Tuesday, 17 November 2015

Perihal Penat dan Nebulizer

Assalamualaikum..

MD catatkan di sini, perihal penat si Akram dan pengalaman nebulizer anak yang pertama. Pengalaman pertama MD dalam menangani hal ni.


Gambar ni MD ambil semalam. Masa bawak Akram ke Emergency Hospital Kulim. Akram berhingus last week. Mungkin sebab cuaca atau pun berjangkit di Taska. Tapi, dalam 2 hari macam tu je. Sebab MD bagi Vitamin C Chew 3x sehari dan bila mandi, MD akan buang hingus tu. Lepas tu nampak seperti kering dah.

Selasa hari Deepavali lepas nampak dia batuk tapi macam kering. Kung kung kung bunyi nya. MD syak dia bengkak di tekak kot. Kelihatan macam sakit. Nafas berbunyi sikit. MD beri ubat batuk dan selsema yang ada di rumah dahulu selain beri minyak ikan OmegaGuard dan Vitamin C Chewable.

Tapi hari Ahad, dia kelihatan macam sangat susah nak bernafas. Nafas berbunyi kuat di dada. Melekuk di tekak dan bawah tulang dada. Tidur sekejap dan terjaga, menangis. MD susah hati, ajak CM bawak ke Klinik. Risau juga. Kita tak ada pengalaman handle sakit ni.

So lepas Maghrib, kami bawak ke Klinik Aziz di Kelang Lama. Doktor kata penat. MD pun tak faham apa sebenarnya penat dan athma.. So doktor mahu Akram sedut gas. MD secara jujur, agak terpengaruh juga orang kata nebuliser tak bagus untuk budak-budak. Jadi, banyak lah soalan ibu pada doktor tu. Sangat sabar doktor melayan pertanyaan ibu ni.. Hihi.. Secara kasarnya, tujuan nebuliser tu adalah untuk mengembangkan saluran pernafasan yang sempit akibat daripada kahak yang menempel di dinding saluran. Begitu lah yang doktor explain.

So balik, Akram tidur lena walaupun nafas masih berbunyi kuat. 4 jam lepas tu dia terjaga mencungap-cungap mengamuk. Badan berpeluh. Budak-budak ni memang pesen macam ibu dia, kalau panas rasa lemas. Tak boleh duduk rasa. Rasa macam zombie. Bangun sejam lebih, tidur 2 jam, bangun lagi sejam lebih.. Aduhh.. Pagi tu terlajak pulak MD bangun. Tu akibat tak makan Ostematrix.

Semalam, MD tanya SuperMom Sisters tentang cara menangani anak athma atau penat atau cara nak keluarkan kahak dalam paru-paru. Diorang suggest buat steaming dan tepuk percussion. MD akan buat satu entry lain mengenai cara steaming dan percussion tu. 

Keluar hingus hijau sikit, tapi buat tak sampai 10 minit. CM suruh stop sebab tak lalu hati dengar dia nangis agaknya. MD ni kalau bab nak bagi anak sihat, keras hati sikit..

Malam nya, lagi sekali dia menangis menggelupur tak boleh bernafas. Semua serba tak kena. MD panik, bawak dia ke Hospital Kulim. Doktor bagi neb. Lepas 10 min, doktor check tengok nafas masih berbunyi. Macam sama je. Doktor suruh ambil lagi sekali. Ok, masa ni Akram dah mula menangis melalak-lalak sebab rimas panas. Bila habis, doktor check tapi masih lagi berbunyi nafas nya. Doktor bagi kata dua, masuk ward, dan ambil neb 3 jam sekali atau ambil lagi neb sekarang untuk kali ketiga.

Alahai.. Lemah sungguh MD.. Ambil masa fikir sekejap, MD buat keputusan untuk balik. Rumah depan hospital je pun. Sat je dah boleh sampai.. Sign borang risiko tanggung sendiri, MD bawak Akram balik..



