Pagi Sabtu yang damai. Anak-anak masih lagi tidur gara-gara semalam tidur lewat meneman ibu tengok tv cerita 'The Conjuring'.. haha.. ibu nak tengok sorang takut, so paksa semua orang tengok sama dengan ibu..
Sebenarnya nak tulis semalam lagi, tapi dari petang dok bertangguh nak ke malam.. Sudah nya pagi esok pulak la..
Semalam kami anak beranak seawal pagi dah bersiap sebab nak ke Jawi..
Misi pertama, tengok tadika kakak. Kakak tahun depan dah 4 tahun. So, kami decide nak hantar dia sekolah supaya dia boleh belajar sesuatu di sekolah.. Kalau duduk dengan pengasuh pun, x ada hasil pape.. So biar dia pegi sekolah.
MD memang survey lama dah nak hantar anak ke tadika. tak tahu tadika apa yang baik etc.. yang menjadi problem adalah, MD duduk di Kulim, tapi kerja di Jawi. So memang sangat masalah.. Tambahan pulak, MD kalau boleh nak kan tadika yang dekat dengan tempat kerja MD supaya senang untuk hantar dan ambil bila-bila masa je. Tapi, yang paling dekat 1 jalan dengan tempat kerja adalah tadika kemas. Ada jugak tadika yang orang rekemen tapi, kena masuk ke dalam taman, so MD fikir, susah nanti terkalut-kalut pagi-pagi nak hantar..
Semalam kami pi la singgah Tadika Kemas dekat Balai Polis depan tu. Nak tanya macam mana nak daftar pe semua.. Masuk je tengok anak2 tengah belajar. Nasywa mula-mula sibuk nak main buai dulu, tapi ayah ajak masuk.. Bila masuk, dia round satu kelas buat inspection.. Kebetulan ada pulak sorang budak laki dok sakat dia (belum masuk sekolah lagi tapi dah ada peminat) so dia nampak tak comfortable. Kerut-kerut mukanya. Tapi balik tu dia sibuk nak beg sekolah Frozen la apa la.. haha.. sabo je la..
Lepas ke tadika, kami pi makan Nasi Ayam Hainan di Bukit Panchor. Time keluar kereta, MD pangku Akram. CM tetiba tanya, nak makan macam mana? Ada bawak gendong tak? Amboii.. riso sangat kita suruh dia pangku anak..haha.. Gambar yillek sebab bila keluar dengan rakyat jelata, ibu tak sempat nak keluarkan henpon pun.. T.T
Dah kenyang-kenyang tu, kami balik ke Jawi semula, singgah pejabat jap bagi borang cuti bersalin. Dah nak naik kerja baru hegeh-hegeh nak hantar.. haha..
Orang-orang pejabat semua kata Akram ikut muka ayah nya.. Tu la, ngandung ritu suka sangat bergaduh dengan CM. Ada je tak kena kat mata, anak keluar memang muka CM. Tak de muka MD langsung..
Setel urusan di pejabat, kami gerak pulak ke taman Desa Jawi belakang opis tu. Nak merenung pengasuh baru budak-budak ni.. Ada orang rekemen kakak ni. So far nampak Alhamdulillah, ok. Budak-budak ni pun boleh main elok dengan anak kakak tu. Anak kakak tu sebaya Zahra. Kakak tu belum pape dah nak Toilet Train Zahra sebab anak dia dah tak pakai pampers dah. MD? Kecik tapak tangan, Dulang MD tadahkan.. Alhamdulillah pengasuh kali ni nak bantu..
Harap-harap pengasuh baru ni pun sebagus pengasuh lama. Pengasuh lama dulu jaga bagus sangat. Sayang budak-budak ni. Tapi dah tua kan, tak larat. Anak pun dah kerja, anak kata berenti rehat pulak la..
Kami rushing balik Kulim, sebab CM nak semayang Jumaat. Rehat-rehat sat.
Malam ajak CM berjalan ke Giant sebab nak makan Dominos. Tapi dengan rakyat Jelata yang suka bergaduh dan menjerit, kita bungkus bawak balik je lah.. Satgi ibu ayah lak yang sawan dengar depa gaduh n jerit.
Nah.. belanja sekeping gambar depa.. kakak x de sebab dia dah jarang tidur siang.
Gambar atas tu time diorang dua tengah tidur. MD tidurkan Akram tengahari tu. Zahra macam biasa suka menempek kat mana ibu ada. MD ralit layan wasap kastemer, toleh-toleh tengok dah lena dua2 dengan Si Zahra pegang tangan adik. Cair hati ibu.. Zahra memang begitu. Manja.
No comments:
Post a Comment