Monday, 17 September 2018

Shaklee Youth Cleanser - Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Bismillah..

Assalamualaikum..


Korang pernah dengar tentang Shaklee Youth Cleanser tak? Cleanser yang sangat best sebab sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira lah jika korang mempunyai masalah kulit kering, atau berminyak, atau kombinasi atau pun sensitif.


Kenapa Cik Anie kata Youth Cleanser ni sangat best? Ok, jom kita tengok kenapa :-

1) Formulasi Bahan Dan Kajian

shaklee youth cleanser
 Penyebab utama sudah tentulah formulasi bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk Youth.

Kesemua produk Youth telah dihasilkan selepas bertahun-tahun kajian dijalankan.

Maksudnya di sini, ianya bukanlah di buat di kilang-yang-tak-tahu-di mana, kemudian edarkan, dan buat survey terhadap pengguna samada sesuai atau pun tidak dengan kulit. Tetapi sebaliknya, kajian terhadap Youth telah dilakukan di dalam makmal oleh pakar-pakar dermatologi.


2) Pencuci Muka Yang Berasaskan Gel


shaklee youth cleanser

Untuk pengetahuan semua, pencuci muka yang terbaik dan sangat sesuai dengan semua jenis masalah kulit adalah yang berasaskan gel.

Ini adalah kerana, pencuci muka yang berasaskan gel ni bertindak dengan sangat lembut pada kulit jika dibandingkan dengan pencuci muka jenis buih.

  • Kulit sensitif memang memerlukan pencuci muka yang bertindak dengan lembut.
  • Kulit berminyak pula, memang memerlukan pencuci yang dapat mengurangkan minyak dan bukannya buang minyak tu terus. Nanti kulit jadi kering pulak kan.
  • Kulit kering pulak memang NO NO NO kepada pencuci muka jenis buih. Nanti kulit akan menjadi semakin kering.
  • Kulit Kombinasi pula selalunya adalah kombinasi antara kering dan berminyak. Jadi, pencuci muka jenis gel memang yang paling sesuai.


Youth Cleanser, Bukan Sekadar Mencuci Sahaja

shaklee youth cleanser
Apa yang buatkan Cik Anie sangat suka dengan Youth Cleanser Shaklee adalah sebab ianya bukan sekadar mencuci muka sahaja seperti kebanyakan yang lain.
Youth Cleanser juga membekalkan nutrisi kepada kulit kita. Ini adalah kerana ianya di hasilkan daripada gabungan Vital Repair Complex, Anggur Muscadine, Alga Hijau dan juga teknologi terkini. 
Jadi, Youth Cleanser bukan sahaja bertindak dengan melindungi dan membaiki sel kulit kita tetapi juga memberikan nutrien kepada kulit dan menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Tak hairanlah bila lepas cuci muka sahaja muka kita akan rasa lembap dan lembut je. Ingat tau, bukan sekadar mencuci muka kita daripada habuk dan sel kulit mati je tau tapi, membekalkan nutrisi juga kepada kulit. Ini lah rahsia yang menjadikan kulit kita 10 tahun lebih muda, flawless dan glowing!
Siapa yang tak nak nampak muda 10 tahun kan?
Boleh Whatsapp Cik Anie di talian 013-5818283 untuk pertanyaan dan pembelian mengenai Youth Cleanser ini atau pun mana-mana rangkaian produk Youth yang lain ya..
Next entry, Cik Anie akan kongsikan pula pasal Youth Skin Toner.
MD

Monday, 10 September 2018

Piknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq

Bismillah..

Assalamualaikum..

Hai.. korang pernah dengar kampung orang Asli Pendeq? Haa.. mesti tak pernah kan..? Selalu yang glamer adalah Kuala Mu.. So entry ni Cik Anie nak kongsi pengalaman berpiknik di Lata Penyel, Kampung Pendeq. Waterfall dia dah ala mini Niagara tau.

Actually, Cik Anie pun sebenar nya tak tahu juga wujud tempat ni. Tapi Kakcik Suraya (kakak no 3) memang adventure orang nya.. Dia la yang beria call hari Jumaat ajak joint sekali. Iols kesian, ye kan je lah.. keh³.. kate die Orang Asli yang jadi perantara tu tak reply message. Line telefon tak de di situ. Jadi die redah ke sana Jumaat petang untuk booking tempat.

So Isnin yang sepoi² bahasa, kami bergerak. Kakcik dan keluarga satu kereta. Abangcik dan keluarga serta Salman sekeluarga naik satu kereta. Cik Anie pula naik satu kereta dengan anak³ dan mama.


Muka lapar semua orang.

Ibu abadikan gambar Akram yang cranky sepanjang cuti

Janji bergerak jumpa di Petronas Meru jam 8.30, berhenti makan pagi sekejap, dan dari situ kami bergerak menghala ke Chemor, sampai la hala nak ke Sungai Siput-Tanjung Rambutan. Sepanjang perjalanan yang amat jauh (udah macam balik ke Kulim), kami di sajikan dengan perkampungan orang Asli. Lalu la Kg Perlop la apa la.. And selepas 2 jam, kami sampai di tempat kejadian.

Semua orang sangat happy. Diorang tak tahu lagi azab yang menunggu kat depan tu.. hihi..



Barang yang di bawak pulak aduhai laa.. Berat ya amatttt.. Dah macam nak pindah duduk di sana je.


Cik Anie share harga parking kereta, harga pondok dan harga pangkin yang di sediakan.. Tunggu, jangan seronok lagi..




Azabnya start di sini ya kawan².. Terpaksa jungle trekking and mini hiking, dengan tanah licin berselut, trek pulak tepi tebing tinggi, silap kau tergelincir, bergolek² la masuk sungai bawah tu... Dah la barang super berat. Bawak pulak kanak² yang hyper. Aduhai laa.. Mencabar uols. Jarak perjalanan ada laa dalam 20-30 minit lebih kurang..

Tapi.. bila sampai, view dia sangat berbaloi dengan segala penat lelah semput nak boleh kan sampai..

Enjoy gambar² yang Cik Anie dan family sempat tangkap.






Ni pondok orang asli. Serius, sejuk sangat².


Muka control. Pada hal rasa macam dah ujung nyawa ni haa..




Gambar² air terjun..


Yeay!! Opah berjaya sampai..




Ada satu visitor tu bawak baby monkey.. Apa lagi, kejakunan la kanak² dapat tengok live siap pegang² lagi.

























Budak² enjoy sangat.




Gambar sebelum balik petang tu.. Kitorang turun dalam pukul 6, lebih kurang 6.30 petang baru bertolak.

Serius, sangat best. Sangat enjoy. Lupa sekejap masalah yang banyak dalam kepala. No network coverage. No electricity. Back to nature. Semua orang menggunakan masa yang ada dengan sangat bermanfaat. 

Plan asal macam nak tidur situ. Tapi fikirkan orang KL nak balik hari Selasa, mungkin jalan jam atas hiway, jadi kitorang decide untuk balik hari saja.. Cuma tinggal family Kakcik sahaja bermalam. 

Alhamdulillah 'ala kulli haal..

MD