Tuesday, 21 June 2016

Business On The Go @ Penang

Assalamualaikum..

Cik Anie lama dah teringin nak join kelas dengan Master Norita @ Kak N. Selama join Shaklee dari 2012, Cik Anie pandang dia dari jauh. Nak datang dekat, takut.. Aura orang berjaya ni memang lain macam sikit kan.. Hihi.. Dia super duper upline Cik Anie.

Cik Anie selalu doa, biar dapat peluang untuk menuntut ilmu dengan Kak N. Akhirnya Allah bagi peluang tu. Ya Allah. Seronok sangat. Memang banyak yang Cik Anie belajar dari Kak N. Ada beberapa yang Cik Anie catat di buku, & Cik Anie nak tulis di blog pula supaya bila Cik Anie down, Cik Anie boleh recharge semula dengan baca balik nasihat dan teguran Kak N.

[DISCLAIMER : Ini hanya dari sudut pandangan dan pengalaman Cik Anie sahaja. Jika pandangan dan pengalaman korang berbeza, Cik Anie terima dengan hati terbuka]


1. Mana Suami Anda?


Agak terkesima bila soalan ni di tanya.. huhu..

Selama berkecimpung berbisnes tak kisah lah emas atau Shaklee, Cik Mat memang merestui. Buat lah. Asalkan pandai jaga diri dan jaga nama baik keluarga.

Tapi bila ke kelas, atau seminar atau apa-apa je lah, Cik Mat memang tak nak pergi. Cik Anie pun malas nak tanya. Tak nak pergi? Tak pe. Sebenarnya salah. Kita memang kena involve suami/pasangan kita bersama. Biar dia tahu apa kita buat. Biar dia bersama-sama faham. Bukan kita yang buat keputusan. Bukan kita yang decide semua. Bukan kita sorang je yang kena pecah kepala fikir macam-macam. Bukan.

Lagi pun, perempuan ni emosi lebih. Melebih-lebih sebenarnya. Benda kecik je pun leh bangkit jadi besar. Lelaki ni neutral. Bukan tak de hati perasaan, tapi malas nak pk renyah-renyah.

Kita ni kecik ati dengan upline je. Tapi pergi cerita dengan sideline. Sideline pulak sama bakor perasaan kita. Elok pulak, sideline pulak gi bawak mulut bercerita dekat sideline yang lain.. Bila kantoi, udah sesama sentap. Elok nak berniaga cari rezeki, pakat down habis belaka.. Haa.. Contoh je la. Tapi bila kita cerita pada pasangan, dia belum tentu dengar lagi apa kita cerita.. Selamat rahsia kita sentap tadi. Kot macam Cik Mat, sekali dia keluar ayat dia, terencat terus nak sentap dengan upline, jadi nak merajuk manja pulak dengan dia.. Haha..

Lagi pun, berduakan lebih baik?

2. Check semula business kita.


Kita bila nak berbisnes mesti jujur. Bukan cantas orang. Bukan bagi testimoni palsu. Bukan main harga. dan etc etc etc..

Memang kita berniaga nak cari duit, tapi kita abaikan sikap amanah. Punya tamak nak sales, sanggup jual harga ahli. Harga ahli tak pe lagi, below harga ahli. Tak paham Cik Anie macam mana yang buat tu kira keuntungan dia..

Hatta urusan postage pun, kena lah jujur. Kalau dah memang postage RM10.60, di kaunter, kerani tu diskaun lak RM0.60 tu sebab asik muke ko je kan yang tenggek kat kaunter pos laju tu, punnn tak boleh. Cik Anie pun pernah jugak buat kesilapan tu. Cik Anie ingat rahmat Tuhan. Tapi rupanya ujian Tuhan sebenar nya..

Allah...

3. Aku, Kau, Dia tak sama.


Part ni betul. Cik Anie kadang selalu tanya sifu-sifu yang dah berjaya. Apa rahsia kejayaan? Ujung-ujung Cik Anie compare pulak, dia tak pe laa, husband dia sama-sama tolong. Anak-anak dia pun jenis bangsa baguih mau dok diam-diam.

