Saturday, 17 December 2016

Sekarang Bulan Mengambang kah?

Assalamualaikum.. 

Korang buat apa petang-petang ni?

Cik Anie baru terjaga tidur pukul 5 tadi. Fening kepala sebab cuaca terlampau panas sangat. Nak pulak anak-anak semua perangai macam-macam sehari dua ni..

Kisah nya memang hari ni ada kenduri di Baling. Adik-beradik Cik Mat la. Semalam mak call cakap kalau dah gerak dia call  bagitau. 

So pagi ni Cik Anie relax-relax masak cucoq dulu bagi budak-budak ni makan. Sudah breakfast, Cik Anie naik atas tarah gunung baju. Half way tarah tengok jam dah pukul 11 pagi. Try call mak tak dapat. So Cik Anie ingat nak bagi budak-budak ni mandi dulu.

Masuk bilik air master room, tanya Cik Mat, mak dah dekat mana? Dia relax je jawab nak sampai dah! What?!! Dia tau tapi boleh wat relax tak habaq? 

Sudah mandi, tengok mak dah sampai. Dah sepasal pulak depa kena tunggu kami anak beranak bersiap.. Adoii.. Cik Anie tak boleh bila nak bersiap kalut-kalut. 😩😩😩

On the way ke Baling, Nasywa dan Zahra naik kereta satu lagi. So tenang-tenang ja kereta kami. Akram pun tidur. Boleh la Cik Anie berehat kejap lelap mata.

Cuaca di Baling, masyaAllah panas nya. Anak-anak pulak, tak tahu la terlebih makan gula-gula ka or bulan mengambang ka.. adoii.. Terlebih hyper. Berlari sana berlari sini. Cik Anie ni risau tetiba ghaib ja. 

On the way balik, budak-budak ni MasyaAllah... Dah kenapa la diorang ni. Tak reti letih ke? Dah la cuaca panas gila. Depa punya energy, ya ampunnnn.. Cik Anie dah start merengat-rengat sakit kepala. 💆🏼💆🏼💆🏼

Sampai rumah, Akram lak tantrum entah pasal apa. Last-last semua tertidur. Kecuali Nasywa. Dia memang susah gila nak tidur siang. 2-3x Cik Anie sedar dia bukak pintu bilik. Cik Anie suruh keluar sebab tak nak Akram terjaga. Last bila lama sangat sunyi sepi, Cik Anie gagah jugak la bangkit nak tengok kenapa senyap sangat kan.. 

Tengok bilik sebelah si Nasywa tertidur. Pelik pulak Cik Anie kenapa dia tidur situ. Bila perhatikan, Allahuakbar! Dia sambung kerja ibu melipat baju. Walaupun tak kemas mana tapi... Allah! Terasa menyesal marah-marah tadi 😭😭😭

Allah tu maha pengasih. Dia bagi teguran dengan cara paling lembut. Sangat lembut. Dia nak beritahu, anak-anak memang begitu fi'il nya. Bersoloroh, bergaduh, bermain, bergelak ketawa, buat sepah, buat ibu ayah panas hati dengan perangai depa yang macam-macam tu.. 

Tapi masa kecil ini saja lah mereka bersama kita. Manfaat kan lah masa bersama ni sebaik-baiknya..


Belanja gambar buah hati sulung ibu..

Wednesday, 14 December 2016

Betul Ke FreshPicks Ni Selamat?

Assalamualaikum.. 

Sementara nak tunggu Maghrib ni, Cik Anie ambik kesempatan untuk update sikit pasal Freshpicks ni.. 

Topik hari ni adalah apa bahan-bahan yang Kak Cery guna dalam produk FreshPicks? Kita go through satu-satu.. Info ni Cik Anie ambil dari founder FreshPicks sendiri..

SKINCARE


All our Fragrance oil has been tested on Cold Process Soap and they do not accelerate trace. They are also Skin Safe therefore it can be used in cosmetics.  
 
