Pagi ni MD nak share perkongsian dari hati.. Dilema ibu menyusu yang kekurangan susu akibat stress. Sebab apa MD nak share? Sebab perkara ni terjadi pada diri MD sendiri selain kerap menerima soalan bgaimana MD maintain menyusukan anak-anak dengan susu badan..
MD tak nafikan, being a mother, tak kira lah anak baru sorang ke atau dah berderet rakyat jelata macam MD ni, stress atau tekanan memang tak boleh nak lari. Anak sorang tu cara anak sorang.. Yang anak ramai pulak, mujur rumah dari batu. Kalau kayu, gamaknya boleh roboh dek kelasakan diorang.. haha.. Rumah MD la.. bukan rumah korang..
2 minggu yang lepas, MD memang stress yang teramat sangat. Fikir banyak sangat. Especially nak pegi ke KL ni. memang dok berbelah bahagi, kerja lagi nak siapkan fail sebelum berkursus.. Kurang tidur sebab anak meragam malam nak naik gigi.. dan bla bla bla... memang buat kan sangat stress. Tersangat-sangat stress..
Mula-mula production susu ok. Makna kata bila perah masih boleh dapat 25-30oz sehari. Tapi, kemudian slowly nampak makin susu merudum. Fuhh.. Dasyat penangan stress ni kawan-kawan..! Nak dapatkan 15oz sehari pun susah. Time ni la susu EBM dalam Freezer sangat-sangat membantu!
Tapi, bukan boleh relax sangat, stok EBM mula menyusut. MD dah mula panik. Sehingga ke satu tahap, MD pesan pada pengasuh Akram di Taska supaya jimat-jimat susu nya.. MD sangat stress.. Makin berganda stress bila susu kurang dari selalu. Adik Akram pun mula mengamuk tak puas menyusu.
So MD tak nak situasi yang sama terjadi pada korang.. Frust ok bila terpaksa bagi anak FM sedangkan susu badan masih ada. Teruskan pembacaan korang sehingga habis, tips-tips yang MD nak kongsikan..
Punca Susu Merudum
Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin. Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu. Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu. Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang..
Tips Untuk Membanyakkan Semula Susu Ibu
1. Cari punca susu merudum dan atasi masalah tersebut.
Ibu,
Tengok balik. Renung semula apa punca susu merudum. Jadual pam macam mana? Konsisten tak ikut jadual pam susu? Badan dan emosi, ada stress dan letih tak? Pemakanan pulak macam mana? Seimbang ke tidak ke? Water intake atau pengambilan air pulak macam mana?
Bilamana ibu tahu apa punca susu merudum, baru lah senang nak betulkan semula.
2. Lakukan power pumping dan tanderm nursing
Teknik power pumping adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Ini kerana teknik ini serupa dengan mimik hisapan bayi.
Caranya pam 10 minit secara bergilir sehingga 1 jam bagi yg menggunakan single pam. Bagi yg menggunakan double pam, pam sepuluh minit, rehat. 10 minit kemudian ulang semula pam dan rehat. Buat berterusan sehingga 1 jam..
Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu.. Keluar angin je pun tak pe. Teruskan juga pam, jika ibu konsisten hasilnya akan nampak..
Ibu juga boleh cuba kaedah tanderm nursing. Sebelah payudara anak hisap, yang sebelah lagi pulak pam..
3. Sentiasa fikir positif dan yakin
Ibu, tahu tak yang bila kita sentiasa fikir positif dan yakin selalu, susu akan bertambah banyak..?
Bila susu banyak ibu pun akan happy. Bila susu merudum, jangan bertambah panik dan runsing.. Relax.. Buat tips yang MD bagi ni.. InsyaAllah akan berhasil.
Jangan sekali-kali ibu tengok hasil perahan susu ibu lain sebab tiap ibu tak sama produksinya. Demand setiap anak juga berbeza. Allah dah jadikan mengikut aturan yang cantik. Yakinkan diri bahawa susu anda akan kembali banyak dan anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya. OK?
4. Pengambilan Air Kosong Yang Mencukupi.
5. Penuhi konsep penyusuan "demand dan supply"
Jadual pengepaman yang tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh juga memberi kesan kepada pengurangan penghasilan susu badan. Sebab apa? Sebab otak dapat signal yang bayi anda minum susu sikit atau tidak perlukan banyak susu. Automatik badan akan menghasilkan susu yang sedikit, sesuai dengan 'demand' bayi.
Ibu digalakkan untuk mengosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus menghasilkan susu. Kurang rangsangan maka kurangla supply. Buat jadual pengepaman yang konsisten dan jangan lupa ikut jadual tersebut. Supaya badan akan terlatih dan tahu bila susu di perlukan.
6. Bertenang. Bertenang dan bertenang!
7. Pastikan diet harian seimbang
8. Memilih pam yang sesuai dan selesa.
Jika ada bajet lebih, beli lah yang double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu. Jadi jika kedua dua belah breast di rangsang serentak, hasilnya pun akan menjadi banyak.
9. Mengambil 'Milk Booster' yang bersesuaian.
Pilihan MD tentu lah Set Penyusuan 3M.
Dalam satu set ni mengandungi :
- Multivitamin
- B-complex
- Vitamin C
- Alfalfa
- kalsium
- ESP
Apa yang istimewanya dengan set ini ialah, ianya membekalkan nutrisi secukupnya yang diperlukan oleh badan kita. So, kita jadi kurang stress, lebih tenang dan gembira. Hasilnya, susu meningkat, kulit dan wajah juga lebih cantik dan flawless! Miss V pun semakin mantap tau! Silap hari bulan berat badan pun semakin berkurangan!
Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stress sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum. Jemput tengok video yang MD tepek kan, Dilema ibu PANIK bila susu merudum!!
Contact MD ya.. Share jika bermanfaat..
No comments:
Post a Comment