Wednesday, 30 November 2016

Essential Oil - Geranium

Assalamualaikum..

Semalam Cik Anie dah share testimoni kastemer yang suka bangat dengan bau Essential Oil yang ada dalam produk Primo. Korang ada baca tak? Bagi yang belum baca, boleh la klik link yang Cik Anie tepek ni..

Memang banyak feedback yang pihak HQ mahu pun agen-agen FreshPicks terima dari customer yang menggunakan set Primo.. Contoh adalah :

"suka bau face oil complex dan serum tu.. refreshing sangat"



Nak tahu kenapa?

Kerana pihak HQ telah menggabungkan beberapa essential oil sebagai ramuan premium dalam bancuhan face oil complex dan juga face serum. Bancuh sendiri ya. Memang freshly homemade!

ESSENTIAL OIL bukan sahaja kaya dan mewah dengan khasiat yang baik untuk kulit malah ia memang sangat menenangkan...

Antara essential oil yang terdapat dalam face serum dan face oil complex adalah GERANIUM.



Cik Anie tepek sikit info pasal Geranium ni..

The botanical name for Geranium is Pelargonium Odorantissimum.

Geranium Essential Oil terkenal dengan fungsi sebagai

  • Astringent
  • Antibacterial 
  • Antimicrobial
  • Deodorant


Apa manfaatnya terhadap kulit kita?


  • Mengalakkan kesihatan sel dan regeneration sel baru
  • Membantu menghalang kulit dari mengendur
  • memulihkan jerawat dan parut
  • sebagai antiseptic untuk luka
  • mengurangkan radang
  • Mengurangkan kedutan
  • Mencantikkan kulit
  • Insect reppelant and bug bite healer


Apa pula manfaatnya terhadap minda kita?


Geranium essential oil terkenal untuk menggalakan fungsi mental dan menaikkan semangat. Bagus untuk people yang ada masalah depression, anxiety and anger.

Bagus kan?


Antara produk FreshPicks yang ada  Geranium Essential Oil di dalamnya adalah :-


Arganne Face Oil Complex 


Face Serum Hyaluronic Acid



Ultra Moisturizer



Dan sedikit info tambahan yang sangat menarik.. Geranium Essential Oil ni juga bagus sebagai insect repelant dan bug bite healer. Jadi kalau korang ada anak-anak kecil tu memang elok standby Ultra Moisturizer ke mana sahaja. Ultra Moisturizer memang sangat multipurpose!

#freshpickslover #Freshpickskulim
MD

Tuesday, 29 November 2016

Wangi Sangat Produk FreshPicks

Assalamualaikum..

Bangun pagi ni Cik Anie buka instagram (boleh follow ya ---> Freshpicks_Kulim). Tengok di ruangan message tu ada notification. Menandakan ada new incoming message..

Bukak je, haaa.. Cerah terus bijik mata.. Haha.. Berbunga-bunga hati mak ni. Korang tengok la sendiri ni.. Best kan?



Dia kata dari rasa dizzy, tapi bila bau aroma Argan Face Oil dan Face Serum, terus rasa relief. Rasa tenang je..

Yang sebenarnya bukan beliau sorang je yang rasa macam tu. Ramai yang bagi feedback yang sama. Macam Cik Anie sendiri pun kan, apply Argan Face Oil dan Face Serum tu setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Bila pagi-pagi tu rasa fresh sangat. Bau harum aroma nya tu memang buat Cik Anie rasa bersemangat je. Lepas tu bila dah seharian, badan penat, balik rumah pulak bersilat dengan anak-anak lagi, aduhai.. Memang cepat je darah nak naik rasa nya. Tapi sebelum tidur WAJIB apply dua-dua ni kat muka. Dia punya rasa tenang tu, MasyaAllah. Lupa yang badan penat. Lupa yang tadi letih dengar anak-anak bergaduh. Stress dengan kerja yang tak pernah habis. Tidur pun mudah lena. Dan bangun pun mudah, insyaAllah.