🌻Cherrybeauty Soap (CBS)

classic - olive oil, coconut oil, palm oil, argan oil, aloevera extract, papaya extract, cucumber extract,vanilla flower

special -  olive oil, coconut oil, palm oil, argan oil, essential oil -lime
 
🌹CRIANSA

apricot kernel oil, olive oil, coconut oil, palm oil, fragrance oil -fresh peach
 
🌼MILXO (goats milk facial soap)- limited

coconut oil, olive oil, palm oil, goatsmilk
 
🌹SILKYSOFTVELVET LOOSEPOWDER

arrowroot powder, talc, fragrance
 
🌼Chocoffee Face Mask/Scrub 2in1 

coffee. cocoa olive oil
 
🌹Beauty Facemist (rosewater)  30ml

distilled water, rosewater, rose petal, essential oil, vit e, natural preservative,
 
🌼Ultra-moisturizer 15g

mango butter, african shea butter, cocoa butter, jojoba oil, sweet almond oil, apricot kernel oil , blended of mix essential oil
 
🌻Arganne Face Oil Complex

pure organic argan oil, rosehip seed oil, jojoba oil, apricot kernel oil, blended of mix essential oil
 
🌼Anti-Aging Hyaluronic Acid & Vit C Face Serum 15ml

hyaluronic acid, vit c powder, distilled water, blended of mix essential oil
 
🌳Fresh Finishing DD Cream(previous name skinbeauty dd cream) 

Distilled Water, Dimethicone Hydrogenated, Polysobutene, butylene glycol, sodium chloride, color : mica powder combination of Titanium Dioxide(powder) & Iron Oxide(powder), fragrance oil
 
🌼Fresh All-In-One Cream (previous name signature cream) 

Distilled water, butylene glycol, dimethicone,polysobate -20,
vitamin E, sodium polyacrylate, fragrance oil

LIPCARE

 
🌻LIPBALM FOR DRY LIPS 

avocado oil, prime pressed cocoa butter, beeswax,organic honey (raw honey), fragrance oil - creme brulee
 
🌳Tinted Lipmoist
vegetable oils, mix of red colors
 
🌻Irresistible Lip Treatment (ILT)

coconut oil, jojoba oil, argan oil, beeswax, shea butter, mica powder coloring
 
🌳Honeyfrencht Lip Scrub 15g

organic sugar, coconut oil, sweet almond oil, raw honey, nutmeg, cinnamon, vanilla extract
 
ALL NATURAL BODYCARE 


 🌳Refreshing Deodorant 

Coconut oil , beeswax, shea butter, kaolin clay, baking soda cosmetic grade, arrowroot powder, essential oil -lemongrass, citronella lime, tea tree oil
 
🌼Marvell Marvellous Bodysoap  50g

Olive oil ,COconut oil ,Palm oil
Essential oils

This bodysoap is known for its gentle cleansing and light lather. It is also suitable for babies and those with sensitive skin.  
 
🌻Grapefruitpink bodyscrub

Organic Sugar, Mango Butter, potasium cocoate, natural preservatives, essential oil- grapefruit pink, peppermint, lemon
 
what is potassium cocoate?
Potassium Cocoate is the potassium salt of coconut fatty acid. Its all natural and is handmade 100% by the supplier. 100% Vegan, with pure coconut Oil. Its a awesome natural surfactant and can be used in Soap, Shampoo, Body Baths, Scrubs and more. 
 
🌼Vanilla Latte Sugarscrub 
Organic Sugar, Coffee powder, Castor Oil, Olive oil, Coconut oil, Vanilla extract
 
🌻Organic Body Lotion 50ml 

Apricot Kernel oil, Olive Oil, Distilled water,Natural preservative, E-wax essential oil, 
 
🌳Body Wash 75ml

Olive oil, coconut oil, Palm Oil, Natural preservative, Distilled water, essential oil
 
 This bodywash is known for its gentle cleansing and light lather. It is also suitable for babies and those with sensitive skin.  
 
🌹Solid Perfume

Castor oil, fragrance oil, beeswax
 
ALL NATURAL HAIR CARE


🌳Shampoo Bar 25g

Pure Coconut Oil, Cocoa butter,Argan oil, Cleansing Agent, Cetyl Alcohol, Natural E-wax, Vitamin E, D Panthenol vit D,
Cocoamidopropyl Betaine, Cleansing Agent, Lime,
 
What is Cocoamidopropyl Betaine, It is organic Compound derived from Coconut Oil

its a quartenery ammonium cation and is a suitable replacement for surfactants in cosmetics for those looking for more natural ingredients.
 
