Monday, 24 February 2020
Ciri Istimewa Aloe Vera Gel Forever Living
Saturday, 22 February 2020
Apa Korang Akan Dapat Apabila Mendaftar Keahlian Forever Living (Siri 2)
Bismillah..
Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu gaiss.. Cik Anie baru sahaja balik dari bertugas luar..
Meh kita sambung kelas semalam. Semalam tu baru mukadimah je baru.. hihi.. Terangkan cara macam mana nak menjadi ahli Forever Living je dulu.. Takut kome muntah ijau pulak kalau Cik Anie explain semua dalam 1 entry..
Ol, entry ni, Cik Anie akan cuba explain dalam bahasa yang mudah, apa beza, apa pulak persamaan dan kelebihan menjadi Novus (ahli biasa) dan VIP.
1. UNTUNG RUNCIT
👉 Novus untung runcitnya 15% sahaja. Masih juga untung pada Cik Anie, sebab siapa nak bagi diskaun 15% tiba² kan..?
👉 VIP pulak untung runcit 35% , dan peluang mendapat bonus 20% (dari belian ahli di bawah network kita) x RP (Retail Price yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat). Lebih untung bukan..?
2. ID VALID
👉 Novus - Hanya di Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja.
👉 VIP - Boleh di gunakan di seluruh dunia. Forever Living ni ada dekat 165 buah negara tau. Kot tetiba ada kawan warga Bangladesh nak mendaftar jadi ahli di bawah rangkaian kita, kita guna ID yang sama juga untuk taja dia. Dapat lah kome anak obesi.. hihi..
3. TAJA AHLI
👉 Novus - Tak boleh menaja ahli.
👉 VIP - Boleh taja ahli di bawah network kita.
PERSAMAAN NOVUS DAN VIP
✅ Dua-dua membership LIFETIME. Tak perlu renew RM90. FOREVER (jika pernah register sebelum ni tapi tak aktif, untuk reactivate tak perlu bayar RM90, boleh register semula new sponsor. Hanya buat belian harga ahli sahaja.
✅ Dua-dua boleh menjual kepada orang ramai . Tapi jika tak nak berniaga pun tak apa. Tak ada paksaan.. Ada novus suka beli untuk kegunaan sendiri je. Ada VIP pun sama juga, suka beli untuk kegunaan sendiri. Cuma nya, dia nak jadi ahli VIP sebab nak entitle diskaun runcit yg lebih besar.
Teruja...? Tunggu duluuu.. teruskan baca..
KELEBIHAN MENJADI VIP
✅ Layak beli produk dengan diskaun 35%
✅ Boleh taja orang lain (Kalau kome nak berniaga lah. Kalau tak nak pun tak ape, cume nak kabo kan, boleh mendaftarkan ahli baru bawah kita)
✅ Kalau ahli mendaftar bawah kome, lepas tu dia ada buat belian, kome dapat bonus 20% setiap kali dia beli barang tau! Walau pun orang tu cuma beli 1 je barang, still dapat jugak. 20% tu darab dengan harga runcit tau.
✅ Once bergelar VIP, dapat pin cantik khas dan kome akan diraikan oleh company. Sales RM1550 (belian kita) pun dah diraikan. Wow! Fabulous!
Bila dah VIP, kita tidak lagi bergerak solo (terpakai jika kome nak serius buat biz). Sebab, bile kome dah decide nak aktif berniaga, dah tentu lah kome akan aktif untuk mendaftar ahli baru di bawah rangkaian kome. Ye dak..? Besarkan group. So kat sini, bukan setakat personal sales saja tapi group sales juga di ambil kira.
Dan apa yang Cik Anie paling suka dengan Forever Living adalah, jumlah sales di kira dalam masa 2 bulan terkumpul.
Contoh..
Januari 2020 kita daftar menjadi ahli Novus. Buat pembelian dengan nilai 1.5cc. Jangan panik, jangan susah hati kalau tak cukup lagi 0.5cc untuk naik VIP. Kita continue beli 0.5cc lagi tu bulan Februari. Tadaa.. Tahniah! Dah naik VIP.
Tapi, kalau Februari tu kita busy, tak sempat nak cukup kan lagi 0.5cc. Dapat buat 0.1cc je. So 1.5cc bulan Januari tu burn. 0.1cc bulan Februari tu kita bawak ke Mac pulak.. Faham tak..?
Oh ya, ada 1 soalan yang Cik Anie kerap dapat. "Dalam Forever Living ni, bila dah naik VIP, kena maintain belian/jualan tak?"
