Thursday, 24 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Tadika Al-Raihah

Assalamualaikum..

Pagi Jumaat yang indah. Cik Anie pun baru sudah belek-belek pokok bunga. Sambil tunggu Cik Mat balik dari kerja, ambik kesempatan jap la update blog.

Dua-tiga hari ni agak sibuk. Banyak program. Biasa lah hujung-hujung tahun ni kan.. 

Khamis lepas Cik Anie ada program Simulasi Bencana di Jitra. Dah 10 tahun bekerja dalam JKM, Cik Anie sebenarnya tak berapa tahu lagi jika berlaku bencana, apa step-step yang akan dilakukan..


Ni je gambar selfie yang sempat.. Gaya macam sibuk sangat je kan.. Haha.. Time ni tengah setup sistem pe semua.. 

Tengah-tengah program lak tetiba terbaca group whatsapp Taska budak-budak ni, kata esok (Khamis) ada jamuan akhir tahun tadika. Kena bawak hadiah untuk tukar dengan kawan-kawan dan kena bawak potluck jugak untuk banyak kan menu..

What?!!! Bebudak ni tak cakap apa ponn.. Rupanya cikgu bagi dah surat. Tapi haram dibaginya kat ibu.. 😭 dah la ibu korang dok ada kat Jitra ni. Dapat tau lak dah pukul 3 lebih! Mana nak order makan suntuk sangat ni..!!

Maka ibu mintak ayah tolong carikan hadiah. Dan ibu lak sibuk whatsapp sana sini nak Apam Polkadot ke apa ke.. Tapi suntuk sangat masa. Siapa yang nak kan?

Last sekali teringat seorang baker yang Cik Anie beli kek 3-4 hari sebelumnya..Ci Cik Anie kata buat la apa pun yang budak-budak suka nak makan. Maka dia cadangkan Agar-agar santan pandan.. eh ke pandan santan? Ahh.. Whatever asal korang paham.


Nampak sedap. Makan waktu sejuk-sejuk kann.. Tapi memang sedap pun. Kek dia pun sedap-sedap. Orangnya pun ramah..

Sampai Kulim malam tu dekat pukul 1. Memang sampai je letak barang terus naik tidur. Letihhh..

So semalam Cik Anie memang ke sana ke mari la.. Ambik agar-agar, hantar diorang gi Tadika, beli makan, bawak balik rumah. Sudah makan, keluar pulak, gi Sungai Bakap, balik Kulim jumpa sifu Emas, kemudian pegi pejabat pos pulak. Last baru ambik anak-anak kat tadika..

Memang sampai je rumah terus pengsan! Memang letih sangat. Terjaga dah pukul 5 lebih. Haihh..

Teringat masa ambik depa kat Tadika, cikgu nya bagitau. Nasywa dapat anugerah pelajar apa tah, terbaik ke apa tah.. cikgu tu pun lupa haha.. Cik Anie punya reaksi? 2-3 kali tanya.. betoi ka? Pasal Nasywa ni suka main. So macam tak percaya ja.. 😆😆 Teruk betoi kan ibu ni.. 😅😅

After all, rasa syukur sebab everything berjalan dengan lancar..

No comments:

Post a Comment