MD catatkan di sini, perihal penat si Akram dan pengalaman nebulizer anak yang pertama. Pengalaman pertama MD dalam menangani hal ni.
Gambar ni MD ambil semalam. Masa bawak Akram ke Emergency Hospital Kulim. Akram berhingus last week. Mungkin sebab cuaca atau pun berjangkit di Taska. Tapi, dalam 2 hari macam tu je. Sebab MD bagi Vitamin C Chew 3x sehari dan bila mandi, MD akan buang hingus tu. Lepas tu nampak seperti kering dah.
Selasa hari Deepavali lepas nampak dia batuk tapi macam kering. Kung kung kung bunyi nya. MD syak dia bengkak di tekak kot. Kelihatan macam sakit. Nafas berbunyi sikit. MD beri ubat batuk dan selsema yang ada di rumah dahulu selain beri minyak ikan OmegaGuard dan Vitamin C Chewable.
Tapi hari Ahad, dia kelihatan macam sangat susah nak bernafas. Nafas berbunyi kuat di dada. Melekuk di tekak dan bawah tulang dada. Tidur sekejap dan terjaga, menangis. MD susah hati, ajak CM bawak ke Klinik. Risau juga. Kita tak ada pengalaman handle sakit ni.
So lepas Maghrib, kami bawak ke Klinik Aziz di Kelang Lama. Doktor kata penat. MD pun tak faham apa sebenarnya penat dan athma.. So doktor mahu Akram sedut gas. MD secara jujur, agak terpengaruh juga orang kata nebuliser tak bagus untuk budak-budak. Jadi, banyak lah soalan ibu pada doktor tu. Sangat sabar doktor melayan pertanyaan ibu ni.. Hihi.. Secara kasarnya, tujuan nebuliser tu adalah untuk mengembangkan saluran pernafasan yang sempit akibat daripada kahak yang menempel di dinding saluran. Begitu lah yang doktor explain.
So balik, Akram tidur lena walaupun nafas masih berbunyi kuat. 4 jam lepas tu dia terjaga mencungap-cungap mengamuk. Badan berpeluh. Budak-budak ni memang pesen macam ibu dia, kalau panas rasa lemas. Tak boleh duduk rasa. Rasa macam zombie. Bangun sejam lebih, tidur 2 jam, bangun lagi sejam lebih.. Aduhh.. Pagi tu terlajak pulak MD bangun. Tu akibat tak makan Ostematrix.
Semalam, MD tanya SuperMom Sisters tentang cara menangani anak athma atau penat atau cara nak keluarkan kahak dalam paru-paru. Diorang suggest buat steaming dan tepuk percussion. MD akan buat satu entry lain mengenai cara steaming dan percussion tu.
Keluar hingus hijau sikit, tapi buat tak sampai 10 minit. CM suruh stop sebab tak lalu hati dengar dia nangis agaknya. MD ni kalau bab nak bagi anak sihat, keras hati sikit..
Malam nya, lagi sekali dia menangis menggelupur tak boleh bernafas. Semua serba tak kena. MD panik, bawak dia ke Hospital Kulim. Doktor bagi neb. Lepas 10 min, doktor check tengok nafas masih berbunyi. Macam sama je. Doktor suruh ambil lagi sekali. Ok, masa ni Akram dah mula menangis melalak-lalak sebab rimas panas. Bila habis, doktor check tapi masih lagi berbunyi nafas nya. Doktor bagi kata dua, masuk ward, dan ambil neb 3 jam sekali atau ambil lagi neb sekarang untuk kali ketiga.
Alahai.. Lemah sungguh MD.. Ambil masa fikir sekejap, MD buat keputusan untuk balik. Rumah depan hospital je pun. Sat je dah boleh sampai.. Sign borang risiko tanggung sendiri, MD bawak Akram balik..
Haih.. Pagi ni mintak Kak Ayu Taska tolong buat steaming pada Akram. Hingus keluar banyak gila kata nya. Siap muntah kahak 2x. Alhamdulillah lega sikit dengar nya..
Nanti MD update lain. MD kena ambil high dose Garlic Complex, Vitamin C dan OmegaGuard untuk Akram.
No comments:
Post a Comment