Thursday, 30 October 2014

Meal Shakes membantu anak yang sembelit

Assalamualaikum..
Anak kalian ada yang menderita sembelit? Kesian kan? Dua orang anak dara MD memang sembelit. Menurun maknya la kompem. Bila tengok diorang menangis-nangis nak teran tu, Allah, runtun rasa jiwa.. Tak tahu macam mana nak di bantu. Tapi sejak ambil Meal Shakes, memang banyak sangat perubahan bila diorang ni yak-yak. Memang membantu melegakan anak yang menderita sembelit lah..
Bila diorang ni kena sembelit, memang tak keruan kami suami isteri. Rasa nak menitik air mata sama bila tengok diorang meraung-raung. Sebelum ambil Meal Shakes, selalu bawak pegi klinik. Doktor bagi la ubat air yang cucuk kot punggung tu. Rumah kami memang spare lah dulu kut-kut bila anak kena sembelit.

Doktor selalu pesan, bagi makan buah, banyakkan minum air n etc etc etc.. Semua kami buat, Alhamdulillah membantu juga tapi tak sepenuhnya. Kami beri Meal Shakes, makan buah-buahan, sayur dan bagi minum air masak lebih. Memang tak de dah la episod berendam ayaq mata nak melaboq..haha..

Moh tengok apa yang anak-anak MD dapat dari kebaikan Meal Shakes..

1 - Kakak & Adik sangat berselera makan. Pantang sungguh nampak makanan.. Laju je 2 beradik datang dekat.

2 - Sangat cerdik dan cergas.

3 - Tak ada lagi masalah sembelit sehingga luka berdarah2 bila nak buang air besar.

4 - Sangat jarang sakit.

5 - Tiada lagi masalah ekzema.


Alhamduillah.. hati ibu mana yang x gembira?

Kalian cuba lah sendiri. Dengan syarat, kena juga bagi makan real food dan minum banyak air sama. Kalau harapkan Meal Shakes saja, tak jadi jugak..


Promo Meal Shakes beli 3 PERCUMA 1 berakhir tengah malam ni saja lagi.. Cepat korang grab! Rugi tau tak grab sekarang..

Kalian tahu kan nak cari siapa... Contact MD tau..



Wednesday, 29 October 2014

Gegemasu Datang Menyerang!

Assalamualaikum semua..

Entry kali ni nak stori-mori pasal aktiviti Shaklee MD.. Dok teringat 'hutang' nak share cerita pasal kedatangan geng Gegemasu tempoh hari (18/10/2014) ritu. Tajuk entry tak boleh blah ye datang menyerang! Hihi... Sebenarnya entry ni dah banyak hari di karang dalam handphone tapi sebab banyak beno gambar yang nak di upload dan anak-anak yang banyak ragam (alasan), hari ni gigih bangun juga untuk menyiapkan entry ini..

Mama Shaklee MD (Mama Chrsalis) memang dah lama masuk kan nama MD dalam list gegemasu Supermom.. Saat tu tak tahu pun sebab rasa tak boleh nak di gegemasukan pun untuk cycle ni.. tapi bila di beritahu nama ada, automatik panik mode tu on. Sebab nya tak sangka begitu tinggi keyakinan orang pada MD tapi diri sendiri dok teragak-agak.. Baru la terasa tamparan wanita pang pang pang sana sini... haha...

Cerita sebelum kedatangan tu tak nak bagitau.. kang pengsan pulak orang baca betapa serabut perut nya MD risau kan cukup ke tidak makanan minuman, rumah ok ke tak berkemas, nanti apa la yang di tanya..bla bla bla....

So layan kan aje la gambar. Gambar di ambil dari FB Master MKB. Harap MD, henpon pun lupa caj..wakaka.. terima kasih Dedi MKB untuk gambar2 yang cantik.. tinggal lagi MD je yang tak berapa nak kurus.. hahaha.. CM tiada dalam gambar sebab dia kerja.

www.suplemenmakdara.com

Sesi menjamu selera dulu. Special air tangan opah - Mee Goreng Mamak, Cek Mek Molek, Ubi Kayu Rebus.. MD bancuh air je. Tapi dia punya gelabah, macam kan dia masak semua. kui kui kui...

www.suplemenmakdara.com
Sesi bermula..
www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com
Mak Shaklee MD yang cantik manis
www.suplemenmakdara.com

Tengah mikio jawapan bila Dedi MKB bagi soalan tak terduga dek akal. Simple tapi sebab tak pernah share dengan orang lain dan di tanya secara tiba-tiba, panik berpeluh-peluh juga nak menjawab!


www.suplemenmakdara.com

Mama Ainul berkongsi tips blogging

www.suplemenmakdara.com

Mama Miah berkongsi tips marketing

www.suplemenmakdara.com

Kak Ngah Zahra yang meragam sebab kena tinggal dek Pak Ngah nya pegi taman. 