Bertuah anda yang menggunakan FreshPicks tau. Sebab bukan sahaja kulit kita yang dapat manfaat. Tapi kita pun tenang sama menguruskan kehidupan.

Cuba lah dulu.

Barang FreshPicks ada macam-macam jenis. Yang paling mahal pun RM139.00! Mana nak dapat produk elok, ingredients mewah, tapi harga mampu milik? Betul tak?





Monday, 28 November 2016

Ahli Keluarga Baru Cik Anie

Assalamualaikum..

Entry kali ni Cik Anie nak catatkan tentang ahli keluarga baru Cik Anie.. Baru ambil dia hari ni.. Anak no 4 la ni kira-kira nya..

Perkenalkan Miki.. Umur budak ni baru setahun.


Meh Cik Anie cerita sikit sejarah Cik Anie dengan kucing ni.. Cik Anie sebenarnya memang suka sangat dengan kucing.. 

Dulu sebelum kawen memang Cik Anie ada bela kucing. Itu pun kakak ipar pregnant, dan dia bagi kucing tu pada Cik Anie.. Mama tak berapa sangat dengan kucing ni tapi sebab papa support Cik Anie, so kira bertuah la dapat bela..

Sebijik serupa macam Miki ni. Manja sangat. Gemok. Haha.. Papa cukup sayang dengan dia.

Tapi nak jadi cerita, satu hari Cik Anie nak gi kerja. Dah panggil dah budak bulus tu.. Tapi entah ke mana merayap nya dia. Cik Anie memang dah confirm yang dia  tu tak ada bawah kereta. Tu yang start kereta dan undur.. Tetiba ni dia datang dari entah mana, dan Cik Anie terlenyek dia masa ngundur tu. Patu lenyek lak lagi sekali ke depan... Aduhh.. Kena bahagian perut ke kaki gitu. 3-4 hari lepas tu dia mati 😭😭 

Sejak tu memang Cik Anie fobia dah nak bela kucing. Seriau jadi lagi. Huhu..

Tapi budak ni, Cik Anie pun tak tahu la kenapa. Nampak kawan pejabat iklan kan nak jual. Cik Anie cakap pada dia, jual la sekor. Dia kata ok.

Tengahari Cik Anie gi beli sangkar, pasir, makanan dia. Sepanjang balik pejabat dok pk, betoi ka aku nak bela kucing nii..?



Tapi bila tengok Miki ni, Allahuakbar.. mengingatkan Cik Anie pada kucing yang dulu tu.. corak di badan sama sangat. Terus jatuh sayang.

Dalam kereta masa nak balik kerja tu, Cik Anie nebes sangat. Bukan risau penerimaan Cik Mat dan anak-anak. Tapi, sebab nak kembali bela kucing.. Fobia sejarah lama kembali berulang.. Nangis!!

So far banyak lagi Cik Anie nak kena belajar tentang ilmu kucing ni. Macam mana nak bawak travel. Macam mana penjagaan terbaik utk dia.. Korang kalau ada info-info tu share la ek..


Apa pun, ibu is super excited. Sama dengan budak-budak. Nak tido dengan miki la, tak nak gi sekolah esok la sebab takut ayah tak bagi makan kat budak Miki tu.. Macam-macam hal..

Till then.. Take care.

Friday, 25 November 2016

Perlu Atau Tak Orang Perempuan Ada Duit Sendiri?

Assalamualaikum..

Tajuk kemain panjang! Hahah..

Baru-baru ni ada seorang klien hadir ke pejabat. Di bawa oleh kenalan beliau.


Beliau merupakan seorang OKU. Di sebabkan oleh strok. Menerima bantuan atas nama suami yang menjaga beliau semasa terlantar akibat strok.

Beliau hadir untuk mengeluarkan duit bantuan dalam bank suaminya. Beliau beri sekali satu salinan report polis.

Membaca report tu sahaja dah buat dada ni sesak. Suami yang di percayai tergamak 'makan' anak beliau. Haihh..

Beliau seorang janda anak dua sebelum berkahwin dengan suami yang juga seorang duda anak dua. Si suami memang malas bekerja. Makan tidur sahaja taunya. Hidup nya di tanggung oleh isteri. 

