Saturday, 23 May 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Bismillah..

Assalamualaikum..

Tak ada kata-kata dapat di ucapkan..
Entah berapa banyak air mata yang tumpah..

Tahun 2020, pengalaman pertama beraya di tempat orang..

Tak mahu cakap banyak.



Maaf kan salah silap Cik Anie, dan Cik Anie juga telah maafkan salah silap anda..



Jaga diri semua..

Jaga keselamatan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Maaf Zahir Dan Batin..




Friday, 22 May 2020

Catatan 29 Ramadhan

Bismillah..

Assalamualaikum..

Cik Anie menulis malam ini, hari ke 29 Ramadhan, sekadar untuk catatan sendiri. Sebagai ingatan, dugaan tahun 2020.

Banyak yang berlaku sejak dari mula tahun 2020. Terlalu banyak. Sampai kan rasa tak sempat nak hadam yang lama, sudah datang yang baru..

Bermula dengan rezeki dapat balik ke Kulim dan bertugas di Pejabat lama semula, syukur Alhamdulillah. Anak-anak tidak lagi berjauhan dengan ayahnya. 

Cik Anie sangka, akan happy-happy saja.. Rupa nya, datang dugaan dalam kerja. Sukar untuk di ceritakan, seolah membuka rahsia pejabat sendiri pulak..

Masih lagi cuba untuk positif. Go with the flow kata orang. Saya Yang Menurut Perintah gitu kaedah nya.. tak apa lah, anggap sebagai proses pembelajaran dan pemantapan diri juga kerjaya.

Awal bulan 3, bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak boleh keluar rumah sesuka hati. Tak boleh rentas negeri. Tak boleh itu. Tak boleh ini. Semua kerana wabak Coronavirus. 

Masa ni, Cik Anie dikejutkan dengan 1 berita yang tak disangka. Dalam gigil tangan, Cik Anie sambut berita tersebut dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmah/rezeki Allah nak beri bilamana Cik Anie redha. InsyaAllah, akan Cik Anie kongsikan secara terbuka nanti.. ❤️

Allah beri sesuatu, Allah tarik sesuatu. Berlapang dada. Mungkin ini yang terbaik untuk Cik Anie. 



Tapi Hari ni, dari pagi, Cik Anie dah tak mampu nak bendung air mata. Murah sangat rasa sejak 2 menjak ni. Sampai bengkak-bengkak mata, sakit kepala sebab terlampau kerap menangis.. 😭😭

Doa kan Cik Anie kuat. Doa kan wabak ni berakhir dengan cepat. Cik Anie rindu pada 'Keramat Hidup' Cik Anie 😭😭

Tahun ni pertama kali berhari raya di tempat orang. Bukan di Selama. Bukan juga di Ipoh. Tak ada semangat untuk berhari raya. Tak ada apa persiapan langsung. Tak tahu nak gambarkan macam mana lagi rasa hati..

Entah lah..

Doa kan Cik Anie kuat.

😭😭😭😭


Friday, 15 May 2020

Terima Kasih Pelanggan Ku

Bismillah..

Assalamualaikum..



Hari ni agak busy. 
Urusan nya ke sana dan ke sini.
Tapi tiba-tiba dapat feedback dari customer, barang sudah selamat di terima, maka automatik hilang rasa penat ♥️
.
Terima kasih kerana percayakan pada Cik Anie. 
Customer Gold.
Customer Shaklee.
Customer Forever Living.
.
Tanpa kalian, siapa lah Cik Anie.. Ewahh..
.
Btw, emas sedang mahal. Cik Anie baru saja setelkan pembelian emas seorang customer. Berpeluh rasanya setelah di congak2 harga pergram tu 😥 
Berat rasa hati mahu mengkhabarkan berapa perlu di tambah.
.
Cik Anie memang begini dari dulu.
Niat buat grup tabungan gold, adalah supaya korang semua dapat kumpul emas. Tunggu tabung sendiri penuh, asyik dikorek saja kan 😅 
Nak letak untung banyak-banyak pun, rasa tak tergamak.
Asalkan customer senyum gembira, sudah la.. 
.
Kalau korang ada duit, beli lah emas. 
Kalau korang rasa nak tunggu, percaya lah, harga emas memang tak turun 😢😢 Naik. Naik. Dan terus naik.
.
Grup tabung gold yang baru ada 1 kekosongan.
Bulan last - Disember 2010. 
Sebulan RM100. Ahli grup ada 8 orang. Bermakna - RM800.
Beli emas bajet. 
Jangan tunggu. 
Harga emas tu tak pernah tunggu korang..
Whatsapp Cik Anie ya untuk join --> 013-5818283