Cik Anie silap. Cik Anie lupa yang kehidupan kita tu tak sama. Suami Cik Anie bukan suami dia. Anak-anak Cik Anie bukan anak-anak dia. Kenapa mesti compare dengan life orang lain? Ambil sebagai inspirasi mungkin boleh, tapi in the end, kita sendiri yang kena decide macam mana yang kita nak?

4. Minta pada Allah


Allah.. Kita ni manusia yang alpa. Hamba yang lalai. Ingat Allah bila kita susah. Bila kita sakit. Bila kita rasa terdesak.

Allah.. Tapi kita ni tak malu, nak macam-macam. Nak kaya. Nak berjaya. Nak murah rezeki. Tapi kita lupa pada Dia selalu.

Allah... T.T

5. Muliakan Ibu Bapa


Bab ini pun kadang-kadang Cik Anie alpa. Nak naik rank, nak sales banyak, tapi suruh upline doa. Pada hal lagi mujarab kalau mak ayah kita yang doa.

Downline naik rank, kita reward macam-macam. Tapi mak ayah kita tak bagi pun.

Huhu.. Cik Anie la tu.

Pelan-pelan kita ubah. Lagi pun, berbakti lah selagi mak ayah masih ada. Esok dah tak ada, menyesal pun tak guna..

6. Belajar Manage Duit.


Bab ini sebenarnya Cik Anie fail untuk buat. Sebelum ni itu lah bank gaji. Itu lah duit kastemer. Itu lah segala-galanya. In the end, dok confuse sorang-sorang. Mana pegi abis duit aku ni? Untung pun aku tak nampak kadang-kadang.

Ape daaa.. Kena start belajar manage duit nih!

7. Belajar Mencintai Business Kita


Yang ni betul. Memang Cik Anie akui. Bila kita suka dengan business kita, dengan produk company kita, lebih mudah untuk kita berjaya.

Ibarat orang bercinta. Kalau boleh kita nak korek semua tentang si dia. Kalau tak nampak tu rasa angau semacam je kan.. Kalau orang tanya tentang buah hati kita, kita boleh jawab dari A sampai Z. Senang. Mudah.

Macam tu dalam business yang Cik Anie buat sekarang. Cik Anie suka dengan produknya. Cik Anie suka dengan sistem yang company buat. Kalau orang tanya, Cik Anie mudah je nak cerita sebab benda yang Cik Anie suka. Cik Anie suka Shaklee dan Cik Anie gila emas. Cik Anie boleh bercakap berejam pasal benda ni je tau..

8. Belajar Buat Demo


Untuk pertama kali sejak Cik Anie buat Shaklee, masa ni baru Cik Anie belajar buat demo. Kesian kan?

Buat demo ni khusus untuk offline sales. Cik Anie biasa online sahaja. Kalau jumpa orang tu rasa malu sikit nak bercakap. Tak berapa kompiden. Jadi kalau buat demo ni boleh latih kita untuk bercakap. Lebih kompiden. Tak de lah tetiba gagap, parkinson terus pengsan dek kerana takut tu kan.. hahaha..

Belajar demo Lecithin, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Basic H. Memang lah tahu tiap-tiap fungsi produk tu. Tapi tak pernah pulak tengok fungsi secara live.. So time ni la belajar.. =)

Apa lagi ek yang Cik Anie ingat?

Oh.. Terkesan di hati bila Kak N kata begini.. Perangai anak-anak kita sangat berkait dengan keberkatan duit kita. Kalau duit kita tak berkat, maka perangai anak-anak kita pun huru-hara. Lepas tu kita komplen anak kita buas. Tak reti nak duduk diam. Tak boleh bawak berjalan. Pada hal benda yang kita suap dalam mulut dia tu yang tak tahu keberkatannya. Cik Anie la tu.. huhu.. Kena check balik.
MD

Monday, 20 June 2016

Tak Sabar Nak Raya

Assalamualaikum..


Pagi ni Cik Anie up status ini di FB. 

Tak tahu kenapa, tahun ni rasa lain sangat. Rasa tak sabar nak balik Ipoh nak bercuti raya..