Isteri pulak celik mata sampai pejam mata, kerja kerja kerja. Duit semua bagi suami. Sampai satu tahap, tension sangat agaknya, jadi strok sebelah badan. Sehingga menyebabkan terlantar 2-3 tahun. 

Cik Anie sangkakan si suami buat kerja bila isteri dah sakit. Rupanya dari masa sihat lagi. Dua-dua anak tiri dia 'makan'. 

Macam mana beliau boleh tahu?

Ada orang yang tolong beliau, bawak ke orang ngurut. Orang ngurut ni rupanya boleh mengubat. Dia lah yang singkap satu persatu rahsia suami tak guna tu. Selama ni pandangan isteri 'ditutup' dengan diberi makan benda-benda kotor. Setelah berubat, baru lah dia nampak sikit-sikit perangai suami.

Sekarang dalam proses nak tuntut cerai.. Buat apa nak disimpan laki tak guna macam tu kan..

Eh.. apa kaitan dengan tajuk Cik Anie? 

Sebenarnya Cik Anie nak beritahu.. Orang perempuan ni, tak kisah lah kaya mana pun, kena ada kerja. Kena ada duit sendiri. Kena ada saving sendiri.

Kenapa?

Kita bukan doa yang buruk-buruk. Tapi kita tak tahu di masa hadapan tu bagaimana.. 

Ditinggalkan dengan anak berderet kah?
Kematian suami kah?
Suami jenis kedekut haji bakhil kah?
Macam-macam lagi kemungkinan boleh jadi. Betul tak?

Jika keadaan seperti itu datang, apa nasib anak-anak kita?

Macam mana kita nak bangkit semula untuk hidup baru?

Cik Anie paling concern pada nasib anak-anak. Kita sahaja tak pe. Kita boleh survive. Tapi anak-anak? Lagi kalau diorang still kecik lagi. Dok minum susu lagi. Susu sekarang bukan murah harga nya.

Apa kerja nak buat?

Allahuakbar..! Dunia ni luas tanpa sempadan. Klik klik klik sahaja merata dunia boleh pergi.

Tak tahu teknologi? Tak apa, cari lah apa-apa kerja yang boleh dilakukan. Tak boleh keluar rumah? Apa masalah nya? Banyak kerja boleh di buat di rumah. Menjahit. Memasak. Buat kek. Mengasuh. 

Pendek kata nak dengan tak mahu sahaja.

Cik Anie ingat selalu pesan mama dan arwah papa.. Senang macam mana pun, bahagia macam mana pun hidup kita, jangan sekali-kali berhenti kerja. Kena jugak kerja. Cari duit. Ada saving sendiri. Siap pesan, jangan beritahu suami berapa saving kita ada..

So tepuk dada tanya hati. Dalam facebook tu bersepah kisah masyarakat yang boleh dijadikan teladan. Ambik iktibar darinya..

Nak belajar berniaga? Boleh. Cik Anie jual Shaklee, emas dan FreshPicks. Eh..? 😆😆

Take care selalu..

Thursday, 24 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Tadika Al-Raihah

Assalamualaikum..

Pagi Jumaat yang indah. Cik Anie pun baru sudah belek-belek pokok bunga. Sambil tunggu Cik Mat balik dari kerja, ambik kesempatan jap la update blog.

Dua-tiga hari ni agak sibuk. Banyak program. Biasa lah hujung-hujung tahun ni kan.. 

Khamis lepas Cik Anie ada program Simulasi Bencana di Jitra. Dah 10 tahun bekerja dalam JKM, Cik Anie sebenarnya tak berapa tahu lagi jika berlaku bencana, apa step-step yang akan dilakukan..


Ni je gambar selfie yang sempat.. Gaya macam sibuk sangat je kan.. Haha.. Time ni tengah setup sistem pe semua.. 

Tengah-tengah program lak tetiba terbaca group whatsapp Taska budak-budak ni, kata esok (Khamis) ada jamuan akhir tahun tadika. Kena bawak hadiah untuk tukar dengan kawan-kawan dan kena bawak potluck jugak untuk banyak kan menu..