Sunday, 10 May 2020

Berbaloikah Jadi Ahli Forever?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Banyak yang bertanya pada Cik Anie, berbaloi ke tak kalau sign up jadi ahli Forever? 




Eh.. ape pulak tak berbaloi? Tersangat-sangat lah berbaloi nya tau.. Produk premium head to toe to tummy... 

Produk Forever ni ada macam-macam tau. Antara rangkaian produk Forever :-

Ada minuman aloevera utk detox, energy, inchloss, glowing
🦅 AVG / NECTAR / PEACHES

Nak madu tulen?
🦅 Ada Bee Honey

Nak multivitamin?
🦅 Ada bee pollen

Nak suplemen utk anak?
🦅 aloe peaches, madu, vitamin c

Nak standby antibotik semulajadi musim demam
🦅 bee propolis, bee honey, vitamin C, AVG

Nak bersihkan salur darah Nak jaga jantung? Nak kulit cantik nak slim nak minyak ikan?
🦅 Ada ARTIC SEA (gabungan fishoil+oliveoil)

Nak kulit cantik? Nak awet muda? 
🦅 Vitamin C, Pomesteen power, field of green

Nak suplemen tinggi antioksida?
🦅 pomesteen power,

Nak slim? Nak inchloss?
🦅 SET CLEAN 9 , AVG, Forever lite protin, fiber

Ada masalah kulit?
🦅 Aloevera gelly, propolis cream,

Cari lotion panas?lenguh?sendi?
🦅 Ada heat lotion, ada msm gel

Nak buildup muscle ? Nak alas perut?Nak inchloss?
🦅 Ada Forever lite protin

Sakit lutut? Slipdisc?
🦅 Ada AVG

Nak kulit bersih, cantik luaran?
🦅 set Sonya, set Infinite, avocadosoap+scrub+moisturizinglotion
                                                                                                                                Nak penjagaan diri?
🦅 Ada ubat gigi, ada deodorant, ada lip balm, syampoo, avocado soap


Apa syarat nak ada ID tuuuuu : 

✅Hanya bayar RM105 termasuk pos dpt evoucer rm15 utk next ourchase

✅Dapat 1 totebag cantik jenama Forever. cantik!

✅Dapat FREE sebotol AVG (normal size, bukan size tester, normal, sbotol tu harga runcit RM99 tauu)

✅Tiada yuran tahunan.. No No.. takde kene menten belian tiap bulan

✅Nak add on apa2, dapat terus diskaun 15%, bukannya tunggu 2nd purchase baru dapat less. Tiap kali beli memang dapat less 15%  

✅Barangan keperluan semua berasaskan aloevera & madu dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Alang2 memang keperluan kena beli selalu, why not ada ID kan kan kan..

✅Boleh guna tanpa was-was sebab Selamat, Organik, Natural, & Halal.

✅Kalau belian terkumpul cecah Rm1550, dapat pulak less 35% tiap kali buat pembelian.

✅Bila nak repeat order, takde MOQ, maksudnya, beli seketui pun tetap dapat less 15% or 35% tu, nak jual semula bulih, nak guna sendiri bulih.. kekdahnya kalau sama guna sama share, dapat extra gaji pokok/bonus cemana tu?

✅Belian terkumpul setahun, dapat redeem produk Free daripada company. 

Kalau korang join, akan ada big team #teammicery #familymagika yang boleh berkongsi macam-macam dengan korang.. special consultation free. Support group ni banyakkk sangat free tips.

So amacam?

Best kan?

So jangan tunggu-tunggu.. Whatsapp Cik Anie ya.. 013-5818283..