Haih.. Pagi ni mintak Kak Ayu Taska tolong buat steaming pada Akram. Hingus keluar banyak gila kata nya. Siap muntah kahak 2x. Alhamdulillah lega sikit dengar nya..

Nanti MD update lain. MD kena ambil high dose Garlic Complex, Vitamin C dan OmegaGuard untuk Akram.

MD

Wednesday, 11 November 2015

Kenapa MD Jatuh Cinta Dengan Make Up Remover Ini?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Malam ni lapang sikit. Si kecik lena kekenyangan menyusu susu ibu. Si Angah pulak macam biasa mengendeng-ngendeng himpit ibu. Lazimnya begitu lah.. Di mana ibu ada, di situ dua orang ni ada.. Kakak pulak dengan ayah.

MD sebenarnya nak kongsi rasa teruja.. Teruja menggunakan Make Up Remover ini. No wonder lah make up remover ini produk hot, selalu sold out!



MD bukan lah orang yang rajin mahu bermekap sebenarnya. Asal dan sahaja orang kata. Tapi, semenjak dua ni (angin perubahan tempat agaknya) MD syok pulak nak melaram. Alahhhh.. Bukan beria pun, calit CC Cream keluaran Farmasi, bedak compact Maybelline, Eyeliner, dan lipstick. Siap. Dari pagi sampai ke petang. Tak de la nak touch up lain..

Kalau dulu, eyeliner adalah benda yang MD suka pakai tapi menyampah bila nak cuci. Guna pencuci muka sahaja tak cukup okeh. Boleh sampai bersememeh hitam keliling mata.. Kalau guna baby oil, sampai rasa macam nak melecet je jenuh tenyeh tau..

Tapi, guna make up remover ni, umpama macam cuci muka. Usap-usap biasa sahaja tapi tanggal segala mekap! Wahh! Teruja sangat.. Eyeliner pun bukan lagi satu masalah untuk nak cuci sebab sekali sapu je memang tanggal semua! Dan tak tinggal kan kesan bersememeh tau kat keliling mata.

Teruka tak? Teruja kan!

Tu kalau cuci basah. Kalau nak tenyeh kering, ala-ala scrub gitu. Memang tanggal daki, kulit mati, sisa mekap, blackhead, whitehead, segala macam head semua boleh keluar tau. Terutama tang hidung tu. Tak de dah rasa tajam-tajam. Macam MD, kat bawah bibir. Macam mencucuk je gitu. Tonyoh ala scrub dengan make up remover.

Confirm lepas tu kulit jadi licin, lembut aje. Jadi syok nak sentuh. Pagi-pagi bangun, pun tak berminyak kulit muka sebab benda ni alah ni tau..

Jangan tunggu.. Hasil kebaboom bila guna bersama Pencuci Muka Nutriwhite. Sangat best!

MD

Tuesday, 3 November 2015

Akuarium Atas Meja Pejabat

Assalamualaikum..

Kalau siapa yang follow FB atau instagram MD, mesti akan tahu yang MD bela ikan gapi dalam akuarium atas meja pejabat nih.. Dalam blog pun ada MD cerita.. Dalam entry masa awal masuk kerja di PKMD Kulim nih..

Sebelum ni beli banyak ekor jugak, tapi banyak jugak yang dah innalillah. Selalunya mati lepas MD cuci akuarium.. Lepas sebulan, rasa dah tak berapa nak rajin je tiap minggu basuh akuarium. So gi cari filter pulak. Wahh.. Syok gila 2 bulan tak basuh, air dok terang lagi. Haha..

Lepas tu lama jugak bertahan tak beli ikan, sampai lah seekor gapi betina yang terakhir ghaib tanpa dapat di kesan. MD syak cicak pancing dia.. Kurang asam betoi. Maka, MD ke Azam Aquarium, Machang Bubok untuk beli ikan-ikan yang baru.