Selama 6 tahun kawen, Cik Anie memang tak kisah raya mana dulu. Cik Mat nak tiap-tiap tahun raya di Selama pun tak ada masalah. Memang la sedih tapi keluarga Cik Mat juga adalah keluarga Cik Anie. Selagi masih beraya bersama keluarga, Cik Anie ok je.

Kami amalkan toleransi. Tak kisah kampung siapa dulu pun, tapi kena adil. Kalau kampung si dia 3 hari, kampung Cik Anie pun kena 3 hari jugak. Tak pernah lagi kami gaduh tarik-tarik rambut nak raya mana dulu.. Haha...

Tahun ni sebelum puasa lagi kami dah decide raya di Ipoh dulu. Sebab mak mertua akan raya di KL - rumah kakak Cik Mat. Kakak Cik Mat akan bersalin bila-bila masa je. So mak nak gi jaga lah. Time kami decide tu, Cik Anie rasa biasa je. Macam raya tahun-tahun sebelum ni jugak..

Tapi bila ayahanda Cik Anie start kimoterapi, perasaan excited nak beraya bersama papa dan mama jadi lebih. Tambah pulak Kimoterapi yang ketiga ni doktor double kan dosage ubat.. Huk huk.. Memang kesan dia pun lebih kuat dari sebelum ni. Tiada selera makan. Down bila tengok katil patient sebelah kosong sebab meninggal. Makanan hospital yang tak de rasa apa. Kencing pun dia kata sangat busuk. Muntah dan etc etc etc...

Pagi ni papa whatsapp, cakap rindu pada puteri bongsu nya.. Sedih sangat rasa. Tak tahu nak cerita perasaan ni macam mana. Saat menulis ni pun berjuraian air mata.. T.T

Kami raya ada dua kali khutbah. Satu di surau. Satu lagi khutbah dari papa dan mama. Teguran, ingatan, nasihat, bebelan semua ada.. hihi.. 

Bila sebelum raya, papa lah yang sibuk. Papa memang kalut sikit. Mama relax. Mama tak boleh relax bila dah masuk waktu lama tapi kami still melingkor depan tv.. Haha.. Time tu ko siap! Tapi dah tua-tua ni, mama berleter je la..

Yang selalu kena ikut papa gi kebun cari buluh, si Salman lah. Pasal anak jantan lain semua koje jejauh. Salman lak perangai dia meloleh sikit. Mandi macam tuan puteri. Nak tebang buluh je pun, tapi pakai perfume bagai! Hahaha.. Papa pulak jenis awal. Pagi-pagi sejuk sikit nak buat koje katanya. Tunggu tengahari letih nanti. Tapi nunggu si Salman bersiap, papa sempat dhuha, tido dulu jap, bangun baca paper, godek-godek macam-macam hal kat luar rumah tu.. Siapa yang duduk dengan papa time tu, siap la tadah telinga dengo dia bebel mane si Salman tak turun-turun lagi.. =D

Pagi raya nanti papa jugak la bangun paling awal, masak rendang la apa la.. =) Lepas tu kalut suruh semua bersiap ke surau sembahyang sunat hari raya.. Hihi...

Papa sangat istimewa di hati kami. Orang nya cekal. Rajin. Super rajin. Dah tua pencen patut tak payah la kerja lagi, tapi, papa berkebun, buat sawit, jaga kedai minimart, tuisyen lagi.. Cik Anie pun tak rajin cam dia.

Moga Allah panjangkan umur papa supaya kami, isteri anak dan cucu nya masih lagi boleh bermanja menumpang kasih..

Cik Anie nak tulis panjang lagi.. Tapi tak termampu nak luah rasa hati.. Yang pastinya dok kira hari untuk balik raya.

Korang ada moment best beraya di kampung?



Wednesday, 15 June 2016

Sabun Mandi Untuk Kulit Kering dan Ekzema

Assalamualaikum..