🌼Cabello (hair care pomade) 15g

Bahan Premium : Jojoba Oil, Sweet almo


Semuanya memang daripada produk natural tanpa bahan kimia yang membahayakan.. Memang FreshMade dan Homemade!

Boleh whatsapp Cik Anie ya 013-5818283. Cik Anie boleh COD sekitar kawasan Kulim. Tapi kena habaq awai sebab Cik Anie tak simpan stok banyak.. 😊

Monday, 12 December 2016

Aktiviti Cuti Cik Anie

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari ni Cik Anie dah kembali masuk pejabat. Tengok fail bertambun atas meja, dan-dan rasa nak sambung cuti sampai tahun depan! hahaha..

So apa aktiviti Cik Anie kat Ipoh?

Hmm.. Well, untuk 2 minggu pertama cuti sekolah ni, Mama buat program cuti sekolah untuk budak-budak. Dari pukul 8 sampai pukul 5.

Tujuan program ni adalah supaya cucu-cucu Opah yang kat rumah tu tak bosan. Sekurang-kurangnya ada lah aktiviti untuk deme kan. Diorang lah jadi fasilitator nya..

Kerja Cik Anie pulak bantu Cho masak untuk lunch diorang. Ala takat tolong potong bawang, kacau kuali.. hahaha..

Tapi nak jadi cerita, Isnin semalam tak ada siapa kat rumah yang nak masak. Mak Long (Cho) terpaksa balik Ulu Yam kejap ada urusan. Kak Cik pulak pepagi hari dah panjat bukit. Maka tinggal lah Cik Anie nak bersilat sorang-sorang dekat dapur tu..

Mujur lah turun ke dapur awal. Siap masak awal sejam dari time budak-budak tu makan. Masak Ayam Black Pepper. Main campak-campak aje. Mujur la tak ada tukang masak professional. Kalau tak konfem kena pelangkong, masak tak ikut urutan.. Haha..

Dalam pada dup dap dup dap hati nak bagi anak orang makan, ye lah kan, Cik Anie bukan reti masak sangat. Karang sakit perut anak orang kang naya je. Tup-tup diorang kata nasik tak cukup! Aik.. Rasa macam banyak dah nasik tu. Untuk budak 20 orang, lebih dari cukup rasa nya. Kena lah letak nasik baru..

Lepas tu marathon mandi, kemas beg dan barang-barang nak bawak balik Kulim. Mata dah layu sebenarnya, tapi gagahkan juga drive pukul 2. Sampai Kulim pukul 4.30. Sambil drive makan kuaci.. Hihi.. Singgah pet shop untuk ambil Miki balik rumah.. Rindu rupa nya pada ibu.. Dekat kedai tadi buat sombong je dengan ibu. Balik rumah kemain menyondol mintak kita garu sana garu sini.. =D

Apa pun, Alhamdulillah. Syukur anak-anak peserta program dan anak-anak buah suka Cik Anie masak. Syukur juga selamat sampai Kulim. Syukur juga Miki dalam keadaan selamat..

p/s :- Entry tak ada gambar. Sebab tak sempat nak melawa. Karang terkujat pulak orang tengok gambar pakai baju kelawar, pegang sudip..

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Sunday, 11 December 2016

Irresistible Lip Treatment by FreshPicks

Assalamualaikum..

Petang yang damai ni, Cik Anie nak perkenalkan salah satu produk FreshPicks yang sangat lah best. Antara yang best selling item. 


Ia nya adalah IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT

Irresistible Lip Treatment (ILT) berfungsi sebagai 3 in 1. Ia di rumus khas untuk :-

👄 Merawat bibir
👄 Melembapkan bibir
👄 Memberi sedikit warna tanpa merosakkan bibir. 

Penting untuk kita tahu yang ILT ni BEBAS bahan kimia. Kak Cery (founder FreshPicks) telah menggabungkan bahan premium yang terbaik untuk menghasilkan ILT.

Apa bahan-bahan yang di gunakan?

Ok, ini bahan-bahan yang Kak Cery guna.. Iaitu Jojoba Oil, Coconut Oil, Argan Oil, Lilin lebah asli, Shea butter dan Mica Powder (pewarna neutral, bukan pewarna sintetik) menjadikan ILT ini sahabat terbaik untuk bibir!

