Friday, 21 November 2014

Breastpump paling mahal pernah beli!

Assalamualaikum..

Tajuk berbunyi seperti meroyan aje ek.. haha.. tak lah.. bukan meroyan tapi tak percaya yang MD telah membeli breastpump yang mahal!

MD rasa kalau sebut nama breastpump ni memang rasanya menjadi idaman dan igauan ibu-ibu yang menyusukn anak.. Mana tak nya.. baca review semua best2.. Tapi harga nya bukan lah FREE walaupun korang boleh pam pelbagai STYLE! haha..

Yer.. MD beli Medela FS. Macam mana boleh terjebak? Sedangkan dalam hati rasa macam... hm... sayang duit oiii...

Sejak 2011, breastpump pertama guna adalah Pureen manual. Macam dalam gambar. Itu pon sebab kakcik suraya bagi dia punya dulu..


Tapi sebab pam tu dah lama dan nampak pelik, serta tak reti nak gaya kan macam mana, di tambah pulak breast membengkak macam tembikai, menangis lah mintak CM carikan breastpump di pekan koboi Selama..

Dah nama pun pekan koboi kan, jangan la harap ada jual Spektra ke Avent ke.. Memang x de la.. So yang ni CM bawak balik. Eh..ke ada tapi CM saja main sauk je asalkan dia breastpump? Haha..


Tapi siyesly, kalau korang ada terasa nak beli yang macam ni, renti kan la.. sakit wei t*t*k. Macam nak tercabut rasa. Sucking terlampau kuat..

Habis pantang, balik Kulim, sebab kan terlampau banyak masa terluang, dan Nasywa pon asik tidur je, MD banyak habis kan masa dalam group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM). Cari ilmu tentang penyusuan.. sebab susu banyak.. n bertekad nak susukan Nasywa sepenuhnya dengan susu ibu.

Dalam grup tu jugak berkenalan dengan sorang mommy ni.. dia nak jual breastpump dia.. Avent Single Electric..


Gambar dari google. Maka setia la MD guna Avent ni. Banyak jasa nya pada MD. Dia boleh 3 cara guna. Manual, battery dan elektrik. Mula2 gigih jugak guna elektrik. Tapi bunyi agak kuat. Sehingga ganggu konsentrasi diri sendiri.. Tak la kuat sangat, tapi ada la bunyi macam sesuatu sedang mengepam-bukan sekadar vibrate.. setakat vibrate tu x pe lagi. Bunyi pam tu yg buat rasa annoying..haha..

Tapi lain dari tu, x de masalah. Sangat superb Avent ni. Lama2 malas nak pam dengan elektrik sebab rasa hegeh2 je n dah terbiasa manual, maka yang motor elektrik tu seperti di lupakan.. dok guna manual.. dan marmet..

Sampai lah mengandungkan Aus, Avent tu berehat.. Bila Aus beranak, MD baru teringat pada Avent tu.. Baru teringat, dah berapa lama la agaknya usia pam tu kan.. MD di Ipoh, mintak CM keluarkan dan tangkap gambar untuk di tanyakan kepada yang lebih arif..

Kata yang arif, dah tak sesuai dah sebab lama sangat pam tu.. sejak dari tu MD menimbang-nimbang dan mengintai-ngintai breastpump apa pulak nak pakai kali ni.

Survey sana-survey sini, fikir punya fikir, hati dah berkenan sangat dengan Medela FS. Tapi nk beli baru, harga nya boleh tahan jugak. Almost 2k weh! Nak join kutu FS, tahun bila pulak nak sampai turn sedangkan bulan 12 dah nak kerja. Sehingga lah sorang seller di FB (Rich Ammar Shafiyya) beritahu ada used FS dengan harga....still almost 1k. Terus mintak dia simpan sampai bonus Shaklee bulan 11. Kira reward diri sendiri la..


Semalam dah try guna. Fuh.. syok nyaaaa!! Nampak tak elemen jakun di situ? Ngahaha.. memang jakun la. First time guna breastpump mahal gila. Still exploring, apa lagi si kecik comey ni boleh buat.. nanti MD share lagi kejakunan MD guna FS nih.. haha.. tadi try dalam 10min camtu tak sampai, dapat 8oz. Kalau dulu, harus setengah jam nak perabih dua2 belah.. 😂😂 jimat nya masa..

