Monday, 15 October 2012

Review --> Dish Wash Concentrate SHAKLEE

Hehehe...ini hari Mak Dara nak wat sikit review (bukan sebab nak bjual2 semata) pasal dish wash Shaklee ni..




Ini le dia nya rupa Dish Wash yang dimaksudkan.. Ok, saya memang agak memilih sikit bab pencuci segala ni sebab tangan saya sangat sensitif dgn sabun yang kuat.. Dengan kata lain, tangan saya allergik sabun. 

Dulu masa skolah asrama, dek kerana allergik ni, saya hanya rendam baju dgn sabun serbuk dalam 1-2 jam patu berus dan bilas.. Sangat mengelak utk pegang sabun lelama sbb nanti tangan saya akan kering, mengelupas, n paling teruk merekah n berdarah2 dgn sendiri kerana terlampau kering. Memang x best. Dah la tangan kanan lak tu. Nak makan pon hilang nafsu..

So, masa pantang hari tu saya habis kan di kampung Cik Mat, Mak guna sabun basuh cap ayam.. Mak oii.. Sangat le kuat sabun tu.. X best sbb bila dah bilas pun saya masih lagi rasa sabun di tangan. =( Tapi x kan la nak wat perangai Diva plak kan x mau tolong basuh pinggan.. Huhu.. So tangan saya memang sangat teruk.. Kasar dan berdarah.

Bila balik kulim, saya belek la buku katalog Shaklee. Kebetulan sabun basuh pinggan cap itik saya dah nak habis.. so saya pk, ape salah nya cuba kan.. Dah kata jimat sangat, meh nak tengok jimat ke x..

Bila dah beli, dalam hati kata, aik..besar ni je botoi ny? besar lagi sabun cap itik aku beli dulu.. Tapi bila dah guna...wowwiiee..!! Sangat puas ati.. Memula picit sebesar duit lima posen..banyak tu..campur air,hmm..x de warna pon..rugi duit aku ke..?

Start basuh..eh...syok nya..rasa bersih. bila bilas x de rasa sabun2 kat tangan..hari ni tangan saya dah mula nak recover balik..x de lagi dah kasar2 tu..Syok gila ok..bau pon wangi..bila basuh minyak2 pon sangat senang tanggal dgn kuantiti sabun banyak tu.. BEST GILA OK!!!

haa..ni saya amik dari website shaklee..


Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan
Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda.  Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

Get Clean Dish Wash ternyata: 
•  Lembut pada tangan
•  Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
•  Tahan lama kerana kepekatannya
•  Menjadikan pinggan bersih berkilau
•  Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama
Mesra alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Oooo...patut lah tangan ku kini semakin lembut...hehehe

Meh beli meh..best! Bukan mahal sangat pon.. RM28 je utk 16oz.. Tapi tahan lamaaaa... Sape x mau kan...

 untuk sebarang pertanyaan 
* sms|whatsapp 0135818283
* email hanni.kamilla@yahoo.com
Hanni

No comments:

Post a Comment