Monday, 4 May 2020

Mana Menghilang..?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tidak menulis di sini.. Sebelum ni ada juga berselang hari.. Mana Cik Anie menghilang..?

Cik Anie ada je. Tak ke mana pun..

Cuma di uji dengan kesihatan yang tidak begitu memuaskan sebulan dua ni..

Doakan Cik Anie cepat sihat, bertenaga dan beroleh selera makan semula (eh, kenapa tidak juga kurus? 😆)

Sebenarnya, tak ada idea dalam kepala ni, tak tahu nak menulis tentang apa. Sekadar mahu beritahu, Cik Anie ada. Business on sentiasa. Whatsapp saja Cik Anie pada bila-bila masa. 




Cuma nak berkongsi. Pagi tadi, Cik Anie ambil masa, scroll twitter, ternampak tweet di atas.

Memaafkan dan melupakan? Hmm..

Cik Anie orangnya simple. Malas nak pening-pening kepala nak fikir benda yang remeh. Most of the time, Cik Anie akan mengalah untuk elak pertelingkahan.

Tapi, Cik Anie orangnya simpan dalam hati. Mengumpul segala benda yang menyakitkan. 

Cik Anie boleh memaafkan tapi tak pernah melupakan. Cik Anie tak pernah lupa apa orang buat pada Cik Anie.

Berdendam? Tidak.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri supaya sentiasa ingat, jangan ada episod baru selepas ini.

Cik Anie tidak sempurna. Banyak kekurangan, lompong di sana sini. But, hey! Tak ada manusia yang sempurna pun sebenarnya. Kita semua melengkapi antara satu sama lain. Kurang di sini, lebih di sana. Mudah kan sifir nya?  

Eh, apa pula kaitan? 

Begini..

Apa yang Cik Anie pegang selama ini adalah, tak ada manusia yang sempurna. Terpulang pada individu tu nak bawak diri bagaimana. 

As for me, yang tak sempurna ni, sekali dua tiga disakiti, boleh lagi maaf. Tapi tak lupa. Boleh saja mengalah sebab malas nak bermasam muka. Cuma Cik Anie tak pernah lupa apa orang buat. Cukup time, petik ja suis.. papp! That's it. Cukup sampai sini. Bila dah begitu keadaannya, maaf. No more. 

🙂

Entry kali ini langsung tak berilmiah. Tak beri manfaat.

Sekadar merepek 😆 Dan sekadar nak beritahu. Cik Anie ada je. Tak menghilang mana. Tapi melalut entah apa-apa. 

Doa kan tau Cik Anie cepat sihat dan berselera seperti sedia kala.. Seksa sungguh rasa 😭😭

Thursday, 9 April 2020

Mencari Scrub Muka Dan Badan Yang Best?

Bismillah..

Assalamualaikum..

Korang pakai scrub tak..? Korang pakai scrub apa tu..? Cik Anie nak share dengan korang 1 scrub yang sangat best. Lembut sangat pada kulit..

Aloe Scrub Forever nama nya uolss..



Cik Anie dah cuba pun Aloe Scrub ni. Memang best sangat tau sebab scrub ni biji-biji nya halus dan lembut sangat.. Tidak lah berasa seperti sagat muka dengan kertas pasir 😅

Meh nak cerita sikit.. Apa beza Aloe Scrub dan scrub jenama lain yang banyak di pasaran..



Kebanyakkan scrub yang berada dipasaran adalah berasaskan kekacang. Walaupun dikisar halus, namun permukaan teksturnya yang berbucu akan menyebabkan permukaan kulit kemerah-merahan dan melukakan kulit kita.. Sebab itulah hanya disyorkan penggunaan hanya seminggu sekali.... BETUL TAK?



TETAPI, ALOE SCRUB ni dihasilkan dengan aloe yang banyak & dipaternkan dalam bentuk sfera @ bebola yang diadun dengan minyak jojoba(vitamin E). Apabila scrub bersentuhan dengan kulit, bebola tadi akan pecah & kulit menerima vitamin E secukupnya. Vitamin E mampu melembutkn kotoran pd permukaan kulit. Biarpun penggunaan yang sedikit, ia mampu mengeluarkan daki & minyak yang tidak diingini pada kulit. Kulit kusam tiada lagi..