Disebabkan beli ikan baru, maka kita kasi basuh lah akuarium dok ada tu. Air dah kuning dah. Baru nampak clean & clear sikit kan. Saja pilih batu kecik-kecik warna putih. Supaya nampak fresh sikit.

Batu karang 2 ketul tu rembat Cik Anis (LSB Unit OKU) punya. Haha.. Dia beli aksesori untuk akuarium kat rumah dia. Bodek budak kedai akuarium tu, macam-macam dapat nya.. Apa lagi, MD pun ambik la sikit kan..

Pokok air tu pulak, papa bagi masa balik Ipoh baru ni.Dia tanya nak ke tak? MD tunggu lagi?! Mau la! Susah kot nak cari pokok air hidup. MD tak nak pokok plastik pasal tak ori kan. Nak letak keladi rasa macam semak je. Pokok dia boleh merimbun banyak kan.. Nasib baik la papa kasi sikit.


Kekura tu asalnya MD saja pegi ke nurseri bunga di Keladi, Kulim. Banyakkkkk pilihan pokok yang ada. Tapi, MD dok tertarik nak beli pasu besar, tanam pokok Lotus, letak ikan gapi untuk elak dari jentik-jentik. Nanti MD tulis tentang tu kemudian. Si Anis ni ternampak patung kekura tu. Dia nak beli nak letak dalam akuarium kat rumah dia. MD rasa nampak comel jugak kalau letak dalam akuarium MD. So beli satu letak.


Saja letak ubat anti white spot untuk bagi efek air biru tu.. Hahah.. Pada hal warna biru tu sat ja pun.. Esok lusa dah tak biru dah la.

Kali ni MD tak beli gapi saja. MD beli ikan lain sama. Gapi jantan MD beli 3 ekor. Si Khairul budak Rela pejabat bagi jantan sekor lagi. So ada 4 jantan. Betina MD beli 6 ekor. Tapi sekor dah arwah. Dia lompat keluar dari akuarium.. MD pulak lambat selamatkan dia. Dah nyawa-nyawa ikan dah masa MD ternampak atas meja. MD campak dalam akuarium tapi pagi ni tengok dah mati.

Lepas tu beli ikan tikus 2 ekor. Tak tau la jantan betinanya. Satu kaler hitam, satu lagi albino. Nampak comel je. MD nak ambil albino 2 ekor. Tapi orang kedai kata sekor sudah. Amik hitam lagi sekor.. Ciss.. Sukati dia je.

Bila nak bayar, ternampak ikan blue neon dalam akuarium display dia. Ish.. Lawa pulak kena lampu. Bercahaya line tepi kiri kanan badan.. Apa lagi, sambar 5 ekor.

Dah beli banyak, bodek budak kedai kasi free gift ikan sekor dua tiga empat. Dia bagi la ikan otromen sekor. MD tanya kenapa nama otromen pulak? Sebab warna oren atas badan macam otromen. Boleh gitu? Hahah..

Moh tengok gambar.


Susah betul nak tangkap gambar otromen ni asik gerak-gerak je. Macam ikan kap pon ada kan?




Tu ha blue neon atau pun blue tetra. Ikan ni sekor dua tak cukup. Tak cantik. Beli banyak baru nampak cantik dia berkawan..


Itu ikan tikus albino. Pelahap. Keje dia kutip kat lumut kat bawah tu je. Dia susah nak berenang naik atas. Memang dok bawah-bawah je.


Yang hitam pulak susah nak tangkap gambar dia. Dok nyorok bawah tu je. Ni tak aktif macam yang putih tu. Tak tau la pasal nak mati ke atau memang malas.


Haa.. gitu la gambo penuh nya akuarium tu. Syok tengok ikan gerak-gerak selalu. Asal rasa mata letih, toleh tengok ikan-ikan ni gerak.. Best sangat. Yang gapi-gapi betina tu dah ada gaya-gaya nak beranak. Kembung je ha perut nya. Kata orang kena asingkan. Tunggu sat, MD cari bekas lain nak boh asing.. 
MD