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com


www.suplemenmakdara.com

Mendengar amanat Mami Hadha. Kagum sebab even dah jadi Master, income lebat tapi still merendah diri. Sepanjang program berjalan, dia menulis apa input-input masa perbincangan tersebut..

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dedi MKB, Mami Hadha sekeluarga

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Gambar beramai-ramai.. Ini lah sebahagian dari team Supermom yang bersemangat membantu anak cucu. Even ada yang bukan group diorang pun, tapi turun sama membantu. Alhamdulillah, bersyukur sebab berada dalam group yang betul.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Dengan keluarga upline MD. Kami selesa dengan anak-anak di sekeliling kami. Anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya. Kami buat Shaklee adalah sebab anak-anak.

www.suplemenmakdara.com

www.suplemenmakdara.com

Kakak Nasywa baru balik dari padang. Buat muka ketat sebab terpinga-pinga bila balik orang suruh bergambar dan masing-masing semua tengok..haha.. kalau tak tu, dia la yang paling suka sangat bergambar ni...

Alhamdulillah.. banyak input yang MD terima sepanjang program santai petang tu. Tips marketing, tips blogging (lepas ni MD jadi blogger tegar tu kome jangan heran la...), tips memikat suami, tips menjadi leader yang berkualiti dan banyak lagi tips. InsyaAllh, akan MD apply semua tips-tips yang di beri dan di panjang-panjangkan kepada keluarga My Diamond.. Haa.. Meh jadi anak MD kalau nak tahu apa tips-tips tu.. hihi..
MD

Babywearing

Assalamualaikum..

Semalam MD bejalan dengan Mak Mertua pegi Kedai Kain Lim dekat sebelah Caltex Lunas. Orang-orang Kulim tau la kot kan sebab kedai ni memang pemes giler dek kerana murah. Bawak 2 orang anak dara yang sedang aktif berlari sana sini tak duduk diam, maka ibu dah siap-siap pakai Ring Sing nak babywearing je si Aus Akram. **Cerita kelahiran Aus Akram di SINI** 


So nak jadi cerita, MD perasan ada sorang misi ni dok tengok-tengok MD. Semua dalam kedai tu pun dok tengok jugak (perasan!), mebi pelik kot tengok makcik cantik anak 3 ni gendong anak pakai Ring Sling. Tapi misi tu memang obvious sebab tangan dok pilih kain tapi mata dok renung lama.. Tapi sebab dah biasa dengan renungan-renungan macam tu, MD buat tak tahu je lah. Sibuk kejar anak-anak yang berlari 1 kedai. Last-last tak larat nak kejar, MD bawak budak-budak masuk kereta. korang bergomoi la dalam kereta. Time tu la misi tu berselisih nak keluar kedai. Kemudian patah balik untuk bertanya, 'selesa ke pakai tu?' MD pun apa lagi, mula la terlebih ramah nak bercerita benda best kan.. memang best la pakai benda ni. Siap tunjuk la si Aus Akram yang tidur lena dalam tu.. Bahu pun tak sakit. Pinggang pun tak sakit. Lenguh kalu, contact MD tau beli Ostematrix Shaklee.. hehe


Senang kalau babywearing ni sebab nya tak ada lenguh tangan nak berdukung je kan. Nak pulak tengah lembut lagi baby tu, bukan boleh nak di dukung sebelah tangan.. Dah kalau dua-dua tangan pegang baby, kekdahnya nak kejor kakak-kakaknya kan.. Lagi satu senang sebab kedua-dua tangan free. boleh pilih barang. boleh buat benda lain sama. Baby pun suka duduk dalam tu, lena je tido dalam dakapan ibu.




Ni gambar selfie ibu pakai RS yang di upload di FB.. Ramai yang komen, pm dan whatsapp bertanya pasal RS ni. RS ni kalau newborn memang the best la. sebab boleh buat posisi baringkan baby. Macam dalam pic bawah. 


sumber google.
Senang nak breastfeed baby pun. Orang pun tak nampak, tutup la dengan kain nya tu, jangan la pulak buat macam orang putih tu pulak..


sumber mamapatch.com
Untuk soalan beli kat mana dan berapa harga.. Ni jawapan nya.. Ring Sling yang MD beli adalah dari mamapatch.com.. Harga RM168.00.. Beli dari tahun 2011. Masih elok sampai sekarang... ada macam-macam corak pilihan korang boleh pilih..

Nanti MD buat entry tutorial pulak macam mana nak gendong anak dalam RS ni.. Aus Akram dah nangis nak susu.. Pantang kalau ibu hilang lama sikit..isk..


Psst.. ibu mencari gambar Nasywa masa baby dalam RS dan posisi nya sedang di baring kan dan sedang di susukan.. tapi tak jumpa pulak gambar tu.. nanti dah jumpa MD update lain ya..

Hanni