What?!!! Bebudak ni tak cakap apa ponn.. Rupanya cikgu bagi dah surat. Tapi haram dibaginya kat ibu.. 😭 dah la ibu korang dok ada kat Jitra ni. Dapat tau lak dah pukul 3 lebih! Mana nak order makan suntuk sangat ni..!!

Maka ibu mintak ayah tolong carikan hadiah. Dan ibu lak sibuk whatsapp sana sini nak Apam Polkadot ke apa ke.. Tapi suntuk sangat masa. Siapa yang nak kan?

Last sekali teringat seorang baker yang Cik Anie beli kek 3-4 hari sebelumnya..Ci Cik Anie kata buat la apa pun yang budak-budak suka nak makan. Maka dia cadangkan Agar-agar santan pandan.. eh ke pandan santan? Ahh.. Whatever asal korang paham.


Nampak sedap. Makan waktu sejuk-sejuk kann.. Tapi memang sedap pun. Kek dia pun sedap-sedap. Orangnya pun ramah..

Sampai Kulim malam tu dekat pukul 1. Memang sampai je letak barang terus naik tidur. Letihhh..

So semalam Cik Anie memang ke sana ke mari la.. Ambik agar-agar, hantar diorang gi Tadika, beli makan, bawak balik rumah. Sudah makan, keluar pulak, gi Sungai Bakap, balik Kulim jumpa sifu Emas, kemudian pegi pejabat pos pulak. Last baru ambik anak-anak kat tadika..

Memang sampai je rumah terus pengsan! Memang letih sangat. Terjaga dah pukul 5 lebih. Haihh..

Teringat masa ambik depa kat Tadika, cikgu nya bagitau. Nasywa dapat anugerah pelajar apa tah, terbaik ke apa tah.. cikgu tu pun lupa haha.. Cik Anie punya reaksi? 2-3 kali tanya.. betoi ka? Pasal Nasywa ni suka main. So macam tak percaya ja.. 😆😆 Teruk betoi kan ibu ni.. 😅😅

After all, rasa syukur sebab everything berjalan dengan lancar..

Tuesday, 22 November 2016

Testimoni Set Primo FreshPicks

Assalamualaikum..

Salam bahagia semua.. Bumi Kulim baru je lepas hujan dengan sangat lebatnya. Alhamdulillah, sejukkk je. Sesejuk hati ni tengok testimoni-testimoni pengguna Set Primo nih tau..

Makna nya bukan Cik Anie sorang je la yang jatuh cinta dan berpuas hati dengan Set Primo nih..

Jom kita tengok..


Bau pun wangi. Muka nampak glowing!


Kulit terus rasa lembab dan lembut.


Kulit jadi lembab, ringan dan muka pun bau wangi. Still terasa muka fresh biar pun dah berjam-jam pakai..


Bau wangi semulajadi. Tak guna pewangi tiruan ke apa.. Semuanya wangi dari essential oil.


Parut nampak berkurangan atau pudar.


Jeragat makin pudar! Wahh!!! Best nya!


Muka terasa pinkish. Ekzema anak pun jadi kering dan kulit moist.


Pori-pori pun mengecil! Best tu.. Cik Anie pun baru terperasan pori-pori semakin mengecil tau..


Argan Face Oil Complex yang cepat menyerap dalam kulit. Meninggalkan kulit tanpa rasa berminyak. 


Muka licin macam kulit telur! Pori-pori semakin mengecil. Kulit nampak licin bersinar.


Ringan dan tak berminyak pun muka.


Blackhead makin tak ada. Bekas jerawat semakin pudar.


Pipi rasa tegang dan muka langsung tak berminyak.


Seminggu guna, muka dah nampak glowing. Kesemua produk yang di gunakan sangat best dan perfect! Smooth je..


Pori-pori mengecil! Hidung pun makin licin


Muka still rasa fresh even dah berpeluh-peluh buat kerja luar.

