Assalamualaikum..
Hari ni Cik Anie ada program Kulim Sihat Sejahtera di Dewan Perpaduan Kulim. Anjuran Pejabat Daerah Tanah Kulim, Puspanita Kulim dan Hospital Kulim.
Sebab bos kata boleh kira kursus, maka laju² Cik Anie bagi nama.. kui³. Habis awai tak kalut..
Syok sebab ada pemeriksaan kesihatan percuma. Siap check % lemak dalam badan haa.. n opkos la doktor kata mohon kurang lagi 4-5 kilo plizz.. 😂😂
So far darah ok, gula ok. Depa check tanda breast cancer ade ke x (Alhamdulillah ok), ujian papsmear, kesihatan mental (syukur Alhamdulillah masih waras normal lagi), kaunseling, penerangan tentang kanser usus besar, dan bahaya merokok.
Cakap pasal merokok ni, doktor tadi tanya, ada tak orang terdekat yang merokok.. opkos la ada kann.. Sembang nak berhenti merokok tu tak tau la bila keajaiban boleh berlaku. Menyampah Cik Anie.
Haa.. bercakap pasal rokok ni, Cik Anie sampai kan apa yang doktor beritahu, kot² ada yang tak tahu, Hospital Kulim ada Klinik Berhenti Merokok. So kalau perokok² tegar ni MAHU berhenti merokok sendiri, boleh lah ke klinik ini dan dapatkan rawatan. Cik Anie tak mau suruh, tak mau larang dah 😑
Yang tak ok pada Cik Anie adalah sebab HB low (12.1), so tak boleh derma darah.. keciwa kome.. Mebi sebab semalam puasa kot (pujuk hati)..
Anyway, jaga kesihatan uolls. Ambil suplemen, (spesifik lagi Shaklee.. hihi) untuk tahap kesihatan yang lebih baik. Amalkan pemakanan yang sihat, cara hidup yang sihat, berhenti merokok, bersenam supaya tahap kesihatan kita akan lebih baik. Bukan untuk orang lain je tapi diri sendiri yang paling penting.
No comments:
Post a Comment