Tak perlu. Let say Januari kome naik VIP. Terus layak 35% diskaun tu. Tetiba Februari Mac April kome sibuk sangat², tak dan nak buat sales. Kome still lagi VIP. Kome tetap jugak akan dapat less 35% tu. Maknanya kome tak de le runsing kena cukup kan point setiap bulan. Tak de le kena kejar anak² cucu cicit piut semua untuk cukupkan point/sales semata² sebab kome nak maintain rank kome. Kesian ke orang bawah weh.. (Sob³.. Cik Anie dah rasaaaa.. Serik kome..)
Now, meh Cik Anie nak tunjuk beza keuntungan runcit NOVUS dan VIP.
Ambil contoh sebotol Aloe Vera Gel (AVG) - Harga jual RM99.00
~ Harga Novus RM84.15 - Untung RM14.85/botol
~ Kalau 10 botol dah RM148.50
~ Harga VIP pulak, RM64.35 - Untung RM34.65/botol
~ Kalau 10 botol dah RM346.50
Best kan..? Mesti lah best. Tak best, Cik Anie tak cerita laa.. Banyakkkk lagi benda best dalam Forever tau. Nanti next time Cik Anie kongsi lagi..
Ada sebarang persoalan / kemusykilan / nak daftar keahlian, boleh terus whatsapp Cik Anie ya..
Till then, take care gaiss.
♥️, Cik Anie
Friday, 21 February 2020
Apa Korang Akan Dapat Apabila Mendaftar Keahlian Forever Living?
Friday, 14 February 2020
Khasiat Aloe Vera Yang Kita Tidak Tahu
Jom, Cik Anie kongsikan antara sifat-sifat Aloe vera.
❤ Lignin - Tinggi daya penembusan dengan membawa nutrisi-nutrisi di serap jauh ke dalam badan
❤ Saponin - Sejenis sabun semulajadi yang Allah telah cipta hanya ada dalam daun Aloe Vera yang bertindak sebagai mencuci toksin-toksin dalam usus kita.. sebab apa? Sebab 80% penyakit datang nya dari usus..
❤ Vitamin & mineral - Mengandungi 200 jenis Vitamin & mineral yang memberi tenaga kepada badan kita.. Sebab tu la bila kita minum, kita rasa bertenaga, tak lemau. Sebab apa? Sebab Aloe Vera ni full of vitamin & mineral.. Bukan gula je bg kita tenaga tau..
❤ Antrakuinon - Antibakteria, antikulat, antivirus. Bagus untuk keradangan dan boleh meredakan sakit..
❤ Asid amino - Membantu dalam pembentukan sel tisu baru.. So, dah tentu lah good untuk healing process..
Haa.. Teruja kan? Tak sangka rupanya banyak sangat khasiat Aloe Vera ni yang kita tak tahu..
So start hari ni kita tukar minuman pagi kita dengan Aloe Vera Gel. Mudah dan cepat. Tak perlu susah payah nak ambil daun Aloe Vera yang tanam dalam pasu depan rumah tu pagi-pagi.. hihi.. Syarikat Forever dah tolong buat untuk kita dah..
InsyaAllah, AVG ni akan bagi kita tenaga seharian dan menjauhkan tubuh badan kita daripada penyakit berbahaya.. Amalkan minum setiap pagi.
Korang nak tak AVG free..? Haa.. Cik Anie nak bagi ni.. Whatsapp Cik Anie ya untuk dapatkan info lanjut tentang bagaimana nak dapatkan Aloe Vera Gel secara percuma ni..
Eh, dah minum Aloe Vera Gel ke belum tu? 😉
Till then, take care.
- Cik Anie -
Wednesday, 12 February 2020
Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland
Berdepan dengan RPP tu ada strawberry farm. So kalau tak nak bersesak² masuk strawberry farm yang kat tepi² jalan kat bawah tu, boleh masuk yang kat depan RPP ni je. Kaktus pun ada di jual di situ. Nak makan Coklat Strawberry sambil minum teh sambil relax² tengok pemandangan pun ada tempat disediakan..
Cikgu Hanna tengah buat inspection from room to room.. Hihi.. Ni dekat tingkat atas. Ada 1 bilik master. Punya lah luas. Cik Anie share dengan Family Pak Su. Sebab anak-anak kami semua kenit-kenit.
Bila malam Pak Su laki bini pi tidur dalam sleeping bag kat beranda. Feeling-feeling pegi hiking gamaknya..