Haa.. Amacam? Best kan baca testimoni semua pengguna Set Primo ni..

Cik Anie pun sama tak terkecuali. Memang berpuas hati sangat-sangat. Mula-mula pakai rasa ragu-ragu. Argan Face Oil..?! Tepek muka? Tak berminyak ke? Tapi rupa nya memang sangat-sangat best pun. Langsung tak rasa berminyak.. Memang cepat serap. Bila pakai DD cream pun tak rasa berat muka dan berminyak. Dan tak tinggalkan kesan pada tudung langsung tau!

Korang patut cuba sendiri dan rasai kesan magic selepas penggunaan Set Primo ni. Memang Hot Selling item ni..

Cik Anie boleh COD di sekitar kawasan Kulim ya.. Boleh call or Whatsapp terus ya.. 013-5818283. Save no ni tau..

Till then, take care.
MD

Saturday, 19 November 2016

Santai Hari Sabtu

Assalamualaikum..

Petang sabtu ni, Cik Anie tengah relax layan anak-anak.. Anak dara sulung tengok tv. Anak dara tengah lak ralit mewarna. Anak teruna pulak ade je kerja nya.. 

Tapi sambil-sambil relax tu pun, tangan sibuk reply whatsapp customer yang tanya pasal FreshPicks ni. Sejak-sejak Cik Anie start sharing pasal FreshPicks ni ramai yang dah mula berminat nampaknya.. Saya suka!

Cik Anie pun tak tahu nak tulis tentang apa sebenarnya hari ni. Hahaha.. 

Ada dah topik dalam kepala. Seronok jugak kalau share dengan korang..

Semalam Cik Anie order kek coklat. Cik Anie jangkakan akan siap petang hari ni. Rupanya tengahari dah dapat call dari sis tu yang kek dah siap. Apa lagi.. kelam kabut la ibu ni siap-siap mandi. Tak kan pulak nak gi ambik kek dengan bau hanyir ikan kot kan.. Pengsan orang satgi..

Sudah mandi, Cik Anie pun ngadap cermin..

Letak 2-3 drop pure Argan Oil atas tapak tangan, gosok-gosok dan lurut kat rambut.. Sikat rambut elok-elok baru ikat. Bau dia, best nya..

Ambik pulak Rosewater Face Mist, sembur 2-3 kali kat muka. Buat jadi toner. Bau ros tu memang menyegarkan.. 

Letak pula 2-3 drop Face Serum. Sapu keliling muka. Bahagian mata tu dap dap kan aje keliling nya..

Titik pula 2-3 drop Argan Face Oil dan sapu di muka.. Buat urutan lembut.. Terasa nyaman dan tenang sangat dengan bau harum essential oil yang ada dalam tu..

Kemudian sudahi dengan Foundation. Satu dot di dahi, satu dot di dagu dan satu dot di pipi. Ratakan dengan brush.. Sekata dah warna. 

Oleskan nipis-nipis Lip Treatment di bibir. Untuk efek natural dalam masa yang sama merawat bibir.

Dahh.. Siap! Simple dan natural. Tempoh bersiap tu tak sampai 10 min. Lupa pulak nak tangkap gambar sebab keluar senyap-senyap tak nak bagi anak bujang terjaga.. Hihi..

Apa yang Cik Anie guna? Dah tentu lah Set Primo Exclusive. 


Memang jatuh cinta sangat. Sangat natural dan serasi dengan kulit Cik Anie. Dah tentu lah serasi. Tak ada bahan kimia kan.

Cik Anie sangat syorkan anda cuba set ini. Risau tak serasi? InsyaAllah bila dah cuba pasti akan jatuh cinta... Macam Cik Anie lah..

Kalau berminat, boleh Whatsapp Cik Anie terus ya.. 013-5818283. Boleh cod sekitar Kulim InsyaAllah. 

Eh.. terpromote lak.. hahaha.. k bye..

Take care 😘

Wednesday, 16 November 2016

Mari Berkenalan Dengan Produk Freshpicks!

Assalamualaikum..