Korang ada masalah kulit kering tak? Cik Anie ni dari kecik ada masalah kulit kering. Atau kata lainnya ekzema.. Seksa ok! Nak beramas mesra dengan Cik Mat pun tak syok.. Ngahahaha.. Usah kan dengan Cik Mat, kalau jumpa orang nak bersalam, rasa macam nak pakai sarung tangan sebab tak nak orang tegur kenapa tangan kasar sangat T.T

Cik Anie sebenarnya alergik dengan bahan kimia pada sabun. Banyak sabun yang jual kat pasaran ni 'makan tangan' Cik Anie. Korang sebut je la, Daia, Dynamo, Sunlight, Axion, Shokubutsu, Dettol.. Sebut je.. Memang Cik Anie dah try dan end up kulit akan sangat kering, mengelupas, bersisik, luka berdarah bagai. Tension ooo..

Sabun kain ok sikit la sebab tiap kali nak basuh memang tak contact dengan tangan. Campak je semua dalam mesin. Tapi yang kecik-kecik tu, azab juga la sebab kena basuh tangan. Lagi-lagi kalau datang bulan, nangis oii nak tonyoh. Lagi kalau pakai clorox..

Macam-macam ikhtiar cuba. Ubat klinik, krim yang ada steroid dah, yang natural dah, semua tak membantu sangat. Cari sabun mandi/basuh kain/pinggan yang 'tak kuat' sangat supaya tak teruk jadi nya.. Tapi doktor memang cakap terang-terang, selagi pakai sabun, memang tak akan selesai masalah.

Untuk sabun basuh pinggan, memang dah jumpa yang sesuai. Pakai Dish Wash Concentrate. Alhamdulillah tak merengsakan kulit. Bau pun wangi. Hihi.. Cik Anie ada tulis pasal Dish Wash ni dalam 3 entry berbeza... Apa tu Dish WashReview Dish Wash dan Cuci Botol Susu dengan Dish Wash. Korang baca tau.

Sabun basuh kain pun setel. Campak mesin je semua. Yang degil sangat kotoran nya tu, pakai clorox tapi kacau-kacau bagi rata tu dengan benda lain (selain tangan). Haha.. Sabun basuh kain sebenarnya masih dalam pencarian lagi yang sesuai. Kalau dah jumpa nanti Cik Anie beritahu sini.

Sabun cuci muka, pakai Nutriwhite. Alhamdulillah syok, tangan pun ok.

Syampu, masih dalam pencarian. Hihi..

Tapi, nak cerita part sabun mandi. Cik Anie akhirnya jumpa sabun mandi yang sangat best! Eh, nak cerita pasal sabun mandi tapi dia punya intro habis semua sabun! Haha.. plz take note yang Cik Anie memang macam ni. Kalau bercakap tak reti berenti.

Tadaa.. Ni la dia. G&H Body Series - Body Shampoo. Memang sangat best. Cik Anie memang syorkan sangat pada korang. Dia ada gliserin dengan madu yang boleh melembabkan kulit kita.

Kalau ikutkan, sabun ni bukan setakat boleh guna untuk sabun badan je, tapi korang nak syampu kepala boleh, nak wat jadi sabun basuh tangan pun boleh tau.

Pakai sikit je sebab dia pekat likat. Buih memang habaq awai la, tak la banyak meriah macam sabun yang jual kat pasaraya tu. Tapi walaupun buih tak meriah, still ada buih dan mudah nak membilas. Tak rasa macam ada saki baki sabun di badan. Memang bersih.

Haa.. Korang jangan tak tahu, benda ni memang dah di uji oleh ahli dermatologi. pH dia memang seimbang, kaya dengan protein. Bau lak, fresh cam bau madu. Cik Anie suka bau dia. Korang kalau nak bau pelik-pelik tu, sembur je perfume. Sedo diri kulit tu sensitif, jangan nak macam-macam sangat..

Harga dia RM43.00 (400ml). Berbaloi sebab pekat dan tahan almost 2 bulan lebih kurang.

Kalau korang tak nak guna body shampoo, tak de masalah sebab dia ada yang jenis buku. Sabun buku dia tu nak tenyeh muka pun boleh. Agak-agak outstation tu malas nak bawak banyak toiletries, cukup sabun sebuku ni je. Yang ni la cuci muka, yang ni juga buat mandi. Syampu je la kot korang bawak asing.. Cik Anie kerat 4, leh tahan lama gak.

