aiyah.. Wa tak pandai Melayu.. Apa aa..? Bunga dia aa... Racun..
MD : Haa? Ape auntie?
AC : Ni bunga Racun. (konfiden)
MD : Hah?!! Bunga ni beracun ka?
AC : Ehhh.. Tadakkk.. ini bunga macam tahun baru cina, itu bakar bunyi pop pop pop...
MD : Ohhh.. Mercun la auntie. Racun pulak dah!
So ini lah pokok 'racun' auntie tu.. hahah.. Tak pasal je bunga racun di kata nya.
Ni dari gambar dekat sikit.. Nampak la macam mercun tu. MD google, ada yang bunga dia tengah galak merimbun tu, lagi nampak real macam mercun.. Omputih kata Firecracker atau pun fountain plant pasai bila dia merimbun, nampak macam air terjun.. Kalau ikut pembacaan, pokok ni mahu cahaya matahari yang banyak.
Pokok kedua yang MD beli adalah pokok 'Lipstick'. Bila auntie tu cakap pokok lipstick, MD macam tak ambil pusing sangat je. Sebab rasa macam, tah pape la perumpamaan auntie ni bagi.. Bila balik pejabat rupanya memang betul, ada rupanya pokok Lipstick ni..
MD tak sabar nak tunggu merimbun-rimbun ke bawah.. Macam cantik je..
Macam lipstick kan? Ni sebelum dia kembang.
Ni bila bunga dah kembang.. Cantik sangat. Kalau ikut pembacaan, pokok ni tak mahu cahaya matahari yang banyak sangat. Auntie tu cakap kalau panas direct dari pagi sampai petang, pokok ni tak mau. Tapi kalau separuh hari tak pe. So kita tengok dulu macam mana, kalau nampak daun lecur, kita ubah tempat dia, boh tempat yang terlindung sikit ke nanti.
Nanti MD cerita lagi..
Monday, 12 October 2015
Bunga Kesayangan Kena Rembat Orang!
Assalamualaikum..
Lama MD tak update catatan di sini.. Maklum lah, baru tukar tempat kerja baru, baru tukar unit baru, segalanya baru, jadi agak kejutan budaya di situ.. Kerja tu macam tak sudah-sudah je rasa nya. Mampu ber'huhuhu' je la...
Kalau yang mana ada friend dengan FB MD, mesti perasan MD up status meroyan kat atas yang bunga kesayangan - Desert Rose - kena rembat.. Ala, orang melayu panggil bunga kemboja ek? Entah.. MD bukan reti nama melayu sangat =p
Tapi bunga ni special sebab Siam mari. Kelopak banyak. Dah la anak pokok ni beli murah je kat nursery di Bukit Tambun. Kalau pi nurseri biasa harga dalam doploh tigaploh jugak la anak dia. Tak kira pasu lagi tanah lagi. MD beli ritu siap pasu tanah bagai, doploh lebih ja.
Sedih nya.. Lama MD bela.. Letak atas tembok pagar rumah buat hiasan rumah kami yang kosong tak de renovate, tak de bercat tak ada apa. Tetiba pagi jumaat keluar nak siram pokok tengok, 'eh, ape hal kosong atas tembok ni?!'
Jenguk kat longkang, kat tepi jalan, kut-kut ribut sampai terjatuh ke kan.. Tapi clean and clear je jalan. Tak ada pulak tanah ke apa ke.. Dalam hati, CM buang ka? Haha.. Ampun kan isterimu abang.. =D CM tak minat sangat bunga. Orang laki kan, jarang nak jumpa lelaki yang minat bunga.
MD serius tak terfikir pokok tu di curi orang sebab nya pokok je pun kan. Amende ko dapat kalau curi pokok bunga? kan? kan?
Rupanya bila MD share dalam group whatsapp ibu-ibu KTC3, memang ada makhluk-makhluk penyamun pokok bunga.. Samada peminat bunga jugak atau memang jenis penyamun asal apa boleh buat duit, sapu ja semua.. Grrr..
Ibu-ibu KTC kata depa pun selalu jugak pokok kena curi. Especially orkid.. dan pokok-pokok yang mahal ni..
Mama cakap, tu senang-senang orang tu boleh buat duit jual RM100 sepasu. Aduhhh.. Geram sungguh hati. Kalau tahu, memang MD letak kat tempat lain, makna nya bukan dok atas tembok rumah.. Biar pokok hat biasa-biasa je dok atas tembok.. tu pon kalau rembat jugak memang mangkuk tingkat sungguh la penyangak ni..
Bila whatsapp CM gitau pokok hilang, dia reply tanya boh mana ja. Lepas tu senyap malas nak layan bini dia merepek merempan agak nya.. haha...
Sebab pokok kena curi, MD mencemar kaki semula pi nursery semalam.. Muahaha.. Nanti MD share dalam entry lain pokok apa MD beli..

Subscribe to:
Posts (Atom)