Dah beli pam mahal ni moh la kita gigih mengepam yep.. baru la berbaloi dengan pelaburan yang di keluarkan.. ye dok?

Tapi. Tapi. Tapi. Korang kena ingat, mahal ke murah pam tu bukan penentu susu kita banyak.. Yang menentukan adalah rajin ke idok korang ni nak mengikut rules penyusun yang betul.. okes? Mahu share dengan MD pengalaman korang dengan breastpump korang? Tinggalkan komen ya..

muah3.. bye..
Hanni

Tuesday, 18 November 2014

Hobi Baru Menanam Pokok

Assalamualaikum semua..

Saja nak cerita hobi baru MD. Hobi terapi jiwa nama nya.. Maklum la dah beranak ramai ni kena ada terapi jiwa banyak. Haha..

Nak jadi kan cerita, lama dah follow FB kak Pija Sitisifir pasal hobi gardening dia .. Minat jugak gardening tapi tak sampai seru sebab time tu masih menyewa rumah orang. Ni dah pindah rumah sendiri, perasaan nak gardening tu mula membuak-buak. Tambah pulak tertengok post sis Nurul Aziyana pasal bunga Ros Jepun dia tengah mekar.. wahaha... hari-hari berzikir dengan CM nak pi Nursery bunga nak beli Ros Jepun..


So semalam kebetulan mak mertua datang Kulim dari Baling. Ajak la dia pegi Nursery.. Tunggu CM bawak, pakat x bawak la jawab nya.. Selaku orang yang "selalu" sangat pegi Nursery bunga ni, memang tercangak bangak tak tau nak pilih apa sebab banyak sangat..

Berjalan dari satu baris ke satu baris, alahai.. cantik-cantik semua nya.. tapi, tujuan utama nak cari Ros Jepun.. Tanya tokey, dia tunjuk ke bahagian Ros Jepun. Alalala... warna warni oiii.. cam nak semua. Tapi sedar diri baru nak berjinak-jinak kan, maka beli 3 pasu warna kuning, pink dengan merah. Tiga pasu RM10 kata tokey.

Sekali ternampak lak bunga cantik kemain. Tengok terus jatuh cinta. Tanya bunga apa, tokey jawab Carnation. Mula nya tokey x nak jual sebab dia nak buat benih.. tapi kesian kot tengok MD berharap sangat rupa nya, dia jual dengan harga RM 13 setelah tawar..

Pagi ni kita buat operasi berkebun. Anak-anak tak bangun lagi, maka MD dan mertua pun tertungging-tungging alih bunga masuk pasu..


Nak letak bawah panas direct, takut mati lak.. Kome jangan gelak.. Maklum la first time nak bela pokok bunga macam2 jenis.. Sebelum ni bela bunga taik ayam dengan pokok aloe vera je.. hahaha.. jadi agak jakun bila nak tanam bunga yang selain itu dan pokok bunga kertas. Haha..


Lepas tanam gigih pi whatsapp ngan PM kak Pija tanya camna nak jaga. Kata k. Pija, atas ni Dianthus.. Google jugak nama melayu pokok ni.. Kata google, nama lain Dianthus adalah Carnayion or melayu nya Bunga Teluki. Ke Turki? Haha..

Kalau korang ada tips macam mana nak jaga, share la dengan MD. Or ada idea nak tambah pokok bunga apa lagi yang cantik tapi senang jaga.. syok pulak rasa..

Hanni

Friday, 14 November 2014

Aktiviti anak-beranak di hari Jumaat

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu yang damai. Anak-anak masih lagi tidur gara-gara semalam tidur lewat meneman ibu tengok tv cerita 'The Conjuring'.. haha.. ibu nak tengok sorang takut, so paksa semua orang tengok sama dengan ibu..

Sebenarnya nak tulis semalam lagi, tapi dari petang dok bertangguh nak ke malam.. Sudah nya pagi esok pulak la..