Harga dia RM37 je untuk satu kotak, ada 3 ketul 1 kotak. Murah kan? Eh.. Murah la tu, korang try tengok brand lain yang jual kat farmasi tu yang khusus untuk ekzema ja. Mahal oii.. Nak share dengan orang pun tak gamak. Nak pakai sendiri pun rasa kedekut sangat boh sikit-sikit je. Huh!

Kalau korang nak, boleh bagitau Cik Anie tau. Cik Anie seronok nak share. Hanya orang yang kena sahaja memahami derita pesakit ekzema..

Ok lah, nanti Cik Anie sambung borak lagi.. Take care korang.. =)
MD

Wednesday, 8 June 2016

Resepi Biskut Badam Bercoklat

Assalamualaikum..

Pagi ni usai bacaan Yasin di pejabat, ada perjumpaan dengan semua kakitangan PKMD Kulim. Sementara tunggu semua masuk, Cik Anie kelebet la buku kisah-kisah kejayaan penerima bantuan Geran Pelancaran JKM. Ada sorang ni buat Biskut Badam Bercoklat..

Aduhaii.. Dan-dan terliur. Tak padan puasa. Baru 8.40 pagi dah kemaruk nak makan.. Hahaha... Cik Anie memang hantu coklat sikit. Nak pulak sebelum tu tertengok video klip pasai roti canai boh pisang, dah masak, boh susu pekat manis, boh pulak coklat.. Waduhhh.. Tengok je pun dah sedap. Belum lagi makan.. Bahaya FB ni.. Makin menjadi-jadi dia tayang resepi la apa la..

So, Cik Anie google tengok cara nak buat Biskut Badam Bercoklat. Nanti bila senang, cari bahan, kita buat dengan anak-anak.. Tapi bila tengok resepi, laaa senang je..

*image google*

Actually pernah buat, tapi versi cornflakes la.. buat dengan Nasywa dan Zahra dulu.. Mudah je. Biskut tu tak dan tunggu dua hari dah selesai depa ni makan.. Haha..

Ok, meh tengok cara-cara nak buat. Senang je. Kalau orang malas cam Cik Anie tapi makan kuat, memang sesuai sangat.

Bahan-bahan :-


** Coklat Masakan @ Coklat Compound
** Badam Cincang (panggang/bakar/sangai dulu)
     (atau boleh juga guna cornflakes)
** Coklat rice warna warni untuk hiasan
** Paper Cup (harus laa.. kalau tak nak letak dalam apa?)


Cara-cara nak buat nya..


1 - Cairkan coklat masakan tadi atas periuk. Guna kaedah double boiled. Maknanya, satu periuk isi air, patu satu lagi periuk isi coklat tadi, letak atas air tu. Paham ke tak ni?

Api slow je. Pastu jangan campur air dalam coklat tu, Nanti tak jadi pulak.

2 - Bila coklat dah cair, campak je badam (atau cornflakes atau dua-dua kalau suka) dalam tu, gaul rata-rata bagi semua bersalut coklat.

3 - Bila dah rata, tutup api, cepat-cepat letak dalam paper cup. Kena buat cepat. Nanti coklat mengeras pulak.

4 - Letak la hiasan ikut suka. Tak mau boh pun tak pa. Masuk perut tak nampak apa.. haha..


Haa.. Senang kan? Tinggai malas dengan rajin ja. Cik Anie la tu yang malas tu.. haha.. Cadang nya hujung minggu ni kita buat projek ni dengan anak-anak. Kena mintak fund dari Encik Ayah.

Nanti Cik Anie update gambar yang Cik Anie buat yep..

Daa..

MD

Buah Hati Menghidap Kanser

Assalamualaikum..

Cik Anie sebenarnya berhasrat nak menulis sepatah dua kata semalam dengan kelmarin. Tapi sebab jiwa agak kacau, sarat dengan air mata, maka hold dulu lah sekejap. Hari ni masuk pejabat, jiwa dah ok sikit, baru boleh nak cerita..

Kisah nya begini.. Yang mana follow FB, maka mungkin tahu yang Papa tengah fighting dengan Kanser Lymphoma.