Kenapa bahan-bahan ini yang di pilih?

👉🏽 Jojoba oil - Ia mengandungi hampir semua vitamin dan mineral yang perlu bagi kesihatan kulit. Kaya dengan vitamin E, B-complex, copper, zinc, selenium, iodine dan chromium.Ia terkenal untuk Melembapkan kulit juga anti penuaan

👉🏽 Coconut oil - Minyak kelapa adalah ejen pelembap yang sangat baik untuk kulit . Malah ia juga memiliki ciri2 antiseptic dan antiradang. Ia juga Melindungi kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari (sunburn)

👉🏽 Argan Oil - terkenal dengan khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan kulit. Sangat bermanfaat untuk merawat bibir bermasalah juga penggalak kolagen semulajadi bibir

👉🏽 Shea butter - Kaya dengan khasiat. Anti-radang semula jadi, Membaiki kedutan, garis-garis halus dan parut, Antioksidan, Pelembab yang melembap dengan dalam,Menguatkan kulit, Melindungi kulit, Melindungi Uv, Pertumbuhan semula kulit.

👉🏽 Lilin lebah asli (beeswax) - kaya dengan antioksidan, vitamin E dan vitamin A

👉🏽 Madu tualang asli - Madu membantu bibir lebih lembap, merawat bibir yang kering atau pecah.. Malah penggunaan madu secara konsisten, lama kelamaan membuat bibir anda merah semulajadi.

Jangan pandang pada bekas nya yang kecik sebab ILT ni sangat lah high concentration dan kaya khasiat, maka seketul ILT yang nampak kecil ini mampu digunakan lebih dari 3 bulan! Jimat dan value money.

Yang menarik adalah, jika korang beli 1 pcs IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT ni, korang akan dapat 3 faedah yang sangat amazing!

💄 Merawat (treat)
💄 Melembap (Moist and hydrates)
💄 Memberi warna ( give color )

Korang boleh pilih 3 warna kesukaan. Seperti gambar di atas. Tapi jangan risau sebab warna nya walaupun nampak kuat, ia nya masih kelihatan sangat natural dan 'tidak menonjol'. Dan bukan juga mengikut warna darah!

Korang juga boleh membeli Set Penjagaan Bibir. Yang mana jika di ambil Set, korang sangat untung! Ada dua set yang pihak HQ tawarkan..



Dan yang paling ekslusif, ianya 
Freshmade.. Makna nya mengikut order. Tak ada simpan stok bertimbun-timbun untuk memastikan kesegaran setiap produk. Handmade with lots of love..

Berminat?

Boleh direct whatsapp Cik Anie ya di talian 013-5818283. Cik Anie akan reply setiap whatsapp secepat yang mungkin. 

Friday, 9 December 2016

Bibir Nampak Merah Semulajadi

Assalamualaikum..

Bersiaran daripada kampung halaman, Ipoh.. Nyaman sungguh rasanya. Lama tak balik. 

Selalu Cik Anie asyik cerita pasal Argaan Oil.. Set Primo.. Tapi hari ni Cik Anie nak share dengan korang 1 benda yang sangat best. Eh, kalau tak best, tak de la Cik Anie share kan.. Hanya yang best sahaja kita kongsi bersama.

Ni nak perkenalkan.. Koleksi LipCare pulak..


Cik Anie mula dengan cuba Irresistible Lip Treatment. Warna Cherry Red. Bila pakai rasa best sebab warna pun natural. Tidak merah keterlaluan. 


Kemudian Cik Anie cuba pula Lip Balm nya. Mula-mula ingat tak nak beli sebab tak nampak keperluan nak beli Lip Balm. Tapi tergoda nak beli sebab perasa Cremè Brulee. Haha.. Macam mana Lip Balm perasa Creme Brulee lak? Lagi pun harga dia murah. RM18.00 saje.

Tapi bila dapat je, first thing cium bau. Best nya. Bau macam nak makan! Sedap sangat. 

Cik Anie memang guna pagi petang siang malam. Nak tidur pun ku tenyeh jugakkk. Hahaha.. 

Tapi lama-lama terperasan 1 benda. Eh, bibir nampak macam merah-merah semulajadi lak. Dah tak rasa bibir kering. Tak rasa bibir mengelupas.

