Bismillah..
Tuesday, 29 April 2014
Thursday, 24 April 2014
Kursus NLP ~ Day 2
Bismillah..
Kelmarin dah cerita pasal NLP day 1. Input yang di terima tu memang terasa tepu.. Banyak sungguh. So ni kita sambung kursus NLP day 2 pulak.
Untuk hari kedua, banyak mendengar. MD duduk agak ke belakang sikit. Sebab Puan Dyna nak every session tu tukar tempat duduk. Tempat duduk untuk sesi pertama agak ke belakang dan terlindung dengan kepala-kepala orang depan. Jadi bila nak salin nota or nak snap gambo tu macam blur2 je nak cari sudut yang clear. Maklum le row ketiga ke keempat kot. Awak tu bukan lah tinggi beno kan..
Kelmarin dah cerita pasal NLP day 1. Input yang di terima tu memang terasa tepu.. Banyak sungguh. So ni kita sambung kursus NLP day 2 pulak.
Untuk hari kedua, banyak mendengar. MD duduk agak ke belakang sikit. Sebab Puan Dyna nak every session tu tukar tempat duduk. Tempat duduk untuk sesi pertama agak ke belakang dan terlindung dengan kepala-kepala orang depan. Jadi bila nak salin nota or nak snap gambo tu macam blur2 je nak cari sudut yang clear. Maklum le row ketiga ke keempat kot. Awak tu bukan lah tinggi beno kan..
Gambar atas ni masa sesi kedua. MD pilih row kedua kiri hujung sekali. Dari angle yang berbeza. Persepsi yang berbeza. Bagus juga. Sebab bila duduk depan kena fokus lebih. Takut nanti kena soal. Nak main handphone pun takut-takut.. hihi..
Teman di kala mengantuk.. Alhamdulillah.. segar bugar terus mata!
Peserta yang hadir berkursus.
MD nampak pendek pulak.. sebab teknik fotografi gamaknya..
Alhamdulillah.. banyak yang dipelajari dalam kursus NLP ni. Memang sangat menarik. Rasa dua hari tu tak cukup lah. Terlampau banyak sangat ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan.. InsyaAllah ada masa nanti boleh lah pegi lagi...
Tuesday, 22 April 2014
Kursus NLP ~ Day 1
Bismillah..
Hari ni MD menghadiri Kursus Neuro-Linguistic Programming atau bahasa singkatnya adalah NLP. Asalnya tujuan datang kursus ni adalah sebab menggantikan orang lain dan tujuan utama laginya adalah untuk mencukupkan 7 hari kursus dalam setahun sebelum due bulan 9 ni (ok, pecah rahsia)..
Mula-mula memang blur. Apa dia NLP ni? Serius tak tau. Tengok lak senarai nama peserta.... alalala... Pegawai je semua.. So mangkit pagi ni agak macam tak berapa nak semangat nak pegi. Tapi pasal tak de sehari pon lagi kursus, gagah kan diri juga bersiap.
Sila abaikan beg oren itu. |
Penceramah adalah Puan Dyna Ahmad dari Inspin, Kedah. Orangnya sangat sederhana. Tidak bersiap beria-ria. Air muka nya bersih. Penampilan, pakaian juga sederhana. Butang jubah yg missing, tapi yang buat rasa kagum, beliau yakin dengan diri. Kalau MD, pk puluh kali jugak la kot nak pakai.. Tudung senget benget pon dah bleh wat spoil mood 1 hari.. Tak mau jumpa orang langsung kalau boleh..haha.. MD memang agak low self esteem.. Oh ya, sebelum pape, MD adalah seorang yang suka memerhati. Belajar sesuatu dari orang lain.. (ok, tipu sikit je. sebenarnya duduk depan sekali!!)
Ok, back to topic. NLP ni secara ringkas ikut pemahaman MD yang pertama adalah, bagaimana cara kita nak influence orang lain. Terus teringat - macam syok juga di apply dalam bisnes Shaklee. Haha.. Shaklee dah sebati beb.. Siang malam angau pk pasal Shaklee.
Tapi makin lama makin rasa persepsi pemahaman MD pasal NLP ni berubah. Makna nya bukan semata kita nak influence orang tapi lebih kepada untuk diri sendiri sebelum kita apply kan teknik-teknik yang di ajar tu kepada orang lain. Menurut Puan Dyna, apa yang kita faham tentang NLP adalah betul. Tak ada yang tak betul - selagi ada kena mengena lah. Terus terasa macam ada kaitan, sebenar nya NLP ni benda yang kita buat hari-hari tapi kita tak sedar. Contohnya, MD amik tentang anak-anak. Nasywa orangnya adalah sangat berdikari dan dia kelihatan seperti keras hati. Seperti tiada perasaan. Pendekatan MD pada dia adalah berbeza sama sekali dengan Zahra yang lembut, manja dan suka memerap. Malah boleh di apply dalam hubungan suami isteri juga. Ala-ala ilmu pengasih gitu. Cume tak guna jampi serapah la. Just ayat-ayat dan sedikit body language..
Dulu, masa di UIA, belajar juga sikit-sikit pasal asas Psikologi. Verbal la.. Non-Verbal la.. tah pape lagi tah tak ingat. Bila masuk JKM, sekali lagi kami di ajar tentang body language, eye contact, verbal non-verbal segala tok nek ni.. Sebab, nak bagi kami yang new intake ni belajar cara berhadapan dengan klien jabatan. Maklum lah kan yang mai ke pejabat kebajikan mahu pun yang masuk ke institusi kebajikan adalah MANUSIA. Bukan robot. Manusia tu pulak pelbagai. Unik. Macam-macam. Yang betul susah. Yang pura-pura susah. Yang kekurangan kasih sayang. Yang dah terlebih-lebih kasih sayang hingga di ketepikan.. Macam-macam ada. Jadi sebagai social worker, kami di ajar untuk macam mana nak handle watak-watak sebegini. Macam mana nak tangani masalah-masalah yang di hadapi dan sebagainya. Cuma nya, dalam kursus ni kami di ajar untuk meluaskan lagi pandangan dan pemahaman. Macam dari bahasa mata - kalau bercakap asik2 pandang atas kiri makna apa? Pandang bawah ke kanan makna apa? Best tau.. sangat teruja.
Menurut Puan Dyna, NLP adalah kaedah terbaru yang US gunakan untuk menghasilkan sharp shooter depa dalam waktu yang singkat. Sebelum ni depa amik masa 6 bulan. Tapi la ni 1 bulan dah boleh hasilkan 1 team sharp shooter. Wow! Hebat kan?! Lepas ni nak berkongsi ilmu ini kepada anak cucu bisnes MD. Supaya masing-masing boleh jadi sharp shooter jugak. Tembak-tembak terus mengena sasaran! Fuhh.. terer...terer..
Banyak lagi nak di ceritakan. Ada point-point yang missing. Tapi fail kursus dalam kereta, lupa nak bawak turun dan CM guna kereta. InsyaAllah akan di kemaskini lagi.
Tak sabar tunggu esok pulak. Macam tak best je kursus yang hebat macam ni depa wat dua hari.. harus request lebih lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)