Pagi Khamis yang damai ni, MD nak share tentang Power Pumping. Sebenarnya dah lama MD nak wat entry psl ni. Gara2 seorang kwn yang jauhhhhh di mata tapi dekat di hati bertanya kan pd MD tentang tips penyusuan susu ibu.. Beliau yang jelita adalah ibu muda.. Duduk jauh dr keluarga, berpantang seorang diri di sana, menangani masalah susu kurang n etc etc etc.. So, rini MD wat entry pasal Power Pumping(PP) ni..moga ianya bermanfaat buat anda dan saya juga...
Apa itu PP?
Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang memerlukan PP?
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang perhasilan susu
- Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat PP?
Saya Pakai ini je pon.. Dah dua anak saya menggunakan khidmat dia.. sangat syok! |
Untuk Simgle Pump -
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam
Idaman saya... Hihi.. |
Untuk Double Pump -
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Waktu yang sesuai untuk buat PP?
Waktu yang paling sesuai untuk PP adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur... ini kerana hormon prolaktin pd waktu itu adalah sangat tinggi. Tapi ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan diri sendiri nak berPP waktu bila pun. Yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal..
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Ok, harus ingat bukannya sekali buat terus susu jadi byk tau. PP memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...
Setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah.. Bila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...
Satu lagi, sepanjang proses PP ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah..haru pulak nnti kalu rosak)...
So, kalian2 semua, manage jadual pengepaman sebaiknya... Masukkan sekali satu waktu dalam jadual pengepaman seharian itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping... Insya allah, hasilnya sangat berbaloi2.. Disamping itu boleh cuba amik Set breastfeeding 3M Shaklee untuk membantu.. TAPI, harus diingat, Teruskan perjuangan and JANGAN GIVE UP!! Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!