Friday, 3 January 2014

Travel Part 1

Assalamualaikum..

Petang 31 Disember, kami laki bini anak-beranak bersantai-santai di rumah. MD pun baru nak mengemas umah. Macam tongkang karam umah. Tetiba CM bagitau, Pak nggi meninggal dunia. Pak Nggi adalah adik arwah ayah CM. Dia duduk Terengganu. Tapi tiap kali ada family event, arwah x pernah x turun untuk turut sama. Mesti ada. So, CM bersungguh nak ke Terengganu untuk ziarah arwah. Maka macam lipas kudung lah MD bersiap kain baju anak beranak..

Pukul 6 petang kami mulakan perjalanan. Ikut baling. Naik sampai Gerik. Jalan gelap gelemat x nampak apa. Boleh lak CM kata ada gajah dok tepi jalan la.. adoii.. kecut perut langsung x boleh tido! Singgah makan di Jeli sat. Anak-anak pun behave sangat. Mungkin time tido sama kot, so even terjaga pun x banyak bunyi meragam bergaduh nya.. MD terlena lepas dari Jeli.. Tersedar masa di Pasir Puteh. Sebab rasa cam dah tido lama tapi x sampai2 lagi.

Rupanya dah tersesat. Ikut panduan GPS, Ya Ampun... Jalan kampung mana la dia bawak. X berani nak redah. Dah la gelap gelita, jalan lak muat satu lorong je. Berapa kali patah balik masuk lorong tu keluar lorong ni.. Akhir nya around pukul 12 lebih sampai lah Kg. Raja, Besut.

Pertama kali datang sejak kawen dengan CM. Huhu.. Dah selesai baca yasin, MD cuit CM ajak beransur cari hotel ke apa. Tapi Mak Su (isteri Pak Nggi) suruh juga tidur rumah. Dalam serba-salah, kami tidur situ. MD bukan apa, pikirkan anak menantu dia ramai nanti balik nak tido mana pulak kan.. Tapi bukan boleh lena.. pukul 3 tido. Tu pun kejap2 terjaga.. Pukul 6 dah bangun mandi solat. Rumah orang, x kan nak buat perangai huduh mangkit lambat pulok kan..hahaha..

Jenazah di mandi kan pukul 9 pagi. Siap mandi dan kapan kan, jenazah di bawak ke tanah kubur. Alhamdulillah.. Urusan berjalan lancar.

Selesai segala urusan, kami pun beransur bergerak ke tempat lain. CM kata nak pegi Pulau Perhentian. MD pun dah ala-ala excited nak berjalan. Sekali boleh dia kata, x boleh.. Nanti Tsunami! Hish.. Dia ni la..

Patu dia ajak pulak rasa Sotong Celup Tepung yang paling faymes kat Terengganu. Maka gigih la MD ni google. Keluar la merata-rata dalam google pasal warung Pok Nong! Maka kami pun set GPS dan Waze. Sekali x jumpa yang di cari. Jenuh pusing merata-rata. Dengan line internet yang super lembap, jumpa la picture yang ada no fon Warung Pok Nong. Call la dia. Bini nya kut angkat. Passing sampai 3 orang tapi sorang pun x reti nak explain kat mana lokasi nya! dan yang paling menyakitkan hati, Warung Pok Nong tutup!! Aduiii...

So kami patah balik ikut laluan pantai. Stop kat Pantai Pnarek. Ada satu kedai jual sotong celup tepung. Makan tepi pantai, dengan angin pantai.. Syok nya...

Sudah makan, kami pun gerak ke Kelantan. Ingat nya nak ke Pasir Mas terus rumah saudara sebelah Papa. Tapi masing-masing laki bini sangat lah mengantuk. MD langsung x boleh nak bertahan lagi dah. Kereta jalan terus lentuk menganga-nganga kata CM.. Haha..

Terjaga bila dah sampai Kota Bharu. Melilau lah kami mencari hotel. Google sana sini, jumpa la hotel yang konon nya macam syok. Di tepi Sungai Kelantan kot.. Lokasinya di Kedai Lalat. CM sangat hairan nape nama tempat tersebut adalah Kedai Lalat? Nama apa tah hotel tu. Cerana Villa Resort & Ikan Bakar. Bilik hotel nya boleh lah. Aircond x berfungsi. X ada heater. Ok lah tu. Setakat nak tido je. Yang penting murah!

Malam tu kami tido awal. Letih oiii.... Budak2 pun lena awal..

Nanti kan Part 2 pulak..

** gambar akan di upload kemudian.

Hanni

No comments:

Post a Comment