Monday, 12 December 2016

Aktiviti Cuti Cik Anie

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari ni Cik Anie dah kembali masuk pejabat. Tengok fail bertambun atas meja, dan-dan rasa nak sambung cuti sampai tahun depan! hahaha..

So apa aktiviti Cik Anie kat Ipoh?

Hmm.. Well, untuk 2 minggu pertama cuti sekolah ni, Mama buat program cuti sekolah untuk budak-budak. Dari pukul 8 sampai pukul 5.

Tujuan program ni adalah supaya cucu-cucu Opah yang kat rumah tu tak bosan. Sekurang-kurangnya ada lah aktiviti untuk deme kan. Diorang lah jadi fasilitator nya..

Kerja Cik Anie pulak bantu Cho masak untuk lunch diorang. Ala takat tolong potong bawang, kacau kuali.. hahaha..

Tapi nak jadi cerita, Isnin semalam tak ada siapa kat rumah yang nak masak. Mak Long (Cho) terpaksa balik Ulu Yam kejap ada urusan. Kak Cik pulak pepagi hari dah panjat bukit. Maka tinggal lah Cik Anie nak bersilat sorang-sorang dekat dapur tu..

Mujur lah turun ke dapur awal. Siap masak awal sejam dari time budak-budak tu makan. Masak Ayam Black Pepper. Main campak-campak aje. Mujur la tak ada tukang masak professional. Kalau tak konfem kena pelangkong, masak tak ikut urutan.. Haha..

Dalam pada dup dap dup dap hati nak bagi anak orang makan, ye lah kan, Cik Anie bukan reti masak sangat. Karang sakit perut anak orang kang naya je. Tup-tup diorang kata nasik tak cukup! Aik.. Rasa macam banyak dah nasik tu. Untuk budak 20 orang, lebih dari cukup rasa nya. Kena lah letak nasik baru..

Lepas tu marathon mandi, kemas beg dan barang-barang nak bawak balik Kulim. Mata dah layu sebenarnya, tapi gagahkan juga drive pukul 2. Sampai Kulim pukul 4.30. Sambil drive makan kuaci.. Hihi.. Singgah pet shop untuk ambil Miki balik rumah.. Rindu rupa nya pada ibu.. Dekat kedai tadi buat sombong je dengan ibu. Balik rumah kemain menyondol mintak kita garu sana garu sini.. =D

Apa pun, Alhamdulillah. Syukur anak-anak peserta program dan anak-anak buah suka Cik Anie masak. Syukur juga selamat sampai Kulim. Syukur juga Miki dalam keadaan selamat..

p/s :- Entry tak ada gambar. Sebab tak sempat nak melawa. Karang terkujat pulak orang tengok gambar pakai baju kelawar, pegang sudip..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

No comments:

Post a Comment