Saturday, 30 March 2013

Ciumlah Anakmu.

Assalamualaikum..

Sihat ke kalian hari ni?hehe..saya baru berpeluang nak berehat2 sambil update blog.. Anak2 dara yang manis dah tidur... Arini berperang.. Adik demam sebab nak tumbuh gigi asik meragam je, kakak yang x boleh tengok ibu diam2 pegang hp/ipad/laptop.. Or ibu pegang adik yang manja pun dia cemburu mula lah bertolak2.. Semua nya nak perhatian ibu.. Haishhh... Geram rasa nak gigit je budak2 comel ni...

Update hari ni,saya nak share dari FB.. Saya pun x ingat siapa yang buat artikel ni.. Tapi sangat menarik untuk dishare dgn semua..

Mencium anak adalah salah satu cara kita menunjukkan kasih sayang kita pada anak2 tapi disebalik ciuman tu terdapat fadhilatnya.. Jom kita tengok apa fadhilatnya bila kita mencium anak2 kita ni...

"Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu akan di balas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara 2 darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.. Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya nescaya mendapat rahmat dari Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.."

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan 'aku sayang anak aku' akan terus ke dalam jiwa.

Saya kalau bab cium anak memang suka.. Masam masin peluh berlemoih pun suka jugak nak cium.. Suka tengok anak ketawa. Suka tengok anak hepi bila ibu cium.. Terutama kakak. Dia adalah kakak yang baik, namun cemburu tetap ada.. Bila datang angin nya, dia akan buat adik sebab merasakan perhatian adik tu sepatutnya dia yang punya.. Tapi bila ibu cium2 dia, sayang peluk dia, dia akan senyum senang.. Eh, ada ke org yg x suka cium anak ek?

Jangan lupe ye kawan2.. Jom cium anak2 kita selalu. Moga mendapat fadhilat yang besar oleh Allah.

No comments:

Post a Comment