Manfaat Aloe Scrub adalah :

💌 menghilangkan white/blackhead tanpa rasa sakit
💌 mengecilkan pori wajah
💌 boleh digunakan diseluruh badan
💌 menghilangkan daki dan merawat kulit mati
💌 merawat masalah bibir gelap

Yg paling best boleh buat cuci muka hari-hari. Kulit muka semakin cerah... tak sama dgn scrub lain di luar sana.

Sangat-sangat elok untuk hormon yang tersangat aktif, terutama yang berumur 40 tahun tetapi masih mengalami masalah jerawat.

Harga 1 tiub adalah RM66.00. Jadi ahli, dapat less 15% lagi. Boleh pakai berbulan-bulan. Jenuh tonyoh dari dahi sampai hujung kaki.. 😋

Berminat boleh wasap Cik Anie naa.. 013-5818283

Sunday, 5 April 2020

Sabun Yang Selamat Untuk Anda Yang Ada Masalah Kulit

Bismillah..

Assalamualaikum..

Ni kisah 2-3 hari lepas sebenarnya..



Tapi sebab tak berapa sihat Sehari dua tiga empat ni, hari ni baru Cik Anie up pasal Face & Body Soap ni.



Ini ketul kedua yang Cik Anie guna.. sebagai seorang penderita ekzema (alergi sabun) yang berjaya, Cik Anie agak skeptikal sikit nak mencuba anything yang berbentuk sabun. Tak kisah lah sabun muka ke, badan ke, syampu ke, basuh pinggan ke, basuh baju ke, memang akan sangat memilih.

Cik Anie sanggup keluar duit lebih sikit untuk beli sabun yang tak akan rosakkan kulit.. Sebab, nak menjahanamkan tu sekejap je. Nak pulihkan balik tu, bertahun-tahun weii amik masa.. 😭😭



So, sebab Cik Anie juai Forever, harus lah kena cuba apa ko juai. Betul tak..? Kalau tak nak sharing macam mana..? Lagi pun, rega di morahhh!! Hahaha.. Agak-agak dia 'makan tangan' kita suruh Cik Mat dan budak-budak ni perabis.. 😆😆



Tapi, bukak kotak, ambikk. Sebesar tapak tangan Cik Anie yang gemok ni tau! Awal2 dulu, redah je pakai seketul tak di kerat2.. Ni saja potong kecik sebab budak2 kenit ni pun nak cuba jugakk..



Tapi, walaupun rega dia morahh, quality tip top hokayy! 100% avocado asli. Sabun kome hado? Hihi.. Bau memang best. Fresh. Macam bau sitrus pun ade.. Serius best tau. Tak tipu punya. Budak-budak ni lepas mandi, dok puji-puji wangi nya sabun Forever ibu ni.. 😎

Kadang bila mai hari malas, Cik Anie tonyoh je muka sekali harung. Senang. Tapi amazing, tak rasa macam kulit muka terik bila sudah keringkan muka, tak de pulak jadi mengelupas ke ape ke..

Pelaburan yg sangat berbaloi la pada Cik Anie. Sebab Cik Anie pernah guna yang lebih mahai dari tu..  Tak membaziaq la RM26.00 ampa keluaqkan untuk sabun ni.

✅ Murah
✅ Kualiti AAA
✅ Moist kan kulit
✅ Tidak mengelupas bila cuci muka.

Mane lagi korang boleh dapat setanding camni..? Dah la RM26.00 je harga dia.. 

Ye, RM26.00 je.

Cik Anie percaya, ramai je yang ada problem macam Cik Anie. Alergi dengan sabun.. So Cik Anie memang strongly recommend korang untuk guna sabun ni.. 

Pada Cik Anie sentiasa ada ready stock insyaAllah.. Kalau sekitar kawasan Kulim, Cik Anie COD. Kalau jauh, kita pos.. Whatsapp Cik Anie ya di talian 013-5818283..