Ni dapur. Luas yakmat. Tapi malangnya tak disediakan peralatan untuk memasak. Cuma microwave tu je la seketul dengan peti ais. Since Mak Lang adalah hiker tegar, maka boleh la kami memasak dengan dapur mudah alihnya.
Kat bawah ada 2 bilik lagi. Bilik air ada dalam setiap bilik.
Bilik yang sebuah lagi. Besar dan selesa juga.
Ruang tamu dan ruang makan. Cukup luas lah untuk anak-anak buah yang lelaki bentang toto dan tidur.
Sudah tour rumah, kami tour pulak kawasan sekitar RPP tu.
Ada je yang nak masuk dalam gambar..
Sudah tour dalam kawasan, pi pulak strawberry farm depan tu.. Beli coklat strawberry makan.. Lepas dah kempunan.. Hihi..
Dah nama pun perempuan kan.. Memang bunga lah pun yang menarik perhatian..
Hat kecik ni pun sibuk laa suruh beli kaktus kat dia jugak..
Hai awakk.. Saya Cik Anie.. Hihi..
Pegi pulak jalan-jalan tengok rumah yang untuk Jusa pulak.. Kemain besor kome.. Tapi intai dari luar je lah mampunya.. Takat guard hambat pulak nanti..
Sesi mengeteh dengan adik-beradik dan pasangan masing-masing. Tq my other half sebab sudi tinggal di rumah menjaga anak-anak demi memberi ruang pada Cik Anie mengeteh malam-malam.. Hihihi..
Esoknya pagi-pagi lagi kami ke Taman Sedia. Makan scones sambil minum teh.. Beli jagung, beli strawberry dan aiskrim strawberry untuk anak-anak sebelum berangkat balik Ipoh. Kami je dulu yang bergerak awal sebab nak pecut balik ke Kulim pulak lepas tu. Anak-anak sekolah.
Tapi on the way, singgah Cactus Farm sat beli kaktus. Cita-citanya nak buat succulent garden gittew..
Pulun mek ni pun memilih pokok dia.. Bila anak dara dah semakin besar, dah seronok nak bawak berjalan teman shopping ke apa.. Sebab dah cerdik dan boleh layan sama memilih dan bagi pendapat.
So ni la yang Cik Anie beli. Tak tau la berapa lama hayatnya. Harap-harap lama lah ye..
Tamat sudah cerita vacation family Cikgu Napi dan Cikgu Leha untuk tahun 2019. Thank you pada Mak long yang sponsor tempat dan all family members yang meluangkan masa bersama..
Next entry nanti Cik Anie share pulak vacation family di RPP Pangkor pulak..
Till then, take care gaiss.. Banyakkan minum air masak dan makan Vitamin C, minyak ikan dan madu untuk boost immune system ya.. Boleh dapatkan dari Cik Anie..
- Cik Anie -
013-5818283
Friday, 7 February 2020
Selamat Tinggal HOAG
Assalamualaikum..
Entry ini khas untuk adik-adik Cik Anie di HOAG. Cik Anie simpan di sini kenangan-kenangan terakhir di HOAG.
Team Transit. Terima kasih ya adik² sebab selalu bantu membantu memudahkan urusan 1 sama lain..
Warga kerja Unit Kerja Sosial Perubatan & Transit, HOAG. Ada yang dah pindah balik Ganu dan ada juga orang baru masuk selepas dari gambar ni di tangkap.
Semua adik² yang baik² dan selalu membantu.. TQ.
Ini Kak Lut. Geng Cik Anie juga ni kena marah selalu dengan si Polan.. haha.. Gigih beliau suruh Cik Anie tangkap gambar beliau sedang buat kerja pembersihan.. TQ kak..
Done daftar untuk pendermaan organ. Yeay!
Kenangan Funwalk HOAG 2019.
Anak angkat ni.. Stanley Sakalian namanya. Selalu kidnap dari mak nya. Asal duduk dengan Cik Anie je mesti tidur. Going to miss him a lot.. Kakak nya Shamira.. Simpan kenangan di sini.. Moga 1 hari nanti ada rezeki jumpa diorang adik-beradik..
Credit picture pada orang depan sekali. Jaga adik Cik Anie elok² tau..
Terima kasih adik² buat makan² farewell untuk Cik Anie 17hb Disember 2019 hari tu.. Sedih nak tinggal adik² yang baik belaka. Selalu bantu Cik Anie, selalu buat Cik Anie ketawa. Geng kena marah bersama..
InsyaAllah, ada rezki kita jumpa lagi ya. Jangan lupa balik ke JKM semula tau.. Selamat maju jaya juga untuk adik² semua..