Sunday, 8 February 2015

Tips Untuk Hilangkan Kahak Bayi

Assalamualaikum..

Sejak anak-anak mula di hantar ke Taska dan Tadika, memang diorang kerap tak sihat. Berjangkit-jangkit lepas ke sorang-sorang la pun kan.. Terkini, Si Tecik Bulat MD tu pun dah selsema  dan batuk berkahak. Bila bernafas, berbunyi di dada. So MD ada try beberapa tips untuk hilangkan kahak bayi.

Menjadi mak dan ayah, bukan semudah anak sakit, bawak gi klinik, telan segala apa ubat doktor bagi. Bagi MD, memang kalau boleh nak elakkan anak-anak dari bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan doktor bagi.

Nak-nak pulak hari tu, kami bawa juga Aus Akram ke klinik bila pengasuh di Taska bagitahu dia macam penat tak boleh nak nafas. Tapi, doctor bagi ubat batuk hitam pada bayi yang baru berumur 3 bulan! Terkejut, tapi bersangka baik. Mungkin doktor tahu apa yang terbaik. Cuma sekali MD bagi. Bila tengok Akram macam lalok semacam, MD terus tak bagi dah. Risau beb!

So jemput baca tips untuk hilangkan kahak pada bayi ni.. Untuk orang dewasa pun boleh juge..


1) Air kelapa



Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

2) Madu



Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa

3) Teknik tepuk @ percussion


Gambar ni dari sumber sini.. MD tak ada cameraman nak mintak tolong tangkap kan gambo.. haha.. nanti CM sound, nak ngubat anak ke nak tangkap gambo ni?

4) Gas nebulizer



Tujuan nebulizer adalah untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis atau muntah. Tapi selalu nya kalau dah teruk baru doktor akan buat pada baby.

5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega 



Omega berupaya mencairkan kahak. Dalam kes ini, MD cuma berikan setengah kapsul OmegaGuard Shaklee ni kerana OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang sangat tulen dan berkualiti tinggi serta selamat. Alhamdulillah, tidurnya lebih lena.


Anak-anak MD semua diberikan dengan minyak ikan OmegaGuard ni. Selain untuk mencairkan kahak, ia juga berupaya untuk boost immune sistem dan menajamkan fikiran. Sebab tu diorang ni ada je projek nya, sel-sel otak berhubung dengan pantas!

6) Bawang putih + minyak masak



Cara :
- bawang putih di bakar sehingga lembut
- lenyekkan dan tambah sedikit minyak masak atau olive oil kalau ada
- sapukan di leher, dada, belakang dan tapak kaki baby


Selain tu, MD juga akan ambil 2 biji Garlic Shaklee setiap malam untuk bantu menyalurkan kebaikannya melalui susu ibu.

7) Daun kaduk + kapur + air



Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby

** Cara ni MD tak pernah buat lagi. Tak jumpa daun kaduk.

8) Kunyit hidup



Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby

** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

9) Thermal steam therapy



Cara:
- duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas. Biarkan bayi sedut wap tu untuk buka rongga dalam hidung dan cairkan hingus serta kahak...


Perlu di ketahui, cara alami atau semulajadi ni mungkin akan ambil masa untuk penyembuhan. Ianya tidak lah seperti ubat klinik yang mempunyai dadah. Ianya lebih selamat untuk bayi.

Jemput tonton video ini.. bagaimana nak atasi anak yang kurus kering, dan selalu sakit di taska.





Mahukan info lebih tentang OmegaGuard mahupun Garlic, boleh SMS/Whatsapp MD melalui no 013-5818283. 

MD

No comments:

Post a Comment