Sunday, 25 February 2018

Kenapa Masih Setia Dengan Shaklee?

Bismillah..

Assalamualaikum..



Sebelum Cik Anie tutup mata malam ni, Cik Anie nak share, kenapa Cik Anie sangat setia dengan Shaklee dari mula kenal dulu tahun 2013 sampai lah sekarang.
Produk Shaklee ni di hasilkan oleh barisan saintis-saintis yang sentiasa menjalankan kajian untuk memastikan kualiti produk yang dihasilkan tu tip top dan beri kesan positif pada orang. Makna kata lain nya, pengguna semakin sihat la.

Kajian yang dilakukan bukan lekeh², sebab ada beratus jurnal² tentang kajian yang diorang buat. Shaklee laburkan berjuta² dolar untuk tujuan ini tau. Bukan nya syok sendiri la cerita nya.

Dan Cik Anie pulak, memang jenis perangai, kalau nak jual/promote apa pun, test pada diri sendiri dulu. Tak ok or tak bagus, memang x suggest kat orang. Pasal ape? Kang jadi tak elok kat korang, Cik Anie pun dapat saham dosa sama suggest benda yang mudarat. Risau jadi tak berkat lak nanti  duit yang dapat dari hasil keuntungan berniaga tu.

Tapi, dengan Shaklee, Cik Anie yakin sangat sebab Cik Anie amalkan sendiri. Dan kesan dia pada diri sendiri ni, Alhamdulillah sangat positif. So sebab tu Cik Anie happy nak share kebaikan Shaklee tu pada orang lain sama. Supaya orang lain pun dapat kesan positif tu.

Tak kenal, maka tak cinta 😘 so mari la kita berkenalan dengan Shaklee.


MD

Thursday, 8 February 2018

The Science Of Shaklee Youth

Bismillah..

Assalamualaikum..

Semalam mama Shaklee Cik Anie kongsikan video klip tentang forum yang bertajuk 'The Science Of Shaklee Youth'.

So selepas menonton forum ni, Cik Anie rasa macam dah jatuh tahap WAJIB kena share dengan uolls. Sebab sangat WOW! Panel jemputan pun bukan calang-calang orang.

Virgini Descamp tu lama di Estee Lauder.. Givency... Dan macam-macam big brand yang lain. Pengalaman beliau lebih 20 tahun dalam skincare industry tau..

Jemput tengok. Dan jemput teruja sama k.. 😘


MD

Wednesday, 7 February 2018

CEO Shaklee jadi tikus makmal?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Korang buat apa tu..? Cik Anie baru la dapat rehat-rehat sat.. Buah hati tolong jaga kan anak-anak sementara Cik Anie update blog.. hihi.. TQ darling by the way.. 😘


Cik Anie saja nak kongsi dengan korang sama gambar ni.. Lelaki dalam gambar tu adalah CEO Shaklee iaitu Mr Roger Barnett.

Hat botol banyak-banyak kat rak tu pulak adalah di ambil di rumah beliau. 

Encik Roger ni sendiri tau dah mencuba baaaanyak produk skincare yang terkenal dan sangat gah di pasaran sebelum beliau menghasilkan rangkaian skincare Shaklee yang terbaru ni iaitu - YOUTH.

“It's could be GOOD but i want it BETTER for my Shaklee Family” - Roger Barnett

So, bila Youth ni di hasilkan, beliau mencuba satu per satu produk Youth sehinggalah beliau berpuas hati dengan result yang beliau perolehi hasil meng'guinea pig' diri sendiri.. Eh ape daa ayat Cik Anie.. haha.. Tapi betui la, dia sendiri mengambil risiko mencuba setiap satu produk Youth tu sampai puas hati dengan penghasilan Youth ni.

Disebabkan kecerewetan dan mahukan hanya yang TERBAIK untuk pengguna Shaklee, maka produk Youth ni memakan masa sehingga 8 tahun untuk dihasilkan. Kena melalui semua ujian klinikal dulu sebelum di pasarkan kepada kita.

Lama kan?!

Yup. 8 tahun ok. Bukan 8 bulan atau 8 hari. Tapi 8 tahun.

Memang tersangat la lama dan banyak duit telah dilaburkan sebelum terhasilnya premium skincare produk ni.

Keselamatan pengguna memang tiada kompromi bagi Shaklee. Hanya yang terbaik. Kesan yang terbaik. 

Memang Shaklee jamin yang set premium skincare ni bebas dari 1500 jenis bahan kimia yang sangat berbahaya pada manusia. Dan kepuasan hati pengguna Shaklee memang menjadi keutamaan.