Semalam kami anak beranak seawal pagi dah bersiap sebab nak ke Jawi..

Misi pertama, tengok tadika kakak. Kakak tahun depan dah 4 tahun. So, kami decide nak hantar dia sekolah supaya dia boleh belajar sesuatu di sekolah.. Kalau duduk dengan pengasuh pun, x ada hasil pape.. So biar dia pegi sekolah.

MD memang survey lama dah nak hantar anak ke tadika. tak tahu tadika apa yang baik etc.. yang menjadi problem adalah, MD duduk di Kulim, tapi kerja di Jawi. So memang sangat masalah.. Tambahan pulak, MD kalau boleh nak kan tadika yang dekat dengan tempat kerja MD supaya senang untuk hantar dan ambil bila-bila masa je. Tapi, yang paling dekat 1 jalan dengan tempat kerja adalah tadika kemas. Ada jugak tadika yang orang rekemen tapi, kena masuk ke dalam taman, so MD fikir, susah nanti terkalut-kalut pagi-pagi nak hantar..

Semalam kami pi la singgah Tadika Kemas dekat Balai Polis depan tu. Nak tanya macam mana nak daftar pe semua.. Masuk je tengok anak2 tengah belajar. Nasywa mula-mula sibuk nak main buai dulu, tapi ayah ajak masuk.. Bila masuk, dia round satu kelas buat inspection.. Kebetulan ada pulak sorang budak laki dok sakat dia (belum masuk sekolah lagi tapi dah ada peminat) so dia nampak tak comfortable. Kerut-kerut mukanya. Tapi balik tu dia sibuk nak beg sekolah Frozen la apa la.. haha.. sabo je la..

Lepas ke tadika, kami pi makan Nasi Ayam Hainan di Bukit Panchor. Time keluar kereta, MD pangku Akram. CM tetiba tanya, nak makan macam mana? Ada bawak gendong tak? Amboii.. riso sangat kita suruh dia pangku anak..haha.. Gambar yillek sebab bila keluar dengan rakyat jelata, ibu tak sempat nak keluarkan henpon pun.. T.T

Dah kenyang-kenyang tu, kami balik ke Jawi semula, singgah pejabat jap bagi borang cuti bersalin. Dah nak naik kerja baru hegeh-hegeh nak hantar.. haha..

Orang-orang pejabat semua kata Akram ikut muka ayah nya.. Tu la, ngandung ritu suka sangat bergaduh dengan CM. Ada je tak kena kat mata, anak keluar memang muka CM. Tak de muka MD langsung..

Setel urusan di pejabat, kami gerak pulak ke taman Desa Jawi belakang opis tu. Nak merenung pengasuh baru budak-budak ni.. Ada orang rekemen kakak ni. So far nampak Alhamdulillah, ok. Budak-budak ni pun boleh main elok dengan anak kakak tu. Anak kakak tu sebaya Zahra. Kakak tu belum pape dah nak Toilet Train Zahra sebab anak dia dah tak pakai pampers dah. MD? Kecik tapak tangan, Dulang MD tadahkan.. Alhamdulillah pengasuh kali ni nak bantu..

Harap-harap pengasuh baru ni pun sebagus pengasuh lama. Pengasuh lama dulu jaga bagus sangat. Sayang budak-budak ni. Tapi dah tua kan, tak larat. Anak pun dah kerja, anak kata berenti rehat pulak la.. 

Kami rushing balik Kulim, sebab CM nak semayang Jumaat. Rehat-rehat sat.

Malam ajak CM berjalan ke Giant sebab nak makan Dominos. Tapi dengan rakyat Jelata yang suka bergaduh dan menjerit, kita bungkus bawak balik je lah.. Satgi ibu ayah lak yang sawan dengar depa gaduh n jerit.



Nah.. belanja sekeping gambar depa.. kakak x de sebab dia dah jarang tidur siang.

Gambar atas tu time diorang dua tengah tidur. MD tidurkan Akram tengahari tu. Zahra macam biasa suka menempek kat mana ibu ada. MD ralit layan wasap kastemer, toleh-toleh tengok dah lena dua2 dengan Si Zahra pegang tangan adik. Cair hati ibu.. Zahra memang begitu. Manja. 