Hari ni Cik Anie happy sangat tau.. Sebab telah menjebakkan kawan-kawan Cik Anie menggunakan produk FreshPicks. 😀😀 Produk best kan, wajib di kongsi kebaikannya!

So.. Cik Anie nak menjebakkan pulak reader blog Cik Anie.. 

Jom kita berkenalan dengan produk FreshPicks.. Apa yang ada ya?

Jom.. cekidaut..


Dalam FreshPicks ni dia ada bermacam produk.. Dari muka, bibir, badan.. From top to toe lah senang cerita..

👉🏽 Menggunakan bahan-bahan natural, oganik dan BEBAS KIMIA berbahaya.
👉🏽 Menggunakan bahan RAMUAN PREMIUM berkualiti tinggi dan terpilih
👉🏽 Produk adalah FRESHMADE.. Apabila ada order baru lah di buat..
👉🏽 Produk HOMEMADE.. 
👉🏽 Produk EKSLUSIF yang MEWAH dan MAMPU MILIK

Meh Cik Anie tunjuk gambar-gambar produk nya.. Bagi nampak sikit gambarannya.. Tapi ada jugak 1-2 item tak ada gambar. Akan di update kemudian.. 😊😊

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

ALL NATURAL SKINCARE


Cherry beauty soap Classic Edition


Cherry beauty soap Special Edition


CRIANSA soap for sensitive skin


HANYBEE Organic Honey 


MILXO Goats milk facial soap


CHOCOFFEE Face mask & scrub 2 in 1


Beauty Face Mist (pure rosewater)


Silkysoft Velvet Loose Powder


Ultra moisturizer (act as moisturizer, or makeup base, or night cream. Di rumus dari gabungan natural oil berkualiti tinggi dan essential oil)


Fresh Finishing DD cream (Krim yang meremajakan kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan kurang kusam, memberi tampilan cantik pada wajah, melembutkan dan melembabkan kulit, Mencerahkan kulit, Lengkap dengan SPF)

- Gambar akan di update kemudian -
Fresh All-In-One Cream (Menggantikan toner dan moisturizer, Bertindak seperti serum dan moisturizer, Mengecilkan pori-pori muka, melembabkan kulit, Muka lebih glowing, pinkish, efek selembut sutera, ringan pada kulit muka, Kaya dengan vitamin E)


ARGANNE Face Oil Complex (gabungan 100% organic argan oil, jojoba oil,rosehip seed oil, essential oil high grade ie frankincense, geranium, lavender, carrot seed, tea tree)


AntiAging Face Serum (hyaluronic acid&vit c) - hyaluronic dari sumber tumbuhan tinggi kualiti.

SET SKINCARE AVAILABLE:


Set Cherish Cherry 
BASIC & EXCLUSIVE


Set PRIMO
BASIC & EXCLUSIVE

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

ALL NATURAL LIPCARE


Lipbalm 


Irresistible Lip treatment ,


Tinted Lip Moist


Honeyfrencht Lip Scrub

SET LIPCARE AVAILABLE :


🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

ALL NATURAL BODYCARE


MARVELL Marvellous Bodysoap,


Refreshing deodorant


Sugar Body Scrub :Grapefruitpink or VanillaLatte or OatHoney

- Gambar akan di update kemudian -
Ultra-Moisturizer for Face&Body


Solid Perfume


Body Wash (head to toe)

Body Mist - COming soon


Organic Body lotion

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

AL NATURAL HAIRCARE


Shampoo Bar

CHEVIE - Shampoo Liquid - Coming SOON


Cabello (all natural hair care)

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

SPECIAL CARE


100% pure Organic Argan Oil

- Gambar akan di update kemudian -
Organic Baby Oil with Lavender


😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Banyak kan? Dah rambang mata ke belum? Hahaha.. Sila rambang mata dan terjebak sama tau.. 😆😆😆

Boleh whatsapp Cik Anie 👉🏽👉🏽 013-5818283 ya.. Cik Anie sedia nak jawab semua soalan korang..

Till then, good night.. Jumpa esok ya.. 

~ Cik Anie ~