Tahun-tahun sebelum ni, memang papa kerap tak sihat. Kerap demam, batuk, selsema. Pada kami, mungkin papa dah terlampau kuat bekerja dan faktor usia sama maka antibodi tak begitu kuat. Tapi papa makan suplemen, makan ubat doctor bagi. Tak pernah fail.


Gambar lama. Masa 2011. Masa tu buat family day di Teluk Senangin. =')

Sampai lah Raya Cina tahun ni. Kitorang satu family bercuti ke Melaka. Actually ada event Amway. Support mama sama, so kitorang jadikan sebagai Family Day Cikgu Hanafi dan Cikgu Zaliha. Mama telah memaksa kami semua anak menantu dengar talk, dan dia willing nak jaga cucu-cucu..

Time tu papa demam, sampai menggigil-gigil. Nasib baik event tu dua hari je. Papa pun ada mengadu, sakit kat leher sebelah kanan. Nak toleh pun sakit. Dan dekat leher tu ada macam ketulan-ketulan kecil merata-rata di leher. Kitorang pun suruh papa check doctor cepat. Papa pun setuju, tarikh appointment dengan KPJ, Ipoh awal bulan Mac.

Cik Anie lak sebulan lepas tu balik Ipoh, tengok ada seketul ketulan besar di leher papa. Papa just syak benda tu thyroid. Tapi rupa nya, ketulan-ketulan kecil merata-rata tadi tu dah bercantum membesar.



Ni gambar google. Nak tepek gambar papa sendiri rasa macam tak terdaya hati. Tapi, lebih kurang macam tu la ketumbuhannya tu. Pendek cerita, selepas banyak kali test dan x-ray, CT scan, PET scan, dan tah pape scan lagi, maka doctor kata tak syak lagi, ianya bukan thyroid tapi Kanser Lymphoma. Korang google lah sendiri kanser Lymphoma ni macam mana. Cik Anie nak cerita pun tak boleh nak hadam lagi macam mana boleh kena pada papa. Huk huk huk.. Sebab papa tak merokok. Dia sangat rajin. Tak boleh duduk diam. Berkebun. Ajar tuisyen, bertukang itu ini, berjoging, amalkan pemakanan sihat, malah dia rajin makan ulam. Kalah kita ni yang muda-muda.

Tapi tu lah, Dah Allah kata 'kun fayakun'. Maka jadi lah. Tak ada sebab pun tapi dah nak jadi. Malahan dalam setiap orang memang dah ada sel kanser pun (yang pernah Cik Anie baca dulu), cuma aktif ke tak je. So korang, jangan ingat kita sihat, macam tak ada pape, maka kita ni memang tak ada penyakit. Amalkan cara hidup sihat. Ambil suplemen kalau tak mampu nak amalkan gaya hidup sihat.

Kami memang berikan suplemen Amway dan Vivix Shaklee. Kot korang nak tanya kenapa tak cuba suplemen. Cara tradisional pun kita cuba jugak. Cara doktor pun kita follow. Tapi for the time being, kita ikut cara doktor dulu lah. Bila habis kimo, continue ambil suplemen. Supaya papa cepat kuat balik lepas kimo tu..

Baru ni balik Ipoh, tengok ketumbuhan tu makin membesar. Memang sel kanser nya jenis bad type. Sangat agresif. Macam fight back. Doctor pun decide nak tukar ubat kimo nya kepada yang lebih kuat. Kesan kimo tu pun lebih kuat lah yang terpaksa di hadap. Haihh...

Dengan keadaan umur yang semakin tua, Cik Anie takut sangat-sangat papa tak kuat nak hadap. Tapi Cik Anie tahu, papa lebih kuat dari Cik Anie sangkakan. Kalau Cik Anie, rasa pasrah je lah nak jadi apa pun.. Cik Anie cepat putus asa sikit orang nya..

Apa pun, korang doa kan lah papa cepat sembuh, kuat nak fight kanser tu. Terima kasih atas doa-doa kalian..
MD

Saturday, 4 June 2016

Update Terkini

Assalamualaikum..