Ye la sebelum ni bibir Cik Anie macam dah kehitaman/lebam sebab pakai lipstick yang ada bahan kimia dan pengawet. Tapi lipstick tu bukan merawat bibir, tak buat kan bibir jadi merah pun. Lama-kelamaan Bahan kimia dan pengawet tu la yang buat bibir jadi lebam kehitaman.. makin lama makin kering. Tak best kan?

Kalau nak rawat bibir secara semulajadi adalah dengan oleskan madu asli ke bibir 💋 lama kelamaan bibir akan merah semulajadi. Malam hari pulak, sebelum tidur, tambah madu dengan sedikit olive oil. Oles ke bibir untuk merawat dan melembapkan bibir 😘😘

Tapi Cik Anie bangsa pemalas sikit. Dah ada yang tolong buat Lipbalm yang ada madu dan olive oil tu, kita tenyeh je hat tu.. hahah..

Tapi pastikan madu yang asli.. Bukan madu yang dah ditambah bahan kimia atau pengawet ya..

Kak Cery gunakan MADU tualang asli dalam pembuatan LIPBALM, LIPSCRUB dan IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT. Semuanya dengan formula terbaru ditambah madu tualang asli. Yang best nya adalah, Harga tetap sama!!

Sebab tu siapa yang KONSISTEN pakai set penjagaan bibir FRESHPICKS, akan bagi  feedback

😘 bibir dah TAK KERING TAK mengelupas.. takdelah disiat-siat lagi dah

😘 bibir nampak LEBIH MERAH. Rasa macam magik..

😘 bibir rasa LEMBAP je

😘 tahan lama. JIMAT!




Lipcare freshpicks tiada bahan kimia, tiada pengawet. Sekadar prime pressed cocoa butter, shea butter, lilin lebah asli, madu tualang asli, jojoba oil, avocado oil, argan oil.😎

InsyaAllah membantu

💋MELEMBAP BIBIR
💋MERAWAT BIBIR
💋MEMBANTU BIBIR MERAH SECARA SEMULAJADI

Malah selamat untuk anak-anak. 👌🏻👌🏻
Husband nak kiss pun selamat. 🙈🙈

Kalau korang mahu, boleh lah whatsapp Cik Anie di talian 013-5818283 ya.. Kalau nak COD, Cik Anie boleh COD sekitar kawasan Kulim. Selain dari kawasan Kulim, Cik Anie akan pos kan ya..


Sunday, 4 December 2016

Terima Kasih Kerana Sokong Cik Anie

Assalamualaikum..

Sebenarnya Cik Anie dapat e-mail ni semalam. Daripada founder FreshPicks iaitu Kak Cery.


Sepatutnya semalam Cik Anie nak kongsikan tentang ini. Tapi semalam agak sibuk dengan temujanji kajisemula bantuan.

Alhamdulillah. Sale Cik Anie bulan lepas dah melangkau jauh dari yang Cik Anie target.

Cik Anie sebenarnya mula menjual FreshPicks pun dah nak masuk tengah bulan. Aim Cik Anie cuma RMxxx.xx sahaja sale bulan lepas.. Ok lah kan untuk newbies.. Tapi rupa nya melangkau sampai RMxxxx.xx! 😱😱 

Cik Anie sebenarnya suka berkongsi. Tapi benda yang baik-baik saja lah. Yang mana Cik Anie sendiri cuba, dan berkesan, maka automatik Cik Anie akan kongsikan dengan orang lain..

Sebab? Hihi.. Sebab Cik Anie seronok kalau korang pun sesama rasa perubahan positif produk tu.

Cik Anie jual Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik. Cik Anie jual FreshPicks untuk penjagaan luaran yang lebih baik. Tak kan lah dah makan vitamin semulajadi, luaran tibai bahan ada merkuri la apa la kan.. Cik Anie jual Emas (999 dan 916) untuk simpanan hari tua korang..

Apa pun terima kasih korang sebab sokong bisnes Cik Anie.. Tanpa korang, siapa lah Cik Anie kan..

Again, terima kasih 😊😊 Teruskan support Cik Anie ya..



Friday, 2 December 2016

Set Chevie Khas Terbaru Untuk Rambut Berkilau

Assalamualaikum..