Cik Anie pun rasa sangat WOW! 8 tahun weh. Entah berapa puluh juta la duit yang dilaburkan untuk kajian sehingga terhasilnya kejadian Youth ni kan. Lepas tu CEO Shaklee tu sendiri cuba try test kat diri sendiri sebelum bagi orang lain guna.

Agak-agaknya berapa ramai la CEO or founder local or international product yang benar-benar menggunakan product yang mereka hasilkan sendiri? Sesuatu untuk di fikirkan...

Ish.. 

Cik Anie makin excited sangat dengan Youth ni tau.. Dah tak sabar nak guna. 

Uolls pulak macam mana? Dah ready?

MD

Tuesday, 6 February 2018

Youth Skincare ~ Yang Terbaru Dari Shaklee

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasanya kalau sebut pasal Youth Skincare, mesti ramai yang dah dengar kan..? Semua SID seantero Malaysia dok sebut-sebut kan.. Tapi, bagi yang belum tahu, Youth Skincare ini adalah 'buah tangan' yang terbaru dari Shaklee.

Semalam ada roadshow pasal Youth Skincare ni dekat The Light Hotel, Penang. Alhamdulillah, walaupun agak terkejar-kejar, sempat jugak la Cik Anie masuk duduk dan dengar pasal Youth ni.



Set penjagaan kecantikan Youth ni dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia tau! Indeks Usia Kulit mengukur penampilan tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Maknanya bukan main hentam keromo je di hasilkan. Sebab Shaklee memang nak beri yang terbaik pada kita semua.

Produk Youth ni memang Shaklee janjikan bahawanya ianya :-

  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Non-Comedogenic
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi
Haa.. best kan?

Follow blog Cik Anie k. Tunggu Cik Anie update lagi pasal Youth Skincare ni.

By the way, Cik Anie nak buka Kutu RM100 x 10 orang. Boleh ambik barang kemas atau pun produk Shaklee. Kalau nak beli Set Premium Youth Skincare pun boleh tau..

Whatsapp Cik Anie laju-laju tau.. 013-5818283

MD

Sunday, 4 February 2018

Diary Cik Anie ~ MANA DUIT BANTUAN SAYA?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi, Cik Anie decide nak kembali berleteren di dunia maya. Haha.. Berleteran gittew.. Ada yang rindu Cik Anie tak? Hihi..

So untuk permulaan, Cik Anie nak bercerita pasal kerja Cik Anie. 

Semua orang tahu kot Cik Anie kerja apa kan.. So Cik Anie tak mahu cerita yang tu.. 

Yang Cik Anie nak cerita adalah tentang duit bantuan kewangan kebajikan. Rasanya sejak dari hujung Januari, sampai ke la ni klien bertanya kan duit bantuan yang tak muncul-muncul dalam akaun masing-masing. 

Cik Anie tak mau sebut bila masuk sebab Cik Anie pun tak tahu duit FEBRUARI tu masuk bila.

Tapi, nak cerita soalan biasa klien tanya.. 

'Bila duit bulan Januari nak masuk ni? JKM tak wat keja ka?!'

Slow² Cik Anie tarik nafas dan lepaskan. Kemudian bertanya, 'bulan 12 hari tu keluar duit berapa?'
'RM400.'
'Sebelum ni keluar duit berapa?'
'RM350'

Lalu, dengan senyum simpul, Cik Anie menjawab di dalam hati.. 'HAMBOII, LEBIH RM50 TU HANG TAK TANYA PULAK MAI MANA?!! Yang lebih, ambik wat senyap. Tang lambat, hmpa kata macam²'.... Tapi tersekat dalam hati je laa... Kih.. Kih.. Kih..

Gini tuan dan puan, ni Cik Anie cerita bagi Daerah Kulim saja lah. Untuk bayaran bulan Januari, semua dah selesai di bayar pada pertengahan bulan Disember. Yang masih belum di bayar adalah bantuan Am sahaja. Itu pun dalam proses untuk pembayaran.

Yang tidak masuk lagi adalah bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar, Bantuan OKU Bekerja, dan juga Bantuan Orang Tua. Kami di fahamkan bukan Daerah Kulim sahaja tetapi satu Malaysia.

Tetapi, JANGAN RISAU. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyegerakan bayaran tuan puan semua.. Harap bersabar lah ya.

Dan mohon jangan tanya bila tarikh masuk. Cik Anie tak berani nak bagi tarikh. Nanti kalau bagi tarikh, tetiba duit tak masuk jugak, jenuh pulak Cik Anie nanti.

So, harap dapat membantu. Dan kami mohon maaf atas segala kesulitan yang tuan puan hadapi.

Eh, tapi ade ke klien yang baca blog Cik Anie? Ahhh.. Tak kisah la. 

Much Love,
Cik Anie.