Pagi ni mood bekerja agak ke laut sikit. Di pejabat pun ramai yang bercuti. Sunyi je pejabat. Sunyi-sunyi ni teringat pulak kat blog yang dah bersawang-sawang nih.. Last update adalah 21 Mac 2016. Dah kenape kamu tak update blog Cik Anie...?

Eh.. By the way, rasa macam nak tukar nama panggilan. Tak mahu dah Mak Dara. Agak tak adil je pada anak teruna. Hahaha.. So, korang pun kena panggil Cik Anie yaa..

Update terkini Cik Anie dan anak-anak..



1 - Kakak Nasywa dah mula boleh mengeja perkataan mudah. Terima kasih pada cikgu di Tadika Al-Raihah yang banyak mengajar. Cik Anie secara jujurnya di rumah tak de pun suruh diorang belajar sangat. Biar kan aje diorang ni nak bermain. Tapi kalau berkecah rumah teruk sangat, Cik Anie acah-acah jugak marah suruh ambil buku.

Kakak dah nampak bertanggungjawab. Boleh dah di suruh tolong lipat baju sendiri atau adik-adik. Tapi kalau panggil masuk dapur tolong buang kepala ikan bilis, lajuuu je lari ke depan. Kalau basuh pinggan, dia mahu lah. Pasal nak main sabun kan.. hihi..

Mulut pun boleh tahan suka menjawab. Menurun sape tak tahu lah. Hahaha..

2 - Kak Ngah Zahra pulak, si manja ibu. Suka menangis. Ringan tulang nak tolong. Menyepah pun kuat. Tapi kalau ajak tolong di dapur, memang dia suka. Tak tahu lagi apa yang dia boleh di sekolah. Sebab kadang bila tanya belajar apa di sekolah, dia meliuk lentuk sengih-sengih je nak jawab..


Orang nya manis. Mudah di atur. Kawan menyepah si kakak. Ibu dah selalu nampak macam naga jadian je..

3 - Akram. Dah nak masuk dua tahun bulan 9 ni. Cakap tak lancar lagi. Setakat 'bu' - ibu, 'nyaw' - miaw, 'ti' - roti, 'sang' - pisang, 'na ai' - nak air. Yang lain tak paham lagi bijik butir apa dia cakap. Tapi dah boleh paham orang cakap.


Manja sangat-sangat. Habit dia adalah pegang tangan ibu. Lebih tepat lagi gelintil cincin ibu. Nak tidur kena tangan ibu. Duduk dalam kereta nak pegang tangan ibu. Nak turun naik tangga mesti pegang tangan, kalau tak mengamuk macam kena pukul berguling-guling.. Bubuh buai, mata pejam, bila slow-slow tarik tangan, eh.. jaga pulak dah budak ni.. Sambunggg buai lagi sejam.. huhu.. Nak makan sendiri.


Bab tantrum pun boleh tahan. Kalau angin dia tak ok, buat la macam mana pun tak jalan. Melalak-lalak. Nasib baik la ayah kamu tak perangai macam ni. Kalau tak, mati la ibuuu...

4 - Cik Anie. Dah nak hampir setahun kerja di PKMD Kulim. Kerja seronok. Bos pun seronok. Gila ko nak cakap tak seronok, kena pancung satgi! Kawan-kawan kerja pun seronok. Bebanan kerja memang extra banyak berbanding semasa di SPS dulu. Tapi Cik Anie enjoy sebab kurang masa nak pk masalah dunia..haha.



Cik Anie still lagi berniaga Emas. Still lagi berniaga Shaklee. So kalau nak beli emas atau produk Shaklee boleh roger Cik Anie ye..

Emm.. Ape lagi update ye?

Esok dah start puasa. Alhamdulillah Cik Mat cuti hari ni. Eh, tahun lepas-lepas rasa macam cuti jugak awal puasa.. Pagi esok nak masak apa agak nya ya untuk sahur..

Hmm..


Anyway, selamat berpuasa semua.. Sambut Ramadhan dengan hati yang bersih. Maafkan salah orang pada kita, dan mintak maaf salah kita pada orang.

MD