Cik Anie nak kenal kan baby terbaru dalam FreshPicks ni. Iaitu set Chevie. Khas untuk penjagaan rambut supaya lebih sihat, lebih berkilau, dan lebih bermaya.

Sebelum ni Set haircare adalah dalam bentuk bar (buku).


Seperti ini. Tapi atas beberapa sebab, terdapat bahan premium yang habis stok, jadi Kak Cery discontinue sekejap. 

Tapi tak kan tak nak syampu rambut pulak kan?

Maka, atas sebab itu, maka lahirlah baby baru ni, Chevie nama nya. Yang ini liquid shampoo.


Kak Cery buat khas, berpeluh-peluh membancuh. Haha.. Bajet macam Cik Anie duduk serumah dengan dia pulak kan.. Berpeluh ke tak tu tak tahu lah tapi memang Kak Cery bancuh khas dengan BAHAN PREMIUM tau!

Premium pada nama, gred dan kualiti.

Chevie disediakan dengan campuran
👉🏽 Olive oil
👉🏽 100% Organic Argan Oil
👉🏽 Vegetable glyserin
👉🏽 Vitamin E
👉🏽 Dpanthenol (provit b5)

Tapiii, bukan tu saja. Syampu Chevie ni ada banyak campuran essential oil yang sangat bagus dan bermanfaat untuk rambut. Bau pun SEDAP, WANGI dan HARUM. Dah tentu lah bau essential oil ni confirm sangat MELEGAKAN dan MENGURANGKAN keSTRESSan korang.. Rasa relaks je lepas bershampoo dengan Chevie tau..

Nak buat korang lagi teruja nih.. Muehehe.. Ni nak habaq apa Essential Oil yang ada dalam Chevie nih.. 

🌻 rosemary - untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, melambatkan penuaan rambut (greying), serta memberi manfaat kepada kulit kepala yang kering

🌻 lavender - membantu rambut kekal bermaya & menguatkannya agar tidak mudah gugur

🌻 tea tree oil - menangani masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala

🌻 cedarwood - merangsang & melancarkan aliran darah pada kulit kepala serta merangsang pertumbuhan rambut.

Ia juga mampu mengelakkan kekeringan pada rambut.

🌻 sandalwood - menyeimbangkan kesihatan kulit kepala, rambut lebih bersinar & memberi manfaat menenangkan

🌻 peppermint - melegakan kulit kepala,merangsang pertumbuhan rambut, menguatkan rambut serta menangani kelemumur

🌻 Lemon - mengatasi kelemumur dan baunya merangsang rasa "fresh" pada diri

🌻 Patchouli - menangani masalah kulit kepala berminyak & gatal serta kelemumur

Ni nak bagitau lagi.. Disebabkan Chevie ni tak ada bahan kimia, maka syampu dia agak kurang berbuih. Memang sangat berbeza dari kebanyakan syampu komersial yang banyak dijual, yang akan menghasilkan buih kemain banyak. Yang ni tak. Nehi nehi. Korang letak sikit dan hasilkan buih dengan menggunakan air. Lepas cuci dengan Chevie nanti, korang tengok laaa.. Keje nak cium rambut je.. WANGI dan SEDAP sangat bau nya 

Lepas korang keringkan rambut, boleh sapu dengan Argan Oil untuk untuk tonik rambut. Tapi kalau ada pomade Cabello pun boleh guna. 

So.. Chevie ni sesuai untuk siapa? Chevie ni sangat sesuai untuk korang yang nak :-

✅ menjaga kesihatan rambut

✅ menyihatkan dan menyuburkan rambut

✅ membantu memulihkan rambut rosak dan kering

✅ membantu rambut untuk kekal terurus

✅ menangani masalah rambut gugur

✅ menangani masalah kelemumur

✅ bershampoo seperti princess (sebab Chevie guna bahan PREMIUM kot)


Bak kata kastemer Cik Anie, lepas berChevie, rasa rambut sangat bermaya. Umpama dah pakai perapi (conditioner). Tak kering.

Gerenti korang akan berpuas hati lah! 1 set cuma RM55.00 sahaja! Murah kan?

Kat mana nak dapatkan? Boleh whatsapp Cik Anie terus di talian 013-5818283 .. Ok? Kalau nak cod, Cik Anie boleh cod sekitar Kulim. Just whatsapp saja.

Take care korang..