Lame MD tak menulis. Tak berapa nak ada masa lately ni. Pulun nak siapkan fail kajisemula sebelum ke kursus hari tu di Institut Sosial Malaysia, KL.
MD sebenarnya berbelah hati nak pergi tapi fikirkan yang penjawat awam ni kena cukupkan 7 hari kursus setahun untuk tujuan SKT, maka gagah jugak la pi.. Boleh 3 hari dah.. Nanti kita cari lagi 4 hari area Penang pulak..
Perjalanan jadi tak berapa nak fun sebab adik Akram demam nak naik gigi.. Meragam.. Ikutkan hati nak gerak sabtu petang, supaya Ahad boleh attend kelas di Faizworld. Tapi, apakan daya, mak mertua yang akan menemani sampai Kulim tengahari Sabtu. Akram pulak agak panas badan nya.. Mungkin lain kali ke Faizworld training tu..
Ahad kami gerak pagi-pagi. Sampai di Bukit Damansara rumah Kak Ya, dalam pukul 4 gitu. Rehat-rehat. Tak tahu nak ke mana berjalan.. Rindu pada si dia yang di tinggalkan di Kulim..
Dari Isnin sampai Rabu ulang alik dari Bukit Damansara ke ISM. Tak betah meninggalkan anak-anak sehingga tiga hari tak berjumpa. Sebab tu sanggup berulang alik walaupun selalu terkeliru dengan direction Uncle Waze.. hihi..
Anak-anak tak sihat.. Bermula dari Akram demam selsema batuk, melarat kepada Angah.. Kemudian kakak. Last sekali ibu pun tumbang jugak. Tapi kuatkan semangat demi anak-anak.
Alhamdulillah, belajar dari pengalaman yang lepas, kali ni MD tak ambil langsung apa-apa ubat dari klinik. Baik ubat selsema, batuk mahu pon demam. Semua pun natural. Hanya ambil suplemen Shaklee.
Dosage pun di 'up' kan dari kebiasaan.. Vitamin C dua biji 3x sehari, Garlic Compex pun 2 biji 2x sehari. Vitamin C untuk selsema.. Garlic Complex pulak adalah untuk boost antibodi MD. Sambil-sambil tu boleh salurkan pada Aus Akram melalui susu badan.. Malam ambil 4 biji Ostematrix. Sangat bagus untuk melegakan letih lesu dan sakit badan akibat kurang berehat.
Hari ni, demam sudah kebah. Selsema dalam keadaan terkawal. Batuk pun beransur baik.. Anak-anak masih selsema. Tu pun MD berikan pada Angah dan Kakak Vitamin C Chewable dan VitaLea chewable.. No more ubat yang ada drugs..
Sebelum MD undur diri, jemput tengok video ni.. Macam mana cara nak atasi masalah badan letih lesu setiap kali travel.. MD yang jarang kali travel jauh-jauh pun terasa sengal-sengal badan.. Nasib baik hari ni memang Public Holiday.. hihi..
Jemput tengok ya..
No comments:
Post a Comment