Bulan ni sangat istimewa, sebab bulan ni adalah bulan kesihatan untuk wanita khususnya. Kenapa MD cakap macam tu? Sebab, wanita adalah tulang belakang dalam institusi kekeluargaan. Wanita sangat penting sehingga ada yang berkata, tanpa wanita, siapa lah lelaki.. kannnn? hihi..
Wanita & kesihatan tidak dapat di pisahkan. MD dulu tidak begitu menjaga kesihatan diri. Sebab rasa macam diri sendiri sudah cukup sihat.. suplemen pun hangat-hangat t*hi ayam je makan. Tapi, segala nya berubah bila bersalin no 2. Badan rasa tersangat lesu. Penat sangat. Start dari situ MD mula amalkan suplemen Shaklee. Nak-nak pulak suplemen nya sangat berkesan kan..
Menjadi wanita ni memang melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Dari bayi, kemudian kanak-kanak, remaja, dewasa dan menjadi tua, banyak yang perlu di titik beratkan penjagaannya. Dalam setiap peringkat kehidupan wanita ni, banyak sangat simptom berkaitan kesihatannya.. Contoh nya :-
~ Akil baligh
~ Sebelum hamil
~ Semasa hamil
~ Menyusukan anak
~ Pra-menopos
~ Menopos
~ Selepas menopos
Tu belum di campur dengan masalah sengugut, haid tidak teratur, PCOS, Cyst, masalah kulit, rambut gugur, sakit sendi dan sebagainya lagi... Memang panjang senarainya...
Kesihatan amat penting bagi seorang wanita. Tidak kisah lah surirumah atau pun yang bekerjaya. Diri anda sama pentingnya dalam keluarga. Kerja yang tak pernah habis! Dari celik mata sehingga saat nak tutup mata malamnya ada je kerja nya. Dialah ibu kepada anak-anak dan isteri melayan suami.
Jadi wanita cantik sekalian, wajib menjaga cara pemakanan dan memerlukan suplemen tambahan untuk mengekalkan kesihatan di tahap optimum.
Oleh itu Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya. Produk itu ialah Set Kesihatan Wanita (Women's Health Shaklee).. Apa dia Set Kesihatan Wanita ni?
Apakah kebaikan Women's Health Shaklee ini?
~ Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos.
~ Menggalakkan kulit yang cantik.
~ Menggalakkan tulang yang kuat.
~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
~ Melegakan sakit-sakit sendi.
Kesihatan itu adalah anugerah Allah. Namun, bukan bermakna kita sebagai wanita, berserah sahaja dengan ketentuan, perlu juga berusaha untuk ambil berat kesihatan diri sendiri.. Sebab anda adalah anak kepada ibu bapa, isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak, malah anda juga adalah srikandi negara.
No comments:
Post a Comment