Hanni

Tutorial Skrub dan Masker Alfalfa

Assalamualaikum..

Alfalfa Complex Shaklee ni memang glamer tau. Lagi-lagi baru-baru ni ada orang tolong glamer kan lagi, memang menderu-deru orang whatsapp tanya MD. So pagi ni MD nak bagi tutorial sikit macam mana nak skrub dan masker dengan Alfalfa ni.

Teringat pulak lama tak bermasker dan berskrub.. so moh kita relax2 kan diri. MD nak bermasker dan berskrub sambil-sambil teman anak mewarna buku..





Apa langkah-langkah nya?

1 - MD cuci muka dulu.. semestinya guna pencuci muka NutriWhite dari Shaklee. Bilas bersih-bersih.

2 - Ambil 2 biji Alfalfa or ikut suka kalian nak berapa biji pun.. Letak air sikit secukup rasa..

3 - Lenyek-lenyekkan bagi hancur..

4 - Apa lagi, tepek lah di muka kalian macam MD buat.. agak-agak dah kering tu, basahkam sikit dengan air, tonyoh pulak buat skrub.. Lagi-lagi tang yang banyak whitehead, blackhead n etc.. Dah siap tu, basuh muka bersih-bersih dan lap kan.

Tadaa... siap dah.. rasai sendiri muka rasa gebu, halus licin je.. Tang hidung pun licin je tanpa whitehead..

Boleh buat seminggu 2-3 kali bergantung pada kerajinan kalian.. Hasil memang best! Try la..


Mahukan free sample Alfalfa? Boleh komen 'Saya Mahu Free Sample Alfalfa' dan share entry ini.. MD akan hubungi kalian untuk mendapatkan nama, alamat dan no telefon untuk penghantaran. *Tidak terbuka kepada SID ya*
MD

Sunday, 2 November 2014

Berjoget lambak dengan OmegaGuard Shaklee!

Assalamualaikum semua..

Hari kedua di bulan November.. Bulan November ni Shaklee buat promosi OmegaGuard tau! Bagi yang memang mengetahui kelebihan minyak ikan Shaklee ni memang boleh buat joget lambak laa..!! hihi...

MD pun sebelum ni ada juga ambil minyak ikan brand lain, tapi sejak kenal Shaklee, memang tak pandang dah jenama lain.. sebab nya, minyak ikan Shaklee sangat istimewa dan terbaik! 

OmegaGuard Shaklee ni diekstrak dari ikan laut air sejuk (ikan sardin, mackerel, gerring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard ni 3x lebih tumpat tau dari ketumpatan hati minyak minyak ikan.

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, tapi, kaedah ni akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Tapi, Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan OmegaGuard. Tengok gambar di bawah.. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Proses tersebut juga menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl iaitu bahan kimia industri yang sangat toksik!)


Berbanding minyak ikan / omega yang berada di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Ianya mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-lemak, omega-3, EPA, dan HDA.



Menarikkan? So bulan ni menarik tau. Shaklee buat 2 promosi khas untuk kalian!


Yang pertama adalah kalau kalian beli DUA botol pun, kalian masih lagi untung sebab Shaklee bagi 5% diskaun! Untung tak? Untung kan. Tak kan nak beli 1 je kalau boleh dapat 2 dengan harga murah kan..


Yang kedua pulak macam biasa, beli 6 PERCUMA 1. Tapi, bukan tu saja, kalian dapat FREE MEMBERSHIP jugak! Terus dapat harga ahli! Bulan depan dapat cashback masuk account! Kalian akan di add masuk ke SECRET GROUP khas untuk ahli tidak kira samada kalian mahu berniaga atau pun sekadar makan sendiri. Malah akan diberikan tips-tips menarik secara percuma! Seronok ke seronok? Hanya insan yang bijak rebut peluang akan grab promosi buy 6 FREE 1 ni..

Berbaloi-baloi sungguh! Meh cepat contact MD ya.. 
MD